Friday, May 11, 2012

Mom & Baby Expo 11th–13th May 2012…

Sebab aku kerja kat Midvalley ni, bolehlah aku jenguk-jenguk kalau ada expo, exhibition, sales apa-apa kat sini.. Kalau tak, memang aku malassss nak bersesak-sesak.. huhu..

Objektif bagi ibu-ibu yang anaknya dah masuk toddler phase ni, tak lain tak bukan tengok harga susu dan diapers.. Yang lain-lain tu, tengok jugak, tapi 2 benda tu yang paling utama.. hehe.. Semakin anak besar, semakin kurang beli barang dia.. Beli yang keperluan seharian aje..

So, jalan-jalan during lunch tadi, inilah harga diapers yang aku tengok…

iphone 454 MamyPoko.. Haikal pakai XL, maksudnya harga sekeping, nak dekat RM1.00..

iphone 457   Ini jenama baru.. Lately, expo2 selalu ada brand ni.. Whoopee.. Aku teringat Whoopie Pie Starbucks tu.. haha..

iphone 458   I texted my hubby, tanya dia okay tak nak cuba Whoopee ni? So, belilah 2 paket dulu untuk try.. Kalau beli banyak-banyak pun, memang aku tak cukup tangan.. huhu..

iphone 461
BabyLove diapers.. Sesuai untuk kegunaan malam.. Harga 2 bags for RM48.. Tapi isinya, sikit je.. Lebih kurang 90sen sekeping.. Ada jugak diapers brand lain, tapi sebab jenama tak pernah dengar, aku tak tengok sangat.. Ada jenama Lampein (instead of lampin ke?), aku dengan kawan tergelak-gelak.. haha..

Kali ni, memang banyak booth, ada 3 hall semuanya.. Nak belek satu-satu, memang tak laratlah.. I just browse through, dan perhati benda-benda yang menarik aje.. At the same time, eyeing for formula milk dispenser.. Untuk Haikal bawak ke rumah babysitter..

iphone 455

iphone 456

iphone 459
Formula milk dispenser ni sangat comel! Tapi, aku tak berapa suka sebab tutup dia asing-asing untuk keluarkan susu.. Jadi masalah bila aku nak cuci satu-satu.. Fikir jauh, sebab nak cucinya, aku! hihi..

In the end, I bought this.. Nuby Dispenser kat Mamours Booth.. Harga RM16.90, diskaun 40%.. Sebab diskaun banyak tu yang aku suka.. :P

iphone 468

iphone 462 Tommee Tippee products..

iphone 464
Pureen Booth..

Ada booth jual susu Enfagrow A+, puas aku cari rupanya kat belakang sikit.. Booth kecik aje.. Harga susu Haikal RM94.90, bukanlah paling murah... Tapi, aku beli 2 tin..

iphone 463

The best thing ialah aku dapat this Loccitane miniature 2 sets.. Sebab nak Mother’s Day kot dia bagi..

iphone 467

Kalau beli beli 8 tin Enfagrow A+, dapat free Cozy Coupe Shopping Trolley Cart ni.. Best! Tapi aku fikir2, banyak giler sampai 8 tin.. Dahlah berat giler, nak bawak 2 tin pun seksa..

478819567_o 
Cute! Kalau harga susu less than RM90, bolehlah beli sampai 8 tin.. hihi..

Lagi satu, aku singgah Avent Booth.. Aku tanya SA dia fasal Avent teats.. Harga sama dengan Parkson kalau ada sales iaitu RM23... Yang bestnya, dia cakap kalau bawak teats lama, boleh dapat RM17.. Aku cakap kat dia, “kenapa tak bagitau awal-awal?” hihi.. Mana ada orang pergi jalan bawak teats lama.. LOL. Unless you are bringing your baby at that time, ada susu bagai, bolehlah tukar on the spot.. So, sesiapa yang nak pergi esok dan lusa, jangan lupa bawak Avent teats lama.. hehe..

Bagi aku, event kali ni okay kalau nak pergi.. Nak kata murah sangat tu, bukan semua murah.. Pandai-pandailah memilih.. :)

4 comments:

pizet said...

wah kalau dekat leh g borong whoopee..biasa 28.90

sayahappyslalu said...

pizet,
haah, murah berbanding diaper jenama lain..

Natascha said...

me,pegi on saturday,blom bukak lg da tercegat tggu dpn tu..huhu.. beli paciefer MAM.. x terbace blog sis pasal avent tu.. pegi tak bawak rayyan,last2 kat sane tgk klo bawak botol susu lama avent,tukar dpt coupon rm10 utk bli btol baru,..ishh...rugi2

sayahappyslalu said...

Natascha,
hehe. i pun tak tau kali ni dia boleh bagi coupon mcm tu.. kalau tak, boleh aje nak bawak semua yg lama-lama tu.. hihi