Panjang tajuk kali ni.. hehe..
Yes, I was travelling alone with my little hero, Haikal :) At first, rasa cuak jugak, sebab masa pergi kitorang naik bas.. Long journey in the bus, sangatlah berdebar-debar adakah semuanya akan okay.. Haikal behave ke tak? Macam mana kalau aku nak pergi toilet nanti? Macam-macam persoalan.. huhu.. Kenapa naik bas? Sebabnya, aku dah terlupa nak beli ticket flight awal2.. huhu.. Tapi, sebab terlupa ni, Haikal dapat ikut aku.. Plan asalnya, aku nak pergi sorang aje.. Bertolak dari Putrajaya Sentral pada Jumaat malam..
Dalam bas.. For the first time in his life.. Muka kaget.. hehe..
Curious sangat.. Nak tengok steering besar kat depan.. We were seated right at the back of driver seat..
Dalam bas, Haikal elok aje.. Tak menangis or merengek.. Aku rasa sebab dia excited first time naik bas.. Sometimes dia berdiri menoleh ke belakang tengok orang belakang buat apa.. hehe..
Thank you to the technology.. Anakku tak bosan..
Kitorang sampai kat Alor Star pukul 5.30am.. Kat sana, kawanku, Dyan dan adik pengantin datang amik kat bas stesen..
Haikal kat mana-mana pun dia okay.. Semua orang dia kawan.. hehe.. Sangat senang.. Aku biar je dia main kat bawah, aku duduk lepak-lepak kat bilik pengantin sambil borak2.. Terasa macam anak dara pulak.. kehkeh..
Haikal suka kawan dengan Kak Emira, anak buah Ernie..
Tengoklah tu.. Happy sangat main tabur bunga rampai kat diri sendiri.. hehe..
Tahniah Ernie dan suami.. I am happy for both of you.. Jom kita carikan Dyan calon.. hehe..
Susun coklat yang berbentuk kereta.. Haikal makan tak berhenti sampai habis coklat dalam balang.. Sampai satu tahap, dah tak boleh tahan, apalagi, muntahlah anak aku ni.. huhu.. Abis seluar baju semua..
Sedap.. Jarang dapat makan laksa masa kenduri kahwin.. Time nilah, baru satu suap makan laksa, Haikal dah muntah.. Terbantut selera.. haha.. Nasib baiklah muntah kat luar rumah, kalau tak, naya aku kena bersihkan rumah pengantin.. hihi..
Petang tu, kitorang keluar pergi Pekan Rabu sekejap.. Saja je jalan-jalan, Dyan nak beli ikan pekasam.. Aku beli asam-asam aje..
Inilah dia yang di”pau” oleh Haikal.. Turutkan saja.. Janji nak jalan.. Sebelum tu, dia tidur.. Tapi aku umpan dia suruh bangun dan nak beli mainan.. kekeke.. Tak larat nak dukung..
Malam kitorang balik ke KL.. Ni kali ke-2 Haikal naik flight.. Memang tak diam mulut dia asyik sebut “plane, plane”.. Dulu first time, masa pergi Bukittinggi, Haikal kecik lagi..
Dalam flight, lepas je flight berlepas, Haikal dah ketiduran sepanjang perjalanan..
Disebabkan Haikal sangat behave, next time boleh ikut mama pergi jalan-jalan lagi.. :)
No comments:
Post a Comment