Monday, June 20, 2011

Tantrum….

My boy, Haikal dah start showing his tantrum lah, I think.. These few days, dia mula buat perangai.. At first main elok-elok.. Pastu datang kat aku tunjuk nak apa-apa entah, pastu mulalah merengek dan melalak tak tentu fasal.. Kalau kena gaya, dia diamlah.. Kalau tak, terus melalak lagi sampailah kitorang try macam-macam nak tenangkan dia.. Lagi penat, dia nak dengan aku je.. Anak mamalah katakan.. huhu..

Malam semalam, bawak dia masuk tidur kat bilik, tak tahu apa tak kena, sejam lebih melalak.. Melalak bukan yang sopan-sopan, abis jiran-jiran dengar kot.. huhu.. Aku dukung-dukung, henjut-henjutkan, semua tak mahu.. Tidurkan kat dada pun, melalak juga.. Lama-lama aku yang tak tahan, jadi tension dan menjerit marah.. Mama dah tukar jadi raksasa gogon.. haha.. Lepas tu pujuk balik.. Siap panggil nenek dengan atuk dia datang (diorang duduk rumah abang ipar, selang 3 buah rumah dari rumah aku) sebab dah tak tahu nak buat apa.. Bila nenek dengan atuk ada, boleh pulak dia main2 dengan kunci dan Lion dia.. Elok je, siap senyum-senyum.. Kitorang assume dia tak nak tidurlah kot, tu yang segar je bila kat ruang tamu.. Bentang comforter kat luar, ajak tidur kat situ.. Elok je lepas atuk dan nenek balik dia tidur atas riba aku.. Alahai anak omak… Bikin kecoh je.. End up, aku tak dapat tidur semalam.. Tidur dalam kul 3 pagi kot, siap main game skali.. hehe..

Hari ni Haikal melalak jugak.. Tapi, Alhamdulillah, sekejap je.. Bagi susu formula dia tak mahu.. Nak “nyek” jugak.. Lepas tu terus tertidur.. Aku tidurkan dia kat ruang tamu jugak.. Dia nampak happy bila aku bentang comforter depan TV.. Nak tidur lapang-lapang kot.. Kalau tak, tidur bertiga sekali, habis dia kung fu muka papa dia.. huhu..

IMG_2161Inilah budak bertuah tu.. hehe.. He loves Vitagen! Siapa budak-budak yang tak suka, kan?

Aku percaya ni adalah phase yang anak-anak kite lalui.. Perangai budak-budak ni berubah-ubah dari masa ke semasa.. Aku harap makin lama makin okay, InsyaAllah..

Sayang anak mama…

5 comments:

PussyCat said...

nak tumbuh gigi kot? :p

Unknown said...

hahaha sama macam Liam lah,.. skrg tak tau knp susah sgt nk tido lena,.. asyik nk merengek aje,.. heh penat! Liam suka yakult! kekeke kene ade stok yakult every week,..

mira edora said...

memang phase budak2 ni kot. bila makin besar, makin pandai, makin macam2. kekadang tu dia nangis kita pun xtau dia nak apa.. pastu kasi mcm2, suma tak nak tp ada mcm sebut sesuatu yang kita tak paham. sabarkan je lah... kalu stakat tak tido malam tu.. lumrahla dah jadi mak ni kan.. hehe

wallpapersdeco said...
This comment has been removed by the author.
sayahappyslalu said...

PussyCat,
rasanya bukan sbb tumbuh gigi.. sebab nak besar ni.. makin pandai, makin mengada2.. hehe..

kiena,
Betul.. malam entah berapa kali terjaga.. sakit kepala kadang2 tidur tak lena.. nak buat camner.. Layan...

kak mira,
haikal nangis pastu tunjuk2 pintu bilik air lah, tunjuk pintu.. tengah2 malam nak main kot.. huhu.. tulah, ibu2 rasalah phase tak cukup tidur ni.. papa aje yang syok krooh2 kat sebelah.. huhu..