Tuesday, April 26, 2011

Mama And Baby Vacation In Port Dickson…

My family arranged for a family trip to Port Dickson.. Unfortunately, papa Haikal sakit on that day.. Memandangkan dah dapat green light, aku pun berdua aje pergi ke Port Dickson dengan Haikal.. Tak jauh pun Port Dickson dari rumah, 1 jam aje.. So, kitorang berdua bertolak kul 4.00pm pada hari Sabtu tu.. Haikal behaves very well duduk dalam carseat.. Biasanya dia meronta juga mula-mula tu, tapi aku cakap “Nak pergi jalan.. nak pergi jalan” pastu umpan dengan biskut, senyaplah dia dalam tu.. Good boy!

Sampai je sana, letak beg dalam bilik, terus tengok adik-adik aku tengah berendam dalam swimming pool.. Haikal yang blur-blur baru bangun tidur, terus cerah mata tengok air depan mata.. Terus aku bawak dia tukar baju lain untuk mandi.. Adik-adik aku pun berebut nak main air dengan Haikal.. Oh ya, kawan2 mak aku pun ada jugak join.. Diorang jiran2 kat Wangsa Maju… Kitorang semua dalam 5 family lah..

IMG_1964 Mula-mula masuk kolam, agak takut di situ.. hehe..

Once dah start berenang2 dalam air, naik syok dah anak aku ni sampai taknak naik.. Bila kite dudukkan dia kat tepi kolam, dia sendiri akan slip badan dia masuk dalam air balik.. hehe..

IMG_1969 Tengoklah how happy he was..

IMG_1967 Nak turun dalam kolam..

IMG_1968 Ni lagi satu gambar, cubaan memasukkan diri dalam kolam.. Haiyo, he loves swimming pool so much!

IMG_1970

IMG_1971

Lepas mandi kolam, kitorang turun pantai sekejap.. Aku pun saja lah nak bawak Haikal ke pantai.. Bagi anak aku ni kenal apa itu pantai.. hehe.. Konon nak bagi dia main pasir, tapi dia tak mahu jejak pun.. Geli kot.. huhu..

IMG_1973 Mula-mula jejak kaki atas pasir pantai..

IMG_1974 “Apa ni mama, Haikal gelilah!”.. Last-last, Haikal duduk atas riba aku je.. Aku try nak letak kat pasir, dia tak mahu langsung.. Berdukung ajelah jawabnya.. So, kat pantai tak lama, terus balik mandi swimming pool lagi.. huhu..

Aku mandi dengan Haikal pun tak lama.. Aku risau Haikal selsema kalau lama sangat berendam.. Alhamdulillah, Haikal okay aje malam tu..

IMG_1984 Dah siap tukar baju.. Tengok aje pakcik masih mandi.. Mulut Haikal bising panggil2 macam suruh berhenti mandi kolam aje.. hehe

Malam, makan barbeque chicken.. Then, aku bawak Haikal lepak kat lobby tengok AF9.. Yang lain, ada yang masih mandi swimming pool lagi..

IMG_1993 Main bola kat lobby dengan Marissa..

IMG_1994 Tengok tu kening Marissa luka, jatuh kat Carrefour.. Nasib tak berjahit..

Malam tu, lambat Haikal tidur.. Tapi, bagus jugak, tidur nyenyak sangat sampaikan bangun sekejap aje untuk menyusu dan sambung tidur sampai pagi.. Betul-betul penat agaknya…

Esok pagi, 8.30am dah bangun, terus keluar tengok adik2 aku dah terjun kolam balik.. Excited anak aku ni tengok… Ingatkan dah taknak bagi Haikal mandi lagi, tapi kesian pulak.. Memang seronoklah dapat mandi.. Lagi-lagi ada orang layan dia ke sana ke mari..

IMG_1997 Muka baru bangun tidur..

IMG_1998

IMG_2004 Yeay, dapat masuk dalam air balik.. :)

Dalam pukul 11.00am, aku kemas2 barang, siapkan Haikal, then kitorang berdua balik ke KL semula.. Dalam perjalanan balik Haikal tidur dalam carseat sampai KL..

Maka, berakhirlah percutian kami..

5 comments:

Unknown said...

emi! haikal mcm liam! geli pijak pasir kat pantai! hahaha comel!

sayahappyslalu said...

kiena,
Memang comel.. tapi, asyik nak bergayut, tak nak main sendiri.. :)

lianakhamis said...

uish.. delete r gmbr org free hair.. segan.. T_T

sayahappyslalu said...

liana,
okay, dah delete dah!

lianakhamis said...

ade lagi satu...