Ini trip pertama dengan my FIL.. Rancangan dah dibuat lama dulu.. Kononnya, hari tu aku tak jadi pegi sebab dah nak dekat due aku bersalin.. Tapi, bile dah dekat2 masanya, baru rasa nak ikut jugaklah.. Siap buat syarat dengan my hubby, kalau aku tak dapat pergi this time, within this year, mesti pergi lagi skali.. huhu.. Saya memang kejam.. Sebenarnya, lebih kepada jeles, sebab baby dalam perut pun nak jalan jugak.. Kita pegi Babymoon, ye nak? hihi.. Alhamdulillah, at last, dapat pergi jugak.. Jadi, sakit2 pinggang, kaki semua, sikit sebanyak adalah disebabkan ligat berjalan ni ye.. :P
2 days sebelum fly, me and my hubby pergi jumpa gynae untuk checkup.. Tanya tentang baby condition dah engaged ke belum.. Lepas tu, mintak surat doktor untuk kebenaran naik flight.. Very lucky, doktor tak kisah.. So, we made up our mind that I'll be going for the trip.. Cuak jugak mulanya, tapi belasah ajelah.. :) So, here goes the stories about our trip.. Kalau malas nak baca panjang2, just skip and let the photos do the talking..
Day 1: Friday, 12th February 2010
Kami pergi sekeluarga seramai 9 orang dan 1 toddler.. Untuk ke LCCT, ada yang naik Komuter dari Serdang ke KL Sentral.. Aku and husband pergi dengan LRT dari Wangsa Maju, sebab hantar kereta kat sana.. So, from KL Sentral tu, kami terus ke LCCT naik bas… Tak sangka ramai orang kat Komuter tu, kesian diorang bersesak2..
Flight dari LCCT ke Soekarno-Hatta Airport, Jakarta amik masa 2 jam.. Flight tak delay, cuma lewat berlepas dalam 20 minit dari waktu yang sepatutnya..
Model-model sambilan Air Asia.. Angan-angan nak muncul dalam Awan Dania Season 3.. haha..
Sampai2 di airport, pak supir sedia menunggu untuk bawa kitorang ke hotel.. Naik 2 van, sebab kitorang ramai.. Kami singgah makan di Restoran Minang untuk makan nasi padang sebelum ke hotel..
Malam tu, just rehat2 di bilik hotel sebelum meneruskan perjalanan yang memenatkan keesokan harinya.. Oh ya, kitorang stay di N1 Hotel Jakarta pada malam tu.. Room rates bilik OK, murah.. Sesuai untuk budget traveller.. Kalau dah murah tu, paham2 ajelah, biliknya kecik sikit.. Tempatnya pun cam kat area setinggan aje.. huhu.. Aku pilih hotel ni sebab dekat dengan Tanah Abang.. Tapi, oleh sebab kitorang sampai pun dah gelap, Tanah Abang pun dah tutup, tak dapek la nak buat apa.. Traffic jam kat Jakarta, memang tak hengat, boring betul!..
N1 Hotel, Jakarta.. If you want it cheap, don’t complaint more! :P
Bila dah sampai negara orang, first thing yang kena buat ialah tukar SIM card.. senang nak contact2 hotel, pak supir dan SMS tanya kat mana.. Kalau guna Maxis, roaming dah kena berapa ringgit dah utk call.. SMS pun, mau RM2.00 per SMS.. baik lah kite guna Rupiah, nama pun dah jutawan, kan? hehe..
Day 2: Saturday, 13th February 2010
Second day, Pak Budi yang amik kitorang.. This time, kitorang pakai 1 van besar yang boleh muat semua orang.. Senang sikit, jalan sama2, takde yang tertinggal bile naik separate van..
N1 Hotel, Jakarta.. If interested, you can call at 00622153653908 (call from Malaysia).. They don’t have email or website to be contacted..
Berposing2 di luar hotel sebelum berangkat ke Bandung..
Perjalanan ke Bandung, ambil masa 3 jam.. Kitorang singgah Sari Ater Hot Spring (Ciater Hot Spring) dulu, sebelum ke Tangkuban Prahu…
Sempat beli buah-buahan untuk isi perut yang lapar.. Makanan Indon, ada yang tak boleh “masuk” tekak.. huhu.. So, cara isi perut yang berkesan ialah makan buah-buahan tempatan.. :)
Di Sari Ater Hot Spring..
Kalau jalan2 kat hot spring ni, make sure jangan tertipu ye.. Mahal gile kitorang beli aiskrim cop Campina ni.. 2 aiskrim stick, dah Rp30,000.. Wow, convert duit Malaysia, dah RM10 lebih.. boleh dapat Haagen Daaz dah.. tapi, oleh sebab orang tukang jual tu baik, tolong amik2 photo kitorang, tak apalah, kira rezeki dia lah tu..
Seronok aje rendam kaki dalam air panas. Aku aje yang tak boleh :( Sebab pregnant lady tak digalakkan..
Sibuk aje orang belakang tu promote payung dia sebab hari dah start hujan.. Nak tak nak, kena sewa jugak, takut demam.. Rp10,000 untuk 1 payung..
Seterusnya, kitorang ke Tangkuban Prahu.. Tak berapa jauh dah dari Sari Ater Hot Spring..
Breathtaking view at Tangkuban Prahu.. Luckily, time datang tu kabus tak tebal, sempat snap2 gambar sebelum hujan..
Bersemangat turun bukit.. hehe..
Hati-hati kalau nak beli souvenir kat Tangkuban Prahu ni.. Diorang mark-up lebih2.. Apa kejadah kalau 2 pieces fridge magnet sampai Rp100,000.. So, to be on the safe side, just ignore kalau diorang promote2 barang.. Jangan tanya pun berapa harga, cakap aje dah beli dah..
Setelah penat berjalan, we had our late lunch at Kampung Daun.. Sayang sangat, time tu hujan.. tak dapat nak bergambar banyak2 kat kawasan tu..
Lepas makan, terus proceed ke Bandung dan check-in hotel.. Untuk 2 malam kitorang stay di Hotel Unik, Bandung.. Hotelnya agak tersorok sikit, kena masuk lorong kecil.. Tapi, yang bagusnya ia terletak bersebelahan Kartika Sari.. Senang nak beli ole-ole untuk bawak balik Malaysia.. :) Lagi, bilik OK sangat2, luas dan selesa.. Toilet pun bersih.. Harga berpatutan.. Cuma, tak dekat la kalau nak ke Factory Outlet.. Kena naik mobil ke sana.. Ada satu Factory Outlet yang baru buka.. Factory Outlet Anakku.. Hah, yang ini, boleh jalan kaki dari Hotel..
Malam tu, kitorang keluar lagi.. Pak Supir bawa ke The Secret Factory Outlet.. Sebelum tu, sempat singgah Kartika Sari beli cake and ice-cream..
Di The Secret Factory Outlet.. Ini first Factory Outlet yang kitorang masuk.. Kat sini aje dah spent almost 1 hour.. Rambang mata tengok baju2.. Aku aje yang less excited, sebab tak tahu nak beli baju apa.. hehe.. Just cuci mata ajelah..
Lepas tu, ke Grande Factory Outlet.. Just so-so aje baju2 dia.. But, my hubby manage to grab a sweater there..
House of Donatello.. Takde apa yang menarik perhatian kitorang kat sini.. Singgah kejap, pastu terus keluar..
Sebelum balik, makan di Rumah Makan Garuda..
Day 3: Sunday, 14th February 2010
Pagi tu, after breakfast di Hotel, kitorang keluar lagi.. Pak Budi bawa kitorang ke Pasar Tumpah.. Pasar ni hanya dibuka setiap Ahad pagi..
In front of Hotel Unik, Bandung.. Belakang tu ialah mobil yang kitorang naik sepanjang trip ni..
Mula2 rasa seronok la dapat pegi pasar ala2 Pasar Tamu kat Sabah tu.. Tapi, bila kat sana, tak tahan la.. Jalan sibuk dengan kereta.. orang berhimpit2.. Dah tahu buat pasar pagi, janganlah bagi kereta/kenderaan lalu.. Memang serabut gile.. Last2, aku cuma membeli 3 pasang stokin aje, dengan harga Rp10,000..
Posing dengan Atul.. Aku pakai baju baru yang dibeli di The Secret Factory Outlet.. Itu aje yang sesuai untuk maternity kot.. hehe..
Gedung Sate.. Tak tahu tempat apa, historical building kot.. Kat area Pasar Tumpah tu..
Another round of breakfast at KFC.. Instead of KFC, Fingers Licking Good.. It is “KFC, Jagonya Ayam”..
Di depan Bandung Indah Plaza..
Heritage Factory Outlet.. Aku dah tak larat berjalan.. Dalam tu, just duduk2 aje, tunggu yang lain memilih mana yang berkenan..
Posing sorang2 dalam toilet pun jadi.. haha.. Next time, wajib bawak tripod, makin banyak la gambor dibuatnya.. hehe..
Then, proceed to Pasar Baru.. Takde apa yang menarik perhatianku di sini.. Yes, memang banyak telekung2 dah baju kebaya yang cantik2, tapi, aku takde rasa nak membeli.. Terlampau ramai orang kat Pasar Baru ni.. Rasa agak rimas dan serabut.. Aku beli baby leggings dan kasut baby aje..
Late lunch kat McDonald’s, berdekatan dengan Rumah Mode.. Asyik makan nasi padang aje, kitorang dah jemu.. Jadinya, tukar selera pulak makan fast food.. We tried Prosperity Burger.. Tapi, rasa dia tak sama macam kat Malaysia.. Sudahnya, aku takde selera nak makan yang version Malaysia ni.. huhu..
Selepas makan, kitorang ke Rumah Mode.. Ramai orang kat situ.. Kitorang singgah pun tak lama..
Then, masa membeli jeans pulak.. Nasib baik belum tutup lagi Toko Tiga tu.. Jalan asyik jam sana-sini, tak dapat nak bajet kul berapa boleh sampai tempat yang nak dituju..
Belek, belek.. tapi, tak beli.. hehe..
Last but not least, sempat jugak ke Toko Anakku.. Berhampiran Hotel Unik.. Memang sangat last minit kitorang sampai, lampu kedai pun dah tutup separuh.. Terpaksa diorang bukak balik sebab kitorang masuk.. hehe.. Dapat baby diapers bag, kasut and towels.. Bolehlah, daripada takde langsung.. kan, baby, kan?
Inilah hasil pembelian.. Ingatkan tak banyak.. Boleh tahan jugak, rupanya.. hehe..
Day 4: Monday, 15th February 2010
Pagi tu, breakfast and check out from the hotel.. Oh, actually aku jumpa Ely di hotel yang sama.. Aku dah tau dia stay di hotel sama tapi, dia tak tau yang aku pergi trip ni.. So, saja2 lah nak buat surprise, kononnya.. Tapi, my hubby pulak yang terbocorkan rahsia.. hehe..
Hari ni, plan kitorang ialah ke Kawah Putih.. Lepas tu terus balik ke Jakarta.. Singgah di Kartika Sari lagi untuk beli brownies untuk family dan kawan2..
Sandal comel dijual di pintu masuk Kartika Sari.. Aku beli satu untuk Sofia..
On the way ke Kawah Putih.. Tengok kat belakang tu, barang2 dah lebih tinggi daripada orang.. hehe..
Beli strawberry dengan harga yang sangat murah.. Tak silap Rp10,000 untuk 2 paket…
Kawah Putih ni memang sangat cantik.. Tapi, tu la.. Tak tahan bau sulfur kuat sangat.. sampai terbatuk-batuk aku dibuatnya.. So, tak boleh lama la kat sini, takut bahaya untuk baby..
On the way to Jakarta, singgah di Cibaduyut.. Banyak jual beg dan sandal kulit.. Aku tak beli apa pun.. Hari dah mula hujan, cepat-cepat kitorang naik van..
Sampai di Jakarta dah malam.. Mangga Dua pun dah tutup.. Tak sempat pergi.. Pak Supir bawak jalan2 area Jakarta and singgah Mangga Dua Square yang hampir2 nak tutup tu.. so, kitorang pun buat pusingan terakhir membeli apa yang patut untuk habiskan duit Rp yang tinggal..
Lepak-lepak makan ice-cream di Mangga Dua Square..
Untuk malam terakhir ni, kitorang bermalam di Grand Cemara Hotel, Jakarta.. Senang sikit, sebab flight dari Jakarta ke KL pagi, so, takde lah kitorang rush sangat.. kalau bertolak dari Bandung, mahunya macet, siapa yang susah, dong?
Day 5: Tuesday, 16th February 2010
Pak Budi dah siap sedia tunggu kitorang.. So, after breakfast and check-out, terus ke airport.. Memang tak boleh singgah mana2 dah, flight kul 11.30am..
My breakfast.. Coco-crunch dengan fresh milk.. itu aje yang mampu ditelan.. huhu..
Pak Budi, our supir.. Thanks for his good service.. Anyone yang interested nak cari transportation di Jakarta Bandung, boleh contact boss Pak Budi ni iaitu Kak Pipit.. Email dia pipitjalan2@yahoo.com.
Finally, tamat sudah percutian.. Semoga ada rezeki di lain kali untuk bercuti2 lagi.. Now, kena get prepare nak deliver baby pulak.. hehe..
Note: Aku selalu dengar orang cakap best shopping kat Bandung.. Kalau nak beli barang2 murah, pegi Bandung.. For me, macam biasa aje.. Takdelah special sangat.. Maybe sebab intention aku pergi trip ialah untuk melawat tempat orang, pergi tempat2 yang menarik pelancong.. And, shopping become number two.. Sambil menyelam, minum air la.. :P