Thursday, December 9, 2010

Imam Muda…

InsyaAllah.. :)

Atuk dan nenek Haikal baru balik dari tanah suci Mekah.. Diorang belikan 3 pasang jubah dan 2 kopiah untuk si kecik ni.. Malam tu, terus cuba pakaikan kat Haikal.. Comel sangat! Kat dahi tu, bertanda bukan sebab kuat bersujud.. Tapi, kena gigit dek nyamuk.. haha..

Haikal dah taknak pakai apa-apa kat kepala.. Asal pakaikan topi, kopiah, songkok, semua dia cabut… Dah pandai rasa rimas.. Masa kecik2 dulu, ikut aje apa yang mama pakaikan, sekarang tidak lagi.. Tak payahlah mama nak beli topi2 lagi lepas ni.. hehe..

IMG_9822 Jubah putih… Haikal pakai masa kenduri.. Nicely fit on him, cuma bahagian leher cekak musang tu, Haikal agak rimas.. So, aku lipatkan bahagian leher supaya tak terjerut..

Jubah yang kedua ni, aku suka sangat.. sebab comfort aje baby pakai.. Boleh buat baju tidur :P

IMG_9839

IMG_9842 Pak Arab yang lasak dan aktif.. haha..

IMG_9847 Tak padan dengan berjubah.. Walaupun pergerakan terbatas, ada hati lagi main kejar2 dengan abang Danish… Ni video diorang terkedek2 main kejar2... hehe.. Suka tengok, macam-macam perangai budak2 kecik ni.. :P

Wednesday, December 8, 2010

Wahab’s The Best Cendol In Town…

Betul ke best? Bagi aku yang tengah lapar waktu tu, memang best lah.. :P Kebetulan pagi tu, aku tak breakfast sebab terasa kenyang.. Duduk2 kat ofis dan bukak surat khabar Utusan, sekali dalam satu page tu cerita tentang Cendol Pakcik Wahab ni.. Apalagi, terliur lah den.. Dengan gambar mee goreng mamak yang nampak enak tu, buat aku tiba-tiba jadi lapar.. Maka, tanpa membuang masa, terus aku menuju ke Restoran Wahab ni di Wangsa Maju.. Aku order cendol biasa dan mee goreng mamak taknak tauge..

IMG_9739

Belek-belek buku menu, banyak betul jenis cendol.. Siap ada aiskrim, jagung, kacang, macam-macamlah.. Kena tambah duitlah kalau nak banyak2 bahan dalam cendol... Aku order cendol biasa aje, tak suka meriah2 sangat cendol aku ni.. Kalau ABC, takpe meriah dengan kaler-kaler.. haha..

IMG_9737 Having cendol for late breakfast.. Yummy..

IMG_9738  Mee goreng mamak.. Sedap jugak.. Aku yang tak suka mee goreng mamak pun, order mee goreng mamak.. Sebab kat dalam surat khabar tu, nampak sedap aje dalam gambar.. Nasib baik, betul sedap bila makan.. Sekejap aje licin pinggan aku..

Harga makanan berpatutanlah.. Kalau dulu Pakcik Wahab ni naik basikal, meniaga kat tepi2 jalan.. Harga time tu, mungkin tak sampai RM2.. Sekarang, dengan sewa kedai lagi, RM2.20 (if I’m not mistaken) kira okaylah kan.. Pakai santan pun yang pure punya.. Santan pun sekarang dah mahal wooo… Bila-bila rasa nak makan cendol lagi, akan kutuju kedai ni.. Nak try makanan lain pulak..

Tuesday, December 7, 2010

Bayar Saman Trafik Dengan Diskaun 50% Sekarang…

Yeay! I have saved my RM150.. Okaylah kan, daripada bayar buta-buta kat PDRM.. hehe.. Aku check saman untuk kereta aku, ada satu aje.. Kesalahan biasa iaitu speeding kat Highway.. Kesalahan seperti salah parking, takde diskaun.. Konon, aku nak tunggu sampai nak renew roadtax awal January nanti baru nak bayar.. Yelah, sayang jugak duit nak melayang RM300 macam tu aje.. huhu.. Sekali tu dapat berita dari kawan yang PDRM bagi 50% diskaun untuk saman2 kesalahan traffic ni.. Apalagi, cepat2 lah bayar sebelum tarikh tamat.. Kalau tak silap, sehingga 15 Disember 2010…

For the first few days masa promotion ni start, memang jem gilerlah MYEG.. So, I tried a few times and berjaya jugak bayar secara online.. I paid through PFX using CIMBclicks.. After 3 days, baru update dan bila check balik dalam MYEG, dah confirm tulis “No outstanding summons found”.. fuuh, lega...

Oh ya, kalau bayar guna credit card, jam2 tu jugak dah takde saman outstanding.. So, yang bayar guna bank account, tak payah risau.. Pembayaran anda sah (simpan resit if anything happens) dan akan di update dalam sistem beberapa hari kemudian..


Saya sudah bayar, anda bila lagi? :) Go pay it, you will save your money for Year End Sale.. haha..

Sunday, December 5, 2010

Concrete Table Top For Kitchen…

Last week, concrete table top dah siap.. Puas jugaklah tunggu, mana cina ni tak datang2..Tiles dah beli.. Skali dah datang, dia terus siapkan.. But, he took about 1 week jugaklah dari dia start buat bahagian atas table top dan tunggu kering betul-betul.. Lepas tu, baru pasang bahagian kaki dan tiles semua.. Buat table top pun dengan Tik Ann Decoration and Renovation jugak..Contractor sama yang buat grill hari tu.. Setakat ni, hasil kerja dia memang sangat puas hati.. Kalau tak puas hati, aku cakap terus, buat balik.. hehe..

Sebelum:

IMG_9010 Bahagian dapur ni, kalau perhatikan developer bagi tiles sikit aje pasang kat bahagian sinki tu.. So, kitorang mintak cina tu pecah dan pasang tiles yang kitorang beli hari tu.. Nampak tak lantai tak sama level.. Aku tak suka betul kenapa design camtu.. Especially ada baby dan aku pun kadang2 jalan tak betul, kalau tersadung, kan ke haru.. So, kat situ bagi naik sikit, dan tambah tiles lain yang kaler lebih kurang, tapi kasar sikit sebab situ bahagian basah..

In the making:

Seriously, ini first time aku tengok orang buat table top camni.. Buat bahagian atas dulu, then baru pasang kaki dia.. Sebab kalau dia guna batu, bahagian kaki tu sangat tebal.. So, bila buat camni, boleh nampaklah bila dah letak tiles semua kaki dia nipis aje, macam guna solid surface.. Kemas..

IMG_9683

IMG_9686 Abaikan perut cina tu.. haha.. Ni baru naik sebelah kaki..

Selepas:

Inilah rupa table top yang dah siap, sekali dengan finishing dia.. Kaler table top, kaler putih, tapi tak berapa putih sangat lah.. Kena rajin2 mengelaplah lepas ni, ye.. hehe..

IMG_9754 Kat bahagian tepi bucu, semua dia buat curve.. Takdelah tajam dan bahaya.. Time ni paip belum siap pasang lagi..

IMG_9755 Tiles kat dinding yang kitorang pilih.. Kaler putih jalur2..

IMG_9757 Bucu di tepi.. We satisfied with the finishing..

IMG_9759 Nampak tak level table top ni naik sikit? Bahagian yang tinggi sikit ni, untuk letak deep freezer aku bawah tu.. Cina tu dah ukur betul2 ikut saiz deep freezer aku supaya boleh masuk muat2 dalam tu..

IMG_9760 Pekerja buat finishing kat bahagian bawah table top.. Actually, tile tak cukup.. So, sebab nak cepat aku pergi beli sendiri kat kedai tiles tu.. Kalau tak, cina tu nak guna tiles yang sama dengan lantai sebab ada lebih, tapi aku taknak.. Tak cantik, kaler tak sama dengan table top..

IMG_9756 Kat tempat letak mesin basuh ni pun, curve kat bucu jugak…

Sekian cerita table top.. Ada yang tanya kenapa tak buat solid surface or granite? Sebab turun temurun guna concrete dan dipercayai tahan ganas 100%.. haha.. Lagipun, concrete yang aku buat ni pun, nampak nipis aje, ala-ala solid surface gitu :P

Saturday, December 4, 2010

Mirror Mirror On The Wall…

No no, it is not mirror.. It is an oven!

Haikal loves to see his reflection on the mirror or glass of cabinet, sliding door etc.. He will spread his wide smile and giggling while watching at his image.. I don’t know why he is so excited when seeing himself on the mirror.. Maybe he found there is someone who looks the same like him..

Have you heard old saying that it is not good for baby to look at the mirror? Why they said so? Since, there is no evidence that it will bring bad things to my baby, I don’t mind Haikal looking at the mirror often.. In fact, when he is in bad mood or cranky, I will bring him in front of the mirror and tease him, until he is okay.. It is not a bad thing, rite?

IMG_9708    Looking at his “friend” excitedly… :)

Baby, Children & Parents Expo 26-28 Nov 2010..

Ingatkan tak dapat pergi Expo ni.. Rupanya dapat jugak.. hehe.. Yelah, sekarang busy dengan hal2 dengan rumah baru, every weekend, ada aje nak pergi cari barang2.. So, takdelah nak ajak my hubby pergi warehouse sale ke, expo ke.. Karang, bising dia.. huhu.. Then, bila my hubby ajak pergi Midvalley, nak beli groceries kat Carrefour, yeay apalagi, sambil menyelam, minum air lah.. hihi..

IMG_9716

Pergi expo ni, takdelah aku aim nak beli apa2 yang penting2.. Just nak cari kalau ada baju tidur murah2 dan stokin.. Ingatkan ada booth Pureen, tapi bila ronda2, takde rupanya.. So, just jalan2 ajelah.. Sejak Haikal dah besar sikit ni, takde dah nak cari macam2 barang dia sebab semua dah complete.. Toys pun takde beli2 lagi.. Yang kat rumah pun banyak dan dia tak main semua.. Tunggu besar, tengok dia interested dengan toys apa, then baru beli lah.. Cuma, teringin nak belikan baby’s laptop aje, tak tercapai lagi.. hehe..

IMG_9719

Masa ni, Haikal tidur.. Takdelah gambar Haikal, because I don’t want to disturb him sleeping.. so, dapatlah jalan dengan aman sikit.. Kalau tak, tak hingin dia duduk dalam stroller diam2.. huhu..

IMG_9720 Antara yang menarik ialah booth ni.. Photography for baby.. Comel2 aku tengok..

Booth yang lain-lain pun ada jual barang2 especially untuk expecting moms, babies etc.. Kitorang round2 aje tengok apa yang menarik.. At last, beli Farley Rusk biscuits, seluar ala2 busha utk baby, baby wipes berbau strawberry (best yang ni) and then beli playgim untuk hadiahkan kat orang…

Friday, December 3, 2010

Tiles For Kitchen…

Last 2 weeks, kitorang ke Chye Hing One Stop Tiles Centre kat Jalan Reko, Kajang untuk pilih tiles for our kitchen.. Kat sana pilih aje, nanti, our contractor Tik Ann akan datang amik.. For table top, harga dah termasuk tiles.. Untuk dinding kat kitchen dan lantai dapur aje, kitorang kena beli sendiri dan upah orang pasang…

IMG_9748

Bab pilih-pilih kaler ni, kadang2 risau jugak.. Takut kaler tak match lah, tak cantiklah bila dah pasang, macam-macam lagi.. So, bila pilih, ikut sedap mata memandang ajelah.. Tu yang kena rajin jalan2 tengok kat showroom, tengok majalah or browsing internet tengok design and colour..

Sebab aku suka table top kaler cerah, so, pilih kaler ala2 off white sikit.. Then, untuk dinding pun, kaler cerah jugak.. Kaler putih-putih kelabu ada jalur.. Nak explain tak reti, nanti tengok ajelah hasil bila dah pasang.. hehe..

IMG_9750

Banyak sangat tiles kat sini, harga pun boleh tahan, nak cakap mahal, tak mahal sangat, kira standard kat luar sana.. Rambang mata aku menengok :P

IMG_9752

IMG_9747

Dah abis pilih tiles, baru lega sebab contractor pun dah boleh mula buat table top.. Tunggu next entry about our concrete table top.. Actually, dah siap dah pun this week.. Dan kitorang amat berpuas hati..

Wednesday, December 1, 2010

Tupperware Year End Treats 6 - 25 December 2010...

Bila tiba hujung tahun, macam-macam sales kat sana-sini.. Tidak ketinggalan Tupperware pun buat sales jugak.. Just sharing the leaflet with you guys.. Tadi pergi Tupperware nak beli barang, sekali tu this promotion starts on 6th December.. And, barang yang nak beli tu ada diskaun, so, might as well wait until 6th la kan.. Oh ya, bukan aku punya barang.. Adik aku yang order.. Aku stop dulu beli-beli Tupperware sehingga pindah rumah selesai.. Takut cabinet tak muat letak semua Tupperware aku.. hehe..









*Click on the image for larger view* Sorrylah, gambar tak clear sangat.. Guna camera handphone.. Hari ni camera bawak, tapi bateri tak bawak, makcik betul! haha..

P/s: Mommy Qastalani, outdoor cooler yang awak tanya tu, ada diskaun.. Mau ka? :)

Our Little Driver a.k.a Pak Supir…

IMG_9461“Ibu dan bapak mau ke mana?” :P

Sejak dah pandai berdiri ni, bila dalam kereta, tak reti duduk diam Haikal ni.. Ada aje yang dia nak buat, tarik2 baju papa dia yang tengah drive la, godek2 seat belt lock la, nak pergi kat steering la.. Lenguh tangan aku melayan.. Tu yang aku suka duduk belakang.. Boleh biarkan dia main sambil aku pegang badan dia.. Nak berdiri ke, baring ke semua boleh..

Haikal suka sangat main kat steering.. Macam bawak kereta betul2 aje… hehe.. Adik2 aku pun suka melayan dia, konon2 buat aksi bawak kereta, siap ada lap-lap ke kiri, ke kanan, pastu brek dengan sound effect skali.. Seronoklah Haikal.. Tengok orang main game kat computer pun boleh tergelak2..

IMG_9522 Memandu di rumah baru.. Boleh tolong bawak mama pergi beli daun sup… haha..

IMG_9523 Pemandu yang comel..

Sekarang ni, Haikal dah tak nak duduk dalam carseat.. Melalak2 dia kena paksa duduk dalam tu.. Macam kena pukul… haha.. Kalau aku sorang yang drive and kena bawak Haikal, memang kena cari timing yang baek punya.. Tunggu dia mengantuk2, baru bawak naik kereta.. Kalau tak, abis dia melalak sepanjang jalan.. Saiko aje, bawak kereta dalam keadaan huru-hara camtu.. haha.. Last2, aku pun angkat dia dan duduk kat riba.. Bahaya, aku tau.. Tapi nak buat camne, terpaksa.. Paling geram, dah duduk kat riba, bukan nak duduk diam2 tengok aku drive.. Dia pun sama nak pusing steering..Bila aku tahan tangan dia, mula lembikkan badan dan merengek.. huhu.. Dah bijak sekarang ni.. Memang aku fikir banyak kali kalau nak keluar berdua aje.. Lagi satu, kalau dah siap2 pakai tudung, tapi tak keluar2 lagi dari rumah, mula dia merengek jugak.. Kalau dah keluar, pastu masuk rumah balik, lagilah dia mengamuk.. haha.. Kaki berjalan ni.. :)

IMG_9564 Sukalah bila dapat drive sama macam ni.. Bayangkan tangan kecik tu kuat jugak nak pulas2 steering..

Monday, November 29, 2010

Claim For Warranty…

Pernah tak alami barang elektrik yang dibeli tak sampai beberapa bulan dah rosak tanpa diketahui sebabnya? Sometimes kite rasa benda ni remeh-temeh, tapi as a customer, we have our right to get good quality of product which should be working as it is, at the first place.. Itu pasallah warranty card tu penting, kena hantar awal2 selepas setiap pembelian..

So far, dalam lepas ni aje, dah 2 barang elektrik kat rumah kitorang kaput.. First ialah blender bubur baby dan yang kedua ialah cerek.. Blender tu, entah macam mana asap kepul-kepul keluar waktu tengah blend bubur.. Baru beli dah jahanam.. haha.. Then my hubby bawak pergi service centre dan the service guy tukar motor blender tu on the spot.. Sebab ada warranty, senang aje dapat tukar.. Paling penting, tak payah bayar.. :P

Yang cerek pulak, kitorang beli brand Faber.. Tiba-tiba masa masak air, rasa cerek tu tak panas.. My hubby mintak aku tolong hantarkan kat service centre di Kepong.. Dahlah aku ni tak mahir jalan KL ni, nak pulak kena pergi tempat yang tak pernah pergi.. Rasa putus asa cari nama taman tapi tak jumpa.. huhu.. Akhirnya, dapat jugak sampai dengan bantuan secara remote dari my hubby.. Tempatnya senang aje, depan Hytex pengilang pakaian kanak-kanak tu.. Aku dah lalu kawasan tu, tapi tak jumpa sign nama jalan/nama taman yang aku cari.. Lurus sungguh pemandu macam aku ni.. haha..

This is the company: Exact Quality Sdn. Bhd.. Brand yang termasuk dalam service diorang ialah Elba, Faber, Mec, Maytag, Braun dan Rubine.. So, sesiapa yang ada masalah berkenaan barangan elektrik bolehlah terus ke service centre.. Lagi cepat boleh solve problem..

IMG_9196

After 1 week, cerekku telah siap dibaiki.. Tapi, bila balik rumah, aku test, air dia leaking pulak.. huhu.. Memang menguji kesabaran sungguh, sebab aku terpaksa pergi balik sana untuk betulkan..

IMG_9000Tak suka pakai cerek manual, sebab selalu lupa tutup api dapur.. Cerek takde wisel la, katakan.. hihi..

Then, aku pergi lagi dan mintak diorang baiki on the spot.. Takde maknanya aku nak datang2 balik.. So, tunggu nak dekat sejam siap boleh tertidur, and finally my cerek is back in action.. Harap boleh guna bertahun2 lamanya.. :) Moral of the story, as a consumer, we have our right.. Jangan lupa hantar warranty card dan kite berhak dapat free service bila berlaku kerosakan semasa barang masih under warranty.. Next time, aku cerita pulak kat mana boleh beli barang dengan extended warranty.. hehe..