Tuesday, July 31, 2012

Shopping From The US..

Diam tak diam, bulan July saja 4 batches of Gymboree order aku dah submit.. I believe, semua pun shopping untuk raya yang akan menjelma.. hehe. So, cukuplah dulu buat masa ni.. Kepada sesiapa yang tak sempat tu, sorry ye.. Aku tak tunggu, sebab bila order dah penuh, aku terus submit..

Okay, enough about that.. Baru-baru ni, kawan aku Qistin went to US for business trip.. Awal-awal dia dah tanya aku, nak pesan apa-apa tak? Kalau ikutkan hati, segala benda nak pesan, tapi apakan daya, budget was the main concern.. huhu.. Pening jugak nak list barang yang aku nak.. Dalam list siap bagi option, kalau takde barang A, aku nak barang B.. Yelah, kot kalau tak jumpa barang aku nak, takkanlah dia balik tangan kosong, ngangalah aku.. haha..

After puas fikir-fikir, inilah dia barang-barangnya.. I am a happy camper! hehe..

IMG_2327
Coach Tote and Fossil Drawstring handbag.. 

IMG_2358
Jam and perfume raya.. Ngam ngam je perfume aku nak abis, so mintak Kid belikan, Burberry Brit Sheer.. Love the scent.. :)

Kenapa jam sampai 2? hihi.. Tamak! Dalam list, aku bagi 2 option jam.. Kawan aku cakap, jam yang kiri tu elegant.. And aku suka jam yang kanan.. So, aku cakap kat dia, kalau jam kiri below $100, amik dua-dua.. kehkehkeh.. Ada 2 jam lah aku, boleh pakai dua-dua tangan.. LOL..

Tak lupa, order Corelle juga…

IMG_2330
Corelle are super cheap in US.. Bought 2 sets untuk kegunaan seharian.. My hubby menyesal tak beli banyak lagi.. hehe.. Takpelah, lain kali pulak..

IMG_2331
Corelle Classic CafĂ© – Red.. Yang Simple Line design, my hubby sayang nak guna.. hihi.. Okaylah, janji dia yang bayar, I have no problem.. hehe..

Sangat excited tengok barang-barang lain Kid tunjuk yang dia beli.. I can’t imagine myself kalau dapat ke US.. hihi.. My company, bila nak hantar saya pergi kerja kat US? Haha.. Dalam mimpi, Ulu Selangor bolehlah.. Smile with tongue out

7 comments:

cahaya kejayaan said...

berapa harga 1set corelle tu?

sayahappyslalu said...

Cahaya,
Harga $30 satu set

MamaAliya said...

waaa..best2x.
suka design handbag dan jam tangan tu.ngeee~

rlongbomba said...

kalau emy yg g US boleh la bukak peluang tuk ahkak ni kirim mengirim yek hihihi

sayahappyslalu said...

MamaAliya,
hehe.. tq. :)

rlongbomba,
Alamak, bila pulak saya dapat peluang pergi US.. huhu..

Qistin Fadzin said...

hahaha, tgk ko post, aku plak teruja nak post jgk... tp bz sgt nnt lah bila2 sempat... ko punya corelle simple line tu sayang nak guna, nak simpan sampai bila? hehe... anyway, aku punya set tfal pon xmuat nak simpan dlm kitchen cabinet wehhh... ada la benda lain yg kena masuk stor utk memberi ruang kpd mereka... hehe

sayahappyslalu said...

Kid,
cepat2 post.. hihi. aku tak sabar nak baca..

husband aku yg sayang pinggan dia.. nanti raya, bawak keluarlah tu.. eheh.

tu fasal aku fikir, tak boleh beli set tu, nnti takde tempat simpan.. huhu.. tunggu beli rumah besar dulu :P