Baju Raya:
Setiap kali nak raya, Jalan TAR is a MUST! Tapi, I will never bring Haikal along.. Maka, shopping di Jalan TAR mestilah buat waktu weekdays.. Dan, pada suatu hari tu, aku tiba-tiba rasa nak beli baju, so terus amik emergency leave on that day.. hihi.. Baju raya aku, aku cari baju kurung cotton aje.. Tak mahu dah chiffon tahun ni.. Kain cotton senang, nak dukung anak, nak duduk bersila semua boleh.. Takde tercarik-carik kain dia tu.. Murah pun murah! :P
Chiffon in Mint.. Suka this colour..
Aku sajalah jalan-jalan ke First Lady, nak tengok baju-baju collection Jovian Mandagie tu.. Aku fikir kenapa ramai sangat yang rebut-rebut beli baju dia.. Tu yang aku nak tengok sendiri tu..
Some of the collections.. Cantik memang cantik, cumanya aku tak suka fabric yang dia guna, keras sikit..
Okay, sambung balik kisah beli baju.. First skali beli baju kurung aku, then cari baju Melayu Haikal dan my hubby yang matching.. Pergi awal-awal puasa, saiz pun banyak lagi dan boleh pilih untuk both papa dan anak sama material, sama colour..
Can you guess what is the colour? Kehkeh.. Nanti raya baru reveal, okay.. :P Haikal punya, agak-agak aje saiz based on baju melayu tahun lepas.. Amik one size bigger.. Jumpa colour yang berkenan di KAS Tailor, Wisma Yakin.. Cari sekali matching sampin kat situ.. Untuk Haikal pun dah ada..
Husband and Haikal punya dah settle, aku cari tudung matching pulak.. Senang je, tudung bawal RM5 je.. Tak payah nak exclusive-exclusive sangatlah kan.. hihi..
Baju raya Haikal yang lain, awal-awal dah settle.. Sebelum puasa..
Baju raya from Esprit, BabyGap and Gymboree.. Beli-beli sampai tak sedar, oh my, banyak jugak ye.. huhu..
Kasut BabyGap dan Gymboree socks.. Sandal Ralph Lauren je boleh pakai.. Kasut yang beli, sangat besar, lama lagi nak muat.. hehe.. Tahun depanlah kot.. :P
Kasut Raya:
Pening sebenarnya pilih kasut.. Aku round 3 kali untuk decide.. Yang best bila kerja kat shopping complex ni, pagi aku turun test kasut.. Tengahari aku pergi lagi test kat kedai lain pulak.. Bila dah naik ofis, fikiran terbayang-bayang kasut yang aku suka.. Takutlah nanti saiz habis.. Petang terus turun, pergi beli.. hehe..
Ada 3 kaler, but I chose brown.. Senang nak match dengan baju..
Kaki kecik ni pun nak try kasut mama..
Sebelah kiri, kasut my hubby.. Nasib baik jumpa.. Kalau tak, letih keluar masuk kedai tapi tak ada saiz.. huhu..
Make-up Raya:
Ceh, sempat lagi tu.. hehe.. Aku takde compact powder.. Yang set Estee Lauder aku tu, tak ada compact powder.. Sajalah first time try Benefit ni.. Hope it gives me benefit.. haha..
Kuih Raya:
Mula-mula start puasa rasa malas sangat nak buat kuih raya tahun ni.. Tapi, rasa macam tak best pulak kalau tak buat kuih raya.. So, beli barang-barang untuk buat 2 adunan Chocolate Chip Cookies.. Bila sampai masa nak buat, asyik keluarkan butter, lepas tu, masuk balik fridge.. hehe.. Sampai satu masa, kugagahkan jugak diri untuk buat.. And finally, siap jugak 2 adunan.. hehe..
Tart Gulung beli dari Sakina..
Kuih-kuih dah siap masuk balang.. Senang nak munch lepas berbuka puasa.. :)
Snow Almond beli dekat budak depan ofis.. Sedap!
Duit Raya:
Tahun ni cepat dapat tukar duit raya.. Tak macam tahun lepas.. Kat certain bank tak ramai orang pun..
Tak isi dalam sampul pun lagi..
Langsir Raya:
Setelah 2 tahun tak tukar langsir, memang dah patut tukar dah.. Langsir lama hitam giler bila cuci.. Dengan habuk lagi.. Itu agaknya penyebab aku selalu dapat selsema.. hihi.. Dah siap gantung dah langsir baru.. Colour grey, tapi lebih soft dari langsir dulu.. Tak boleh nak colour lain sangat sebab my living hall semua kebanyakan perabot colour grey, chocolate and black.. Even my wallpaper pun colour grey and black.. Kalaulah tiba-tiba langsir merah, kan ke dah off? hehe.. Thinking another 2-3 yearslah kite tukar wallpaper pulak.. :P
Lagu Raya:
Takde specific lagu favourite.. Tapi aku suka lagu-lagu lama, lagi feel.. Cuma this year tak dengar pun lagu Anwar Zain & Elina tu.. Macam takde main kat radio je.. huhu..
Ni lagi satu lagu raya yang aku suka zaman kanak-kanak dulu, lagu raya PROTON.. Korang ingat lagi tak? Sekarang dia dah buat versi baru, tapi aku masih ingat each and every lyrics.. What a memory..
Okaylah, last and not least, Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin.. :)
4 comments:
selamat hari raya kak emilia :)
panjang tu cerite raya.. i like.. ok selamat hari raya :) kem salam kat haikal hehe
salam aidilfitri emy.. =p
Selamat hari raya aidilfitri semua.. :)
Post a Comment