Alamak, cerita dah tersimpan lama.. Baru ni terajin cari balik gambar-gambar 2 weeks ago.. hehe..
Setelah sekian lama tak jumpa, kawan-kawan sekolah menengah (we are from SM Sains Pasir Puteh) organized reunion amongst our batch.. We had buffet lunch together at Impiana Hotel KLCC.. Of course, aku excited.. Jarang sangat berjumpa kawan-kawan especially sejak dah kahwin ni.. Mainly my time will be spent with Haikal, my hubby and with our families.. Keluar jumpa kawan-kawan boleh bilang dengan jari berapa kali setahun.. huhu.. So, I was looking forward to it.. Hubby pun bagi green light.. Dia tinggal kat rumah sebab aku bagi suggestion duduk rumah takut dia tunggu aku lama nanti.. hihi..
Since aku pun tak ke mana-mana on that weekend, tak outstation etc, memang plan nak join kawan-kawan.. Walaupun tak ramai yang join, tak kisah sangat,.. Dapat jumpa yang datang tu pun dah cukup happy.. hehe.. Masing-masing ada dah ada family and anak-anak, ada jugak yang still single...
Sebelum pergi.. Haikal muka kerut suruh mama stop amik gambar dan cepat drive kereta.. hehe..
Peneman mama on that day.. Kitorang jalan dari KL Convention Centre car park sampai ke Hotel.. Parking hotel tengah renovate time tu.. He was so happy!
Tengok kiri kanan, tak abis-abis cakap “Wow… Wow”.. Kagum sangatlah tu.. hihi..
Sampai sana, terus makan.. Banyak pilihan makanan, western, malay food, dim sum semua ada.. The best part, ice cream Baskin Robbins pun ada.. Batuk-batuk pun belasah makan ice cream.. hihi..
Tak banyak gambar makanan.. Asyik sangat makan, layan anak dan berborak, sampai lupa amik gambar makanan..
Okaylah, aku letak gambar jelah.. Malas nak tulis panjang-panjang.. hehe..
Me in Poplook Penny Chiffon Maxi Dress..
Last sekali sesi bergambar ramai-ramai..
The Committees.. Thank you, guys.. Rajin sangat prepare dan buat macam-macam.. I follow aje.. hehe..
Tak sabar nak jumpa lagi.. InsyaAllah masa bulan puasa nanti.. Aktiviti berbuka puasa bersama-sama.. :)
No comments:
Post a Comment