Showing posts with label ideas. Show all posts
Showing posts with label ideas. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

My Dream Bathroom…

Sekadar suka-suka dan berangan.. Tak mungkin akan ada marmar dalam bilik airku LOL.. It is expensive.. Macam sayang duit sebab letaknya dalam toilet aje.. hehe..

Aku masih lagi survey-survey cari idea untuk buat small changes to my bathroom.. So, jalan-jalan cari sinki dulu, supaya boleh tukar sinki yang sedia ada (aku tak suka Open-mouthed smile)..

IMG 3629
I like the big mirror and the built-in sink too.. Sink tap kat tepi, stylo betul!

IMG 3628
Ni pun sama lebih kurang design..

IMG 3627
You can’t go wrong with marble.. 

Bawah ni gambar bilik air master bedroom.. Plain aje, kami tak buat apa-apa lagi sejak pindah..

IMG 3662
I wish developer tak bagi apa-apa langsung, so nak buat from scratch lagi senang.. Macam ni, aku dah susah nak cari matching (size) sink.. Lepas tu, top tu concrete, nak pecahkan pun susah.. Husband tak mahu ada kerja-kerja simen dan hacking.. So for now, aku tunggu dululah sampai jumpa yang berkenan di hati baru proceed.. Smile

Kalau ada nak share kedai-kedai jual sinki preferably undermount sink, bagitau ye.. 

Thursday, April 24, 2014

Accessories For Kitchen Cabinet…

Bahagian dapur adalah yang paling crucial, at least for me lah.. I want it to look good, sebab hari-hari nak spend masa kat situ, untuk memasak, mencuci pinggan mangkuk dan buat laundry juga.. Dan sebab itu jugaklah dapur mestilah praktikal.. Each parts of the cabinet ada fungsi dia..

Jujurnya, dengan cabinet dapur kat rumah sekarang, banyak aku dapati kekurangan.. Just ada drawer dan rak pinggan.. Memang just cukup-cukup aje untuk simpan periuk, kuali semua, tapi takde proper rack for it.. Letak je dalam cabinet.. Kalau salah susun, abis semua isi perut terburai.. hihi.. Masa tu tak tahu, asalkan ada kabinet, okay jelah.. Tempat letak sudu pun takde, aku letak dalam bekas Daiso aje.. hehe.. Now I’ve learnt my lesson Smile with tongue out

002
What I need for my kitchen.. Ni contoh-contoh gambar yang aku siap-siap print dan tampal dalam buku, nak tunjuk contractor.. Not necessarily the same, just nak bagitahu dia apa aku nak.. Karang cerita-cerita, dia tak faham.. Tunjuk gambar, baru jelas..

Ini gambar kitchen cabinet sekarang.. Nampak kan, kalau susun pinggan ikut suka hati, pemandangan sangat tak comel? haha..

016

Jadi, yang terbaiknya sorok rak pinggan dalam cabinet.. Sama ada macam ni..


Pintu cabinet boleh tutup untuk sorok pinggan-pinggan yang telah dibasuh..

Atau boleh jugak pilih drying rack yang jenis letak kat base unit kitchen cabinet (bahagian bawah).. Pinggan-pinggan still boleh susun berdiri macam biasa untuk dikeringkan..

108

103
Untuk periuk-periuk atau kuali, boleh pilih jenis yang begini..

This weekend nak jumpa contractor, berdebar-debar nak tahu estimate cost for kitchen cabinet.. huhu

Tuesday, July 23, 2013

Organize Stuff In Drawers…

Sangat bosan dan mengantuk hari ni.. huhu.. Nak tulis blog pun rasa takde mood.. Please help!

Just sharing few photos yang aku jumpa dari hasil browsing, googling.. And I love to search in Pinterest too.. Ada banyak benda menarik kat sana.. Nak pin-pin sendiri, tak reti pulak.. kehkeh..

How do you guys store your kitchenware, spices, utensil, bakeware etc? These below photos are just some ideas.. Ada yang aku suka! Lets go one by one..

Spice Containers:

kitchen-drawer-organization-ideas-015-500x500
Jar bentuk bulat macam ni makan banyak space.. Kena buat custom hole pulak nak letak dia.. Macam leceh sikit, kan?

xxxx
Yang biasa kita jumpa orang susun macam ni.. Botol dia kecik-kecik ajelah, kalau tak, tak comel nak baringkan macam tu..

IMG_0124
I love this one the most! Tapi tak tahulah bekas apa dia guna ni.. Ada idea tak where I can get these? Google-google pun tak jumpa exactly like this..

Bila keluar jalan-jalan, aku survey-survey containers yang available kat market.. Yang bawah ni, jumpa kat Aino Liwing.. Cun tu cun lah, cumanya agak bulky nak letak dalam drawer..

IMG_0676

IMG_0691

Macam ni rupa dia bila aku susun dalam drawer showroom tu.. Gigih, kan? hihi..

IMG_0693
4 biji aje boleh letak in one row..

Takpe kite teruskan survey lagi.. Semoga berjumpa yang aku berkenan tu..

Plate Holder/Organizer:

Kalau kat dapur ada banyak sangat ruang kosong, you can consider doing this in one of the drawers.. I quite like it.. Cumanya kalau contoh nak letak pinggan Corelle kan, kenalah ada 20 ke, 30 biji, baru cun nak letak sederet macam ni.. Bagi seragam.. Kena beli lagi Corelle tu nampaknya haha..

kitchen-drawer-organization-ideas-011

kitchen-drawer-organization-ideas-012
Yang ini praktikal sikit.. Just buat partition ikut saiz pinggan-pinggan kite tu.. Pinggan yang kita simpan ni, pinggan yang kita jarang pakai.. Yang hari-hari pakai, letak kat dishrack aje..

101703660.jpg.rendition.largest
Plate holder.. Tapi macam ni, aku rasa kegunaan dia takdelah maximum sangat, setakat nak letakkan pinggan-pinggan in place aje.. Dan, macam tak comel aje.. hehe.

ORG022_ZZ.JPG
The one that I am eyeing now is this.. Blum Orgaline Plate Holder.. Suitable for plates and bowls.. Dia adjustable.. Quite expensive harganya.. Kawan survey di Singapore around SGD145 for 2 pieces.. Okay, KIV dulu.. Dapat 2 dulu pun okay, bukannya pinggan ada banyak sangat pun..


Plate-holder-in-use
It is movable.. Orang datang rumah, nak jamu makan, bawak sekali semua pinggan guna plate holder ni.. Very practical..

How to store cookware:

Tak pernah pun terfikir nak buat drawer yang “nipis” macam ni untuk simpan frying pans aje.. Bagus jugak.. Kalau tengok cara simpan pan sekarang, boleh pengsan.. Semua sumbat dan stack.. Bila bukak pintu cabinet, semua jatuh.. haha..

under-oven-kitchen-drawers-2
Boleh kot letak bawah tempat plate holder tu.. Kejap, nak imagine..  

under-cooktop-kitchen-drawers-3-500x500
Yang ni simpan periuk.. Baguslah kalau dapat simpan satu-satu macam ni, tak perlu bertindan-tindan.. Nak amik pun senang..  Tutup periuk pulak disandarkan kat dinding drawer..

Sekian sahaja, idea dan keinginan aku.. Smile with tongue out

Thursday, April 4, 2013

Ideas For Kitchen..

Berangan tu PERCUMA, tak kena bayar pun.. So, mari kita berangan.. haha..

dce5f2b68446f107534a8cffab7bdc7b
Baking Room.. Berharap sangat satu bilik kat dapur nanti boleh jadi baking room.. huhu..

Aku suka google gambar-gambar kitchen orang putih, tengok macam mana diorang organize barang-barang dapur.. Alangkah bagus kalau boleh implement di rumah sendiri.. Dapur sekarang okay aje, tapi kalau boleh yang mana-mana rasa tak berapa okay, next time nak cuba try idea lain (dengan harapan kewangan mengizinkan.. hehe).. Sebabnya, makin banyak kite nak pasang racks kat cabinet, harga makin bertambah.. Stainless steel racks bukannya murah.. huhu..

IMG_9163
Ni contohnya.. Dish Drying Rack.. Kalau boleh, tak mahulah yang open rack macam sekarang.. Aku nak sorok lepas cuci, jadi tak nampak oleh pandangan mata.. boleh? hehe..

aa55c6a765b233e3645eaf37724fbcb4
Ini pun cun..

medium_universaldesigncreditRev-a-sheft
Pots and pans organizer..

2d3d0e0db22cdddbb0d0992b39fd9e3e
Atau boleh simpan macam ni.. Tapi, not applicable untuk periuk belanga besar-besarlah..

64aa8981894a904b92bfdd439269a4a9
Corner rack.. Ni biasa untuk L-shape kitchen cabinet..

1703931_kitch_STORz99C_xl
Ni futuristic sangat.. hehe..

modern-kitchen-cabinets
Tall unit cabinet for spice racks..

Cukup dulu, next time boleh share lagi.. Ni idea-idea ni, bagi hint kat hubby jugak apa yang aku nak for my kitchen.. kehkehkeh.. Memang nak macam-macam, sebab dapur ialah tempat yang aku akan spend banyak masa nanti.. So I want it to be very comfortable that I can sleep in my own kitchen.. hahahaha..