Friday, August 3, 2012

Pelat…

IMG_1991
Budak pelat.. Sebut perkataan hujung-hujung je… Smile with tongue out

Both my hubby and me, mengalami kesukaran memahami apa yang Haikal cakap.. huhu.. Tapi, sedaya upaya aku teka-teka jugak.. Kadang-kadang betul, kadang-kadang tak betul langsung.. Papa dia pulak selalu tanya “dia nak apa ni? dia nak apa ni?” huhu..

Anak aku ni pulak, kalau nak benda, nak segera aje.. Bila dia sebut, time tu nak aku sediakan depan mata.. Dengan tak faham apa dia nak, aku tunjuklah, “nak ini? nak ini?” kalau bukan, dia geleng dan cakap “kan”.. Bila lama sikit, mulalah melalak dan menjerit sekuat hati.. Haish, geram betul..

Tapi, sometimes ada yang kelakar.. Satu hari tu, dia cakap kat aku.. Nak “a-ye”.. then dia senyap je.. Long pause, tiba-tiba cakap “cang”.. Aku pun fikir-fikir, apa “cang” tu? Puas fikir, rupa-rupanya “a-ye cang” tu ialah colour panjang!! haha..

Bilalah boleh sebut betul-betul ni? hihi.. Sabarlah menanti, nanti lagi kecoh dia bercakap agaknya.. :P Haikal baru 2 tahun 5 bulan, harap by the time 3 years old dah boleh cakap full sentences.. Aku kat rumah pun cakap macam biasa dengan dia, tak pernah “baby talk” cakap pelat2.. He can catch what we were saying, cuma bila tanya, dia sebut balik perkataan last kitorang cakap? contoh, “Haikal sayang mama banyak ke sikit?” dia jawab “kit”.. Tapi bila twist tanya “Haikal sayang mama sikit ke banyak?” terus dia jawab “anyak” hehe.. Apa-apalah anak, janji bahagia.. :)

Note: Berminat nak buat spring cleaning with Lisa Surihani? Let’s check here..

3 comments:

Hayati Rameli said...

thought “a-ye cang” adelah ais kacang..haha.. ;) haikal comel..

mahirah said...

Kalau Adam cakap bukan, Bu-tan. hehehe susah nak paham kan....

sayahappyslalu said...

Hayati Rameli,
hehe.. tak larat nak teka sbb selalu salah..

mahirah,
Adam dah pandai sebut 2 sukukata ek? Haikal belum lagi..