Last Saturday, aku ada aktiviti lawan dart kat Petaling Jaya.. So, aku bawak Haikal sekali.. Bukan reti main pun, saja je join sebab admin dah letak nama aku.. Kalau asyik cakap tak boleh aje, nampak sangat anti-sosial aku ni.. haha..
Budak yang terpaksa bangun awal pagi.. hehe..
Sebab asyik kalah, main pun sekejap aje.. And, bila belek-belek Twitter, I just got to know, kawan aku, Reck nak pergi Midvalley tengahari tu.. Dah lama tak jumpa dia, so, balik dari Petaling Jaya terus ke Midvalley..
Bila Haikal jumpa Humaira’, dia bukan main nak sayang-sayang pulak.. hihi..
Susah nak amik gambar Haikal duduk diam-diam.. Humaira’ tengok aje, apalah abang ni buat..
Ni first time Haikal jumpa Humaira’.. Yelah, duduk Sabah, mana nak jumpa selalu, kan? Susah sebenarnya bila bawak budak-budak kecik ni jalan sama-sama.. Haikal sibuk tolak stroller Humaira’..
Humaira’ pulak asyik kejar Haikal yang tolak stroller dia.. Bila tak dapat, menangislah makwe tu.. Adohai, Haikal memanglah tak mahu beralah.. huhu..
Oh, ada Mickey Mouse Exhibition masa tu.. Haikal memang suka sangat.. Penat nak kejar dia lari-lari keliling Mickey Mouse besar tu..
Tak larat nak jalan-jalan lagi.. Kitorang pergi makan dan lepak lama kat Delicious..
Sedapnya batuk-batuk minum smoothies..
Comot, first time makan chocolate.. Nampak Haikal makan coklat, Humaira’ pun nak jugak…
Our desserts.. Classic Chocolate Cake & Red Velvet.. Tak sedap red velvet tu sebab dia letak topping caramel.. Too sweet..
Spaghetti for me.. Ada pulak tangan kecik nak enterframe hehe..
Dr. Reck tengah busy layan twitter.. haha..
Till we meet again, ya! :)
No comments:
Post a Comment