Sunday, October 31, 2010

I’m Back!

Away from keyboard was still okay, tapi bila away from my baby, it was a nightmare for me.. Macam-macam fikir sampai rasa tak nak pergi! huhu..

Apapun, lega sangat2 bila balik tengok baby is doing okay dan susu cukup.. Alhamdulillah, Haikal pun tak demam rindu kat aku.. Maybe adik ipar aku ada kat rumah berpantang kat sana, so, Haikal rasa macam mama dia ada.. Siang malam makan, minum main macam biasa.. Ramai orang layan, tidur malam pun nak dekat 1.00pagi..

Tomorrow, will start working as usual.. Tapi office dah tukar kat AU3 Keramat.. Dekat sikit kalau dibandingkan ulang alik ke Selayang.. Tapi, tak taulah traffic jam teruk tak kat MRR2.. Esok keluar awal sikit tengok how it goes..

Till then, nite nite..

Note: After I’m back, my hubby pulak ke offshore.. Busy la jadual bulan ni, tu yang progress rumah baru banyak delay sikit.. huhu..

Saturday, October 23, 2010

Happy 8th Months, Baby!

How are you baby and papa baby?

Pada saat ni, I’m not with my baby untuk saksikan umurnya bertambah lagi sebulan.. Tapi, takpelah, balik nanti mama belanja makan cheesecake.. hehe.. Anyway, I’m happy to see how well my son is progressing each day.. Tak dinafikan, kadang-kadang rasa penat sangat nak handle my little boy.. But, semua tu sangat berbaloi bila tengok he smiled back at me when I smiled at him.. It is very worth it!

Okay, here are little update on his milestones:

  • Alhamdulillah, he is still fully fed with my breastmilk.. Harap susu yang mama tinggalkan tu cukup untuk Haikal sampai mama balik nanti ye, sayang.. Semoga aku masih boleh terus menyusukan Haikal selama yang boleh.. InsyaAllah..
  • Selera makan sangat bagus.. Suap ajelah apapun, mesti dia terima.. Pernah sekali tu, bagi makan Gerber puree.. Bukannya masam pun, but looking at his expression, macam teruk sangat rasanya.. Yang peliknya, dia masih terus makan.. Aku yang tengok pulak rasa kasihan.. And, at the same time, I found it very funny.. hihi.. He like cheese cake and cheese tart, just like me.. Nanti besar sikit, mama ajar makan sambal sotong pulak, my favourite tu.. hehe..
  • Walaupun makan berselera, kalau aku yang suap, dia ada main-main sikit.. So, masa makan tu drag jadi lama.. Macam-macamlah dia nak main.. Kalau makan biskut Farley pulak, sampai melalak-lalak tak sabar..Datang mengada-ngada bila dengan mama dia.. Bila orang lain suap, elok aje..
  • Very clingy when I am around.. Pantang nampak aku bangun sikit, mesti menangis nak ikut.. Padahal, aku nak pergi dapur aje.. huhu..
  • Dah pandai berdiri sendiri sambil berpaut kat sofa, kat lutut aku, kat baby cot.. Sekarang, macam nak memapah pulak.. Step by step, ooo baby.. :P Tetiba keluar lagu Vanilla Ice..
  • Sudah ada satu batang gigi.. Tak berapa nampak lagi, tapi kalau letak jari kat gusi, terasalah gigi comel tu.. hehe..
  • Very playful.. Nampak mainan warna-warni jadi tak tentu arah tak tahu nak main yang mana satu.. Last-last, semua mainan berterabur..
  • Dah pandai lembikkan badan bila aku taknak dukung dia atau tak dapat sesuatu..

Itu aje buat masa ni.. Mama loves you, baby!! Tak sabar nak balik nak jumpa anak mama dan papa dia! Agaknya, Haikal dah pandai jalan dah.. Cepatlah hari Jumaat..

Friday, October 22, 2010

7 Days Mission…

Aduhai, malas betul memikirkan benda ni.. Actually, I am going for a camp mulai Sabtu which is esok, sampai Jumaat minggu depan.. 7 hari tu! Tu yang bersungguh2 simpan stock susu untuk 7 hari.. Kalau zaman belum ada baby dulu, tak kisah sangat.. Ni, bila memikirkan nak tinggalkan baby 7 hari tanpa dapat berhubung (handphone disimpan oleh instructor), memang jenuh jugak.. Sedih sangat! I already started to miss him..

Haikal nanti, mak aku jaga.. Sebelum ni, aku ada bagi training kat Haikal bagi mak aku yang tidurkan waktu malam, aku menyorok dalam bilik.. Merengek2 dia.. Bila pujuk dan agah2, okay sekejap.. Lepas tu, agaknya bila teringat balik kat mama dia, dia merengek menangis lagi.. Sambil tu dia merangkak kat pintu-pintu bilik dan terjenguk2 cari aku.. Bila dengar dia merengek lagi, aku dah tak tahan, terus keluar dari tempat persembunyian.. huhu.. Aku risau ni, tapi, sebab terpaksa pergi, kena redha la.. Selalu fikir, boleh ke Haikal tidur tanpa aku? Tercari2 dia sebab nak menyusu.. Sedih, sedih.. :( Hopefully, semua okay dan dipermudahkan.. InsyaAllah..

Bila 7 hari berjauhan ni, tak dapatlah aku nak snap gambar Haikal hari-hari.. Aku akan tinggalkan camera dan mintak adik2 aku tolong tangkapkan gambar.. Harap diorang tak lupa..

Sebab berat hati nak pergi, up until now, aku tak siap packing lagi.. Malam ni baru nak packing.. Perkara penting jangan lupa ialah my breast pump!

Thursday, October 21, 2010

Kunci Rumah Baru…

IMG_8885

Alhamdulillah, saat yang dinantikan sekian lama dah tiba.. Kitorang dah dapat kunci rumah setelah puas ding-dong-ding-dong dengan bank dan developer… huhu.. At first, memang tak sabar nak masuk rumah baru.. Tapi, pening jugak kepala fikir macam-macam nak kena buat.. Yelah, rumah baru, semua pun kalau boleh nak baru.. Jadi, boleh bayangkanlah banyak ongkos diperlukan nak buat semua tu, kan?.. Takpelah, perlahan-lahanlah.. Put first thing first.. Paling penting pasang grill dulu.. hehe..

Kebetulan, both hubby and me quite busy dengan schedule kerja this month.. Terpaksalah postpone sikit nak panggil2 contractor ukur itu ini.. So, for the time being, tengah fikir2 idea nak buat kitchen cabinet especially tang kaler tu.. Susah jugak, ek? Hasilnya, tak tau lah macam mana.. Tunggu… hehe..

Wednesday, October 20, 2010

Active and First Tooth…

My update is so slow if compared to Haikal’s progress.. Lagi-lagi, alasan tak sempat.. Tapi, memang pun.. huhu.. Apapun, I will try to write down about his milestones here..

Haikal semakin hari semakin lasak.. Ada aje dibuatnya sehingga aku tak percaya nak tinggalkan dia main sorang-sorang kat ruang tamu, kat baby cot.. Bila letak dalam walker, memang dia nangis-nangis tak nak.. He would rather stand outside his walker.. Tak paham betul.. :P

IMG_8733 Mischievous look! Happy semacam dapat menakluki basikal Marissa.. heheh..

Semenjak pandai berdiri sendiri ni, lagilah takut nak biar dia main sorang2.. Risau sangat terlentang ke, tergolek ke, karang berbenjol dahi jendul dia.. hehe..

IMG_8730Pantang nampak laptop, mesti datang punya.. Ni nak jadi computer geek ke ni? :)

IMG_8755 Kat dalam baby cot pun, dah pandai berdiri.. Mesti kena mengadap aje kalau main dalam tu.. Baby cot dah jadi tempat simpan comforter, sebab Haikal memang tak tidur dalam tu.. Aku rasa malas nak angkat2 time dia menyusu… hihi..

Oh ya, baru tadi bagi Haikal makan cheese tart.. Bila aku suap kat dalam mulut dan dia nyonyot, I can feel his first tooth.. So cute! Gigi pertama tumbuh kat gusi bawah.. Maybe next time lah capture gambar gigi.. Nak tangkap gambar macam mana, ini budak tak reti duduk diam… huhu..

“Yeay, saya dah ada gigi.. Barulah hensem!”

Thursday, October 14, 2010

How You Store Your EBM Stock?

Tak pernah lagi post kat sini gambar stock EBM aku.. Kalau nak compare dengan kawan aku, Suzie, yang siap boleh buang stock susu yang dah overdue, aku belum lagi sampai tahap tu.. Tulah segan nak tunjuk gambar tu.. hehe..

Sebelum beli deep freezer, stock susu memang cukup2 makan ajelah.. Ada lah stock untuk 2 hari.. Yelah, bila simpan banyak-banyak pun, nanti ada yang tak beku, sedih gile last-last kena buang.. Bila dah ada deep freezer, baru semangat sikit nak stock up susu banyak2.. Alhamdulillah, walaupun tak banyak mana, I am still happy to look at it filling up my freezer :) And, now I am trying hard to stock up stocks for 7 days (for day and night feeding).. Later, aku citerlah kenapa..

IMG_8738 My EBM stock in second drawer..

IMG_8740 Third drawer..

Deep freezer aku ada 4 drawer.. yang paling atas, saiz kecik, sesuai untuk simpan ais cube aje.. Yang paling bawah, compartment paling besar, aku simpan aiskrim, fries and wedges.. hihi.. Best tau, aiskrim sentiasa keras dan sedap walaupun simpan lama-lama.. :P Nanti besar, Haikal boleh guna freezer mama tolong jual aiskrim Malaysia pulak.. haha..

Aku suka kalau guna botol aje semua, tapi berapa banyaklah botol aku kena beli kan, kalau nak penuh satu peti ais.. So, kadang-kadang, aku beli disposable breast milk storage bags untuk simpan susu-susu ni.. especially balik kampung, senang bawak beg plastic aje, kalau nak pakai baru guna, jimat space.. To date, aku dah guna beberapa jenis storage bags termasuk Joy Angle, Jingle Jungle dan Autumz.. Takde beza, tapi aku suka Jingle Jungle sebab double zipper lock.. Aku pun tak beli yang mahal2 sebab rasa rugi, dah abis pakai, terus buang…

You know how I organize my EBM? Actually, aku main simpan aje.. susun elok-elok row by row setiap hari.. Without any marking.. hehe.. Dulu mula-mula beria lah jugak tanda dengan tarikh dan masa pump.. Tapi kan, tak sempat nak tunggu minggu depan, apatah lagi bulan depan, stock yang aku pam dah pun dipakai.. Faham kan? Sebab stock tak banyak sangat.. So, sekarang ni pun, aku tak tanda pun.. Kite guna consept FIFO (First In First Out ) ajelah, berdasarkan susunan aku susun tu.. haha.. sempoi.. Tengoklah, after 7 days mission nanti, baru aku mark elok2 lah.. :P

Thursday, October 7, 2010

Haikal And Danish In Action…

Bila balik kampung, baru dapat jumpa Abang Danish.. Time ni, barulah rumah atuk Klebang riuh dengan suara-suara diorang berdua dan suara-suara lain yang asyik jerit-jerit “Jangan, No” macam-macam lagi lah.. Nama pun ada budak kecik, memang tak diamkan mulut.. Haikal pun tak padan dengan kecik, semua benda dia nak explore..

Sejak duduk rumah babysitter yang baru ni, Haikal memang suka kalau nampak abang-abang yang umur 2 hingga 5 tahun ni.. Sebab kakak babysitter ada anak 3 orang lingkungan umur 2 – 6 tahun.. So, pergi mana-mana, tak kiralah rumah orang ke, pergi makan ke, kalau nampak budak2 yang besar2 sikit, sure Haikal excited.. Macam kawan-kawan dialah tu.. Kat kampung, bila ada Abang Danish, Haikal pun tak kekok nak main sama..

IMG_8191 Haikal dan Danish tengah berkomplot di malam raya.. hihi..

IMG_8197 Pagi raya.. Dua-dua mata bulat! Time ni, Haikal belum “buat projek” lagi.. haha..

IMG_8226Dah ready nak pergi jalan beraya..

IMG_8242 Look at their face expression.. hihi.. Danish mengajuk Haikal yang sedang buat mulut..

Minggu ni, balik kampung Klebang, tapi, tak sure Haikal dapat jumpa Danish tak, sebab mama Danish tengah tunggu hari nak bersalin baby yang kedua..

Wednesday, October 6, 2010

Haikal Swimming In The Pool For The First Time…

Selepas balik dari birthday party Aaeisyah, kitorang tak terus balik… Amik peluang try bagi Haikal berenang kat swimming pool yang ada kat area kondo tu.. Masa Naim jemput, dia bagitau kalau baby nak mandi swimming pool, bawaklah baju spare.. So, aku bawak ajelah, mana tau kalau sempat, bolehlah bagi Haikal berenang.. Sebelum ni pun tak pernah bawak dia pergi swimming2 ni.. Takut sejuklah, baby tak besar lagi lah.. Ni, dah ada peluang, might as well try, tengok dah ready tak our little boy ni dibawak pergi swimming..

IMG_8369 Masa mula-mula masuk dalam kolam.. Dengan papa skali masuk dalam tu, nasib tak lencun habis.. hehe..

IMG_8377 Tengok tu, steady aje kat dalam air..

IMG_8378 Already got the feel.. Sikit dia tak menangis.. Syok lagi, ada..

IMG_8380 Yes, mama, I love to swim! Please bring me again to the pool.. :)

Aku sempat jugak amik video aksi Haikal berenang.. Sampai terminum air kolam, anak mama ni.. Tapi, dia tetap maintain aje, hilang haus sekejap.. haha.. Kalau kite yang dah besar ni, sure gelabah jugaklah bila dah terminum air masa berenang ni.. hehe..

Tak sabar nak bawak Haikal pergi mandi-manda dan berenang lagi.. Next time, mama pun nak join sama.. hehe.. Perkara yang perlu diingati, sila jangan pakaikan baby pampers masa swimming.. Ended up, pampers jadi 2 kilo bila dah naik dari kolam.. haha.. Serius kelakau..

Tuesday, October 5, 2010

New Princess….

Alhamdulillah, adik ipar aku, Ati telah selamatkan melahirkan seorang lagi cahaya mata pada 2 Oktober 2010, 6.58am di Hospital Putrajaya.. Kalau tahun lepas, baby pertama bernama Puteri Marissa, kali ini baby perempuan juga.. Diberi nama Puteri Mia Ellysha.. Dengan kehadiran puteri ini, bertambahlah ahli keluarga kitorang.. :)

IMG_8567 Puteri Mia Ellysha tengah sedap tidur…

Mula-mula tengok baby ni, aku rasa sangat comel sebab berat cuma 2.62kg.. Nak pegang pun takut.. Minum susu banyak2 ye, nanti boleh jadi tough macam Abang Haikal.. Abang ke? Mia dan Haikal sebaya.. :)

Tahniah buat Epit dan Ati..

Note: Sebelum lahirkan baby ni, kitorang semua tak tahu apa jantina baby.. So, kitorang berkira-kira kalau dapat baby lelaki siapa nama dia.. Kalau dulu Putri Marissa, kalau lelaki mesti Putra Jaya.. haha.. Yelah, kan diorang duduk kat Putrajaya.. :P

Attending Birthday Party…

Seminggu lepas raya, dapat jemputan ke majlis hari jadi Aaeisyah, anak kawan aku, Naim… Thanks to Naim, kawan kitorang di UM dulu, sebab sudi jemput ke majlis ni, merangkap jamuan hari raya skali.. Seronok sebab first time bawak Haikal attend birthday party.. Bila ada baby, baru rasa excited nak pergi party camni, sebab syok tengok baby tak tentu arah tengok baloon and decoration yang colourful.. :)

IMG_8330 Selamba.. Baru bangun tidur..

IMG_8334 Sangat suka main belon2.. Aku lepaskan biar dia main kat atas alphabet foam mat tu..

IMG_8339 It is playtime! :P

IMG_8345 Aaeisyah dan Haikal.. Sangat susah nak snap gambar diorang berdua sebab Aaeisyah asyik ke sana ke mari..

IMG_8350 Entah apa yang digeramkan sangat dengan belon tu.. Nasib tak meletup kena kutil.. hehe..

IMG_8363 Haikal tried to lift himself up by holding my hand..

IMG_8357 Acara meniup lilin cupcake..

IMG_8356 Blur aje Haikal tengok orang nyanyi2 lagi “Happy Birthday To You” hihi..

IMG_8361 Tak sabar nak makan cupcake!

IMG_8364 Haikal nak kejar kakak Aaeisyah.. Tak padan kecik.. :P

Monday, October 4, 2010

Can You Do Split Like Me?

Setiap hari ada aje benda baru yang Haikal explore.. Biasalah, baby nak membesar.. And, I’m enjoying every moment seeing my son developing very well.. Tambah lagi, Haikal suka sangat senyum, secara tak langsung bila kite tengok dia, kite pun tersengih tersenyum sama, sampai kadang-kadang tergelak besar tengok gelagat dia…

IMG_8256

IMG_8293

Ni video dia baru pandai duduk hari tu… Masa ni nak dekat raya.. Haikal tunjuk skill baru iaitu buat split.. sambil tunjuk skill sambil gelak2.. Comel lah anak mama ni.. Now, his new vocab is “Abah.. Abah…”, tapi bukan papa ye.. Papa dia selalu perasan Haikal panggil papa… :P

IMG_8294 Yeay! I’m a happy camper!

Sunday, October 3, 2010

Limited…

Lately, dah semakin kekurangan masa nak update blog.. Eh bukan, bukan kekurangan masa, tapi limited access to internet.. Mula-mula mati kutu jugaklah dibuatnya, hopefully lama-lama I can get away with it.. Cuma sometimes tu, rasa kehilangan la jugak.. huhu.. Anyway, kalau sempat tu, memang akan cari peluang untuk update kat sini sebab aku suka bila baca balik apa yang aku tulis.. kehkehkeh.. Tapi tulah, bila ada masa, tapi mood pulak takde, jadilah entry yang paling boring.. haha.. Nak buat macam mana, itu aje yang termampu (pada waktu itulah..) :P Selalunya, setiap malam mesti cakap dengan my hubby nak update blog lepas siapkan kerja dan tidurkan baby.. Tapi, sambil tidurkan baby, dengan aku aku sekali tertidur.. Terus selamat, esok pagi baru bangun.. hehe..

Disebabkan tak dapat nak online sokmo, I tried to make many posts at one time, and publish one by one everyday… Takdelah kosong sunyi sepi aje blog ni tanpa sebarang update, kan?.. Semoga idea keluar dengan mencurah-curah.. hehe..

*This is one of the schedule entry I made..

Friday, October 1, 2010

Injection Di Hari Raya…

Sebelum raya hari tu, Haikal kan demam, so tak dapat nak buat injection for his 6th months.. Jadi, masa balik Melaka, kitorang bawak pergi klinik pakar kanak-kanak kat sana.. To our surprise, murah sangat inject kat sana, yelah kalau nak bandingkan kat area KL ni.. 

Just to share the photos.. I brought my camera, but unfortunately, SD memory card tak bawak.. haha.. gambar-gambar ni dari my hubby’s handphone..

IMAG0056 Waiting for our turn.. Datang lunch time, nasib baik doktor masih ada..

IMAG0057 Haikal yang lasak nak main..

IMAG0064 Tak reti duduk diam..

IMAG0067 Masa nak inject.. Sempat senyum lagi, padahal jarum dah ada kat peha Haikal.. hehe.. Lepas je kena cucuk, terus hilang senyuman.. Dengar pulak dia menangis sekejap.. :)

Lepas ni, stop dulu injection/vaccination, tunggu sampai 12 months baru kena inject lagi..