Dekat aje Ice Room Bangi dari rumah aku, tapi tak pernah pun singgah.. Yang ini, aku pergi kat Nilai, masa outstation minggu lepas.. Sebenarnya teringin sangat nak makan Snow Ice Cream dia..
Banyak choices.. Aku pilih Tropical Mixed Fruit Snow Ice..
Ni dia snow ice cream aku tu.. At first aku tengok, “mana buah-buah dia? tak nampak macam dalam gambar pun”.. Dalam menu, indah betul, penuh buah-buah atas ice cream.. hehe..
Rupa-rupanya, bila aku cedok2 kat tepi tu, buah-buah ada kat dalam mangkuk.. :P
Harga boleh tahan, RM9.90.. Dapat 20% discount.. Murah lagi dari Tutti Frutti.. hehe.. Makan sorang memang kenyang.. huhu..
Aku order makan Spaghetti Seafood with Tomato Sauce.. Huhu.. Tak memberangsangkan.. Seafood dia tak fresh.. :(
So, I’m gonna stick with this.. Pergi Ice Room, makan Snow Ice Cream sahaja, tak payah makan benda lain pun tak apa..
Sudah suka Snow Ice lah pulak… Semalam pun makan jugak.. ;)
No comments:
Post a Comment