Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

Sunday, October 25, 2015

Bread Making…

Semenjak ada bread maker, rajinlah nak experiment itu ini.. hehe. First try ialah donut.. Tapi, tak berapa menjadi.. Dough lembik bila dah siap diadun, aku jadi susah nak bentukkan bulat-bulat.. Last-last aku pakai acuan bento aje (bentuk Mickey Mouse haha).. Bila dah digoreng, kulit luar jadi keras, tapi isi dalam lembut dan gebu.. So maybe resipi tu tak kena, aku rasa.. Takpe, kite try next time..
So this is the the second recipe.. Milk Bread nama dia.. Aku ikut resipi yang dalam instruction/manual bread maker aje.. Memang jadi… Tunggu ada ramai orang, bolehlah buat lagi.. Sebab saja-saja buat, siapa nak makan?? Tong sampah jawab dia haha…
IMG 3803
Guna bread maker memang senang.. Dump je semua dalam tu… Tengok-tengok nanti dah jadi roti after 3 hours.. Yang aku tak suka ialah prepare bahan… Banyak mangkuk nak kena basuh.. huhu
Semalam aku try buat Japanese Sweet Bun.. Gebu dan lembut isinya.. Untuk bahagian atas, aku tak sure sama ada placement loyang dalam oven buatkan dia bakar tak sekata (ada yg gelap warna) atau aku patut bakar guna heat bawah aje..
IMG 3950
Being an amateur baker, bulat-bulatkan pun tak sama saiz hehe..
IMG 3953
Sebelah kanan tu warna lebih gelap.. Go back and practice more! Open-mouthed smile
Aku guna Breville Bread Maker BBM600.. Actually agak jakun jugak mulanya sebab tak sangka dia boleh buat roti sendiri hahaha… Aku tak pernah tahu sebelum ni… Redeemed during CIMB Fiesta Rewards, so aku rasa sangat berbaloi.. Dia boleh select 3 sizes of bread.. So everytime aku select yang paling keciklah 750 gram, untuk mencuba..
breadmaker
Wish me luck, next week cuba menu lain pulak.. Kismis dah siap beli awal-awal, apa nak dibuat tu? Hmmm…

Tuesday, July 30, 2013

Nutella Ice Cream…

Tak perlukan mixer pun.. Just blend je semua.. Pastikan bukan blender cili yang digunakan.. Abis pedas nanti aiskrim tu.. haha..

Very easy peasy.. Got it from Twitter friend..

Bahan-bahan:

2/3 cup full cream milk
1/3 cup whipping cream
1/3 cup Nutella

Blend all together until smooth.. Done..

Lepas tu, masukkan dalam plastic aiskrim.. Aku guna popsicle mold, bila dah keras, susah sikit nak keluarkan.. Sebab campuran ni lembut sikit sebab ada whipping cream..

Without whipping cream, boleh guna sukatan ni:

1 cup milk
1/3 cup Nutella..

Bolehlah cuba, senang sangat..

IMG_1327

IMG_1323
Sedap and creamy.. :)

IMG_1330

Sunday, July 21, 2013

Homemade Strawberry Cheesecake Ice Cream…

Tak sangka boleh buat ice cream sendiri, selain aiskrim Malaysia yang biasa orang buat tu.. hehe..

For this first try, aku buat my favourite flavour.. Afterall, aku yg nak makan, kan?? haha..

IMG_1126
Ready to eat..

For the recipe, you can view it here in JoyOfBaking.com website.

To simplify, here are the ingredients: (Makes about 3 cups. Preparation time 40 minutes)

2 cups half-and-half (1 cup of milk and 1 cup of whipping cream)
1 1/2 tsp vanilla extract
115 grams Philadelphia cream cheese, room temperature (separuh daripada 1 buku cream cheese tu)
3 kuning telur (mind you, kuning telur sahaja)
2/3 cup Sugar
2/3 cup Strawberry filling (beli kat Bakery Shop)
Fresh Strawberries (optional)

How to:

1. Dalam periuk kecil, panaskan secara perlahan-lahan half-and-half dan vanilla extract.. Panaskan sampai campuran tadi hampir mendidih.

2. In different bowl, mix cream cheese, kuning telur dan gula sampai kembang dan gebu.. About 2 minutes..

3. Masukkan campuran half-and-half yang suam ke dalam campuran cream cheese.. Sikit demi sikit, dan make sure telur tidak berketul-ketul..

4. Campuran tersebut dipanaskan secara double boil, sentiasa kacau dengan senduk kayu until the campuran likat… To check, bila angkat senduk, the mixture will coat the wooden spoon.

5. Cepat-cepat remove dari api.. terus kacau lagi untuk beberapa minit supaya dia tidak overcook..

6. Masukkan strawberry filling. Ikut selera. Kalau tak suka manis sangat, boleh rasa dulu sebelum letak lagi..

7. Masukkan dalam bekas. Tutup. Biarkan sejuk dalam suhu bilik.

8. Masukkan dalam peti ais. Biarkan beku for few hours or overnight. 

9. Since aku takde ice cream maker, now and then, aku akan bukak bekas tu, dan kacau ice cream aku tu.. Bila kacau selalu, it helps smoothen the ice cream texture..

10. Biarkan beku.. Let say masa kite nak makan, ice cream tu terlampau keras, letakkan bekas ice cream kat chiller area for about 30mins untuk biarkan dia lembut sedikit… Bolehlah cedok dan makan.. Strawberry sebagai hiasan..

Inilah dia rupa KitchenAid Ice Cream Maker Attachment… Best tu, boleh terus jadi ice cream!

KitchenAidIceCream_0
Source from Google.

Siapa nak pergi US, bagitau eh, nak kirim.. hihi..

Friday, July 12, 2013

Chilled Marble Cheesecake Recipe..

Sorrylah bulan puasa menayangkan gambar-gambar sebegini.. hehe..

Memandangkan cream cheese, whipping cream kat rumah tak abis lagi, asyik buat cheesecake lah aku... Kali ni jenis non-bake cheesecake.. Saja nak try..

IMG_1161“Chocolate bar tu tak terlibat dalam resipi ni.. Abaikan okay..

Ni nak share resipi:

Cake Base:

8 keping (atau lebih) McVities Digestive Biscuits
3 tbsp Unsalted Butter, keep in room temperature

Gaulkan, dan isi dalam spring-form (loyang) yang telah disalut dengan aluminum foil.. Macam mana nak balut aluminium foil? Boleh check this video..

Springform tu aku guna saiz 8 inci or boleh guna yg 7 inci, so cake jadi lebih tebal..

Bila dah padatkan dalam springform, masukkan dalam peti sejuk 30 minit – 1 jam.. Tapi, aku bakar dalam oven 180 degree, dalam 10 minit and let it cool in the fridge for a while..

Cake Filling:

250g Philadelphia Cream Cheese (1 ketul) – in room temperature
3/4 cup Plain Yogurt
1 cup Whipping Cream
1/4 cup Gula Kasar
2 tbsp Powder Gelatin – dilarutkan dalam 1/4 cup air panas.. Gelatin Halal ada dijual di bakery shop.
Blueberry Filling (Beli dah siap kat bakery shop) – ikut berapa banyak nak..

1. Mix cream cheese and sugar together until pluffy.
2. Masukkan whipping cream and plain yogurt , pukul sehingga sebati.
3. Masukkan gelatin. Pukul lagi.
4. Last sekali, masukkan blueberry filling ke dalam mix tadi.. Kacau guna spatula, tak perlu sebati sebab nak bagi texture marble tu..

Berapa banyak filling yang nak dimasukkan, terpulang cita rasa masing-masing.. Aku tak suka manis sangat,  so bila aku letak-letak dalam tu, aku rasa dulu sampai rasa ikut tekak aku.. Sebab blueberry filling tu manis, sekali dgn jem dia..
5. Tuang dalam springform.
6. Simpan dalam peti sejuk.. Biarkan semalaman.. 2-3 jam pun boleh asalkan adunan tadi firm..

Topping:

2-3 tbsp Blueberry Filling
Air suam

1. Bancuh bluberry filling dengan air suam… Agak-agak aje..
2. Tuang atas cake yang telah firm..

Inilah hasil dia..

IMG_1184
My first ever Chilled Marble Blueberry Cheesecake..

photo

Selamat mencuba.. :)

Thursday, July 11, 2013

Mini Cheesecake Recipe…

Mentang-mentang ada mixer baru, semangat terlebih.. hehehe..

I love to bake, tapi malangnya kat rumah aku ni, siapa yg nak makan pun? Alih-alih akulah sorang-sorang mengunyah, pastu puji diri sendiri LOL…

Ni nak share resipi mini cheesecake yang aku buat.. Resipi asal dari kawan di Twitter guna sukatan dalam gram.. So, aku tukar jadi cup sebab aku takde kitchen scale (gonna get one soon!) hehe..

Ingredients:

For base:

6 keping McVities Digestive Biscuits (hancurkan) – I use my Turbo Chopper
1-2 tbsp Unsalted Butter – dilembutkan pada suhu bilik

Mix both together..

IMG_1087
Bahagikan sama rata mixture dalam acuan cupcake.. Kalau nak tebal, you can put more..

For Filling:

250g Philadelphia Cream Cheese (kalau beli kat supermarket, 1 ketul saiz dia) – lembutkan pada suhu bilik
1/5 cup Caster Sugar (40 gram)
1 Telur (kalau kecik, masukkan 2 biji)
1 tbsp Lemon Juice
2/3 cup Whipping Cream

1. Beat cream cheese dengan caster sugar sampai gebu
2. Masukkan telur.. Pukul sehingga sebati
3. Masukkan lemon juice dan whipping cream. Pukul lagi sehingga sebati.

IMG_1084

4. Divide evenly dalam bekas cupcake tadi..

IMG_1097

5. Bakar 20 min pada suhu 180 degree celcius.

Biar sejuk. Siap untuk dihidang. Aku chilled dulu before serving.

IMG_1131
My mini cheesecake with blueberry and strawberry topping..

Monday, July 8, 2013

Kitchen Aid Artisan Mixer, Every Kitchen’s Dream…

It is MY DREAM yang sebenarnya.. hehe..

Still can’t believe that I got it too soon.. Sepatutnya nak tunggu tahun depan, masuk rumah baru, barulah nak beli.. Sale comes early, apa boleh buat? kehkehkeh..

Thanks so much to my long lost school friend, Roha, helped me bought this in Singapore.. Sekarang tengah sale. That’s why, aku tak boleh tunggu lagi.. hehe.. Kenapa Singapore? US version much more cheaper, tapi aku bimbangkan fasal warranty.. If anything happens, Singapore still dekat lagi kot lah kalau ada apa-apa, kan? hihi.. Hopefully takde apa-apa lah.. Itu yang nak guna awal-awal, so I know it is functioning as it is..

IMG_0829

Hubby suruh simpan sampai pindah, then baru pakai.. Manalah boleh tahan, benda dah depan mata.. :P

IMG_0845
My 2 heroes behind the scene.. Red heart
First time je tolong assemble.. Lepas tu, dia dok tengok TV time aku baking.. huhu..

IMG_0846
Table top sempit, terpaksalah mengadun kat lantai aje..

Menu pertama yang aku buat ialah M&M’s Chocolate Chips cookies..

IMG_0847

IMG_0851
Sibuk je budak kecik ni..

IMG_0852

IMG_0853

IMG_0854

IMG_0859
He is enjoying munching cookies while watching TV..

My next dream is A BAKING ROOM.. The place I can do baking in peace.. Chewah! Ingat tak aku pernah share gambar ni? I still dream of this..

dce5f2b68446f107534a8cffab7bdc7b
Cabinet solid wood, kaler putih.. Wah, kalau berangan, bagikan dia.. haha..

And, this is what I found on Pinterest.. Comel and sweet kan? :)

IMG_0861