Wednesday, April 27, 2011

I Took Half Day Leave For JCard Day Midvalley…

Aku takkan ke sana kalau tak ada benda penting nak beli.. Lebih2 lagi, aku kerja dan mesti ramai orang yang bersesak2 nak shopping on that day.. Tak kuasalah kalau setakat nak beli kasut sepasang.. hehe..

Jcard Day Midvalley berlangsung 2 hari; 21 – 22 April 2011.. On the first day, aku bagitau kawan aku Dyan, kalau pergi sana tolong survey satu barang untuk aku.. Nak tahu harga sebelum diskaun dan berapa diskaun dapat masa Jcard Day ni.. So, Dyan pun inform aku tentang barang tu bila dia dah ada kat sana.. Wow, 30%! I’ve decided to go the next day..

Malam tu, dah fikir2 nak pergi bila.. Pagi or petang yang sesuai? Pagi atau petang, terpaksa jugak amik half day leave.. Sebab dari ofis ke Midvalley agak jauh, amik masa jugak dalam perjalanan.. Fikir punya fikir, aku pergi waktu pagi.. Bertolak dari rumah pukul 8.00am lebih, then sampai kat Midvalley sebelum pukul 9.00am.. Hambik ko, kedai pun belum bukak lagi.. Melanguklah aku tunggu, itu pun dah ramai jugak orang datang tunggu kat situ.. So, I’m not alone.. hihi..

IMG_1959 Penantian suatu penyiksaan.. haha..

Tepat 9.30am, guard tu bukak gate.. Terus aku meluru ke supermarket dulu.. Beli coklat Van Houten, dah abis untuk cupcake aku.. Ini sampingan aje, alang2 dah sampai Jusco ;P

Kalau dah pergi ke ladies department, tak sah kalau mata tak browsing around, kan? So, terbelilah kasut, 2 pants untuk kerja and a blouse.. Ececeh, terbeli konon! :P

Settle beli barang aku, then aku naik ke Toys Department.. And this is what I’m looking for! Fisher Price Newborn to Toddler Rocker.. No no, bukan untuk Haikal sebab Haikal dah ada.. It’s for baby newborn Tasha.. Dia request nak rocker ni sebagai hadiah.. Kebetulan dia bagitahu sehari sebelum Jcard day, so sempatlah pergi Jcard day kat Midvalley ni.. Kalau dah terlepas, alamat lama lagi nak tunggu Jusco lain pulak buat Jcard Day..

IMG_1961

Murah, sebab normal price is RM349.90, then dapat 30% discount.. Dah beli rocker ni, lepas tu terus balik tak tengok apa dah, dalam pukul 10.30am.. Sekejap aje.. Siapa cakap orang pompuan shopping lama? hehe.. Kalau berlama-lama kat situ, agaknya ada barang lain yang akan terbeli lagi especially toys, banyak yang murah2.. Nak beli untuk Haikal, Haikal dah banyak mainan, sampai tak muat toy box dia.. Ada yang masih dalam kotak pun ada.. So, kalau nak beli hadiah ke, this is the right time lah.. Barulah bijak membeli.. hehe.. And, my advise, datang pagi2, nak parking kereta pun senang.. :)

3 comments:

aanie said...

seronok kan g jcard day??sy pun amik half day gak aritu...hehe...

~HaiRiZaN~ said...

punye la semangat akak awal pagi dah kuar.. mcm nak pegi keje plak.. hehehe

sayahappyslalu said...

aanie,
seronok bila barang nak beli ada diskaun yang banyak.. hehe.. tapi, kena sedia duit lah..

izan,
hehe.. semangat, kan? sbb takut jem dan lambat sampai..