Thursday, April 14, 2011

HOMEDEC 2011 Datang Lagi…

Aware tak tentang HOMEDEC tahun ni? Tak banyak advertise kat mana-mana, kan? Ke ada dalam paper? Aku jenis orang tak baca paper punya.. Baca headlines aje.. haha..

Okaylah, bagi siapa2 yang tak tahu, HOMEDEC tahun ni ialah pada 29 April 2011 – 2 May 2011.. Yes, ada 2 weeks ahead lagi.. Definitely, I want to go.. huhu.. Tapi tengok dululah apa kata my hubby.. Hari tu cakap nak pergi.. Ingatkan nak cari bathroom accessories yang stainless steel, tampal terus kat dinding, senang.. Boleh simpan macam2 dalam tu..  Sekarang ni, berus gigi pun letak dalam cawan aje, sedih kan? hihi.. Shampoo dan shower foam pulak letak kat atas toilet pump tu.. Sekali kena hose water heater, abis terabur semua ke lantai.. huhu..

homedec

Aku suka pergi HOMEDEC ni.. Many booths in one roof, nak cari apa aje berkaitan rumah, semua ada.. Cuma bila dah ramai2 dalam hall tu, pening kepala jugak tengok.. hehe..

Based on my experience sebelum ni, I would definitely suggest siapa2 yang nak masuk rumah baru, nak buat kitchen cabinet or wardrobe, yang cari set hob-hood-oven etc untuk datang ke HOMEDEC ni.. Bukan apa, time HOMEDEC nilah dapat harga yang sangat best.. Sebagai langkah jaga-jaga, kot takut kena tipu, apa kata pergi dulu mintak quotation kat mana2 kedai luar sana.. Then, bila datang HOMEDEC, mintaklah company2 buat kitchen cabinet/wardrobe ni untuk bagi quotation diorang based on your kitchen's drawing... Kalau murah, boleh lock harga terus dengan bayarang minimum RM300 atau ada yang mintak 10% of the price.. In my case, aku lock harga pada tahun 2009, masuk rumah akhir 2010 dan harga yang dia bagi tu still valid masa masuk rumah hari tu.. Bila tanya mana2 kedai, diorang cakap, harga kitorang dapat untuk kitchen cabinet murah.. Confirmlah murah, sebab harga setahun sebelumnya.. Kan tiap2 tahun barang naik harga.. huhu.. Who to be blamed???

Aku beli hob-hood-oven pun di HOMEDEC ni.. Sebab lama lagi nak masuk rumah, simpan barang yang aku beli kat kedai.. Dekat setahun jugaklah.. Nasib baik tak rosak ke apa.. Memang berbaloilah sebab murah.. Yelah, nak masuk rumah baru ni, macam-macam nak guna duit.. Duit mengalir macam air, betul tak? So, mana-mana yang boleh jimat dan dapat murah tu, memang kitorang looking forward to it lah.. Duit tu boleh spend untuk benda lain pulak..

Lagi di HOMEDEC ni, ada company yang buat grill, jual water filter, jual pintu bilik air, macam-macamlah.. Kalau nak tau, kena datang tengok sendiri.. Aa, lagi satu, nak buat wallcoverings pun ada.. Kadang2 murah jugak dia bagi.. Kalau rasa mahal, cari adik aku di ASPEN DECO.. hehe.. Sempat lagi promote.. :P

Itu aje aku nak share hari ni.. Jom pergi HOMEDEC!

Tuesday, April 12, 2011

My Tupperware Clearance Sales On Facebook Now!

Check it out ye kawan2.. Even my FB is private, but I have put this album open for everyone to view.. All these Tupperware that I let go are all new and unused.. Some of them are redundant in my collections, that is why I want to sell to those who interested.. Especially to wifes, mommies and Tupperware lovers.. Smile

tupperwaresales

Harga murah berbanding retail price.. Jangan risau.. Siap postage sekali, senang kira.. Jika ada berminat, boleh comment di sini.. atau email to emelia_khamis(at)yahoo(dot)com.. Some of them have been reserved by my friends.. Not to worry, I will upload more from time to time..

Happy BerTupperware.. haha..

Monday, April 11, 2011

Join Says.My And Get $$ Rewarded Now..

Zaman sekarang ni, macam-macam cara ada kalau nak buat duit secara online.. Sama ada nak atau tak nak aje.. Kadang-kadang, kite spend masa berjam-jam depan PC tapi tak dapat apa.. Kalau sambil2 tu dapat generate duit, bagus jugak, kan? That is my opinion lah.. Bukan kena lari 100 meter pun, tak keluar peluh langsung.. haha.. Memanglah tak banyak mana pun, tapi sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.. :)

Okay, tak payah intro panjang-panjang.. Ni ha, nak introduce says.my, satu lagi platform untuk dapat duit online.. Konsep dia, ala-ala Churp2 jugak.. Boleh guna twitter or Facebook untuk advertise iklan2 yang ada.. And the earnings will be based per click.. Banyak unique clicks, banyaklah income kita..

image

Contoh2 iklan dia, tak susah, something yang related dengan kehidupan kite, yang biasa kite dengar.. Contoh: about Maybankcard, free skin test by Clarins, Wartawan Amatur Harian Metro, online test of your health personality and sharing about your weekend activities.. Mudah aje, within one week, I have generated more than RM5.. Bolehlah buat beli2 aiskrim.. hehe.. So, apa tunggu lagi.. Daftar sekarang.. CLICK HERE!

Try it now.. Jangan terlambat..

Now I Can See Things Clearer…

Huhu, it is not good at all! Power mata dah bertambah lagi.. Gara-gara belek handphone. main game dan bertwitter dalam gelap kot.. haha.. No no, I don’t think so.. Sometimes I felt the eye test is not perfect enough.. I can easily got confuse to choose which colour is brighter or not, as my eyes see no different between them.. So, belasah ajelah.. haha.. Bila optometrist letak-letak lens masa eye test tu, asalkan nampak clear dari biasa, aku cakap okay aje.. So, inilah kesimpulannya, spec mata bertambah tebal lagi sikit.. huhu..

Me and my hubby masing-masing tukar spec baru.. Last time tukar, masa zaman bujang lagi.. hehe.. Masa tu pun sama, buat kat Melaka jugak.. Yes, I must admit, kat Melaka lagi murah jika banding kat KL ni.. Nak dapat jenama2 best pun boleh.. So, everytime tukar spec kitorang akan buat kat Melaka.. Biasanya kat Mahkota Parade lah.. Kali ni kat kedai Kong Wah Optical… Puas jugak round tengok spec yang berkenan, kat kedai ni baru jumpa.. Spec siap hari yang sama, within 1 hour.. Boleh pakai waktu keluar and pergi kerja ajelah, kat rumah pakai spec lama.. Sebab aku ganas, suka campak2 spec.. haha.. Baru-baru, sayanglah.. :P

IMG_1857  Blur gambar.. Ini spec aku dan my hubby.. Aku amik style lain pulak.. Tapi still ada diamond2 kat tepi.. hihi..

IMG_1860  My authorized model.. Bergaya dengan spec mama..

IMG_1859 Air liur sentiasa meleleh.. huhu..

IMG_1863 Haikal dah mula berjalan setapak2.. :) Asyik nak turun bawah aje.. Nak jalan sendiri..

IMG_1900  Inilah rupanya my spec.. Purple, you! haha..

Sunday, April 10, 2011

Funny..

Aku tak pernah lagi tengok Haikal tertidur terlentok2 masa dia tengah duduk macam ni.. Biasanya mesti tidur atas stroller atau atas bahu papa dia.. Dah mengantuk sangatlah ni, sampai kat atas highchair pun jadi.. Padahal, sebelum tu, baru aje makan karipap dan ice cream Ikea.. Smile

Lagi satu video ni, time tengok ABPBH hari tu.. Anak aku ni kan pantang dengar lagu.. Memang semua badan nak goyang2.. hehe.. Inilah aksi dia menari lagu favourite Ana Raffali, Kalau Berpacaran.. :P Jom layannnn….

Thursday, April 7, 2011

Durian & Perfume..

Durian dan perfume, apakah kaitan dua benda ni?? Dua-dua ada bau yang best.. Smile with tongue out

Nak dijadikan cerita, malam tadi my hubby beli durian sebiji.. Katanya mahal, RM10 sebiji.. Sebab durian D24 kot.. So, kitorang share2 lah makan.. Dalam ada isi 4-5 ulas aje, tapi isi tebal dan sedap (nasib baik.. hehe).. Mula2 Haikal tengok aje, then aku suakan ke mulut dia.. Bagi lagi, dan lagi sampai abis satu ulas.. Then, aku cakap dah abis dan stop makan.. Melalak dia nak lagi.. Malam, after dinner aku sambung lagi makan seulas.. This time, lagi laju Haikal makan.. Aku suap sikit, pastu dia nak lagi.. Tak abis lagi dalam mulut, cepat2 dia bukak mulut nak lagi.. Bila dah abis, melalak lagi sebab tak cukup.. hehe.. Okay cukup cerita hal makan durian..

Malam sikit, sedang aku iron baju Haikal datang main rak buku kat tempat aku gosok baju tu.. Aku biarkan ajelah.. Tak sedar yang dia dah keluarkan perfume Teddy Tales dalam kotak yang aku letak kat rak buku.. And suddenly, aku terbau harum semerbak dalam bilik.. Bau macam kat kedai Lovely Lace tulah.. Aku panggil my hubby suruh tengok Haikal main benda tu sebab aku tengah menggosok baju.. And, tak sempat apa2 Haikal dah letak botol perfume kat mulut dia.. huhuhu.. Cuak sekejap.. Haikal pun muka kelat sebentar sebab rasa perfume tu.. Lepas cuci2 mulut dia, bagi minum air masak.. Then, aku gosokkan gigi dia, abis hilang bau.. Bau durian pun dah takde.. hehe..

Kesimpulan yang aku boleh buat di sini, sebab mulut bau durian, tu yang dia bagi wangi guna perfume tu.. haha...

Memang sekarang ni, tak boleh letak barang2 yang kecik2 bertutup kat bawah.. Abis dia pulas dan bukak.. Contoh botol minyak yu yee tutup kecik tu bahaya, bedak abis terabur.. Haikal suka main storage bottles dia, abis tutup ke mana, botol ke mana.. Mamalah tukang kutip.. huhu..

IMG_1739 Gambar tiada kaitan dengan tajuk.. Dah siap2 hensem2, tapi tak keluar rumah lagi.. Apalagi, mengamuklah budak kecik ni.. hehe..

Wednesday, April 6, 2011

Popeyes Louisiana Kitchen, Mid Valley…

IMG_1768

Last week, sebelum ke Ikea, kitorang singgah Mid Valley sebab nak amik jam aku yang dah dibaiki.. Nasib baik still under warranty, tak payahlah bayar.. Masa nak pergi kedai jam, lalu depan restaurant Popeyes Louisiana Fried Chicken ni.. Tengok gambar kat poster tu,  ayam dia nampak menarik.. So, lepas dah amik jam, lalu lagi depan restaurant yang sama.. My hubby tanya nak try tak? Tak pernah makan sebelum ni, so, I thought why not.. We ordered the above set.. Sedap ayam dia! Tak rugi makan.. Fries pun sedap.. Haikal suka dan aku pun suka Smile Next time boleh try menu ayam lain pulak..

Note: Masa masuk kedai, aku tercari2 ada tak tanda halal kat kedai ni.. Tak nampak punnnnn.. Nampak ramai aje orang Melayu dalam ni, terus aku yakin halal… hihi.. Ni sekarang cerita pasal Johnny’s steamboat takde tanda halal.. Aku dalam dilema tau! Rasa nak makan, tapi sana-sini bising cakap takde halal.. Terus terbantut niat aku.. huhuhu..

Tuesday, April 5, 2011

Perlukah Subscribe Astro Warna Semata-Mata Maharaja Lawak?

Masa dengar AC Mizal cakap tentang Maharaja Lawak hanya ditayangkan di Astro Prima pada minggu pertama dan kedua sahaja, seriously aku rasa tak adil! Ini mendatangkan marah.. haha.. Perkara pertama yang terlintas kat kepala aku ialah Astro hanya tahu nak untung sahaja.. Memang tak patut! Kalau tak nak tayang kat Prima, tak payah tayang terus at the first place.. Ini tak, bagi orang gelak2 dan rasa tertunggu2 episod seterusnya, pastu cakap boleh tengok kat Prima 2 minggu aje.. Nak subscribe Warna, kena tambah duit lagi..

Bagi orang yang agak susah, terpaksa subcribe Astro basic package sebab kat rumah dia kalau pakai aerial biasa, gambar tv tak lawa, tentu rasa dilema dan terbeban.. Diorang pun nak jugak rasa seronok2 tengok rancangan Maharaja Lawak dengan family.. Bila nak kena tambah duit lagi, tentu fikir dua tiga kali jugak nak subscribe.. Teruklah Astro ni! huhu..

Walaupun aku marah2, tak mendatangkan apa2 perubahan pun.. Astro tetap maju dan terus maju dan mengaut keuntungan berlipat ganda.. Aku pun takde choice.. Sebab suka bergelak ketawa tengok peserta buat lawak, terpaksalah jugak subscribe Astro Warna nampaknya.. Tengoklah macam mana nanti.. huhuhu..

Monday, April 4, 2011

The First Carpet In The House…

Last weekend, balik dari Ikea, terus singgah kat kedai2 perabot area Sri Petaling.. Kat Ikea, takde carpet yang colour kitorang nak.. So, alang-alang tengah beria cari carpet, my hubby pun ajak gi situ.. Ada satu aje kedai carpet orang Pakistan kat situ..

IMG_1779 Haikal cranky, baru bangun tidur dan tak dapat susu.. Susukan sekejap dalam kereta, lepas tu okay, good mood balik.. ;)

IMG_1784

Tengok punya tengok, akhirnya jumpa jugak yang berkenan.. Pilih yang saiz kecik aje untuk letak kat ruang tamu.. And, itu merupakan carpet pertama di rumah kami.. Actually, aku tak suka sangat ada carpet ni sebab perangkap habuk.. Lagi-lagi ada baby, tak berapa elok kan.. Tapi, bila fikir2, rasa tak syok pulak bila orang datang rumah duduk kat lantai yang tak beralas.. Sejuk punggung.. hehe.. So, beli dululah satu yang kecik, boleh jugak menyerikan rumah..

Baru aku tahu, nak rasa carpet tu best ke tak, kena letak bawah dan pijak.. Kalau rasa guna tangan aje, memang tak sama.. Tu yang orang kedai tu turunkan carpet2 tu, bagi kitorang pijak..

IMG_1783 Abis mat Pakistan kena punggah carpet dia.. Kalau tak jadi beli, confirm dia marah dalam hati sebab dah buat dia susah payah.. hehe..

Bila balik rumah dan bentang kat hall, my hubby cakap carpet tu kecik sangat… Bagi aku okay aje.. Tak payah besar2, susah nak menyapu rumah.. Bila nak sapu atau mop, senang aje terus gulung dan sandarkan kat dinding.. Lagipun, ada carpet ni, bolehlah bagi Haikal praktis jalan atas tu.. Dia takut nak jalan atas lantai, takut terjatuh agaknya... Lagi satu, Haikal suka golek2 kat bawah bila ada carpet..

IMG_1799 Lepak dengan papa.. Kalau takde carpet, memang tak mahu dia duduk golek2 atas lantai..

IMG_1795 Tengah main “cak-cak” kat cermin tv cabinet..

Sunday, April 3, 2011

New Shoes, But Not For Me…

Untuk siapa lagi? Untuk Haikal lah.. Mama yang mintak kasut hari tu, Haikal yang dapat dulu.. Kesian kat aku, kan? huhu.. Takpelah, asalkan anakku kacak bergaya, aku dah cukup happy.. Pakai kasut buruk pun, buruklah.. haha.. Ayat sedih, mintak simpati orang belikan kasut baru Smile with tongue out 

My hubby belikan Haikal kasut baru yang selesa untuk berjalan.. Harap2 cepatlah Haikal berjalan lepas ni.. hehe..

IMG_1735 Testing-testing..

IMG_1734  Berdiri memang dah tegap.. Bila nak melangkah, takut2 lagi..

Sebelum beli kasut kat Al-Ikhsan Bangi, kitorang ke klinik.. Bawak Haikal sebab demam… Agaknya, dapat kasut baru, terus baik demam dia.. hihi.. Patutlah orang cakap “Shopping is the best therapy”.. haha..

Esoknya, rasmi pakai kasut baru pergi Ikea.. Saja jalan2 beli barang untuk rumah.. Dah rajin sikit Haikal nak melangkah.. Sibuk nak pergi ke arah budak2 lain.. Suka berkawan anak aku ni.. :)

IMG_1771 Tolong papa pilih carpet.. Tapi, tak jadi beli..

IMG_1775 Pantang nampak aku, mesti merengek nak berdukung.. Jadi, aku kena jalan dulu kat depan, so that Haikal tak nampak kelibat aku.. huhu..

IMG_1778 Kepenatan dan tertidur..