Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Saturday, May 24, 2014

Welcoming Our Second Bundle Of Joy…

Alhamdulillah, aku selamat melahirkan baby boy pada 2nd May 2014, 7.22am di Hospital Annur Bangi.. At first, ingat baby nak keluar pada 1st May, on our 5th wedding anniversary.. Tapi, he decided to come out on the very next day.. hehe.. 

Tak payah ceritalah kisah di labor room.. Ngeri seperti biasa hihi.. Bila tengok baby dah keluar, lega sangat.. Excited sama macam dapat first baby sebab rasa lama tak bersalin, 4 tahun gap dengan Haikal.. Smile

125
First few minutes after delivery..

130
Nama baby ialah Ahmad Hariz Luqman..

132
First time Haikal jumpa baby.. Suka betul..

Baby Hariz dah disunatkan (circumcised) esoknya.. Sama macam Haikal jugak.. Sebenarnya senang sangat bila bersunat time baby ni.. Baby tak lasak, sekejap je dah baik..

256 
Hola, I am a little man now Smile with tongue out

Monday, April 28, 2014

Preparations…

I am still here, belum bersalin lagi.. hehe.. Kalau based on first pregnancy, at 37th weeks dah bersalin.. Ni dah 38 weeks+ belum ada tanda-tanda lagi.. Anyway, I just hope for smooth delivery.. Rasa cuak, takut semua ada lah.. Harap dapat lalui dengan cepat sekali.. hehe..

Baju-baju baby dah siap-siap cuci.. Yang Haikal punya lama-lama yang masih okay, boleh guna lagi pun dah siap basuh.. This time takde pergi ke Pureen sale or baby expo sebab tak tahan nak bersesak-sesak..

059

Baby cot Haikal yang lama, dah jual kat Mudah.. Sebab cot tu tak adjustable.. Macam-macam alasan bila nak membeli tu, kan? hehe.. Dengan harapan fully utilised baby cot baru nanti..

1711
Baby cot ni datang one set macam ni.. Ada free latex pillow and bolster sekali.. Kena pasang sendiri, tapi instruction tak jelas, stress husband masa tu..

Since baby belum keluar, bila dah siap-siap pasang, kitorang bagilah Haikal rasmikan dulu.. Sebab Haikal suka Disney Cars, aku pun belilah cadar Cars untuk dia.. Sikit-sikit cakap “Bestlah katil ni..” Smile with tongue out

248
Bilik kecik, nasib baik muat letak kat tepi katil..

009
Abang Haikal, sebelum tido..

I am looking forward to breastfeed my baby.. Tak sabar sebenarnya.. Harap dipermudahkan.. Memang akan ada macam-macam cabaran nnti, I will stay positive, InsyaAllah..

This time, aku tak berapa rajin nak handle storage bottle banyak-banyak.. Pakai apa yang ada, itu pun belum basuh lagi botol-botol lama.. And, aku akan guna plastic storage untuk simpan EBM nanti.. Beli from Lazada at cheaper price.. 

031

Doakan aku selamat melahirkan ye.. Amin Smile

Thursday, April 10, 2014

Menanti Hari…

253

Entering 36th weeks of pregnancy this week.. Tak sabar, berdebar, risau semua ada.. Doakan semuanya selamat ye.. Smile

Macam-manalah bila dah jadi mommy of two nnti? hehehe.. Can’t imagine.. Harap semuanya dipermudahkan.. Amin..

Wednesday, April 9, 2014

Comfy Crocs Wedges…

I’ve been eyeing for this wedges for a long time.. Konon nak tunggu birthday baru nak beli sebab masa birthday boleh dapat 30% off.. Bila sampai masa yang ditunggu, dah takde stock dah.. New arrival keluar warna lain.. Frust sungguh.. Merata-rata cari..

Sebab nak sangat sangat, try google di internet.. Found out ada jual kat amazon.com.. Phew, tak sia-sia gigih mencari.. Berita baiknya, this merchant boleh ship direct ke Malaysia.. Of course with shipping cost.. I’ve paid around $18 for shipping.. Bila kira-kira balik, still murah lagi harga kasut plus shipping bila compare dengan beli kat butik sini.. For your info, tak semua item dalam amazon tu dia ship worldwide.. Biasanya ke US sahaja..

013
Hari tu ada tanya, which one suits me better.. Semua cakap yang warna coklat tu..

So, this is how it looks on my feet.. weeee…

163
Selesa dipakai walaupun masa sarat mengandung.. Takdelah risau terpelecok ke apa.. hehe..

I am not taking any Crocs order.. Kalau nak, boleh beli direct from Amazon.com. Sebabnya kalau amik order ramai-ramai, memang boleh save on the shipping charge, tapi bila pembelian dah lebih RM500, kena tax kastam pulak.. Winking smile

Monday, February 10, 2014

Second Pregnancy…..

Alhamdulillah, I am already in my 3rd trimester of pregnancy.. Kalau masa Haikal dulu, selalu update blog.. Tapi sekarang jarang-jarang sebab banyak update kat Instagram dan itu tak bermaksud perhatian kami berkurang.. It’s just zaman dah berubah, kite ikutlah peredaran zaman.. hehe.. Cumanya, nak tulis jugaklah something kat sini, untuk kenangan masa depan..

IMG_3866
Our baby at 26th weeks.. Haikal tanya, “sama macam Haikal tak?” Smile with tongue out

Semalam buat detail scan kat Klinik Maria Putrajaya, baby duduk terlampau dekat dengan uri, tak nampak jelas sangat keseluruhan muka.. Tangan pun tutup mulut.. hehe..

Pray for my smooth delivery ye.. Sangat nervous bila memikirkan nak masuk labour room nanti.. huhu.. InsyaAllah due awal May nanti..

Wednesday, April 7, 2010

Berakhirnya Tempoh Berpantang..

Pejam celik, pejam celik, esok ialah hari terakhir aku berpantang.. Dah tiba hari yang ke-44.. Sekejap aje rasanya.. Ada orang pantang 40 hari aje, ada yang 60 hari, 100 hari.. Ikutlah, masing2 ada their own preferences.. Aku duduk dengan mak, ikutlah cara mak.. Kalau mak kata itu ini tak boleh makan, so, aku tak makanlah.. After sebulan hari tu, dah boleh makan ayam.. sedap lah sikit, asyik2 ikan aje, naik muak dibuatnya.. hehe.. almaklumla, makan memilih.. bila dah terpaksa, aku bedal ajelah.. :P

Berakhirnya tempoh berpantang tak bermakna aku boleh makan sesuka hati.. kena slow2 la nak balik ke normal routine.. Sebab my baby breastfeed.. so, aku kena tahan dulu lah nak makan pedas2 which is my favourite.. nak minum ice-blended, ice-cream ke semua tu pun kena hold dulu.. bila tengok orang makan, memang geram aje.. tengoklah macam mana nanti, boleh tahan tak pantang lagi? Atau pantang nampak? haha..

Erm, memang macam2 nak makan ni..hehe.. first skali, nasi lemak.. ni last thing tak dapat makan masa pagi sebelum bersalin hari tu.. sebab nasi lemak belum sampai kat kedai makan tu.. Pastu, bila dah rasa contraction, terus admit masuk labour room.. Then, nak makan Johny’s Steamboat.. Malam sebelum pegi hospital, me and hubby makan kat Jusco Cheras Selatan.. yum yum dah terasa kesedapannya ni.. Hari tu tanya mak “Lepas pantang ni, boleh makan steamboat tak? Steamboat, sup aje..” Mak jawab “Kot ye pun tunggu la dulu.. Lepas 2 bulan, pegilah..” haha.. tak sabar2.. Pastu, nak makan sambal sotong yang mak masak.. Duduk rumah, telan air liur ajelah tengok adik2 makan sambal sotong.. huhu.. Dah pesan dah kat mak, nanti time aku datang Wangsa Maju, masakkan sambal sotong.. :P Okay, dahlah tu pasal makan… Ikut selera aku, memang banyak lagi nak makan.. hehe..

Selama lebih sebulan duduk rumah, TV dah semakin sinonim dengan kehidupan seharian.. Dah hafal intisari rancangan setiap hari.. Bermula cerita korea East of Eden kul 11.00 pagi, pastu Tasbih Cinta, Air Mata Cinta, Siong diikuti dengan Na O Mei and Diari Akademi Fantasia 8.. Haa, sampai ke malam la dok layan TV.. Sometimes dah penat sangat, tertido jugaklah.. baby tak tido, mama yang tido.. :) Sekarang dah tertunggu2 cerita Samarinda – Asmaradana pulak.. Hari2 tengok Ikram Dinzly dalam Na O Mei and Asmaradana, rasa handsome lah pulak mamat tu.. hehe.. Nasib nama baby tak jadi Haikal Dinzly… haha..

Alhamdulillah aku dapat breastfeed Haikal sekarang.. Masa baby baru lahir, nurse mintak kebenaran bagi Formula Milk.. I said OK, sebab masa tu breast milk pun tak keluar lagi dan aku masih lemah.. Lepas dah berurut, baru breast milk bertambah dan aku stop bagi Formula Milk kat Haikal.. Harap2 dapat fully breastfeed to my baby selama yang boleh.. target mula2 ni, until 6 months la.. Jadi, sebelum masuk kerja nanti, operasi memerah susu untuk buat EBM (Expressed Breast Milk) stock akan bermula.. Sekarang ni, EBM aku bagi kat baby waktu siang.. Nak biasakan baby minum susu dari botol.. Senang bila hantar baby ke nursery nanti.. Bila cakap pasal masuk kerja ni, wargh.. malasnya nak masuk keje balik.. Rasa payah nak tinggalkan baby kat orang lain sebab dah terbiasa mengadap si kecik 24/7..

Monday, April 5, 2010

Last Catch at Babies Kingdom..

Few days before my (unexpected early) delivery, we went for shopping for our little one. I didn’t expect that it would be my last shopping activities before delivery.. We went to Babies Kingdom at Kota Damansara.. It was our 2nd time… The first time was just to survey the price and at that time the shop was newly open for 2 weeks.. Then, few weeks later, we came again to grab the stuffs we need..

IMG_5417Babies Kingdom at Kota Damansara..

IMG_5419I like the entrance door deco!

So, these are stuff for the mama and baby.. I bought a 10 Safety Plus Breastmilk Storage Bottles and the Stylo Mama Cooler Bag..  And, Bumblebee Latex Mattress for the baby.. Will probably come again to Babies Kingdom next time and not forget to ask for extra discount.. :P

IMG_5422

Saturday, March 27, 2010

My Delivery Experience…

I decided not to write very detail about my delivery experience.. (Malas sebenarnya.. hehe).. Apapun, ia memang pengalaman berharga bagi aku.. Dan aku rasa semua ibu pun merasai yang sama.. Without any pain killer, epidural or induce, aku rasa melahirkan baby memang teramat menyakitkan, especially setiap kali contraction datang.. Sakit sampai air mata pun tak boleh nak keluar.. Hanya selawat dan doa yang jadi penawar.. Sesekali terlintas macam2 di fikiran “kenapa aku perlu lalui semua ini?”, “boleh tak aku nak tido aje, then bile bangun baby dah keluar?”.. huhu.. Bila dah sakit sangat, sambil usap2 perut aku cakap “baby, cepat la keluar”.. kesian kat husband sebab dia pun sampai dah tak tahu nak buat apa bile aku kesakitan..

Aku start masuk labour room pukul 8.30am, masa tu bukaan dah around 4cm.. Tunggu punya tunggu dalam kesakitan, terasa masa bergerak lambat benar.. Tenaga pun makin berkurang dan aku risau kalau2 aku tak kuat nak push baby bila bukaan dah 10cm nanti.. Bila tiba masanya, nurse ajar cara nak push (tak sempat nak pegi antenal class, baby dah keluar dulu :P ) dan sedikit sebanyak bagi semangat kat aku… And, Alhamdulillah, my baby boy keluar pukul 4.50pm, 24th February 2010 tepat seminggu selepas balik dari Bandung (Nasib tak terbersalin di sana.. huhu).. Lega dan hilang rasa semua sakit bile tengok baby depan mata.. Lepas tu, aku dah tak sedar, tahu2 dah siap semuanya..

IMG_5443 Wargh.. I Love You, Baby.. Finally, I meet face-to-face the little person that was wriggling around in my belly all this time..

IMG_5460 Saya dah siap nak pergi sekolah.. :) Nama saya Ahmad Haikal Zikry!

So, I am a mama now.. Thanks to my hubby for this wonderful gift.. Baby yang comel macam mama dia.. hehe..

Thursday, February 18, 2010

Every Single Day Will Make A Different..

I'm at my 36th weeks of pregnancy now.. A few days/weeks left before I go for maternity leave.. Tak sabar, but, I feel scared at the same time.. Tak sabar sebab every now and then, I feel my body became weak and weaker.. Badan sakit-sakit selalu, pinggang rasa nak patah pun ada.. Malam-malam masa tidur, tak tahu nak pusing ke mana.. pusing kiri salah, kanan pun salah.. Lebih-lebih lagi musim panas macam sekarang ni, selalulah terjaga malam sebab tak selesa.. Rasa nak cepat2 pagi, sebab tak sabar nak mandi pagi.. I can't stand the hotness.. huhuhu... Bila rasa panas, I will drink a lot of water, especially air sejuk.. Jadi, in the middle of night, beberapa kali lah pegi toilet.. Nak bangun pegi toilet pun payah, badan sakit bile bangun.. nak berjalan pun payah..

Semalam, sakit perut.. Hari ni sakit pinggang.. esok, entah apa pula.. Erm, macam ni ye rasa dekat2 nak bersalin?? Minyak angin Tiger Balm la jadi peneman setia...

p/s: Sakit2 badan buat aku tak ada mood nak cerita tentang Jakarta-Bandung trip hari tu.. Rasa nak rehat aje.. Nanti-nantilah..

Monday, February 8, 2010

Breastpump Dilemma… But, Don’t Get Cheated…

Mana satu yang okay ye? Janganlah bagi cadangan Medela Free Style ye… Yang itu, aku tau sangat2 bagus dan puas hati kalau beli, but, it is totally out from my budget.. :P Now, I’m considering between Medela Swing or Spectra 3.. In my mind, dah set to go for Medela Swing.. Pernah tengok kawan pakai dan dia cakap sangat okay.. Senang nak bawak ke ofis jugak.. Ada jugak orang suggest Spectra 3, okay jugak breastpump tu.. harga pun cheaper than Medela Swing.. Double pump lagi.. But, bagi aku Spectra 3 tu, a little bit bulky.. Haish, tak tau dah, pening2 mana nak beli.. hihi..

Pernah aku try search in google cari mana tau ada orang jual Medela Swing dengan harga murah.. Then, I found this one person kat dalam Mudah.com.my.. Selling Medela Swing for RM500.. Excited la konon, sebab murah dari yang orang jual.. aku try contact melalui email, cakap berminat.. dia cakap dia kat kampung la, nak jual sebab bisnes ada problem.. Dari advertisement tu, dia cakap dia di Seremban.. Aku bagitau aku kerja di Senawang ni, so, senang la jumpa and aku boleh bayar COD.. Lepas tu, terus tak dapat reply dari dia.. I feel something fishy there.. And I tried googling her name, Syarifah Syaqira bt Syed Syukri.. Tak tahu nama betul ke tak sebab nama ni guna untuk email shasya.ss@gmail.com. You know, what I found? Orang yang sama telah menipu ibu-ibu yang nak beli breastpump ni.. Kejinya.. Sampai hati tipu orang yang berniat baik nak susukan baby mereka.. Nasib aku tak tertipu.. Alhamdulillah.. Kalau tak nangis la, hilang duit begitu aje..

Nak baca tentang this person lebih lanjut, boleh baca kat forum SusuIbu.com ni..

So, hati-hatilah ye wahai ibu-ibu atau bakal ibu.. Kalau nak beli Medela brand, boleh beli dari orang yang dipercayai.. Yang aku tahu setakat ni, Naza Sulaiman (Aja) sebab Aja ialah kawan kepada kawan aku.. Jangan kerana nak murah sangat, akhirnya tertipu dan terus tak dapat apa-apa..

Thursday, February 4, 2010

PappaRich.. MammaPokai..

Went to PappaRich at Seri Kembangan few weeks back for our late dinner.. The food was not bad at all.. I had fried rice with egg, while hubby had some sort of kuey teow soup.. I am looking forward to go there again.. If possible, I want to try all the deserts they have in their menu book… huhu.. In third trimester of  my pregnancy, I usually feel very hot most of the time, and my mind kept on thinking of having ABC la, ice-cream la.. Don’t be surprised if I said I ate 3 ice-creams in one day.. huhu.. Aiskrim biasa aje, yang stick tu.. But, if you give me Wall’s Selection Chocolate Heaven satu bekas, I think I can finish it all in one night.. :P Ni rasa nak pegi cari ni..   

Picture 307 My desert/drink.. Memang yummy.. I forgot the name.. But, after looking through their menu here, I think the name is Pappa ABC Special with Ice Cream..

Picture 306 Hubby’s drink.. Soya-cendol.. It tasted good too..

Picture 299 Very cozy place to dine-in, I think!

For other menu, you can find it here.. Have a try, maybe you will like it..

Friday, January 29, 2010

I’m Hotter Than Wasabi..

Haha.. tajuk tak boleh blah..

Lately, aku rasa sangat panas, lebih-lebih lagi kalau kat rumah.. I just can’t stand the hotness.. Memang perempuan mengandung akan rasa panas ke? Aku pernah dengar tentang ni.. Tapi, tak sangka panas macam ni skali.. Waktu malam, time tengok tv, mulalah rebut kipas dengan hubby.. dahlah kipas lama, kepala dia tak boleh pusing2.. Jadi, selalulah mengelat alihkan kipas ke arah diri sendiri.. hihi.. Waktu tidur, kalau boleh, nak tidur dengan kipas yang anginnya tuju direct ke muka.. baru best.. Kalau naik kereta, aircond mesti bukak nombor 2.. pagi-pagi pun sama, aku bukak aircond besar2..

Bila badan rasa panas, tu yang mula teringat aiskrim la, ABC la.. Breakfast pun, belasah aiskrim.. :P Waktu tengahari, lagilah terliur nak makan benda yang sejuk2 macam tu.. Just now, having nice ABC at Penang Street.. Sedap, sampai ke titisan terakhir aku makan..

Aku ada terbaca ni dalam pregnancy.org:

Dear Midwife,
Is it normal that women who are pregnant have a slightly higher body temperature than non pregnant women? I been kinda sick and was worried. I had 98.7 on the thermometer by mouth and I thought that you usually add 1 to it so that would have been 99.7 but wanted to know if this was a normal temperature while pregnant?

Answer:

It is not a dangerously high temperature in any case, so I don't think you have to worry. Do you know what your normal pre-pregnancy temperature was? Some women just run "hotter" than others, and some women are a little warmer in pregnancy, as you suspect.

-- Cynthia, CNM. PhD.

Selain rasa panas, yang lain Alhamdulillah, takde problem.. Harap berterusan sehingga sampai masa melahirkan nanti.. InsyaAllah.. 

Thursday, January 21, 2010

Berjalan Pun Semput, Jangan Mimpi Nak Naik Gunung Kinabalu Lagi..

Aku bukak balik Picasa Web Album and tengok2 gambar masa daki Gunung Kinabalu dulu.. It was almost 3 years ago.. Bila ingat balik, rasa tak sangka berjaya naik sampai puncak.. Masa on the way naik, asyik fikir kenapalah aku pilih nak daki gunung untuk percutian tu.. Banyak lagi aktiviti lain boleh buat.. Rasa menyesal, macam nak mati, exhausted gile, demotivated semua ada.. huhu.. Tapi, oleh sebab dah bayar semuanya sendiri, aku teruskan jugak pendakian sampai ke puncak.. Kalau tak, rugi duit aku.. :P

DSCN0195 Yeay! Finally, I managed to reach the Mount Kinabalu highest peak.. Mana pegi ek sijil dia aku simpan? Boleh tulis dalam resume nanti.. haha..

IMG_4152Berlatar-belakangkan South Peak.. Nice view sebab tak berkabus..

Now, at 32 weeks of pregnancy, naik tangga pun semput.. baru 7,8 anak tangga dah rasa stress kat kaki.. Rasa berat betul nak angkat kaki.. Yelah, baby pun dah bertambah beberapa gram.. Terpaksa stop relax sekejap, lepas tu sambung balik perjalanan.. Ini baru naik tangga kat ofis, belum lagi naik tangga Batu Cave.. hehe.. Tu yang tiba2 teringat masa naik Kinabalu dulu.. Tak payahlah ada hati nak naik lagi.. even bila baby dah keluar nanti.. Dah pernah naik skali, cukuplah.. Tak kuaso den nak naik lagi..

Note: To those yang plan nak daki Mount Kinabalu, boleh teruskan niat anda.. It was really good experience and can be something to remember when you get old.. That is what I feel la..

Tuesday, January 12, 2010

30 Weeks Pregnant.. It’s Time To Wear Your Hubby’s T-Shirt..

Picture 440 My recent photo with little Princess.. Putri Marissa, si budak botak, hihi! Kat mana tu, ada siap hantaran2 bagai? nanti aku cerita..

At 30th weeks of pregnancy..

  • Perut semakin membesar.. Seluar maternity yang saiz S dah jadi agak ketat dan tak selesa dipakai.. Baju seperti blouse still OK.. Still can fit in nicely because it loose.. Tapi, bila pakai t-shirt, you can see my pusat terkeluar obviously.. haha.. So, is it the right time to borrow hubby’s t-shirt? no..no.. I don’t think so.. Husband pun pakai saiz t-shirt sama.. Jadi, tak boleh lah nak pinjam pakai baju dia.. :) Aku rasa nak beli baju baru lagi, tapi, rasa rugi pula.. Lagi 2 bulan aje nak deliver.. So, the best way, kita repeat ajelah baju yang ada tu.. hehe..
  • It’s become normal bila perut asyik mengeras.. Terutama kalau lama sangat duduk, berdiri.. Baby menggeliat ke? hihi.. Nak kurangkan sikit, aku baring.. bagi perut relax..
  • Sakit pinggang semakin menjadi2.. Walau tido katil seempuk mana pun, bile bangun dari berbaring atau tido, mesti sakit.. Kena bangun perlahan2, start dengan mengiring dulu.. Tak boleh terus bangun..
  • Kalau dah duduk, rasa amat berat nak bangun.. plus sakit pinggang lagi..
  • Susah nak tidur.. pusing sana-pusing sini.. Tapi, bila dah start tido, insyaAllah boleh tidur sampai pagi.. Tak adalah aku kerap terbangun in the middle of night..
  • Asal mula berjalan atau berdiri aje, mulalah rasa nak buang air kecil.. huhu.. Baby dah start tekan2 ke bawah kot… Tapi, malam2 aku tak kerap ke toilet.. Maybe sebab kurang minum air..
  • I’m craving for McDonald’s Ice Cream.. Nak makan 5 cones skali.. huhu..

Diam tak diam, dah pun 30 minggu aku pregnant.. Cepatnya masa berlalu.. Tinggal beberapa minggu aje lagi.. Which means, I started to get nervous.. Doakan saya, ye..

Thursday, December 24, 2009

Bargain At JCard Day, Can You?

During Jusco Cheras Selatan JCard Day hari tu, I was planning to buy Little Bean Sterilizer and Warmer..

little bean

Why I choose this brand? Carpool mate aku yang pregnant tu bagitau yang kakak ipar dia pakai and cakap this brand is OK, tahan lama.. So, dia pun dah beli satu masa JCard kat Midvalley with 20% discount.. Harga retail ialah RM199.90.. That’s why I was hoping I can buy it at Cheras Selatan JJ, tapi, malangnya, brand ni takde dijual di situ.. :( Argh, terasa penat aje pegi merempit tapi yang dihajati takde… Memang tak banyak sangat choices kat Jusco tu.. Aku dan encik suami pusing2 pun, tak tau nak beli apa.. Barang2 baby yang lain, takde la murah sangat.. kat tempat lain pun boleh dapat harga macam tu.. Lagipun, malas nak beratur kalau beli setakat baju, seluar secotet.. 

IMG_4564Takde rasa nak memunggah baju2 hari tu.. Just lalu aje..

Pusing punya pusing, teringat tentang baby rocker.. My hubby suka sangat dengan Fisher Price Newborn to Toddler Portable Rocker..

rockerKenapalah zaman aku baby dulu takde rocker kayak gini? Sekarang ni, cam jakun aje.. haha..

Kat mana2 kitorang survey, harga rocker ni ialah RM289.90 yang paling kurang boleh dapat.. So, we went to Toys area.. Tanya kat promoter, all items ada 10% discount.. That already made me excited.. hehe.. kalau aku, dah okay aje, terus beli.. But, faham2 ajelah my hubby memang "pandai cakap” (ni zaman U dulu, dipanggil mulut manis.. hihihi, jangan marah).. my hubby try tanya lagi kat promoter tu, “tak boleh discount lagi ke? 20% ke?”.. After a while, the promoter said OK.. Weehoo, tersenyum lebar kami berdua dibuatnya.. Pegi bayar terus lepas tu.. syok2, dahlah dapat additional RM20 voucher lagi.. It was definitely a great bargain!!

IMG_4562

IMG_4566 Bile menyedari ada armature paparazi snap gambar, “No photo please…” :P

IMG_4574 This is for you, baby! nanti kite main sama2.. :)

Note: JCard Day Jusco Taman Maluri will be held on 13th – 14th January 2010.. InsyaAllah, aku akan pergi a few days earlier untuk survey ada tak barang yang aku nak.. Kalau takde, kirim salam aku nak pegi bersesak2.. Baik kite shopping tempat lain.. sebab 14th January, Negeri Sembilan cuti.. untung2 aku keje sini.. hehe.. 

Wednesday, December 23, 2009

Bila Perut Semakin Membesar…

Dah masuk six-and-a-half months of pregnancy ni, banyak perubahan yang aku alami.. Dari segi fizikal tu, jangan cakaplah.. banyak beza dari dulu.. Sekarang, aku gain 10kg dari berat asal.. boleh nampaklah, pipi, pinggang semua mengembang.. hehe..

Bila perutku semakin membesar….

  • aku cepat rasa letih bila banyak berjalan..especially selepas makan.. berjalan boleh laju seperti biasa, tapi, banyak pit-stop nya.. hihi.. panjat tangga pun rasa mengah..
  • tidur tak selesa.. tak tau nak pusing ke kiri ke, ke kanan ke untuk posisi yang selesa.. kadang2, terlentang aje.. 
  • aku dapat rasa baby banyak bergerak sekarang.. time aku berdiri, bawak kereta, cuci pinggan, tak kira masa lah.. ketawa kecil aku dibuatnya.. tapi, bile papa dia nak rasa gerakan, baby senyap aje.. hehe..
  • duduk lama akan membuatkan pinggang cepat rasa sakit.. aku selalu alas bantal bila bersandar bila duduk atas lantai.. kurang sikit backpain..
  • kena lebih berhati2 bila berjalan di tempat ramai orang.. karang ada yang berlaga dengan perut aku ni.. hehe.. lagi satu, bila basuh pinggan kat sinki tu kena beware sikit, perut selalu terkena sinki..
  • susah dah nak mencangkung.. so, kena opt for toilet jenis duduk tu.. kehkehkeh..
  • tak boleh dah meniarap.. actually, aku suka meniarap bila buat keje atas lantai, atas katil.. so, bile tak boleh meniarap ni, aku mengiring ajelah.. :P
  • time sujud agak susah sikit.. kena adjust kaki supaya kedudukan perut tak kena kaki.. nak bangun pun agak perlahan..
  • kalau dah start duduk, aku rasa malas nak bangun.. berat punggung.. hehe..
  • erm, last but not least, bila perut semakin membesar, SELERAku juga semakin besar!! huhu..

Tapi, tak mengapa.. kesulitan yang aku alami ni, sementara aje.. everything will be back to normal selepas baby lahir nanti.. These experiences are really worth it!!

Wednesday, December 16, 2009

Baby On Board!

Selalunya jumpa this sign kat dalam kereta, kan? Orang hang kat belakang kereta.. kadang2, baca wording nya aku rasa comel jugak..

Picture 131_edit

Tapi, tak pernah terfikir nak pakai sign tu kat badan sendiri.. not until, my hubby asked me to try it during our visit at Fabulous Mom the other day.. Dia cakap comel baju tu..

So, this is how I look in this maternity t-shirt, masa pergi Lowyat hari tu... Yang mana comel? Baju, perutku atau aku? haha.. Perasan!

Picture 135Aku sedar ada beberapa mata yang memandang ke arah perutku itu.. :P Tak apa la, didn’t do any harm, rite?

Tuesday, December 8, 2009

Salahkah Berseluar Semasa Mengandung?

Erm.. Kerja kat sini, dikelilingi oleh orang yang lebih tua dan boleh dipanggil makcik (almaklumle kilang..), kadang2 menguji ketahanan telingaku.. hehe.. Semenjak kebelakangan ni, rajin pulak diorang menegur aku.. di surau, di kafe atau terserempak di mana2.. kalau bertanyakan tentang baby ke, aku tak la kisah sangat.. Tapi, yang menjadi pertanyaan “Mak Buyung, masih pakai seluar lagi? Kesian baby.. pakailah dress (maxi) bla.. bla.. bla..” Aku hanya mampu tersengih aje.. Ada tu, “Tak ketat ke seluar?”.. Kalau aku jawab, “Ketat kan, sexy…” Boleh tak? hehe.. Mungkin itu yang ada dalam pemikiran diorang bile tengok aku berseluar setiap hari..

Haish, jangan risau, yang aku pakai ialah maternity jeans atau maternity pants.. memanglah nampak fit aje kat kat luar… tapi, kat bahagian perut, loose sangat.. asyik2 aku tarik seluar aku sebab getah selalu nak terlondeh.. haha.. Kerja aku yang melibatkan aku banyak berjalan ke sana-sini, duduk kat tester and PC yang berselirat dengan segala macam cable, membuatkan baju atau kain yang kembang2 tak sesuai, sehinggakan selama aku bekerja, aku tak pernah berbaju kurung ke ofis.. Aku harap mereka memahami la.. Aku selesa dengan apa yang aku pakai..

Note: Kalau pakai “Seluar Bolos”, lagilah jadi issue agaknya.. apa tu Seluar Bolos? kalau tengok gameshow Bolos, “Bersedia atau tidak, bolos saja dinding itu..”, mesti tau seluar apa yang aku maksudkan.. haha.. seluar ketat kaki burung tulah.. :P

Thursday, November 26, 2009

Macam Mana Boleh Naik 3kg??

Semalam ke klinik kerajaan di Balakong sekali lagi untuk checkup.. Seperti biasa, aku datang awal sebelum pukul 8.. Dapat nombor giliran ke-15.. Not bad lah.. 

Nurse check berat badan, dah naik lagi 3kg from previous checkup..  That Indian nurse tanya, “makan apa sampai naik 3kg?”.. aku pun “hah? makan apa? makan nasi lah..” Apa punya soalan da.. Masa check perut, sorang nurse lagi tanya “Selalu makan nasi lemak, roti canai ye?”.. Tersengih aku sambil menjawab, “Haah, dah itu aje yang sedap..” :P

Aku akui seleraku semakin “besar” sekarang.. Tapi, aku makan apa yang aku suka makan sahaja.. takde yang berubah.. kalau dulu, tak suka sayur, sekarang pun still sama jugak… yang berubah, mungkin kuantiti pengambilan makanan aje.. hehe..

Berbalik kepada persoalan berat badan naik lagi 3kg ni, ni rutin pemakanan harianku.. Aku rasa sama aje macam dulu, tapi, in between each meal, adalah kadang2 mulut mengunyah sesuatu, kerepek ke, roti ke..

  • Sarapan – Makan Nasi Lemak atau Roti Canai atau Pancake.. Kalau takde yang ini, last resort, belilah makanan lain yang harga 50sen seperti meehoon goreng atau nasi goreng RM1..
  • Lunch – Kalau dulu, aku tak makan lunch.. Sekarang, aku beli roti untuk alas perut.. kalau nak lunch, lunch kat luar.. Fast food ke, kat Giant ke, makan nasi campur ke, but, not at the office’s cafe.. aku dah banned.. masakan, semua berunsur kari.. paham2 ajelah, bangla yang masak.. hukhuk, tersangkut kat tokak den.. aku pun tak ingat bile last skali aku turun lunch kat cafe..
  • Teabreak - Kalau amik lunch, aku makan kuih 2-3 ketul.. kalau tak lunch, kuih boleh sampai 5 ketul aku ngap.. :P kalau lapar sangat, aku opt for chicken sandwich atau nasi goreng..
  • After work - Minggu ni, macam minggu ice-cream pulak.. setiap kali balik keje, singgah kedai, beli ice-cream.. kadang2, malam2 hubby beli jugak.. adakah ini penyebab 3kg tu? hehe..
  • Dinner -  Balik keje, masak2.. lebih kurang nak kul 9 baru makan malam.. kalau masak simple, cepatlah makannya.. erm, agak lewat ni.. tapi, nak buat camne, kalau tak makan, lapor nanti.. hehe.. 

Rentetan dari kenaikan 3kg itu, aku telah disuruh buat MGTT (baru aku tahu MGTT tu apa..) sekali lagi.. kena minum air gula macam checkup hari tu untuk check kandungan gula.. diorang risau kalau ada diabetes.. waaargh, aku tak suka!! rasa takut2 pulak nak makan sekarang ni, sebab takut naik berat banyak lagi.. kesian my baby..   

Monday, November 23, 2009

Kaki Cramp Semasa Mengandung..

Pernahkah anda alaminya? Sejak pregnant ni, kaki aku selalu kejang especially at night, masa tido.. Tengah sedap2 mimpi, tiba2 kaki kejang tak boleh gerak.. hehe.. Sakit, tak tahan aku.. Cara aku hilangkan cramp ialah kurangkan gerak dan relax kan kaki.. lama2 kejang tu akan hilang sendiri, dan bolehlah sambung tido seperti biasa.. Kalau berdiri lama, atau jalan banyak pun sama, tanda2 cramp tu mesti datang.. dah terbiasa jalan laju (if I rush for something), sometimes I have to slow down my speed..

Masa jumpa doktor untuk checkup, pernah aku bertanya tentang masalah ni.. Doktor cakap, ini normal.. kaki akan lebih kerap cramp bila baby dah semakin membesar... salah satu sebab ialah kekurangan kalsium.. maybe, baby consume lebih kalsium... so, aku diberi calsium tablet untuk dimakan setiap malam.. susu tetap aku minum seperti biasa.. Tapi, sometimes kaki tetap jugak cramp.. Aku agak sebab sejuk.. kan sekarang ni musim hujan.. langkah berjaga2, aku pakai selimut, bagi kurang sikit sejuknya..