Tuesday, August 16, 2011

Bad Traffic In KL..

How do you guys cope with it? Hari-hari menghadap traffic jam, semak jugak kepala otak, kan? Aku yang baru-baru kerja KL ni pun dah tak berapa nak tahan, inikan pulak nak kerja bertahun-tahun sampai pencen.. huhu.. Nasib baik ofis tak masuk sampai area Kerinchi, Bangsar etc.. Federal Highway tu kalau tak jem, memang ajaibla, I tell you..

Masa kerja Senawang dulu, tak jem pun.. Adalah sesekali jem sebab accident.. Aku make sure 7.20am dah berada kat simpang depan rumah, then aku akan sampai at the office’s gate at 8.00am.. Kat KL ni tak boleh begitu.. Even keluar awal pun, kadang-kadang tak tentu.. The traffic is so “unsangkarable” and unpredictable.. Waktu hujan, it will take you longer than usual.. Tapi, biasanya, aku akan keluar rumah dalam 7.00am++.. Target aku, sampai kat Tol Besraya dalam pukul 7.20am.. Then, mesti lepas dari area Taman Desa (berdekatan Desa Waterpark) pukul 7.35am.. Kalau lewat dari masa ni, for sure aku akan lambat pada hari tu.. huhu..

Kalau jam sepanjang jalan, what will you do? Bagi aku, cara nak cepat ialah mencilok dan potong lane.. haha.. Kadang-kadang orang potong lane, aku tak rasa nak marah sangat, sebab aku pun buat benda yang sama.. hihi.. Kat KL ni, kena beranikan dirilah cilok-mencilok.. Kalau ikut aje lane, dari 40 minit, mahu jadi sejam lebih duduk atas jalan tu.. huhu.. Pernah jugak aku lalu emergency lane.. For the first time lalu, terus kena tahan polis.. huhu.. Nasib terlepas tanpa kena saman.. Bapak polisi tu tengok muka aku innocent kot.. haha.. Sekarang ni dah takde lalu emergency lane dah.. Aku dah tahu kat mana biasa polis terpacak setiap pagi.. Tapi tulah, potong lane memang tak boleh elak especially bila time U-turn.. :P

Tapi apapun, walau sesak macam mana pun, nak cepat sekalipun, keselamatan perlu diutamakan.. Drive safely!

Note: Hari ni Selangor cuti.. No traffic jam this morning.. I’m happy!

Snow Almond…

This one of my favourite kuih raya jugak!

Tengok dekat Cold Storage, jual RM29.90 sekotak kecik, tak jadi beli.. Kat Carrefour jual RM15, terus ambil satu bekas… Aku beli jelah biskut ni sebab malas nak buat.. Kena guna acuan, uli-uli bagai, tidaklah aku rajin sangat.. Sure Haikal sibuk kacau-kacau nanti..

IMG_2841  Walaupun harga agak murah, rasa dia okay jugak.. Tapi, kite sendiri boleh bezalah dari rasa coklat dia.. Kalau mahal, tentulah coklat dia mahal dan lebih sedap, kan? Smile with tongue out

IMG_2842  Sekarang ni dah tak pandang dah Almond London.. Aku lagi suka yang ini..

Dah suku bekas dah aku makan, memang confirm tak sampai raya! hehe..

Monday, August 15, 2011

Tupperware Can Opener…

Since Campaign bulan April lagi aku dah order Can Opener ni, tapi takde stock kat outlet.. Tunggu punya tunggu, last month baru dapat beli..

Harga selepas diskaun ialah RM50++.. Sometimes, I might be out of my mind, kan? Beli pembuka tin sampai RM50, macam takde benda lain nak dibeli.. haha.. Satu, aku suka Tupperware brands.. Kedua, I think it for long term usage.. Harap dengan penjagaan baik, boleh pakai sampai 10 tahun.. Manalah tahu, kan?.. Kalau bahagi setiap tahun, baru RM5 setahun.. :)

Lagipun, I love kitchen untensil.. So, this one is another one of my collection jugaklah.. Tetiba dreaming nak beli new mixer set.. Yang macam Chef Wan pakai tu.. haha.. Sudahlah, berangan aje.. Smile with tongue out

IMG_2862 My new can opener..

The good thing I found out about this can opener is, bila bukak tin tu, terbuka cantik je dia punya tutup.. Takde sharp edges seperti guna ordinary can opener.. So, I have no regret at all.. :)

IMG_2864 Rasmikan kali pertama dengan bukak tin F&N susu pekat manis ni.. My hubby kagum sebab tin terbuka cantik.. hehe.. Penutup tu pun boleh pakai balik untuk tutup tin, kalau nak..

Note: Ikea ada jugak jual can opener, tapi aku tengok sama aje macam yang jual di luar.. Nampak tak tahan lama..

Sweet Tooth…

Bulan puasa ni, tak cerita fasal makanan tak sah.. Tapi memang pun, masuk blog-blog orang lain pun, banyak tunjuk gambar makanan.. Ada yang buat terliur sampai rasa terus nak pergi beli.. hihi..

Sekarang ni aku rasa nak makan yang manis-manis aje.. Setiap malam kalau dapat chocolate cake ke, alangkah nikmatnya.. huhu.. Please put aside the calorie thingy.. :P Kalau fikir-fikir sangat, apa pun tak boleh, takut gemuk.. hehe..

On last Thursday, I bought Moist Chocolate Cake from Alexis.. Agaknya orang situ dah kenal muka aku yang sokmo masuk situ time lunch bulan puasa ni.. hihi.. Saja je nak try their chocolate cake pulak..

IMG_2829 Moist Chocolate Cake.. Balik, panaskan dalam microwave for a while, then ngap..

IMG_2832 Chocolate Bittersweet kat tengah tu nampak very tempting.. Tapi apakan daya, kalau bawak balik confirm cair di tengah jalan.. huhu..

Dah beli cake, jalan-jalan lagi.. Sementara tunggu kawan pergi Guardian, aku ke Krispy Kreme.. Tak pernah try lagi doughnut kat situ.. Macam-macam jenis ada, tapi aku beli 2 ketul je.. Kalau banyak-banyak, confirm tak habis.. Dua-dua ketul tu, of course, chocolate base.. Tengok tu, dah ada cake, beli doughnut lagi.. hehe.. Nafsu bulan puasa :P

IMG_2833

IMG_2834 Rambang mata.. Semua nampak sedap..

IMG_2835 My friend pun terpengaruh beli 2 ketul doughnut jugak..

IMG_2837 Masa nak bayar baru nampak ni.. So, next time, kalau nak dapat free 2 doughnut, kena turun kul 4.30pm.. hehe..

Malam tu, masing-masing perut penuh makan macam-macam.. Oh ya, Moist Chocolate Cake tu tak boleh beat Classic Chocolate Cake from Delicious.. Rasa dia lagi rich with chocolate, makan sampai boleh teringat beberapa hari.. hihi..

Korang, kalau ada lagi cake yang super sedap yang aku boleh dapatkan kat Midvalley ni, bagitaulah ye.. I want to try and witness it myself.. :) Bulan puasa ni memang banyak kitorang makan cake.. My hubby dah pesan beli cake untuk esok.. Tapi, kek lapis yang aku order tu, sampai esok jugak.. Mana satulah nak makan ni? huhu..

Note: Tiba-tiba takut nak timbang berat badan.. Smile with tongue out

Sunday, August 14, 2011

Night Bazaar – The Mines Downtown…

Apa pendapat korang tentang bazaar macam ni? Uptown, downtown, macam-macamlah.. Jangan “downturn” sudah.. hehe..

I’m not a big fan of these.. Sesekali nak jalan tu okaylah.. Maksud aku, sekali setahun.. haha.. Lagipun, bila Haikal ada ni, aku agak tak selesa pergi tempat ramai-ramai macam ni.. Haikal tak suka berdukung.. Lepas tu suka lari jauh dari aku.. huhu..

IMG_2675

Sebelum puasa hari tu, my hubby ajak pergi cari jam loceng untuk bangun sahur.. Mula-mula aku tak nak.. Carrefour pun ada jual jam loceng.. Macam-macam alasan, bunyi tak kuatlah, tak banyak pilihanlah.. Aku pun ikut sajalah.. Smile with tongue out

Sampai sana, mak ai, parking penuh… Kitorang pun terpaksa buat double parking.. Ronda-ronda tengok biasa aje.. Sama macam Cheras Downtown jugak.. Cuma barang maybe dah tukar kepada trend semasa.. Tengok sandals untuk Haikal, tanya RM15 tak boleh tawar langsung.. So, tak beli pun.. Beli jenama Bubblegums lagi dapat yang comfy..

IMG_2676 Tengok binatang..

IMG_2677 At this time, dah sleepy.. Yelah, dah dekat pukul 12.00am dah..

Di akhir pencarian, bertemu jugak jam loceng.. Lambang Manchester United.. Hentamlah labu.. hihi.. Itu yang sampai sekarang ni bangun sahur setakat ni belum pernah miss.. Bunyi KRINGGGGGGGG jam tu aje boleh membuatkan aku bangun terkejut dan terus tak mengantuk.. haha..

Tak lupa jugak untuk anak bujang kesayangan, belikan Haikal spek mata hitam untuk bergaya dan jugak jam digital Ben 10. Masing-masing berharga RM5 setiap satu :) He loves his watch so much.. Sampaikan waktu tidur pun tak bukak.. hehe

IMG_2683 “Jam Ben 10 saya..” Cepat 2 jam dari waktu Malaysia.. haha..

Sekian..

Telatah..

Pernah tak sometimes rasa geram dengan anak, buat benda-benda yang menyepahkan rumah, benda yang tak boleh main, dia nak main jugak,  pastu  kite rasa nak babap bontot dia? Then bila kenang-kenangkan balik, rasa kelakar pun ada jugak.. hehe.. Biasalah budak-budak, mana reti duduk diam.. Ada je yang buat kita rasa tak senang duduk.. Contoh-contohnya ada di sini:

1) Main telefon rumah atuk..

Mama sibuk main Facebook, dia sibuk angkat telefon.. Lepas tu letak merata sampai telefon bunyi kuat sebab tak terletak betul.. Atuk cakap jangan, nanti orang call tak dapat.. Dia main jugak!

IMG_2843  Anyhow, this is funny.. This is how modern kid use traditional telephone.. haha.. Letak gagang kat pipi dan satu lagi kat kepala.. kehkeh.. He is used to use handphone, not this type of phone.. :)

2) Masuk dalam flask nasi

Tak tahu manalah anak aku ni dapat idea.. Seboleh-boleh nak masuk berdiri dalam flask nasi ni.. Macam Ali Baba dah aku tengok.. hihi..

IMG_2846Muka selamba..

Kite ni takutlah karang tak fasal-fasal terlentang pulak.. So, bawak dia keluar.. Ginilah gayanya kalau tak dapat.. Sikit-sikit melalak.. Smile with tongue out

IMG_2850 “Haikal tak kira, Haikal tak kira, Haikal nak masuk jugak!” Agaknya itulah yang dia nangiskan tu.. hehe..

3) Makan karipap 5 biji tapi tak habis..

Haikal suka karipap.. Agaknya ikut aku kot.. Tapi, aku suka karipap pusing aje.. hehe..

Ni dia makan karipap.. Ambil satu, gigit-gigit sikit bahagian tepi dan inti.. Lepas tu letak, dan ambil karipap yang lain.. Siapa pulak nak makan bekas2 anak aku ni? Akulah, jawabnya.. hihi..

IMG_2844 Kalau tak bagi makan nanti, mengamuk.. Makanlah, nak.. Janji bahagia..

4) Duduk atas Ikea stool

Tengoklah ni, kat rumah atuk, dia dah conquer kerusi ni.. Orang lain duduk, kena turun.. Dia aje yang boleh duduk.. Tak padan kecik.. Aku risaulah dia terbalik ke belakang ke apa, kan? Tapi nak jugak duduk situ.. Time sahur, time berbuka, Haikal duduk situ sambil makan.. Kalau duduk diam takpelah jugak, ini dia bangun panjat-panjat.. Haish, menguji kesabaran sungguh!

IMG_2839 Ralit main senduk..

Saturday, August 13, 2011

Rojak RM53…

Last week, cari Rojak Singapura kat Wangsa Maju.. Aku yang teringin nak makan.. Since adik-beradik aku ramai, kenalah beli banyak sikit, takut tak cukup pulak nanti..

IMG_2796

Pilih punya pilih, ini yang kitorang amik..Agak banyak jugak, and I was expecting it will be around RM40 macam tu.. Sekali bila tanya berapa? RM53…Sekali-sekala, aku pun tak kisah, bayar ajelah..

IMG_2797

Balik rumah, hidang, dapat 2 bekas.. Banyak sangat makanan malam tu, sampai tak terhabis.. huhu.. Yang aku perasan kuah rojak ni tak sama rasa macam tahun lepas.. Next year, kalau nak makan, kena beli tempat lain pulak..

IMG_2800

Yang aku tahu, kat pasar Ramadhan Jalan TAR ada jual jugak..

I Want To Go To Play School!

Hehe.. Pakaikan Haikal baju ni, adik2 aku cakap macam nak pergi tadika.. Smile with tongue out Budak tadika yang masih pakai pampers.. haha..

IMG_2811

IMG_2806  Beratur lurus dalam barisan.. Berdiri tegak-tegak ye.. hehe..

IMG_2810

Tunggu Haikal dah pandai cakap ye, baru boleh masuk sekolah.. Nanti ada ramai kawan.. Makan baca doa makan sama-sama, main sama-sama, belajar pun sama-sama..

As a mom, in your opinion, when is the right time to send your toddler to playschool or kindergarten? Please share.. :)

Thursday, August 11, 2011

Chocolate Lava Cake..

Busy-busy, sempat update blog sekejap.. Don’t worry, it only took me 10 minutes, boss! haha..

You know what, upon reading this blogpost, (at that time, I was still in the office), my heart spontaneously said “Yes, I will do this, I will do this when I go back”.. Tapi, masalahnya, I don’t have that ramekins.. Time tu jugak aku turun pergi Jusco sekejap cari benda alah tu.. Lucky office in shopping complex.. hehe..

IMG_2824 Inilah dia ramekins tu.. Please excuse the mess.. hehe.. I spent RM20++ for this 2 ramekins.. Lagi mahal dari harga cake nak buat.. huhu.. Nevermind, I love kitchen utensils, so this is part of my collections too.. Boleh guna banyak kali.. :)

Inilah rupa Chocolate Lava Cake aku.. Walaupun rupa dia ala-ala je, but believe me it tasted sooooo good! Lagipun, baru first time buat, kan? hehe

IMG_2822 Tangan Haikal kacau mama makan cake.. Haikal suka jugak.. Terlebih bakar tu yang hitam sikit.. Maybe next time aku kurangkan dose dalam acuan, so tak lama sangat nak bakar..

Anyway, the recipe is taken from here: Molten Chocolate Cake. Aku ada ubah sikit depends on the availability of the ingredients in my kitchen.. Aku tak guna sampai 6 biji telur, kalau tak jadi, rugi.. haha..

Chocolate Lava Cake Recipe:

Van Houten Cocoa powder (untuk tabur dalam ramekins)
1/2 cup of Butter + 1 tablespoon Butter (sapu dalam ramekins)
1/2 bar Cooking Chocolate (chopped)
2 biji telur
2 biji kuning telur
3/4 cup gula halus
1 cup all purpose flour

Cara-cara:

  • Panaskan oven dengan suhu 230 degree Celcius.
  • Sapu butter pada ramekins dan letak serbuk koko jugak.
  • Panaskan coklat masakan dengan butter sampai cair sepenuhnya.
  • In different bowl, putar telur dan gula halus… Then masukkan coklat yang dah cair tu.. Last skali masuk tepung.. Kacau sampai sebati..
  • Bakar dalam 10 minit..

Makan dengan vanilla ice cream, memang best!

My hubby cakap cake tu tak masak sebab ada yang cair dalam cake.. Padahal yang dia makan Domino’s Lava Cake tu macam nilah cara diorang buat.. Siap jilat sudu lagi.. huhu..

Have a try okay!

Wednesday, August 10, 2011

Tupperware Carnival, Midvalley.. 13th–14th August 2011..

Looking at the advertisement, I was very excited.. But, then one question came out from my mind, why don’t it starts on Friday??? Aku nak pergi!

tupperwarecarnival

Tapi memandangkan dibuat pada hari Sabtu dan Ahad, kebarangkalian dapat pergi itu adalah tipis.. huhu.. Dalam hati memang rasa nak pergi sangat sangat sangat!

Apapun kawan2, jangan lepaskan peluang.. Dengarnya banyak yang menarik ditawarkan.. Tupperware murah-murah untuk koleksi anda.. Kalau minat nak jadi ahli, kat sana boleh jadi ahli.. Kalau nak jadi under aku pun boleh.. No problemo..

Have a nice shopping, then! Smile

Note: Beside Tupperware ni, what would you do with RM10,000?