Thursday, March 10, 2011

Ragam…

Ada anak kecik ni, memang kena banyak bersabar, kan? huhu.. Ada masa buat kite gelak, ada masa buat kite geram rasa nak babap bontot dia.. hehe.. Anak baru sorang, dah tak menang tangan.. Kalau dua, tiga dan seterusnya, macam mana? hehe.. Yang itu, nanti-nantilah fikir.. :P

Ni nak cerita fasal Haikal ni.. Dulu masa kecik, tak banyak ragam.. Senyap sepi aje..  Kembung perut, senyap.. Berak pun senyap.. Tapi lama-lama dah mula bising sikit.. Ni dah setahun, lain pulak ragam dia.. Kuat merengek bila dengan aku dan sangat2 suka melekap kat aku.. Seriously, susah sangat nak mandi, nak masak, nak solat.. huhu.. Dia akan duduk dekat aku dan tarik baju kuat2.. Kalau aku seakan nak tinggalkan dia, mulalah melalak macam orang pukul..

Pagi tadi, tengok aku tak ada kat katil, terus melalak.. Aku kat dapur tengah blend bubur dia.. Dengan papa dia tak nak, tak fasal2 kena marah pagi2 dengan papa dia.. Kesian dia.. huhu.. Sedar-sedar aku tengok Haikal dah merangkak keluar dari bilik.. Aku dukung, terus senyap.. Bawak masuk bilik balik dan susukan, tapi tak mahu tidur.. Time aku nak mandi pun nak ikut.. Last-last, aku bawak skali dia ikut aku mandi.. Dia berdirilah kat tepi main berus gigi.. hahaa.. Time solat pulak, letak dia kat babycot.. Melalak jugak.. Kalau letak kat tepi, mau dia tarik kain telekung sampai terlondeh.. haha.. Masa hantar kat babysitter atau jemput dia, aku letak dia kat riba sambil memandu.. Tak jauh dari rumah aku.. Time memandu tu, dia raba2 nak menyusu.. Haiyo, tak boleh tunggu sampai rumah… Pagi tadi pulak, sambil memandu, sambil dia menyusu.. Macam-macam gaya.. huhu..

Semakin hari, makin lain perangai anak aku.. Ni dah cuti 5 hari dia hari-hari dengan aku, bila aku hantar kat babysitter, melalak bukan main time aku hantar dia.. Budak2 memang camni kot.. Takpelah, layankan aje.. hehe.. Dah besar sikit, dan faham apa kite cakap, okaylah tu nanti.. :)

IMG_0748 Buat muka comel macam ni, tak sampai hati nak marah.. hehe.. Time ni tengah main cak-cak dengan mama…

Wednesday, March 9, 2011

Earn Money With Twitter… How?

The answer is join Churp Churp now!

Senang saja.. Own a twitter account.. Then, register with Churp2.. Later on, after your account has been authorized, they will give you assignment.. The assignment is you have to tweet the ads given to you.. Mudah kan? Berapa kite dapat untuk ads yang kite tweet, bergantung kepada jumlah follower atau jumlah unique click on the ads itself..

Let’s look my current earnings.. :)

churp

So, apalagi, let’s join now and get rewarded! By the way, follow me in twitter here..

Click here to join.. Good luck!

Tupperware 46th Anniversary Special, 7th–26th March 2011…

Tupperware promotion datang lagi..

2

1

*Click on the image for larger view*

Erm, kali ni, apa yang menarik ye? From my personal view, aku suka bekas2 yang 3 biji di front page leaflet ni.. Lagi satu yang amat berbaloi ialah Water Saver.. Pernah aku cakap aku buat aiskrim Malaysia guna Tupperware dispenser, kan? Aku guna Water Saver nilah… Capacity ialah 5 liter, tak terlampau besar dan sesuai digunakan bila orang datang rumah.. Bila ramai tetamu, bancuh aje air dalam bekas ni, tak payah nak buat air banyak kali.. :)

Jika ada yang berminat, with special discount, let me know.. Cepat2 sebelum kehabisan stock..

Tuesday, March 8, 2011

We’re Back…

Alhamdulillah, kitorang dah selamat sampai ke tanah air tercinta tengahari semalam.. Nanti-nantilah aku cerita tentang trip tu, ye.. Panjang lebar karangannya.. haha..

Semalam, sampai-sampai aje rumah, terus cuci baju.. Entah berapa trip entah, sampai ke malam mesin basuh tak henti berpusing.. Harap cerah sepanjang hari ni supaya bila aku sampai rumah nanti, baju semua kering belaka..

Tengoklah Haikal, dalam teksi dari LCCT dah tertidur.. Sampai rumah pun masih tidur lagi.. Continue sampai kul 2.30pm.. Memang penat sangat agaknya.. Yelah, jalan2 gini, mana cukup tidur.. Asyik turun naik van aje.. hehe..

IMG_1491 Argh, leganya dapat tidur nyenyak di katil empuk.. :)

Wednesday, March 2, 2011

Packing & Holiday Mood...

Esok, flight pagi.. Sebelum subuh, kitorang kena sampai LCCT.. Huhu.. Malam ni, packing baju dan last check barang2 yang kena bawak. Hopefully tak ada yang tertinggal.. First time flying with baby, I don't know what to expect.. Semoga Haikal behave and excited as well.. Baju dia dah siap2 masuk beg, tapi tulah, aku masukkan, dia keluarkan balik.. Kalau boleh, nak keluarkan semuanya... Haiyo, kalau gini, sampai bila tak siap.. Huhu.. Barang penting kena bawak ialah camera.. InsyaAllah, aku nak tangkap gambar banyak2 as usual walaupun my baby dah jadi sling bag for me.. Hehe.. Dan , harap ada yang sudi tolong tangkap gambar aku sama.. Kehkehkeh.. I will update about the trip sekembalinya aku dari Bukittinggi nanti..

Tuesday, March 1, 2011

Trafik Blog Meningkat Disebabkan Saman Trafik…

Believe it or not, 2 days ago traffic blog aku meningkat secara berganda2.. Meningkat dalam 4 kali ganda dari trafik sebelum ni.. Macam tak percaya, kan? Tapi ini yang aku tengok dalam Nuffnang Analytic aku..

nuffnang

Ramai yang tersangkut kat blog aku ni sebab search pasal check saman trafik online, bayar saman trafik dan yang berkenaan dengan saman trafik ni.. Aku pernah tulis fasal entry saman trafik sebelum ni.. Tulah, orang suruh bayar saman awal2 tak nak.. haha.. Dah last minit, baru nak cari fasal bayar saman traffic.. kuikuikui.. Apapun, yang penting, aku takde saman.. :P

saman

Top keywords untuk blog aku this week..

Okaylah, itu aje nak share.. Info2 yang baik dan berguna, bolehlah dikongsi dalam blog.. Maybe satu hari orang search fasal topic tu, barulah traffic boleh meningkat.. :) Ececeh, kata2 nasihat dari blogger yang tak berapa tegar.. hahaha..

Monday, February 28, 2011

He Loves Steering So Much!

Bila masuk kereta, tempat pertama Haikal tuju ialah steering kereta.. Nak lepaskan tangan dia dari steering punyalah susah sebab dia genggam kuat sangat.. Baru2 ni, pandai dah main signal kiri kanan, high beam dan main viper.. Sampai terpancut air viper tu.. Bunyi hon, jangan cakaplah.. Berkali-kali, sampai orang yang lalu pun terkejut.. :P

Biasanya, kalau papa Haikal yang drive, kitorang duduk kat sebelah.. Bila aje kereta berhenti kat traffic light, cepat2 Haikal pergi kat papa dia nak berdiri kat steering.. huhu, tak reti diam betul..

Setiap kali nak keluar, aku dan Haikal akan naik kereta dulu sementara tunggu my hubby kunci pintu.. So, time ni aku bagilah Haikal main puas2 kat steering.. Tengoklah budak kecik ni, main steering sambil layan lagu jiwang.. Terlentok-lentok kepala, you.. haha..

Hari tu pergi Jusco, trylah naikkan dia mainan kereta music yang masuk duit tu.. Memang purposely pilih yang ada steering.. Suka Haikal duduk dalam tu, tapi mata pandang ke sebelah.. Sebab ada awek.. haha.. Bila music stop, dia melalak.. hehe.. Nasib baik bila papa dia nak keluarkan dari situ dia okay aje..

IMG_0997 Alamak, garangnya.. hehe..

IMG_0999

IMG_1000 Dah boring duduk kat seat, duduk mencangkung pulak.. hehe..

Entah tak tahu kenapa Haikal suka steering sangat2.. Firstly, dia boy.. Budak lelaki suka ciri-ciri yang lasak macam ni.. Atau, yang kedua, maybe dulu masa aku pregnant kan Haikal, hari-hari drive ulang-alik Senawang.. Tu yang dia asyik rasa perut aku kena steering tu.. haha…

Suka sangat steering sampai rasa nak makan.. Nyam nyam!

IMG_1002

Murah-murah! Tupperware Garlic-N-All Keeper..

Tak tahulah sama ada ramai tak peminat Tupperware tahu tentang promotion bulan ni.. Murah sangat2 sehinggakan aku terkesima melihat harganya.. Sebabnya, last month aku baru beli dengan harga RM59.90 sebiji.. Beli sampai 2 biji pulak tu.. huhu..

Tup-tup bulan ni keluar promotion ni.. Beli 2 dengan harga RM95.80.. Tengok tu berapa anda dah jimat?? Murah dan berbaloi2.. Bagus untuk letak bawang besar, bawang putih dan bawang kecik.. Letak ubi kentang pun boleh.. Itu yang aku buat sekarang, stock ubi kentang seminggu sekilo, gara2 buat bubur Haikal, plus aku pun suka kentang.. hehe..

a331

Siapa berkenan nak beli, I give you good price.. RM90 including postage.. Aku ada ready stock item! Cepat2 sebelum kehabisan.. Kalau nak order lebih pun boleh :)

Sunday, February 27, 2011

It Was Good To Do Shopping When Baby Fell Asleep…

Last 2 weeks pergi The Gardens, cari baju Haikal untuk pakai masa birthday.. After settle buat passport, terus ke sana.. My hubby dah set time, mesti balik pukul 3.00pm sebab dia mengantuk tak cukup tidur.. So, bila mission cari baju Haikal untuk birthday dan beli handphone aku tercapai, pastu beli groceries sikit, terus balik rumah..

Yang best tu, time belikan baju baby, dia tidur.. Memang syoklah memilih dengan tenang.. Kalau tak, bila stroller berhenti aje, dia merengek.. Masuk Baby Gap, my hubby cakap aku pernah janji nak belikan sweater untuk Haikal.. Yelah-yelah, kena beli jugak sebab nak ke Bukittinggi, malam sejuk kat sana.. hehe.. Alasan.. Kira as a birthday gift lah from mama untuk Haikal..

IMG_0814 Baby Gap takde sales at that time.. Sweater ni pun takde sales walaupun Baby Gap ada sales.. huhu.. Jadi, beli ajelah..

Balik rumah, try terus sweater baru.. Besar sikit, boleh pakai lama.. hehe..

IMG_0819  Haikal tak suka pakai hood tu..

Malam, baru try kasut dan baju baru yang papa belikan..

IMG_0821 Kasut dah baru, bila mau jalan anak mama ni, ha? :P

IMG_0826 Baju dan kasut beli kat Robinsons.. Lagi satu t-shirt, Haikal pakai masa birthday dia..

Last Saturday, ke The Gardens lagi.. Kali ni, alasannya Haikal takde seluar panjang nak pergi jalan.. Macam-macam alasan mama… haha.. Tapi, kalau dah masuk mall, kalau tak pergi tempat yang nak dituju aje, memang tak sah.. Mesti masuk kedai lain sama.. Dockers is having sales, dapatlah my hubby seluar 2 helai.. Paling best, baby tidur jugak time ni.. Pilihlah berapa lama, janji jadi beli.. Kalau tak, memang aku selalu nak suruh cepat2.. hihi..

IMG_1009 

Masuk Baby Gap lagi.. Baby masih tidur, goood :P Takde sales, tapi ada promotion T-shirt.. beli 3 dengan harga 2 pcs.. So, belilah 3 helai t-shirt untuk jalan2.. Tak sempat nak tunggu raya kot.. hehe.. Entahlah, sejak beli for the first time kat Baby Gap ni last year, makin suka datang lagi.. Kain dia kualiti baik, sampai sekarang Haikal pakai elok aje, walaupun dah ulang2 pakai.. Nak tunggu sales lagi, nanti boleh simpan stock untuk raya pulak.. hehe..

IMG_1015

IMG_1013 This time baru jadi member.. Rugi tak subscribe masa beli last week.. Kena accumulate RM700 untuk entitle discount.. So, kawan2 yang nak shopping Baby Gap/Gap, bolehlah guna my contact number as a membership number.. hehe.. Tolong kawan, maaa… :P

Lepas beli2 barang papa, barang Haikal, Haikal pun bangun… Maka, tinggal mama sorang yang balik empty handed.. huhu.. Takpe, next time pulak..

Sampai rumah sharp 12.00am.. huhu, macam Cinderella… Tapi, takde kasut tertinggal.. hehe..

Sesi mencuba pakaian, macam biasa…

IMG_1024  Baju tidur beli kat FOS.. murah dan jimat.. hehe..

IMG_1021 Model Baby Gap yang pakai pampers.. haha..

Thursday, February 24, 2011

I’m Taking Orders…

Memandangkan aku akan ke Bukittinggi next week, dan Bukittinggi ni terkenal dengan kain kebaya sulam, telekung sulam, serba serbi sulam, so aku nak tanyalah ada sesiapa nak order tak? Especially to my close friend.. Aku nak SMS satu2 tak dapeklah, so aku tanya dalam blog aje..

Kalau ada yang nak pesan, SMS, leave comment or email aku.. Bagitaulah nak yang macam mana.. Kalau ada gambar, lagi bagus.. Takut karang salah beli, aku pulak yang kena pakai.. hehe.. Oh ya, bagitau before Friday ye.. Limited pieces only, sebab tak boleh banyak sangat, berat luggage terhad.. :)