Tuesday, July 31, 2012

Shopping From The US..

Diam tak diam, bulan July saja 4 batches of Gymboree order aku dah submit.. I believe, semua pun shopping untuk raya yang akan menjelma.. hehe. So, cukuplah dulu buat masa ni.. Kepada sesiapa yang tak sempat tu, sorry ye.. Aku tak tunggu, sebab bila order dah penuh, aku terus submit..

Okay, enough about that.. Baru-baru ni, kawan aku Qistin went to US for business trip.. Awal-awal dia dah tanya aku, nak pesan apa-apa tak? Kalau ikutkan hati, segala benda nak pesan, tapi apakan daya, budget was the main concern.. huhu.. Pening jugak nak list barang yang aku nak.. Dalam list siap bagi option, kalau takde barang A, aku nak barang B.. Yelah, kot kalau tak jumpa barang aku nak, takkanlah dia balik tangan kosong, ngangalah aku.. haha..

After puas fikir-fikir, inilah dia barang-barangnya.. I am a happy camper! hehe..

IMG_2327
Coach Tote and Fossil Drawstring handbag.. 

IMG_2358
Jam and perfume raya.. Ngam ngam je perfume aku nak abis, so mintak Kid belikan, Burberry Brit Sheer.. Love the scent.. :)

Kenapa jam sampai 2? hihi.. Tamak! Dalam list, aku bagi 2 option jam.. Kawan aku cakap, jam yang kiri tu elegant.. And aku suka jam yang kanan.. So, aku cakap kat dia, kalau jam kiri below $100, amik dua-dua.. kehkehkeh.. Ada 2 jam lah aku, boleh pakai dua-dua tangan.. LOL..

Tak lupa, order Corelle juga…

IMG_2330
Corelle are super cheap in US.. Bought 2 sets untuk kegunaan seharian.. My hubby menyesal tak beli banyak lagi.. hehe.. Takpelah, lain kali pulak..

IMG_2331
Corelle Classic CafĂ© – Red.. Yang Simple Line design, my hubby sayang nak guna.. hihi.. Okaylah, janji dia yang bayar, I have no problem.. hehe..

Sangat excited tengok barang-barang lain Kid tunjuk yang dia beli.. I can’t imagine myself kalau dapat ke US.. hihi.. My company, bila nak hantar saya pergi kerja kat US? Haha.. Dalam mimpi, Ulu Selangor bolehlah.. Smile with tongue out

Monday, July 30, 2012

Anyone Interested To Order Gymboree?

*Order masih dibuka.. Aku dah submit batch 11, tapi ada lagi list yang terlebih2.. So, I will submit another order.. Bolehlah bagi list secepat mungkin.. InsyaAllah akan place order hari ni*

Gymboree items Batch 9 dah selamat aku post semalam.. Dah dapat parcel nanti, let me know ye.. Ada jugak yang tak balas email aku tentang payment.. Kalau sampai minggu depan tak ada, I will let go your item..

IMG_2432
Rushing to pack all these within 1 hour, tapi tak sempat.. Lepas berbuka, sambung bungkus..

IMG_2406

Untuk Batch 10, the items are on the way.. Dah lepas kat kastam dah.. Esok akan sampai kat rumah mak aku.. I think, I should change my address to office address lepas ni.. Sebab nak amik barang kat rumah mak, dah makan 1 hari.. hehe..

IMG_2457
More plaid cap.. Sukalah topi ni.. Haikal pun jenis suka bergaya.. Itu yang suka belikan untuk dia.. hehe..

baju
Since belum ada baby girl, sebab geramkan sangat baju2 for girls, aku belikan untuk anak buah.. Comel dan menggeramkan.. hehe..

Hari tu, ada yang tak sempat submit order sebab terlambat, tak tahu etc.. So, I am opening a new order.. Please-please submit your list by Monday, okay! Ada masa lagi ni nak browse the website.. The website is www.gymboree.com.. My email is emelia_khamis(at)yahoo(dot)com.. Please list the items, item code and size.. Letak sekali nombor telefon tau.. Kot ada barang habis saiz, out of stock, I will inform so that you can replace with other item..

FREE SHIPPING from the US kalau reach certain amount of purchase.. Ini aku akan advise later.. Biasanya dapat free shipping..

Anything, just email me, okay :) Happy shopping.. Jangan risau, sempat sampai before raya.. Just submit your list cepat, aku tak tunggu bila nak submit nanti.. Thank you..

Sunday, July 29, 2012

Macam-Macam Ragam..

IMG_2459
Ni dia “peace” cara Haikal Smile with tongue out

IMG_2452
Dah siap-siap testing baju raya, dia beria nak keluar.. huhu..

gigi
Gigi hitam makan oreo.. Dia sibuklah nak tengok gambar gigi dia tu.. hehe..

IMG_2455
Bergayut dengan nenek.. Nenek tanya “tengah buat apa?”.. Haikal jawab tengok TV, sambil tunjuk ke arah TV..

IMG_2466
Pak Arab..

IMG_2472
Minum susu with style – Terkangkang.. haha.

IMG_2480
Junior Pomen..

IMG_2486
Pukul 5.30am, dah bangun.. Nak baca buku, tapi masih mengantuk.. Study ke, dik? kehkeh..

IMG_2529
Trying to scare mama.. Hantu, katanya.. haha..

IMG_2530
Buat-buat comel.. Red heart

Tudung Bawal Murah..

Kat mana korang boleh dapat tudung bawal harga RM5? Tell me, please tell me.. Of course bukan dekat online shop.. hehe..

Aku adalah pengguna tudung bawal yang setia.. Keluarlah macam-macam shawl, pashmina, tapi tudung bawal jugak yang jadi pilihan.. Bukannya aku tak pernah beli, tapi bila aku try macam tak kena dengan muka aku.. hehe..

Berbalik dengan tudung bawal murah ni, I just wanted to share kat mana korang boleh beli sendiri.. Kedainya kat City One Plaza sebelah Semua House di Jalan Masjid India.. Kalau tak silap, nama kedai tu, Kedai Riben kot.. Tudung-tudung ni dia letak kat luar kedai aje.. So, senanglah nak jumpa.. 

IMG_2425
Lepas beli baju kurung raya, aku ke sini cari tudung yang matching.. Sangat senang, sebab semua colour ada.. Harga RM5 satu, takkanlah beli satu je kan? hihi.. Semua tudung saiz bidang 45..

IMG_2424
Ada jenis yang RM6.00 sehelai.. Tapi orang kedai tu cakap, yang RM5.00 lagi senang nak bentuk.. Tudung bawal 2 tone pun ada.. RM15.00 sehelai.. Aku tak beli sebab beli kat Kelantan hari tu lagi murah, RM8.00 aje..

Dah lama dah kedai ni jual tudung bawal.. Aku pernah beli tudung untuk pengapit aku masa nak kahwin dulu.. So, sudah more than 3 years dah kedai ni jual tudung bawal.. So, today I reveal mana korang boleh beli tudung bawal dengan harga sangat murah.. hehe..

Tuesday, July 24, 2012

Data Plan Upgraded To 3GB…

Sejak rajin ber”Instagram”, data jalan laju je macam air.. kehkeh.. Sometimes, I even limit myself, nak scroll Instagram sekali or dua kali sehari.. Tapi, bila dah selalu post gambar, berkali-kalilah aku scroll gambar lain.. hihi.. These 3 apps yang aku selalu guna, Instagram, FB and Twitter.. And, Instagram is the culprit buat data cepat habis..weeee..

Sebab tertekan internet adalah super slow bila data dah exceed (walaupun service provider cakap it is unlimited.. Itu tipu belaka), maka aku subscribe for 3GB data.. Mari ber”Instagram” sampai lebam.. hahaha..

ab8rwh

Mengikut dari SMS yang aku dapat, data 3GB harga RM68 per month.. And I am currently paying RM68 for 1GB per month.. So, kira untunglah, kan? Takpe-takpe, tak mahu excited awal-awal, nanti dah tengok bill baru kite excited.. hehe

Update: opps, baru tadi check bill, sekarang bayar RM48 for 1GB.. Hehe, bill pun jarang tengok.. So, additional 2GB tu bayar extra RM20, berbaloilah.. :)

Sunday, July 22, 2012

Outstation To Kelantan..

2 minggu lepas, aku kena ke Kelantan atas urusan kerja.. Biasanya, aku pergi seorang aje.. Tapi this time, aku nak sangat bawak Haikal sekali.. Lagipun, kat sana kena stay over the weekend, rasa lama sangat duduk sana dari Isnin sampai Ahad.. huhu.. So, I decided to bring Haikal along..

IMG_2109
Excited naik aeroplane..

Bawak anak kecik naik Air Asia adalah sangat mencabar, okay! Nasib baiklah pergi awal sikit ke airport, sempatlah aku drop bag kat kaunter.. Panjang queue, entah bila tak panjang pun aku tak tahu.. Itu pun selesai drop bag, dah masa boarding.. Tak sempat makan, terus bungkus McD yang hubby belikan and berkejaran naik flight.. Dengan Haikal nak berdukung tu, keluar segala peluh semua.. Rasa nak pitam.. huhu..

IMG_2111
Aktiviti dalam flight..

IMG_2115
Curious..

Time nak landing, Haikal dah tertidur.. Alamak!! Kesian pulak nak kejutkan.. Aku dukunglah dia turun sampailah tunggu bag keluar.. Keluar dari airport pun dia tidur.. Aku tunggu kawan datang amik..


IMG_2122

Masa kawan amik aku, I just knew that adik dia tak dapat jaga Haikal sebab dah masuk Politeknik balik minggu tu.. Berdebar jugak mulanya nak hantar Haikal kat nursery.. Tapi tak lama pun, 3 hari aje..

IMG_2127
Ini dia nursery yang Haikal pergi tu.. Hari pertama, okay.. Tak nangis pun.. Hari kedua dan ketiga, menangis sekejap masa aku hantar.. Pengasuh tu cakap dia elok je, jenis suka main, so tak ada problem berkawan dgn budak-budak kat sana..

Kitorang tinggal kat Pasir Mas, kira homestay kat rumah makcik kawan aku.. Berdua je tinggal situ.. Inilah aktiviti kitorang petang dan malam..

IMG_2153
Melepak di serambi sambil main cars..

IMG_2133
Main bola..

IMG_2148
Melawat ayam belanda.. :)

IMG_2143
Tengok kucing..

IMG_2149
Tangan dah gatal kena gigit nyamuk… huhu..

IMG_2182
Tampal-tampal sticker..

IMG_2186
Buat muka comel sikit.. Smile with tongue out

IMG_2174
Aktiviti mewarna..

IMG_2123
Warna lagi..

IMG_2126
Time to sleep.. Haikal tido lambat seperti biasa, tido dengan TV terbuka seperti biasa jugak.. huhu..

Because Haikal was with me, I was happy sepanjang outstation.. hehe.. Selalu asyik rindu-rindu tak sabar nak jumpa.. hehe.. This time, rindu papa Haikal seorang aje.. Red heart

Nanti-nantilah update fasal pergi jalan-jalan kat sana pulak..

Saturday, July 21, 2012

Sagu Gula Melaka…

Saja je kan, time bulan puasa macam ni post gambar makanan… hehe..

Belek-belek gambar dalam laptop, sekali ternampak gambar sagu gula melaka ni.. Terus request mintak mak buatkan untuk berbuka petang ni.. weeee…

IMG_2283

So, apalagi, kejap lagi pergi kedai cari bahan-bahan yang diperlukan.. Gonna replace the santan with susu cair instead.. Kurang kalori, ye ke? haha..

Oh ya, sempena bulan puasa ni, sesiapa yang join SAYS.my, boleh dermakan earnings korang untuk charity.. More info is here..

Thursday, July 19, 2012

Gymboree Order Batch 10.. Hurry Submit Your Lists..

*Order is now closed.. Aku dah submit pada Sabtu petang.. Sehingga bertemu lagi .. *

Sesiapa yang tak sempat submit order hari tu, ni aku bukak lagi satu order.. Tak amik lagi dalam bulan ni dan bulan depan.. So, jangan lengah, pls email me your list okay! My email is emelia_khamis(at)yahoo(dot)com.. The rate is RM3.25 now and please add 10% custom tax..

gym
Shopping for kids is fun!!

Ada yang bertanya bila boleh sampai? Definitely before raya.. The 9th Batch Order, aku placed order hari Rabu, then they shipped on Khamis.. Will be arriving my address on this Monday.. Cepat, kan? Kali ni memang super fast, aku pun terkejut.. hehe..

Anything, do not hesitate to ask me Smile

Important note, FREE shipping dari US..

Wednesday, July 18, 2012

Food Overloaded..

Lagi 2 hari sebelum berpuasa, sepatutnya dah start melatih diri (dan perut) menahan lapar dan dahaga berpuasa.. Walaubagaimanapun, dalam hati ni ada jugak perasaan nak makan sedap-sedap sebelum bulan puasa menjelma.. hihi.. Bila puasa nanti, sure semua makanan yang kite tengok nampak sedap.. Mulalah rasa tak sabar nak berbuka, nak itu ini untuk juadah berbuka, sudahnya makan tak habis.. *___*

Okaylah, ni saja nak letak gambar-gambar makanan.. Most of it dah share kat Instagram.. Tapi, please jangan tengok di bulan puasa nanti, takut terliur.. hihi..

IMG_2025
ABC, Pappa Rich.. This one is soo yummy! Ais dia lembut..

IMG_2044
Selama kerja kat Midvalley ni, ni first time try Durian Pancake.. Sedap giler.. Aku boleh habiskan 6 ketul in one shot.. RM10 for 6 pcs.. Booth dia depan Big Apple Donuts..

IMG_2056
Hot & Roll.. First time beli sendiri hari tu.. Pizza Beef flavour.. Aku request letak sos cili (Anak “hantu” kicap, mama “hantu” sos cili muahaha)..

IMG_2055
Snow Almond Cookies.. Puasa belum lagi, kuih raya dah start dijual.. hehe.. And aku pun dah order :P Siap tulis kat tepi tu remarks “Dapat sebelum puasa pun tak apa” haha.. I love this cookies, nak buat sendiri, malas.. huhu.. So tahun ni tak ada lagi shortbread, itu dah outdated.. kuikui..

IMG_2064
Sambal Udang Petai.. Berbuka puasa dengan sambal udang, hmmm membuka selera sungguh! hehe..

Yang bawah ni pulak gambar-gambar masa pergi Kelantan hari tu.. Kalau pergi jalan-jalan, selalunya, aku tak kisah boleh je makan apa aje dan makanan bukan fokus utama aku pergi berjalan.. Tapi, bila sampai Kelantan, rugilah kalau tak pekena nasi kerabu yang original! :)

IMG_2191

IMG_2170
Pergi pasar malam, makanan yang aku aim ialah nasi kerabu.. Aku suka yang nasi kaler biru tu.. Baru rasa dia umpph.. Sepanjang kat Kelantan, 3 kali aku makan nasi kerabu..

IMG_2171
Murah-murah je semua.. Dahlah dapat banyak.. Kat KL, mana dapat!! Semua nak cepat kaya.. huhu..

IMG_2178
Satay 40 sen sebatang.. Beli untuk Haikal, tapi dia tak mahu pulak..