Tuesday, March 20, 2012
Gymboree.. Lagi?
Kalau aku amik order Gymboree lagi, siapa yang mahu? Of course kena cukupkan quota.. And tak janji FREE SHIPPING jugak.. We'll see..
Please give me the list by today 10pm.. Sementara 30% off tu masih ada lagi..
Email me at emelia_khamis(at)yahoo(dot)com
Please hurry ye, hari tu pun ramai tak dapat join..
- Posted using BlogPress from my iPad
Sick & Alone..
Sekejap rasa panas, sekejap rasa sejuk.. Dari malam semalam hingus start meleleh-leleh.. Kugagahkan jugak pergi kerja.. Siap pergi site visit, air mata keluar macam sedih sangat.. haha..
Malas betul mau pergi klinik.. Bukan boleh MC pun.. Aku outstation sekarang, so, everyday is a working day.. huhu..
Dengan harapan dapat baik dengan sendirinya, pagi tadi aku belilah semua benda-benda ni..
Tapi, selsema makin teruk pulak malam ni.. Sok sek sok sek.. huhu..
Yeah, aku tak suka makan ubat.. Dahlah hidung sensitive.. Panas sikit tak boleh, habuk sikit tak boleh.. Selalulah dapat selsema ni.. Supplement memang tak makan pun.. huhu.. Maybe now it’s time to start.. I want to stay healthy.. I want to grow older with my kid around me.. Nak tengok anak membesar depan mata :) Kena ubah habit ni.. hehe..
Monday, March 19, 2012
Conversion From YES 4G Prepaid To Postpaid..
Recently, asyik dengar kat TV and terpampang kat website YES 4G tentang Unlimited Postpaid plan yang ditawarkan.. Kawan aku pun ada cakap kat FB dia guna unlimited plan ni.. Aku jadi confuse, aku ni pakai postpaid ke, prepaid selama ni? Puaslah bertweet-tweet dengan YES 4G Care Line tanya macam-macam.. And finally, aku baru tersedar yang aku menggunakan Prepaid Plan.. Pay As You Use, katanya.. Yelah, setiap 3MB data yang digunakan, caj dia 9 sen..
Selama ni, aku pakai dalam 3GB data sebulan.. Around RM90.. Kira okay lagi, sebab lagi murah dari Unifi, RM149.. Signal YES 4G laju kat rumah, so aku sayang nak terminate.. Aku pun bukan guna hardcore download2 pun.. Just nak update blog, nak post gambar Tupperware, tweet-tweet, online banking etc.. :P
Then, bila terdengar fasal Unlimited Postpaid Plan ni, lagilah aku teruja.. Tak sabar-sabar aku ajak husband aku pergi tukar.. Yeah, very easy.. Bawak IC and YES huddle (modem).. Isi borang tukar dari prepaid ke postpaid.. Isi detail yang diperlukan, selesai.. Aku tak sign contract sebab dah ada huddle sendiri.. Kalau yang baru nak sign up, kena ikat contract.. Aku kena bayar RM150 for registration & activation.. Ni normallah, mesti kena bayar.. huhu..
And now, we got 4GB data (full speed) hanya bayar RM68 sebulan.. Kalau lebih guna, takde charge apa pun, cuma speednye slow ajelah.. Jimat, kan? Aku suka jimat-jimat ni.. So, that balance of money, aku boleh pi online shopping.. hahaha..
Just now, aku sign in account aku.. I can see the data balance.. Terlebih MB tu, sebab ada credit aku yang terlebih, so dia transfer jadi data..
I am a happy customer :) Harap takde masalah..
Sunday, March 18, 2012
Shop Till You Drop..
Penat sangat melayan mama dia round shopping complex, sampai tertidur dibuatnya dalam trolley.. haha..
Let’s watch the video.. :P
Oh, by the way, aku sudah proceed with Gymboree purchase.. Sorry ye yang tak dapat join sekali.. Order more than USD525, harga shipping dia melampau, USD210.. Memang tak mampulah nak bayar mahal2.. huhu.. Lucky this time ada discount voucher, so shipping from the US is FREE.. So, yang rasa nak beli tu, maybe next time.. err, next month kot.. Kite tengok dulu apa yang best nanti.. hehe.. Sometimes aku ingat nak tolong kawan2 beli je.. Tapi memang tak boleh janji yg aku tak akan beli langsung.. hihi..
Saturday, March 17, 2012
Last Order for Gymboree..
Jadi, please give me your list as soon as possible.. Sebab Fill-A-Bag sales ni akan berakhir hari ni.. Baru dapat tahu ni.. Kena cepat sebelum barang yg kite nak jadi lagi mahal.. Huhu..
Pls email me the order emelia_khamis(at)yahoo(dot)com
Thank you :)
Update: order dah exceed USD405, so kalau ada yg nak order skali, aku sampai USD525 sahaja.. so, first come first serve basis..
Orders are now CLOSED!
- Posted using BlogPress from my iPad
Friday, March 16, 2012
Gymboree With Me.. How To Calculate?
Sorry ye, entry sebelum ni, bagi sikit je introduction sebab masa tu aku dalam kereta nak balik ke KL.. hehe.. Tiba-tiba tengahari tadi terfikir macam comel je seluar, topi for boy.. Tu yang terus dapat idea, apa kata open orders untuk siapa yang berminat.. :) Tak fikir banyak kali, nanti tak jadi.. hehe.. Seriously I’m in love with their cloths.. Boleh buat baju raya jugak!
Okaylah, tanpa buang masa mari aku explain macam mana nak kira.. Bear in mind, I am not taking any profit.. Just sharing with kawan2 yang minat.. And for this time, I limit the total purchase of USD325 only.. Banyak tu dapat barang.. hehe.. Let’s say kalau terlebih, we see how lah..
Aku amik contoh kasut nilah, sebab aku suka sangat kasut gini.. haha.. Harga dia dalam tu, USD7.69.. Conversion in MYR is RM3.10.. ni berdasarkan bank charge kat credit card..
So, dalam RM23.84 untuk kasut tu.. Murah, kan? Kan?
Postage from US to Malaysia this time, aku nak pilih Express Delivery, cepat sikit within 5 working days.. Since aku tetapkan total ialah USD325, the postage fee will be USD65.. Don’t worry, aku ada discount voucher.. So, discount tu aku gunakan untuk tolak postage nanti.. So, postage will be advised later.. Hopefully, tak payah bayar postage.. :P
Dah sampai Malaysia, jumlah yg lebih RM500 (termasuk harga shipping) kena add 10% custom tax.. Jadi, kasut tadi tu, RM23.84 tu, tambah lagi RM2.38.. Postage(yang aku akan bgtau) pun kena 10% tau..
Bila kastam dah check, aku akan appoint Pos Malaysia amik kat Kastam KLIA dan hantar kat aku.. Upah RM50 (dibahagi sama rata antara kite).. Kemudian, step terakhir, Poslaju ke alamat masing-masing, postage fee RM6.00..
Faham tak penerangan aku ni? Roughly, macam tulah cara pengiraaannya.. hehe.. Nak terang lebih2 tak pandai.. :
Jadi, mommy-mommy sekalian, yang mana berkenan, boleh email kat aku details: Nama item (cth Bug Slip-On Sneaker), URL of that item, dan saiz sekali.. Size in US standard.. So, tengok betul2 ukuran.. Ada dalam centimeter jugak..
My email is emelia_khamis(at)yahoo(dot)com
Aku kena amik order dulu sampai cukup quota, then baru boleh bagi harga sebenar.. Sebab nak kira postage semua tu.. Then, barulah korang bank-in that amount kat aku.. Anything tak faham, let me know okay!
Apalagi, mari kita penuhkan shopping cart.. hehe.. :P
Note: last order is on Saturday 24th March, 11am..
Ops, kena tukar date, boleh tak bagi senarai before kul 3pm petang ni? Sebab Fill-A-Bag sales ni akan abis pada 18 Mac, US time.. Huhu.. Aku baru tahu.. Nnti takut harga dah tak sama mcm kite tgk ni.. Probably lagi mahal.
Gymboree Order..
Siapa yang berminat, bolehlah godek2 their website pilih mana satu nak beli.. malam nanti aku update (kalau sempat).. They are having 30% off, for new collections.. Check it out.. :)
- Posted using BlogPress from my iPad
Thursday, March 15, 2012
Random Thoughts..
1) World are not a safe place anymore for us, our child/children, our family.. Tengok berita hari-hari, mesti ada macam-macam kes jenayah.. Rasa tak mahu tengok :( But, that’s the fact! Ingatan buat aku, as a mother, MUST watch our child.. Tak kira di mana sahaja.. Pergi shopping complex, kalau anak nak berjalan, lari tak mahu pegang, boleh.. Tapi, mesti tengok!! Jangan terlepas pandang.. We don’t know maybe in a glimpse of an eye anything can happen.. Nauzubillah.. Kalau bagi anak main kat Playgym kat shopping complex, mesti kite ada sama-sama jugak.. Jangan percaya orang (stranger) jagakan while kite pergi shopping.. Banyak kes sekarang budak-budak kena culik.. Semoga perkara buruk dijauhkan dari kita semua..
2) Tadi tengok Semanis Kurma, tajuk “Menantuku Anakku”.. Dalam dunia moden ni, masih ada lagi ye ibu mertua yang tak boleh terima menantu sebab tak berharta.. Sampai cucu sendiri pun, mertua tak suka.. Aku dengar caller tu cerita, aku pulak yang sedih :( Bila jadi dah jadi ibu ni, memang terlebih sensitiflah aku ni.. huhu.. Alhamdulillah, kite patut bersyukur tak diberi dugaan begitu.. Tapi, dugaan dalam bentuk lain pulak, kan? The key thing is SABAR.. InsyaAllah dipermudahkan..
Emosi pulak aku malam ni.. huhu..
Wednesday, March 14, 2012
Online Shopping, Makes Me Crazee..
Ingatkan dah stop dah online shopping ni.. Masa Haikal kecik selalulah.. Sikit-sikit barang sampai rumah mak.. Toys la, buku la, baju lah, topi lah.. huhu.. Bila Haikal dah besar ni, kurang sikit.. But, now, makin menjadi-jadi balik.. huhu..
Dimulakan dengan my first purchase… Pakai sedap.. Then, beli lagi satu pulak.. And it didn’t stop there! :P
The list continues with…
Flare Jersey Maxi Skirt - Black
Penny Chiffon Maxi Dress - Deep Pink Polka
Princess Jasmine Dress - Dark Purple.. Dress ni labuh sikit, kena potong.. Leher agak luas, so kena beli tube/singlet to cover up..
And my recent purchase is this.. :)
Oh no, ada lagi satu.. Baru sekejap ni beli.. hihi.. Ada offer 20%, berbelah bagi nak beli ke tak.. Actually sama je dengan blouse pink aku, but this different colour aje.. :P
Setiap kali Poplook buat announcement of new collections/arrivals, akulah antara ramai-ramai tu yang menjenguk websitenya.. :P Tak fikir-fikir lagi, tengok saiz okay, model pakai pun cantik, terus proceed with payment.. Kalau lambat, sure habis cepat, entah bila keluar design yang sama.. huhu..
Teruk ni aku addicted, kan?.. Tapi kan, aku jarang beli baju.. Kalau pakai baju tu, memang asyik ulang-ulang pakai sampai kain berbulu.. huhu.. So, ni kira replenish what I have in my wardrobe lah.. Siap ada azam nak kumpul banyak colour yang lain-lain.. :P My husband sure geleng kepala.. huhu.. Baju lama nak bagi siapa? Adik aku besar lagi dari aku.. hihi..
Sekarang aku kat Gemas, meruntun jiwa raga nak tunggu parcel sampai kat tangan.. Parcel semua hantar kat rumah mak.. Tapi mak pergi Klang.. Baguslah tu, kena amik kat post office.. Nanti mintak tolong adik amikkan.. Aku mana sempat, busy kalah BikMama.. haha..
Sekian sahaja cerita hari ni.. I’m bored in the hotel room.. Rindu nak gomol-gomol Haikal.. Hilangkan boring, kite online shopping.. haha.. Takde kena mengena.. :P
Tuesday, March 13, 2012
Movie Night At GSC Gold Class – John Carter…
Lama tak tengok movie.. Kali ni tengok movie di GSC Gold Class sebab gunakan voucher yang aku menang contest Darlie.. Harga sebenar tiket (kalau kena bayar) for 2 adults ialah RM110.. huhu.. Seronoklah bila dapat free macam ni.. hehe..
Our movie starts at 9.00pm.. So, lepas maghrib bertolak ke MidValley.. Seats tak penuh lagi, so managed dapat kul 9.00pm punya tiket.. Kalau tak, kul 12.00am pulak.. Alamat tertidurlah kalau dah tengah malam tengok cerita.. :P
Beli hotdog, popcorn, nuggets and drinks bawak masuk dalam hall.. Aku tak snap pun gambar dalam panggung.. Besar seat, selesa dan empuk.. Dia siap bagi selimut sebab dalam tu sejuk sangat.. Haikal je taknak selimut, budak kecik tu tahan sejuk.. Patutlah kuat kencing.. haha..
Baru bangun tidur.. Ada sesuatu terjadi selepas beli makanan kat sini.. huhu..
Apa dia? I left my camera at the counter.. huhu.. Careless sungguh.. Macam mana boleh tak perasan camera tak masuk beg lagi.. Menonong je jalan masuk dalam hall..
Bila dah kat dalam panggung, aku pun duduk je tak sedar lagi.. Then, aku nak silent handphone, masa tulah aku godek2 beg aku.. Memang tak ada! Terus jadi tak keruan.. Dalam fikiran dah terfikir, abislah melayang $$$ nak beli camera baru.. huhu.. Camera tu dahlah camera hantaran, sayang giler..
Aku bagitau my hubby.. Then aku keluar balik pergi ke kaunter tadi (time ni movie dah start).. Syukur sangat staff kat kaunter ada simpankan.. :)
Kalaulah camera hilang, takdelah gambar-gambar yang kat bawah ni.. huhu..
Apapun, tengok wayang Gold Class was a new experience for us.. Haikal behave sangat-sangat.. Lagi 2 tiket, nak tunggu cerita yang lain yang best.. John Carter pun not bad.. Kalau aku tak tidur tu, kira okaylah cite tu.. haha.. Tapi cite ni banyak sangat dongengnya.. Just tengok jelah, malas nak tafsir-tafsir.. haha..
Last but not least, thanks for GSC Midvalley staffs yang jujur.. Appreciate sangat-sangat.. :)