Sunday, November 7, 2010

Cabaran Breastfeeding Mom Semasa OBM…

Citer fasal OBM hari tu, aku tak teringat nak cerita tentang pengalaman aku selama seminggu express susu tanpa bantuan my baby.. hehe..

At first, memang risau jugaklah macam mana 7 hari kat sana, bila nak pam susu dan kat mana tempat aku nak simpan susu aku… Sebelum pergi, aku dah maklumkan kat diorang yang aku perlukan tempat untuk simpan susu.. The representative bagitau ada tempat untuk aku simpan stock EBM aku.. Lega sikit aku dengar, at least takdelah rasa sayang nak buang susu..

Hari pertama, masa datang tu, pump aku bengong sikit, tak boleh guna bateri.. Masa bas singgah kat RNR, aku tak dapat nak pam.. Nak guna power plug kat situ, ada makcik sibuk nak cas handphone dia.. huhu.. Malas layan, aku terus keluar...Dalam bas, aku dah susah hati.. Aku godek-godek kat connector tu dan tiba-tiba pump pun okay.. Dugaan sungguh.. Alhamdulillah, pump okay sepanjang kat sana dan boleh operate guna bateri… Yelah, kalau dalam hutan, mana nak cari power point kan? huhu.. Masa first day tu, sampai dah kul 1 lebih, time tu dah start engorge..Then, masa lepas makan, diorang bagi masa pergi solat semua, time tu mulalah operasi mengepam.. And, aku yang paling last sampai dalam group aku tu.. Hopefully, diorang paham lah.. hihi.. Seterusnya, pada waktu-waktu lain, dah tak lewat dah, I manage to arrange my time to pump..

Bila waktu pam? Setiap hari, aku bangun pagi-pagi.. Kalau kena berkumpul 6.30am, kul 5 dah bangun siap-siap and pam.. Tak nak terlewat dan make everyone wait for me.. Then, sesi kedua, after lunch.. Time ni, selalu lepak kat surau aje, so, memang you can see I bring my cooler bag everywhere I go lah.. Who cares? hehe.. Sesi ke-3 ialah after maghrib.. And, the last session ialah sebelum tidur..

How I store my EBM? Kat sana, ada medical bay.. In the medical bay, ada peti ais.. So, aku tumpang simpan dalam peti ais 2 pintu yang ada kat situ.. Towards the end of the program, dah penuh satu freezer compartment tu dengan EBM aku.. hehe.. Orang kat situ pun dah faham, siap ada Medical Officer tu cari aku semata-mata nak tanya dah pam susu ke belum.. haha.. Dahlah lelaki, malu I.. :P

Bila masa aku simpan EBM? Aku bawak 5 ice packs dari rumah.. So, during day time, aku guna 3 ice packs and put in my cooler bag.. Aku amik ice pack tu pagi-pagi dan guna sampai around kul 8.00pm.. During night time, aku masukkan susu dalam cooler bag tadi ke dalam freezer.. Then, aku amik 2 lagi ice packs yang aku bekukan dalam freezer untuk digunakan untuk waktu malam..  Then, 3 ice packs yang dah guna tu simpan balik untuk digunakan esok paginya.. So, dalam sehari tu, aku pergi ke medical bay hanya 2 kali aje.. Takdelah boring diorang asyik tengok aku keluar masuk tempat tu aje.. hihi..

Masa camping dalam hutan, apa terjadi dengan EBM aku? Dalam hutan takde freezer, ice packs tak cukup nak tampung sampai more than 12 hours, makanya, aku terpaksa buang susu2 tu… Huhu.. Terpaksa.. Tapi, bila time pump, aku tetap pump.. Ada masa jungle trekking tu, my team belum siap pasang khemah lagi, aku pun tumpang khemah budak group lain untuk mengepam.. hehe.. Diorang dah faham dah.. Sampaikan girls dalam group aku pun panggil aku “Mommy.. mommy” dan selalu tanya “Mommy dah pam?”.. Gasaklah, janji rock.. haha..

How I bring back my EBM to KL? Aku balik KL tumpang kawan sebab risau kalau naik bas, bas selalu berhenti-berhenti and end up sampai KL lewat dan susu pun cair dan rosak.. So, from OBM, kitorang ke Lumut beli ole-ole… And, aku mintak kawan singgah kedai runcit jap, nak beli polisterin dan ice.. Dari OB, aku simpan dalam Tupperware Modular Keeper with Grid yang aku bawak dari KL.. Bila dah beli polisterin, semua susu aku letak dalam tu.. Alhamdulillah, masa sampai KL, susu masih lagi beku.. Siap boleh singgah The Mines lagi, teman my hubby makan.. hehe.. Oh ya, semua skali, dapat dalam 26 packs of EBM, tak termasuk yang buang time camping tu..

Itu ajelah pengalaman nak share.. Ada kawan-kawan atau lebih senang aku panggil adik-adik yang cakap kesian kat aku sebab tengok aku kena pam susu every now and then.. Aku bagitau, takde apa nak kesian pun.. I’m enjoying what I’m doing.. Rasa seronok pam susu.. Macam hobby pulak.. hehe..

7 comments:

Queen said...

Semoga saya pun bertabah macam akak.. =)

Ada satu story tu (lupe dah baca kat mana)...

Askar kat meda perang pun sempat je mengepam dan bagi penyusuan exclusive utk baby die.. =)

LynnDa @ PeNg said...

wow... salute laa emy...
memang ko sangat tabah menjaga susu2 mu..
kalau aku sure dah panik... sure buang jer...

rDnA said...

waa salute la.sgt mncabar.tp demi anak kan??hrp2 saya nnt pun tabah camni

sayahappyslalu said...

Queen,
wow, orang palestin ke? Syukur, malaysia takde perang2.. :)

Peng,
hehe.. sayang susu..

rDnA,
insyaAllah boleh.. kuatkan semangat

hamiDahRecKs said...

wahhhh...aku nangis baca enrty nih!sgt la aku cengeng skang nih,,huaaa

sayahappyslalu said...

reks,
jangan anakmu nanti kuat teriok, sudah.. hehe

Ummu Ibtisam said...

Salam. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman ni. Dapat bantu ibu lain yang nak mengepam masa bercamping :-)