Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, April 15, 2014

Pandora Charms..

Ni pun salah satu benda yang boleh buat addict.. Suka aje nak menambah charms.. Tapi takdelah selalu.. Bila ada duit terlebih atau hari-hari yang istimewa aje… Sebab harga dia sebiji-sebiji tu, kena fikir banyak kali jugaklah nak spend.. LOL. 

IMG_3859
Last 2 months, I bought a “bag” and a “bow” charms.. Sempena dapat duit Nuffnang & Churp-churp.. Nampaklah sikit duit tu pergi mana kehkeh..

059
This LOVE charm, given by my husband, balik dari Amsterdam hari tu.. muah muah.. Harap boleh dapat lagi hehe..

I love simple charms.. Tak suka banyak-banyak batu yang lip-lap sebab bila dah banyak sangat, nampak serabut (pada pandangan mata aku lah).. Ada duit lebih, boleh tambah lagi, okay!

Tuesday, May 28, 2013

Anniversary Dinner…

Disebabkan aku berada di Ipoh sekarang, dan rindukan cik abang berdua di rumah, aku nak cerita sesuatu yang relate dengan mereka berdua.. kehkeh.. Nak dekat sebulan dan berlalu dari tarikh Anniversary ke-4 kami..

We had dinner at Chinoz On The Park.. Keletihan jalan-jalan KLCC hari tu for HOMEDEC, so we settled with these..

IMG_9790
Cili Padi Seafood Olio.. Sedap.. Tapi aku selalu payah nak abis makan pasta2 macam ni.. Cepat muak..

IMG_9789
Hubby order apa entah.. Aku tak ingat..

4 years together, this is the greatest gift from Allah… Alhamdulillah :)

IMG_9954
Budak ini banyak akal sekarang.. hehe.. Be a good boy, okay!

Soalan yang confirm ditanya kat kitorang sekarang, “bila nak tambah anak?” hihi.. The time will come, InsyaAllah.. Kalau boleh, esok aku nak beranak.. Open-mouthed smile Only Allah can answer this..

Sunday, March 17, 2013

E-Filing Done..

Sejurus aje dapat EA form, terus tak berlengah lagi aku mengisi e-filing.. Semangat sungguh.. Sebab orang cakap, kalau declare dan submit cepat, boleh dapat tax refund cepat.. hehe.. Kalau kena bayar, sure aku tak submit secepat ni.. :P
Untitled2
Persiapan menghadapi bulan cukai ni memang dah buat awal-awal lagi.. Aku suka membeli.. Barang tak perlu pun aku beli.. kahkah.. Tapi resit buku-buku ajelah aku simpan.. Resit-resit lain, sama ada aku sorok (taknak husband tahu) atau aku buang terus.. hehe..
015
Resit yang aku compile, masuk dalam fail..
Hari ni 17 March 2013, aku submit e-filing.. Mari kite tunggu bila dapat duit balik.. Can’t wait.. Nak beli emas ke, nak beli handbag? *wink wink*.. Nak buat cabinet dapur, tak cukup duit tu derrrr… Smile with tongue out

Ada yg tanya aku mintak buat post tentang panduan isi tax form ni.. Alahai, aku tak pakar.. Anyway, boleh refer kepada yg lebih arif.. Please refer entry kak Mira ni..

1.TIPS untuk mengisi Borang cukai (e-BE /BE) tahun taksiran 2009
2. TIPS / Soalan / Cara-cara Mengisi Borang Cukai BE 2011
3. TIPS mengisi borang cukai (Borang e-filing / eBE / BE) (pelepasan RM10,000 untuk faedah pinjaman perumahan)

4. TIPS: Mengisi Borang BE / e-BE (Unit Amanah) - (Unit Trust)

Sunday, February 3, 2013

Shawl…

Tiba-tiba suka pulak bershawl.. Macam best pulak.. Mula-mula dulu sebab rasa muka bulat sangat, tak comel pakai shawl.. Boleh pulak macam tu? :P Yang tak best, tangan gatal nak beli banyak shawl baru.. hehe..

Now, mirror is my bestfriend.. haha.. Kalau pakai tudung bawal, pagi-pagi tu main sarung je, kelepet kiri-kanan, dah siap.. Tengok reflection kat peti ais pun dah okay.. hihi.. Pakai shawl, kena make sure bangun awal sebab amik masa sikit nak kemas-kemaskan lilit dia..

059

981

017

077
Lador’n Shawl.. Lebar, so aku lipat dua..

218

228

Yang lain semua shawl beli pasar malam je.. hehe.. RM5-RM7 each.. :)

Monday, January 28, 2013

Self Reward On My Birthday…

Kononnya pergi Alamanda sebab nak redeem free Juice Boost masa birthday.. Tapi, I came home with this! hihi..
IMG_6433

Kan memang dah lama berkenan.. Cumanya, aku tak ada alasan kukuh untuk beli.. Bila dah sampai birthday, aku fikir “Why not?” bukan selalu pun.. Smile with tongue out Kenangan berusia 30 tahun.. haha..
IMG_6434
Ini dia.. So far aku pakai bawak mandi, cuci baju, cuci pinggan semua.. hehe.. Yang tak boleh, spray perfume on it, mandi swimming pool, air laut.. Kalau malap nanti boleh polish balik.. :) Later, ada duit lebih, nak beli charm dia sebiji demi sebiji…

Wednesday, January 9, 2013

Hubby’s Birthday Celebration..

Saje je kan update hari ni, supaya mengingatkan my birthday is next week.. haha.. Hubby's birthday was on 16th December..

105
Cake from Starbucks depan rumah.. Jadilah, daripada tak ada.. hihi..
The next day, kitorang ke Pavillion.. Saja jalan-jalan dan hajat aku nak ke H&M tercapai pada hari tersebut.. hehe..

Since sampai pun dah pukul 11.00am++, we had our brunch at Tony Roma’s… Haikal mengamuk pagi tu, sangat menguji kesabaran.. Dia nak apa pun kitorang tak tahu.. huhu.. Dah lama sikit baru okay…

106

107

108
Budak bad mood muka 20 sen… huhu..

112
Chicken Caesar Salad..

116
TR Chocolate Avalanch… For me..

118

121
Hubby makan beef ribs.. Aku pilih Fish & Chips sebab ingat Haikal nak makan fish.. Dia tak mahu makan, order nasi pulak.. Sudahnya banyak sangat makanan, sampai tapau bawak balik, makan for dinner.. hehe..

120

Few of our cam-whoring photos.. hehe..

122

123

125

126

127

Perut dah kenyang, teman hubby buat spec baru.. Sampai ke Bukit Bintang kitorang jalan… Haikal tido, nasib baik.. hehe..

129

131

134

139
My stripey boys…

141
Tempat wajib untuk Haikal berhenti dan membelek.. Sekarang dah pandai demand.. Cari yang mahal-mahal… huhu..

142

Lewat petang, we had our evening coffee at The Loaf.. Sedapnya dia punya Steak Sandwich..

145
Robot dan kereta yang berjaya di”pau” hari tu…

147

148
150
He was amazed.. Kenapa ada hadiah kat pokok?? haha..

124
Happy Birthday, Abang.. Semoga jadi papa dan suami yang soleh..

Wednesday, December 5, 2012

Ferrari Model Lego Collection From Shell..

My hubby ialah peminat Lego.. Bila dapat tahu Shell jual Ferrari Lego, dia sangat excited… Awal-awal hari tu, kena isi petrol RM40, baru entitle untuk beli 1 model.. In one day, he collected 3 cars..

The next batch, aku beli kat JB ni, termasuk orang Lego tu.. Semangat betul, awal pagi dah pergi Shell tanya dah keluar ke belum kereta yang lain tu.. Takut tak dapat collect semua..

031

All these cars, hubby sorok dari Haikal! hehe.. Kalau dapat kat dia, happy sangatlah budak kecik tu.. Tapi dia tak sayang nanti.. Abislah berterabur Lego tu.. huhu..

006
Ni pasang time Haikal tido… Smile with tongue out

066
Haikal pun tido masa ni.. Dah siap pasang, sorok! hehe..

069
Yeay, dah ada complete set.. Kereta hitam yang extra tu, Haikal punya…  Display box tu, aku tak beli.. RM60 sebuah, tapi bukan jenama Lego..

007
Hubby belikan Haikal lori pulak.. Suka dia.. Alahai, menongkat dagu Smile

photo
Dah siap! Aku fikir ada baiknya gam aje Lego tu, supaya tak berterabur bila Haikal main baling-baling..

Note: Pelanggan Maybank, ini untuk anda..