Tuesday, July 12, 2011

My Not So New Pink Watch…

Selepas 2 tahun terperuk dalam laci bilik, baru sekarang jam aku kembali berkhidmat.. Battery kong dan tali jam dah tenat.. Nak tunggu tali baru memang lambat.. Simpan jelah buat pekasam.. Lagipun aku ada jam hantaran kahwin dan satu lagi jam spare Swatch..

Time datang Melaka hari tu tiba-tiba teringat nak tukar tali kat sini.. Manalah tahu murah berbanding KL.. Aku pun tak survey kat KL berapa harganya.. Hari tu tukar tali kat Kong Wah di Mahkota Parade.. Okay harga dia.. Tali kulit and bateri costs me not more than RM100.. Kalau ikutkan hati, aku nak tukar tali stainless steel je, senang confirm boleh pakai sampai tua, tak putus-putus.. heheh.. Tapi, kedai tu takde tali besi..

IMG_2569  Inilah dia my pink Guess watch.. Pink is always my favourite :)Nampak tak ada 2 biji diamond studs dah terkeluar? Later lah, aku pergi baiki, kena pergi Guess service center in KL..

Aku sayang jam ni.. Ada kenangan.. Jam yang aku beli guna bonus pertama masa kerja pertama aku kat Senawang dulu.. Beli di One Utama.. Korang percaya tak kalau nak beli jam atau emas ke, pergi kedai Cina time kedai nak tutup, baru boleh dapat murah? Bagi aku, tips tu memang bagus, and I practiced that kalau nak membeli di kedai Cina.. Harga memang akan dapat baik punya… Tapi, kena bargain lah.. kalau tak tawar-menawar, manalah nak dapat, kan? :) During Mega Sales ni, takde kot nak tambah koleksi jam.. Kita cuci mata je kat shopping complex.. hehe..

Dancing To The Music..

Pantang dengar lagu, tak kira di mana, dengan serta merta Haikal akan berjoget.. Ikut rentak, kalau rancak, lagi ligat tangan dia goyang2.. Kalau slow, gaya macam orang menari zapin gitu.. haha..

Bukan main rancak berjoget dalam kereta.. Bila papa dia perlahankan volume, dia kuatkan balik.. :P

Video kedua time shopping kat Dataran Pahlawan hari tu.. Mula-mula nak joget, tapi bila nampak suis terus terbantut.. hehe..

Seronok tengok gelagat budak kecik ni.. Semakin bijak sekarang dan pandai mengarah.. huhu.. Kecik-kecik pun dah pandai demand! ..

Monday, July 11, 2011

Red Velvet Cake From The Delicious…

Ketinggalan betul aku, orang lain dah try macaroons lah, red velvet cake lah, whoppie pie lah, aku baru ni nak merasa.. hehe.. Senang aje nak dapat kat Midvalley ni, tapi takde geng aje nak teman.. My hubby takde punya nak masuk kedai yang dia tak pernah masuk ni.. huhu.. Lagi stress bila tak tahu nak makan apa, tengok menu takde gambar.. :P

To cut the story short, a week before ke Melaka ni, aku ajak Dyan keluar makan dengan aku.. Purposely ajak makan Red Velvet cake.. Aku tahu kat The Delicious ni ada, so kira ON jelah lunch kat situ..

And, this is the Red Velvet Cupcake yang disebut-sebut oleh ramai orang tu.. Semua asyik puji-puji fasal kelazatan cake ni..

IMG_2531 Red Velvet Cupcake with Cream Cheese Topping..

IMG_2533

From my personal opinion, the cake tasted nice sebab ada cream cheese topping atas dia.. Kalau takde topping tu, rasa macam cake sirap biasa kot.. muahaha.. Tapi, memang betul pun, kalau takde cream cheese tu, I would prefer chocolate cake rather than this.. hehe..

Takkan datang makan cake aje, so this is our choice of food..

IMG_2538 Dyan makan salad.. Aku tak bolehlah makan gini je, rasa makan daun.. hihi..

IMG_2539 This is mine.. Grilled Chicken Burger.. Besar sangat, tak abis makan..

IMG_2530 Oreo Smoothies for me.. And juice apa entah yang Dyan pilih.. Siap ada daun macam sayur dalam tu.. Rasa cam sup pun ada.. :) Biasalah Dyan, pilihan dia memang unik.. hehe..

IMG_2534 Send status dalam FB kejap.. hehe..

IMG_2527

IMG_2528

IMG_2529 My bad tudung day.. Senget! huhu..

IMG_2541 Tengoklah, licin pinggan kawan aku.. Bagus-bagus, aku dah tak larat dah, pagi tu breakfast berat.. Still rasa kenyang lagi.. Tapi tamak nak cuba macam-macam.. hihi..

My next mission is whoopie pie pulak! Siapa nak teman? Smile with tongue out

Note: Mega Sales dah bermula… Keluar dengan kawan2 camni, confirm ada aje yang terbeli.. Yelah, ada yang jadi “racun” suruh beli.. hihi.. Hari tu, ada terbeli something jugak, later I story about it.. Smile

Sunday, July 10, 2011

McDonald's Double Cheeseburger.. Buy 1 Free 1..



Starting today, until 13th of July, marilah beli double cheeseburger and get free another one cheeseburger.. Makan sampai lebam! :P

Setiap bulan ada je promo begini, tapi aku tak berkesempatan nak beli guna voucher.. Alasannya, voucher tertinggal kat rumah.. haha..

My hubby bolehlah beli McDonald's burger ni untuk makan dinner ke.. Yelah, takde orang memasak kat rumah, kan? hehe..

Melaka, Negeri Kaya Traffic Lights...

huhu.. Bercinta tau nak pergi kerja pagi-pagi dari Klebang ke Merlimau ni.. Asyik2 tekan brake sebab banyak sangat traffic lights.. Kat KL, dari Balakong ke Mid Valley, 15 km, ada satu aje traffic lights masa pergi kerja.. Jem tu biasalah, nama pun KL, kan? :P

Cuba teka, berapa banyak traffic lights aku kena harung sepanjang 35km dari Klebang sampai ofis kat Merlimau? It is 17 traffic lights.. No joke.. Banyak giler, sampai aku pun tertanya-tanya macam-mana perancangan kat Melaka ni.. Cewah, mempertikaikan kredibiliti orang pulak.. haha.. Nama Lebuh AMJ, mestilah kena buat macam lebuhraya.. Ini tak, sikit2 traffic lights.. Kalau compare dengan KL, dia patut contoh macam Besraya.. Daripada buat traffic lights banyak-banyak, boleh ubah guna susur keluar dan kalau nak ke arah bertentangan, gunalah U-turn.. Perjalanan pun tak tersekat-sekat..

Bukan kat Lebuh AMJ ni aje yang banyak traffic lights, kat jalan-jalan utama nak pergi bandar pun banyak jugak.. Dahlah satu traffic lights tu amik masa lama nak tukar kaler hijau balik.. Sempat aku main game sambil menunggu... huhu..

Kalau tak caya, meh datang Melaka ni.. hehe..

Lagi satu, aku ni jenis tak sabar.. Tengok kereta depan aku bawak slow sikit, aku geram betul.. Kalau nak bersiar-siar, duduklah lane kiri.. Bila dah tak sabar, aku pun memotonglah dari sebelah kiri.. Mengaum-ngaum enjin cuba memecut.. pastu hon kereta yang slow tu.. haha.. Saiko tak? Sehari kalau tak hon, tak sah.. Memang bezalah dengan KL, semua orang pun nak cepat.. Tu yang tak tahan tu bila tengok orang bawak slow sangat depan kita... hehe..


Saturday, July 9, 2011

Polka Dot Pencil Case…

IMG_2523

Bukan pergi sekolah aje kena ada stationery.. Pergi kerja pun kena ada juga… hehe..

Hari tu, masa pergi outstation Terengganu for the first time, aku bawak pen sebatang dua untuk jot down fasal kerja.. Bila kena buat filing, kena tulis guna pen merah.. Bila dah takde, alamat meminjam dari kawanlah jawabnya.. Liquid paper takde pun kena pinjam.. Memang sah kena ada alat tulis sendiri ni..

Balik KL, round2 Midvalley dari Isetan, Metrojaya takde stationery department.. Konon nak cari pencil box yang cantik-cantik dan lain dari yang lain lah… Akhirnya, kat Jusco jugak yang ada.. Jumpa this polka dot pencil case, I like.. Dah takdelah nak pencil box kaler pink macam zaman-zaman belajar dulu, sampai semua nak pink.. Karang anak laki aku suka pink, kan dah susah.. hihi.. 

Dengan adanya alat tulis yang lengkap, semakin bersemangat aku menulis sekarang ni.. hehe..

Kalau Tak Mahu Penat Kejar Anak Di Shopping Complex….

… dudukkan dia dalam “kereta sewa” ni… Abis cerita! Smile with tongue out

IMG_2583 Tengoklah tu, muka gedik anak aku.. hihi.. Memang suka sangat dalam tu, lebih2 lagi ada steering kan, tu yang dia leka..

IMG_2580 Ronda-ronda dalam Dataran Pahlawan Shopping Mall.. RM3 sejam, sangat berbaloi!

Duduk dalam buggy ni, takdelah Haikal nak turun macam duduk dalam stroller.. Tapi kena tolak jangan berhenti-henti.. huhu..Tapi okay sangat2 sebab tak penat nak kejar dia selalu.. hehe..

Next time, pergi shopping complex, kite cari benda ni dulu ye.. Baru senang nak shopping! :)

Thursday, July 7, 2011

Minggu "Terlupa"...

I declare this week as my "Minggu Terlupa".. haha..

Bermula dengan episod terlupa bawak balik camera battery charger ke Melaka ni.. End up, tak dapat nak snap-snap gambar Haikal selalu.. huhu.. Hari tu pergi night zoo kat Melaka ni, sayang betul tak dapat amik gambar banyak2.. ada 2-3 photos je time masuk zoo, then my camera went dead without battery.. huhu... Gambar Haikal bergambar dengan anak gajah pun tak dapat amik.. Amik guna handphone adik ipar, tapi gelap, salah setting agaknya..

Then, 2 days ago aku terlupa bawak sesuatu yang penting ke ofis.. It was my netbook! Datang ofis tak bawak laptop, macam mana nak buat kerja? haha.. Bengonglah.. Nasib baik kat ofis ni ada PC yang kosong, tuan dia takde, dapatlah aku guna buat kerja..Kalau tak, aku melangok jelah tengok meja.. haha..

And today, lupa pulak bawak handphone.. Kalut2 pagi tadi Haikal terjaga masa aku nak pergi kerja.. Sekali tu terlupa amik handphone atas katil.. Apa lagi aku terlupa lepas ni? huhu.. Ni syndrome umur dah meningkat ke? haha..

Macam-macam hal! Tak sabar nak balik, tomorrow is weekend, yeay!

Wednesday, July 6, 2011

Breast Milk Storage Bottles Or Bags?


Dah setahun lebih berkecimpung dalam bidang penyusuan baby, baru sekarang nak cerita fasal ni.. hehe.. Just sharing my opinion aje...

Storage bottles or storage bags?

Masa mula-mula dulu, excited sangat beli storage bottles banyak2.. Tak ingat berapa set aku beli.. Yelah, hari-hari pump maximum of 5 times a day.. So, satu hari perlu lebih kurang 5 botol camtu.. Seingat aku, pernah sekali je kot running out of bottles, so tambah lagi beli satu set.. Bila dah banyak sangat botol, aku beli storage bags pulak.. Botol pun hari2 ada aje yang kosong sebab hantar ke babysitter.. So, just rotate ajelah guna botol2 yang ada..

Sepanjang guna macam-macam jenama botol ni, ada botol yang aku suka dan ada yang tak berapa suka.. hehe.. Botol susu pun memilih.. Bukan apa, bila dah lama-lama guna, kita tahu mana yang okay dan mana yang leceh.. :) Yang aku suka ialah jenama Safety Plus and of course Medela, sebab dia aje yang fit nicely dengan pump aku, kan? Safety Plus ni aku suka botol dia yang ada separate screw cap and sealing disc.. Yang biasa guna Safety Plus storage milk bottles ni tau apa yang aku maksudkan.. Bila penutup ni asing dengan dia punya sealing disc ni, senang sangat bila part membasuh botol2 tu.. Nak tenyeh2 bucu2 yang kena susu pun senang.. Lagipun sealing disc ni jenis flat dan bucu dia tak dalam sangat..

Botol jenama-jenama lain pun aku ada guna jugak contoh Bumble Bee and Autumz storage bottles.. Tutup dia pun boleh bukak untuk asingkan screw cap dengan sealing disc, but a little bit tight.. Cuma, sealing disk tu aku tak berapa suka.. Thick material, and ada edge yang susah nak capai time membasuh.. Kadang2 tu, bila tengok, alamak ada kuning2 pulak kat tepi tu bekas susu yang dah kering.. Terus kena basuh balik.. huhu.. Tu yang tak suka tu...

Sekarang ni, my pumping session sudah reduce jadi 2 atau 3 kali je sehari.. Sudahlah tu, banyak travel ke sana ke mari.. The best option of all, aku guna storage bags untuk simpan susu.. Aku bawak 3-4 storage bottles untuk spare kalau pump tak sampai 5oz.. Tak kuasa nak angkut botol banyak2 bawak travel sebab guna banyak space nak simpan.. Even bila balik KL pun, dah malas guna botol, lagi senang guna plastics aje.. Guna plastic, tak payah basuh botol, you see? haha.. Lagi malas bila kena sterilize botol lepas basuh.. Siapa yang rajin sterilize botol, memang salute lah.. haha.. Selama ni, berapa kali je aku sterilize botol anak aku.. Dalam pantang dulu, bolehlah, masa memang 100% for baby.. Sekarang ni, jangan harap.. huhu.. Kalau dah balik rumah tu, ada aje kerja lain; nak masak, nak basuh baju, iron baju, cuci pinggan, kemas dapur, sapu rumah, layan kerenah baby, banyak benda kena buat.. Sterilize botol dah takde dalam list.. Sesekali ajelah, aku rendam botol2 dengan air panas.. Sterilizer yang beli dulu, simpan terus atas almari! hihi..

Enough about sterilizer, fasal storage bags pun, ada macam-macam kat pasaran.. Yang Medela punya jangan cakaplah, mahal ya rabbi.. RM89 for 25 pieces if I'm not mistaken.. Memang aku tak beli.. huhu.. Sayang, dah pakai lepas tu buang, macam buang duit RM89 buta-buta.. Aku pernah guna Jingle Jungle storage bags and Joy Angel storage bags.. Between these two, aku lagi suka Jingle Jungle sebab dia ada 2 zipped lock.. So, kebarangkalian susu terkeluar dan tertumpah tu kurang.. Baru-baru ni aku nak try bag jenama lain; Autumz Double Zip Lock Storage Bags, so I bought it from enjoybreastfeed.com.. Murah aje, untuk twin pack ialah RM20.90.. Tapi kena jadi member for their website.. And, from now on, aku akan guna plastic sahaja untuk simpan susu.. Botol2 dah boleh bungkus for the next little one.. hihi..

Monday, July 4, 2011

8 More Days...

8 hari lagi nak balik KL, iye jugak..

Tapi, yang nak cerita ni ialah 8 hari lagi nak ganti puasa.. hihi.. Banyak lagi, ni tengah berusahalah nak habiskan sampai minggu depan.. Duduk ofis je, tak terasa sangat haus dan lapar.. Just busykan diri dengan kerja, tengok2 jam bergerak dengan sangat pantas sampai tak sedar dah tengah hari... hehe..

Bila waktu berbuka jelah yang mencabar.. Haikal pun sibuk nak makan sekali.. Nenek suap tak nak, nak mama jugak yang suap.. Semalam, makan lauk ikan je, tak nak makan nasi.. Lepas tu, bila aku bagi ikan aje, dia taknak, tunjuk2 tempat lain.. Puas fikir, rupa-rupanya, nak ikan yang letak kicap.. Ayohai, macam-macam anak aku ni demand sekarang.. Aku selalu tanya Haikal, nak makan tak? Nak cocoa crunch tak? Kalau dia geleng tu, maksudnya memang dia tak nak.. Jadi tak payah susah payah nak sumbat kat mulut dia.. hehe.. Ni banyak kerenah ni, macam manalah bila bulan puasa nanti.. Dia pun sibuk nak berbuka dengan kita.. Confirm, aku kena siap2 masak dulu, then baru amik dia dari babysitter.. Kalau tak, sure tak jadi memasak jawabnya.. huhu..

Apapun, harap dapat ganti berpuasa sampai habis tanpa halangan... InsyaAllah.. :)