Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

Monday, September 5, 2016

Green Tea Lover…

Seingat aku mula-mula suka green tea bila start try Starbucks Green Tea Frappuccino.. Selepas dari itu baru rasa nak try makanan/minuman berasaskan green tea yang lain.. Sedap tau!

P4300907
At Franco cafe..

IMG_6538
Biskut Meiji from Japan.. Green tea dia pekat melekat..

IMG_7469
Green tea ice cream at Mister Donut..

IMG_4898
Sangkaya.. Too bad, green tea dia rasa macam wangi sikit.. I don’t quite like it..

IMG_4906
at Sushi King..

IMG_3421
Green Tea at Arashiyama area..

IMG_3683
Banyak pilihan matcha/green tea bisuit at Daiso in Japan.. Tapi sebab tak sure boleh makan atau tak, aku tak beli..

Apa lagi yang sedap patut dicuba? Please share with me.. hehe

Wednesday, August 20, 2014

Chocolate Ecstasy..

I want this cake! Time puasa, tengok apa pun nampak sedap.. hehe..

Ini memang sedap! Cake baru kat Secret Recipe.. masa lunch, tak teringat nak beli.. Ni dah teringin huhu.. Next time lah..

036
Yumssss…

Tuesday, April 15, 2014

Sos Sengkuang Calit…

Ada satu entry aku tanya fasal sos sengkuang, akhirnya berjumpa jugak dengan orang yang jual sos ni.. Happy giler! hehe.. Thanks kepada yang share link.. :)

063
Best sangat bila dapat buat sendiri kat rumah.. Memang makan sampai kenyanglah.. Sengkuang beli kat supermarket, simpan dalam peti ais.. Bila terasa nak makan, potong, letak sos dan tabur kacang.. Aku suka tabur gula sikit atas tu.. Masa kunyah bunyi krup-krap sebab gigit gula skali.. Ah, heaven.. haha.. Mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak dulu.. Balik sekolah selalu beli..

To those yang berminat nak beli, boleh check kat Instagram akaun @sossengkuangdoludolu.. Ada banyak agent yang jual, so boleh checklah ikut tempat-tempat dia.. 

Selamat mencuba, bagi yang tak pernah rasa..

Wednesday, April 2, 2014

Starbucks Green Tea Cream Addiction..

Selama minum Starbucks tak pernah langsung teringin nak minum green tea flavour.. Kaler hijau, aku rasa macam minum air sayur aje.. haha.. Imaginasi betul..

One day, tanya kat kawan-kawan di Twitter, apa yang best boleh aku try. Dah bosan asyik Java Chip and Chocolate Cream Chip… Ramai suggest Green Tea Cream ni..

1743
My first time..

Sejak dari saat itu, bermulalah “ketagihan”nya.. Parah-parah.. Maximum seminggu sampai 3 kali.. Dahlah hari-hari lalu Starbucks Solaris Serdang, tu yang payah nak resist.. Hubby pun rajin offer nak ke tak.. huhu.. Last 2 weeks, pergi checkup naik 2 kgs dalam masa 2 minggu..

Sekarang, kalau minum, aku suka tambah chocolate chip.. Lepas tu gigi pun hitam sebab coklat melekat-lekat haha..

2060
Time rajin, bawaklah tumbler sendiri.. Save RM2.. Smile

Kena minum puas-puas supaya tak teringat time berpantang nanti..

Monday, March 10, 2014

Sengkuang Calit..

IMG_2072

Pernah makan tak sengkuang calit ni? Zaman kecik-kecik dulu, balik sekolah selalu beli.. Sekarang ni, payah nak jumpa.. Ni kebetulan bawak Haikal main kat taman Bandar Sri Permaisuri, situ ada orang jual.. Happy giler sebab dah lama tak makan.. Harga pun dah mahal RM1.00 satu.. Sedap, sedap, harap boleh pergi situ dan makan lagi.. hehe..

Kot kalau ada yg tahu kat mana jual sos dia tu, bolehlah bagitau.. Bestnya kalau dapat beli buat stock, buat sendiri kat rumah.. Smile

Thursday, December 12, 2013

Nasi Kukus Sedap Di Kota Bharu…

Baru start nak cerita, aku dah terliur.. hehe..

“Warisan Nasi Kukus”.. Not sure sama ada glamour tak gerai ni, tapi petang-petang ramailah yang datang beli nasi kukus kat sini.. One of kedai nasi kukus yang orang cerita kat aku ialah Nasi Kukus Abang Mie.. Aku try tapi tak kena selera sebab kari dia tu macam manis sikit..

To compare, Warisan Nasi Kukus ni lagi sedap berbanding Nasi Kukus Abang Mie tu.. Sesiapa yang pergi Kota Bharu, jangan lupa ye try!

IMG_2167

IMG_2161

Masa outstation ke sana last month, asyiklah ulang-ulang makan nasi kukus.. Tapau, bawak balik hotel.. Aku try lauk udang besar, sotong besar, kepak ayam.. Pergh.. Harga untuk lauk udang dan sotong ikut saizlah.. Dalam RM12 ke atas sekali dengan nasi.. Lauk ayam, murah je..

IMG_2160

Lokasi gerai Warisan Nasi Kukus ni ialah depan Public Bank, area Crown Garden Hotel..

Sesiapa naik flight, nak pesan bawakkan balik KL, boleh? hehehe..

Oh ya, lagi satu nak share.. Kalau ke Kelantan, nak bawak balik ole-ole keropok yang dah siap goreng, beli yang ini.. Nipis-nipis keropok dia, tak sama macam yang selalu beli kat kedai tu.. Makan sorang-sorang tak sedar dah abis satu pack.. Haikal pun sama.. Smile with tongue out

IMG_2404
Yang penting “Dijamin Tidak Gatal” LOL..

Monday, June 17, 2013

Back From Perak…

Selepas 2 minggu lebih kat Perak, yeah, I am now in KL.. What a relief.. Phew.. Letih asyik keluar ni.. Bilalah dapat pindah tempat lain?? huhu..

IMG_0520
Di Kuala Kangsar yang terkenal dengan labu sayong.. Tengok jelah, aku tak minat berpasu-pasu di rumah hehe..

IMG_0549
Ingat tak Port Weld tukar nama ke Kuala Sepetang? Mee Udang Mak Jah, glamour kat Kuala Sepetang.. Tapi sayang, kedai Mak Jah tutup.. So kitorang makan di Kedai Pak Hashim, laki Mak Jah LOL.. Bolehlah rasa dia so-so aje.. Kawan makan, rasa loya sampai ke malam.. haha.. 

Definitely will come back to Taiping.. Nak bawak Haikal jalan-jalan pergi Zoo Taiping.. Hari tu, my hubby tak mahu datang sebab cuti sekolah.. Confirm jam packed with the crowds.. Next time, InsyaAllah..

Tuesday, May 28, 2013

Anniversary Dinner…

Disebabkan aku berada di Ipoh sekarang, dan rindukan cik abang berdua di rumah, aku nak cerita sesuatu yang relate dengan mereka berdua.. kehkeh.. Nak dekat sebulan dan berlalu dari tarikh Anniversary ke-4 kami..

We had dinner at Chinoz On The Park.. Keletihan jalan-jalan KLCC hari tu for HOMEDEC, so we settled with these..

IMG_9790
Cili Padi Seafood Olio.. Sedap.. Tapi aku selalu payah nak abis makan pasta2 macam ni.. Cepat muak..

IMG_9789
Hubby order apa entah.. Aku tak ingat..

4 years together, this is the greatest gift from Allah… Alhamdulillah :)

IMG_9954
Budak ini banyak akal sekarang.. hehe.. Be a good boy, okay!

Soalan yang confirm ditanya kat kitorang sekarang, “bila nak tambah anak?” hihi.. The time will come, InsyaAllah.. Kalau boleh, esok aku nak beranak.. Open-mouthed smile Only Allah can answer this..

Thursday, December 27, 2012

Serai Restaurant, Empire Shopping Gallery…

First time try makan kat Serai Restaurant ni.. Dan, first time jugaklah jejakkan kaki ke Empire Shopping Gallery.. Lunch dengan kawan-kawan, kebetulan kerja luar kat Subang..

153

Tak mahu makan nasi (I heardoon their nasi kerabu is marvellous, maybe next time), aku order mee hoon tomyam..

154
Masam sangat, tapi acceptable. Boleh tahan sedap..

151
Hazelnut Chocolate..

Kitorang order jugak Pavlova.. Gambar hilang dari phone.. Portion dia kecik berbanding Alexis.. and Alexis punya lagi sedap, kot.. hehe..

Order kitorang lambat dapat.. Dia cakap sbb ada function kat situ.. Tapi macam diorang lupa order.. Naik geram aku, almost 45 minit menunggu.. Kawan aku siap nak cancel order.. Bila aku dah panas hati, diorang pun datang bagi dessert ni untuk sejukkan hati kami.. kekekke..

156

Overall, makanan dia sedap.. Cuma a little bit overpriced.. Sekali-sekala nak datang makan tu, okaylah…

Monday, December 17, 2012

Makan Belangkas Di Kota Tinggi…

Masa kat JB hari tu, 2 hari kat Kota Tinggi.. Bila tanya dengan staff-staff kat sini, mesti cakap belangkas yang paling special kat Kota Tinggi ni.. First time dengar fasal Belangkas, tertelan air liur.. Betul ke ni?? huhu..

Kitorang ke Kedai Masakan Kampung Ibrahim kat Teluk Sengat.. Tengok bawah menu-menu special nya.. Dengan siput gonggong lagi.. Eksotik sungguh!

009

010
Menu lunch kami.. Ikan bawal asam pedas, kupang goreng, sambal ketam, nangka masak lemak cili padi, belangkas masak cili dan ulam-ulaman.. 

Semua sedap, tapi my focus ialah ketam.. hihi.. Belangkas tu, aku makan sikit je.. Sekadar nak rasa macam mana belangkas tu..

014

013
Kupang.. Sedap jugak..

Tapi kan, malam tu ada kawan-kawan aku yang sakit perut.. huhu.. Alhamdulillah, aku tak apa-apa.. So, bagi aku, kalau nak makan makanan yg kite tak pernah makan ni, kena beringatlah.. Rasa sikit pun cukup kot.. Risau pulak jadi apa-apa..

Wednesday, October 10, 2012

KFC Zinger Double Down…

Tatkala terpandangkan iklan KFC Zinger Double Down ni, aku dah tak sabar nak try.. Aku peminat Zinger Burger sejak zaman sekolah asrama lagi.. Yelah, time tuh KFC je pun yang ada.. Itu pun jauh kat Kota Bharu.. Sanggup pesan kat kawan masa diorang pergi outing.. Takpe, makan burger sejuk pun okay time tu.. hehe.. What a memory..

01-colonel-latest-dzinger-260912

Semalam, aku cubalah.. Tak ada teman, so makan sorang-sorang masa lunch.. Aku amik Combo set, siap ada drink dan wedges..

026
Mula-mula tengok “Alahai, keciknya”.. Tapi bila makan, memang kenyang sebab ayam dia double.. Aku suka this burger..

025
Cili sos banyak.. Sedap! Alamak, telan air liur time puasa ni.. hihi..

I bet I will make another trip to KFC dalam waktu terdekat ni.. hehe.. 

Oh, in the other hand, aku nak share fasal NuffnangX apps yang korang boleh download untuk baca blog-blog yang disukai.. Apps ni boleh guna kat Apple or Android device.. Jom cuba..

Tuesday, October 9, 2012

Haikal & Masak Lemak Cili Padi..

Setiap kali masak lauk yang berkuah contohnya tomyam, masak lemak tak kira cilik merah atau cili padi, Haikal mesti mintak aku cedokkan kuah masuk dalam pinggan dia.. Paling obvious, dia suka kuah masak lemak warna kuning tu.. Bertambah-tambah makan.. Bila mintak aku isikan kuah, dia cakap “kau”.. iaitu kuah.. Sebab masih pelat tak reti sebut.. hehe..



Ni video dia makan nasi dengan kuah lemak cili padi.. Satu suap makan, satu sudu kuah dicedoknya.. Layan.. Mulut merah-merah makan pedas.. huhu.. Dia marah papa nak cedokkan nasi masuk pinggan.. *___*

Note: try Zinger baru dari KFC.. Sedap!

Wednesday, September 19, 2012

Yummy Pancakes From Paddington House Of Pancakes…

All this while, lalu depan kedai, belek-belek menu, tapi tak pernah pun masuk.. Tiba-tiba satu hari kawan ajak makan pancake.. Aku okay saja, suka nak try-try makanan lain.. Cuma bila takde kawan, makanan paling mudah makan sorang-sorang ialah McD.. hehe..

So lets see the varieties of pancakes we had.. Untuk 3 orang, dapat 4 dishes sebab aku ada B-Card, so boleh dapat free 1 pancake.. Berlebih-lebih dibuatnya.. hehe..

027
Oreo Pancake..

Yang lain-lain aku tak ingat nama.. Order dari menu pun sebab tengok gambar kat buku menu..

028


029

030

Harga okay-okay je kot.. Dari RM8.90 hingga RM11.90 bergantung kesusahan nak buat.. haha..

032

Kalau rasa nak makan something sweet and pluffy, pancake and ice-cream are the best choice! Yummy.. 

Note:  Murah pulak pakej Maxis ni.. RM48 for 400 minutes, 200 SMS every month… Yang ini pulak, Samsung Galaxy Note 10.1 for only RM699.. Murahnya..

Tuesday, June 26, 2012

Boost Juice..

My favorite drink now.. Takdelah minum hari-hari, kopak! hihi.. Once a week or once in 2 weeks macam tu, kira okaylah..  Starbucks dan Chatime dah lama tak minum, kononnya risau calorie berlebihan, kan air-air tu manis.. haha.. Konon je, kalau rasa nak minum, aku minum jugak..

Aku suka Mango Magic! Beli mesti size besar, boleh habiskan dalam sekejapan aje.. Sebab apa? Aku tak suka minum bila smoothies dah cair.. :P

IMG_1863

IMG_1862
Tinggal lagi satu stamp lagi untuk redeem free drink, yeay!!

Saturday, May 26, 2012

The Overpriced Mohd Chan Abdullah Restaurant..

Tengahari tadi keluar makan ke Bangi.. Hubby nak makan western food, but I suggested Mohd Chan Abdullah Restaurant instead.. Tak pernah makan situ sebelum ni.. So, just wanna give it a try..

Sampai sana, we looked at the menu.. Yang bahagian lauk-lauk tu.. Sangat terkejut tau satu pinggan lauk kebanyakan harga RM20 contoh macam butter prawn, sotong goreng, kerabu sotong etc.. Bagi aku, apa special sangat sampai mahal gile! huhu.. Kalau aku makan berdua je dengan hubby, amik 3 lauk, belum masuk nasi dan minuman, mahu nak dekat RM80.. Sayur broccoli dengan udang pun RM20, gile ke hapa? Baik masak sendiri!

At last aku cakap, tak payahlah spend banyak-banyak, beli ala-carte aje.. So, we both order this kuey teow kung fu.. Hubby tambah wantan dan pau..

IMG_1133

Kuey teow kungfu pun rasa biasa-biasa aje.. Wantan tak sedap, air sirap bandung cincau tawar, inti pau pun tak sedap.. So, what is so special so that they charge mahal giler? Aku tak faham.. huhu.. Wantan tak abis, aku bawak balik, sampai ke malam ada lagi..

IMG_4982   Ada satu cerita kat sini tadi.. Haikal bukak topi dia masa kat restaurant ni.. Then, bila dah lepas makan, pergi ke Manjaku.. Dah balik baru aku perasan topi dia tak ada.. huhu.. Sedih aku.. One of our favourite cap..

So, patah balik ke Mohd Chan Restaurant tu.. Tanya pekerja yg kat depan tu, terus dia cakap tak ada.. Bukan nak try tanya kat pekerja yang kemas meja kitorang duduk, mana tahu dia nampak.. Serious my hubby bengang! Dahlah pekerja semua foreigner, cakap Melayu pun tak betul.. Geram sangat..

Sebab geram, order Gymboree yang additional batch ni belum submit, terus masuk 2 topi dalam cart.. huhu.. Tapi kaler lainlah..

So, this will be my first and last visit to this restaurant! Mahal, service tak bagus!

Note: Gymboree order yang Fill-A-Bag sales ni, aku dah submit Jumaat, tapi ada lagi satu batch untuk submission.. Sebab yang hari tu dah ramai, tak boleh order sekali harung.. So, sesiapa yang minat, masih boleh bagi list.. :) Boleh beli baju untuk raya sekali hehe..

Note 2: Kalau nak shopping, dan sambil tu boleh berjimat, ini solutionnya.. hehe

Saturday, May 12, 2012

Bumbu Desa, Mid Valley…

Ini kali ketiga makan di Bumbu Desa.. Setiap kali makan kat sini, ajak kawan-kawan jelah.. My hubby tak fancy makanan Indonesia – Nasi Padang etc..

For me, makanan kat sini memang overpriced.. Tapi, kalau rasa nak makan sekali-sekala, should be no problem.. Aku suka makan kat sini, terasa puas sebab lauk-lauk dia aku suka..

iphone 429  The ambiance macam berada di Indonesia.. :)

iphone 431 Pilih lauk kat sini, then dia hidangkan kat meja..

So, on that day, we choose:

iphone 433
Talapia Goreng.. Ada cicah kicap pedas..

iphone 434
Ayam Berlada.. My favourite lada dia tu.. Wish I can prepare it myself..

iphone 435
Sayur untuk kawanku yang makan sayur.. Aku tak makan..

iphone 436 Udang.. Masak sweet sour kot.. Tak tahu apa nama dia.. Tahu tak berapa harga dia? RM22.90 kalau tak silap.. huhu.. Sebab sedap, that was why menjadi pilihan..

iphone 432My partner in crime..

Please guess how much was our bill? It was around RM78++ untuk 2 orang makan, setelah tolak 10% discount sebab aku ada card Bumbu Desa ni.. Aku minum air suam aje.. Kawan minum air kelapa.. Mahal tak? hihi

Memang mahal, tapi aku rasa sangat puas.. So, it was worth a penny :)