Sunday, February 26, 2012

2 Years Old–Time To Wean Off Breastfeeding..

Memang dari awal lagi, aku berazam nak breast feed Haikal sampai dia 2 tahun.. Syukur sangat-sangat, berjaya juga impian aku..

Alhamdulillah, aku dapat full breastfeed Haikal sehingga 1 tahun 2 bulan.. Selepas tu, dah campur dengan formula milk disebabkan kerja aku melibatkan outstation yang kerap, aku tak sempat nak buat stock EBM.. Bila tak outstaion, malam-malam Haikal still menyusu badan sampailah dia 2 tahun ni… Memang tak dinafikan budak menyusu badan ni, sangatlah suka “melekat” kat mama dia.. Nak masuk bilik air, nak solat, nak memasak pun kadang-kadang tergendala sebab dia nak berdukung, nak kite bergolek-golek melayan dia.. Time tengah memasak, tiba-tiba datang cakap nak “nyek”.. Nak elak dari terus merengek, terpaksalah padam api dapur dan susukan Haikal dulu.. Barulah anak aku bermain dengan happy lepas tu..

Now, Haikal dah 2 tahun.. Tiba masanya untuk stop menyusu.. Setiap budak lain peelnya.. Ada yang senang, cakap slow talk dengan anak pun dah okay.. Ada yang jenis hardcore, letaklah apa pun kat breast, tetap anak nak menyusu.. Aku pun tanya tips kat kawan-kawan dan ibu yang menyusukan tentang perkara ni..

So, Haikal pulak macam mana? I’ve tried to slow talk to him everytime dia menyusu.. Aku cakap “Haikal dah nak masuk 2 tahun, dah tak boleh “nyek”.. Sebab Haikal dah besar”.. Tapi, aku rasa slow talk tak jalan untuk Haikal.. Dia dengar apa aku cakap, tapi menyusu jugak macam biasa.. Bila aku tarik, mulalah dia marah atau cepat2 menyusu balik.. huhu..

Last night, buat pertama kalinya aku letak asam jawa.. :P Bila Haikal nak menyusu, aku bagi seperti biasa.. Yang aku terkejut, dia minum seperti biasa macam takde apa-apa.. Aku dengan husband yang tergelak-gelak.. Maybe lapisan asam jawa tak tebal.. hihi..

So, second time, lepas Haikal main-main, dia mintak nak menyusu lagi.. Aku cakap kejap, nak pergi dapur dulu.. Aku sapu lagi asam jawa, kali ni lebih tebal, pekat dan melekat.. hihi.. This time, bila menyusu, Haikal hisap dan terus lepaskan sambil muka dia buat reaksi masam.. Sampai tergoyang-goyang bahu dia.. Seriously, tergelak besar kitorang dibuatnya.. At the same time, rasa kesian jugak.. :( Aku cakap “nyek mama sakit.. Mama buat susu, ye?”.. Haikal pun minum susu botol je lepas tu.. Abis minum susu, Haikal continue main, ditemani papa dia yang masih tak tidur lagi.. Aku masuk tidur dulu..

Masa nak tidur, Haikal datang kat aku.. Terkejut aku dia tak minta nak menyusu pun.. Sebab biasanya, pantang tengok aku baring, dia confirm nak “bergayut”.. Haikal baring kat badan aku dan kepala dia asyik lentok2 kat dada aku.. Sayu je rasa.. :( Kesian dia.. Pastu bila dia baring kat lengan aku, aku tepuk-tepuk paha dia.. Dia tak mahu aku tepuk dia.. Agaknya merajuk.. huhu.. Sedar-sedar dia dah tertidur sampai kul 4.00am lebih sebelum bangun mintak susu.. Aku tak offer breastfeed kat dia.. Aku terus bangun bancuh susu.. After minum susu, Haikal tidur balik sampai pagi..

Malam ni, kite tengok macam mana pulak.. I really hope dapat berhenti dari menyusukan Haikal sekarang.. Susu pun bukannya banyak sangat.. Plus rasa perit sangat bila dia asyik menyusu tak nak lepas.. huhu.. But, at the same this, surely I will miss this baby-mommy bonding..

Semoga dipermudahkan olehMu, Ya Allah.. Amin..

4 comments:

[k.u.y.a] said...

saya nak kuat macam akak. nak fully breastfeed baby. insyaAllah. doakan saya. :)

sayahappyslalu said...

Suria,
InsyaAllah.. Mesti boleh punya.. Kena kuat semangat ;)

mamaJong said...

Alhmdlh...berjaya utk bf 2thn yer.thniah..
Tp mmg kna wean off la kan klu dh 2thn, walaupon sayu..tp kite kna strong.^_`

sayahappyslalu said...

mamaJong,
betul.. kena tekadkan hati.. walaupun sedih :(