Sunday, February 15, 2009

I'm Not Alone Tonight..

Sebabnya, cik Recks kat ada kat sini.. :) Petang tadi, kakak dia yang tolong hantar kitorang balik.. Thank you, kakak.. Plannya, nak antar aku dulu kat Senawang ni.. Then, hantar Recks balik kem.. Since Recks tak suka balik kem dia awal2, aku nak hantar dia malam ni.. Tapi, dia taknak pulak, dia nak balik esok pagi.. Share katil la kitorang malam ni.. hihihi.. Aku no problem saja.. Esok pagi la antar dia ke kem tahanan tu.. Aku cuti next day.. boleh buat part-time job as driver.. hehe.. 

So, bila dah berdua, aktiviti utama ialah makan.. hehe.. Aiskrim yang aku buat macam kak Izan bagi tu, dah abis dah kitorang selesaikan.. Ni, tengah dengar lagu pulak.. Siap pasang lagu Hindustan from cite Dil Se.. Chaiya-chaiya.. We are Hindustan fans during school.. Big time fans, no joke.. Siap goyang2 kepala lagi.. haha.. 

Thursday, February 12, 2009

Aiskrim Malaysia or Aiskrim Batang??


Mana satu yang betul ni? Korang panggil apa? hehe..

Kul 10.00pm tadi, pegi ofis jap, ada hal sikit.. Aku mintak Kak Izan teman.. Dah balik tu, aku tanya dia: "Akak ada aiskrim lagi x?" Sebab hari tu, datang rumah dia ada makan aiskrim ni.. Sedap dan lembut!.. Aku cakap, aku nak.. Tak malu betul.. hehe.. So, masa hantar dia balik, dia bagi la aiskrim 2 batang.. Yum-yum.. 

Teringat masa kecik2, kitorang (adik-beradik) panggil Aiskrim Batang.. Don't get me wrong, ok.. hehe..  Sekarang ni, dengar semua orang panggil Aiskrim Malaysia, so, aku pun dah tak guna dah term zaman kanak2 tu lagi.. Nanti orang cakap, sensored! :P

Nanti nak buatla aiskrim macam tu.. Letak yogurt drink, susu and cocktail.. Aku ada buat aiskrim milo, tapi, kesudahannya beku macam tu aje dalam peti ais.. Tunggu waktu utk dimasukkan dalam tong aje.. cet.. 

Tuesday, February 10, 2009

Me Being a "Makcik"..

Actually, I'm not that old to be called as "makcik" :)  Cuma sometimes aku selalu lupa tentang sesuatu benda/perkara la.. I hope that will not lead me to become careless or care-less.. Here are the lists of me being very forgetful (takdelah panjang mana)...

1) Masa balik rumah KL last weekend, aku guna mak aku punya handphone nak message2 dgn kwn2.. Masa tu kat ruang tamu.. Maklumla, mak punya phone byk SMS bonus.. kehkehkeh.. Dah nak tido, aku letak handphone tu dalam beg aku then masuk bilik.. Mana tau leh SMS lagi before tido.. hehe.. Tapi, aku terus tido and tak keluarkan dari beg aku.. And, finally, I ended up bringing that phone to Senawang without noticing that I was accidently have taken it.. Bad me.. I just realized when I heard unfamiliar ringtones from my room.. Cari punya cari, la... Handphone mak aku rupanya.. Ayah aku yang call, konon nak cakap dgn mak.. Tapi, aku pulak di hujung talian.. Confuse sekejap.. hehe.. Entah bila aku nak pegi hantar balik handphone mak.. Hujung bulan la kot.. Post nanti, xsampai pulak.. hehe.. Sekarang ni, total ada 4 handphones kat aku.. :P

2) Dua minggu lepas kot, aku mintak IC ayah.. Nak pegi photostat.. Dah siap fotostat, aku simpan la dlm wallet, dgn harapan nak bagi balik bila sampai rumah... Lupa pulak.. Aku bawak balik Senawang jugak... Last week, balik KL... pun, lupa jugak nak pulang balik.. Ni, ada lagi dalam wallet aku.. Ayah aku pun tak perasan agaknya.. Takde pun tanya apa2 kat aku.. Agaknya, dia pun dah lupa.. hehe.. Ini pun, cukup bulan la.. Kena letak reminder dalam handphone..

3) So on and so forth... 

Note: Ada byk lagi yang aku lupa, tapi, aku pun dah lupa apa dia.. macam mana tu? hihi..

Friday, February 6, 2009

Take A Break..

Beberapa kali aku try convert video from 3gp format to WMV.. Finally, baru berjaya.. Enjoy these following videos..
Rasa2 ada bakat tak Cik Sofia jadi pelakon iklan? haha.. Video ni ialah projek bersama antara Liana (the director) dengan Sofia Lauren (the actress).. hehe.. Aku tak tau bile diorang rakam.. Hari tu, time kat hospital tengok ayah aku, ayah yang tunjukkan video ni.. 

Dapat tangkap x apa yang Sofia cakap? Dia nak promote kerepek bawang tu... hehe..

Yang lagi satu ni pulak, tergelak sorang2 bile aku tengok balik.. Masa ni, Sofia baru umur 5 tahun kalau x silap aku.. Menyanyi bukan main pandai, cuma, sama ada faham atau tak aje butir2 nya.. hehe.. 


Bila tengok video2 ni, rasa cam nak balik rumah la pulak.. Sebabnya, petang tadi Tasha call aku, Sofia nak cakap.. Adik aku suruh aku balik sebab nak suruh balutkan buku sekolah dia yang baru cikgu bagi and suruh tulis nama skali.. Ni la keje aku setiap tahun, tukang membalut buku diorang.. hehe.. Tengoklah, macam mana esok... Dah banyak sangat cuti paksa ni, aku kena pilih2 pulak bile time nak balik rumah.. hehe.. Actually, ada benda lain jugak yang aku nak buat kalau balik KL..  Lagipun, mak aku cakap byk surat untuk kat rumah.. Inside one of them is Baskin Robbin Voucher... Nyum, nyum.. 

Note: Jom sayang, kite belanja aiskrim free... :P 

Wednesday, February 4, 2009

4 Working Days in A Week..

Starting this month, me and all my collegues will be working only 4 days in one week...  Macam best je bunyinya, kan?? Memang la best, keje sekejap, pastu dah cuti balik... Tapi, yang tak bestnya cuti itu tidak dibayar... huhuhu.. What to do.. That is one of the cost reduction plan introduced by the company.. Really hope things will be better soon.. 

Note: Cuti 3 hari, boleh buat part-time job ni... Ada x yang nak offer aku keje? hehe.. Jadi baby sitter ke.. :P

Thursday, January 22, 2009

Happy Chinese New Year & Happy Holiday Again!

After the long shutdown during the Christmas and the New Year, I will be having another looong holiday this Chinese New Year... What to do? We have to admit that the economic slowdown affects industries like us.. However, unpaid leave is better rather than jobless, right? All we need to do is to be grateful with what we have now, if compared to those unlucky people in Palestine..

Okay la, hope you will enjoy the holiday as much as you can.. Till then, tata..

Advertisement:

This morning, Heong gave me a gift.. I was very happy to see that it is The Belgium Chocolate..





There are also Chinese collegues who gave oranges to me.. I love the sweetness of this cute oranges.



Wishing you guys a prosperity prosperous (Asyik ingat prosperity aje, hehe..) year ahead.. It is not about something you given me, it's the thought that counts, eventhough I am a Malay ..

Card Making..

Aku dah dapat dah CD gambar2 tunang hari tu.. Since saiz file utk setiap gambar tu sangat besar, susah nak upload kat sini.. Yang hari tu aku dah letak tu, kire cukup la, kan? Setakat ni, belum ada masa lagi nak edit satu2 bagi kecik sikit itu saiz... hehe.. Aku just tengah pilih2 mana yang nak masukkan dalam album..

Dalam CD tu, antara yang ada ialah gambar card yang aku buat.. Busy2, aku asyik terlupa aje nak snap sendiri.. Inilah rupa kad tu.. Dah edit2, comel jugak kan? hehe.. Perasan!





Actually, aku buat 14 keping aje.. Dah calculate2 kat siapa nak bagi.. and satu, utk simpanan sendiri.. Nak buat fortfolio la, katakan.. kuikuikui.. . Siapa yang tak dapat, jangan kecik hati pulak.. Nanti kahwin la, aku bagi kad lain.. :p Tapi, takde la aku buat lagi hand-made card camni.. Tempah, sudah.. Sakit pinggang aku dok lama mengadap kad yang beratus2 tu.. ;) Lintang-pukang pulak peta nak pegi rumah aku sebab nak custom made punya pasal.. haha..


Tadi, belek2 handphone, terjumpa la gambar kad lain.. Sebab tajuk kat atas tu "Card Making", aku letak skali la gambor kad ni.. Kad raya aku buat utk Sofia masa raya hari tu.. Sofia nak bagi cikgu kesayangan dia, Cikgu Su.. Satu lagi utk Makcik Liza, orang yang buatkan makanan utk budak2 pra-Sekolah.. Sekejap-sekejap makan, manalah adik aku dah tak slim macam dulu.. hehe..



Sunday, January 18, 2009

Kerana Juara Lagu..

Semangat betul aku hari ni.. Balik Senawang awal sebab nak tengok Juara Lagu kat tv3 malam ni.. hehe.. Kul 3 lebih dah bertolak dari rumah.. Punyalah panas cuaca tadi, which is not my favourite time to drive.. On the way tu, rasa punyalah mengantuk.. Sampai satu tahap, mata rasa cam terlelap sekejap.. Ah, sudah.. Bahaya gini, risau aku.. Dah tu, mata asyik terkebil2 menahan dari rasa nak tertido.. Nasib baik la Senawang ni x jauh mana, after 1 hour, dah sampai dah depan rumah.. Then, after Asar, aku terus aje tido sampai ke maghrib.. hihi.. Siap mimpi apa2 entah..

Now, I am in front of the tv, waiting for the Juara Lagu to start.. Harap best la diorang nyanyi.. Aku xde favourite singer pun, tak tau mana yang aku nak sokong.. Macam main bola la pulak.. hehe... But, maybe expect Faizal Tahir kot yang menang.. Tak kisahlah siapa menang, yang penting, yang menang tu lah yang aku sokong.. haha..

Tuesday, January 13, 2009

First Day of School..

Sofia masuk darjah 1 tahun ni.. 2nd of January, aku yang hantar dia pegi sekolah, ada suai kenal budak2 baru.. Ayah tak dapat hantar, sebab pegi checkup kat hospital.. Mak pulak sakit gigi.. Since Sofia dah mula Pra-Sekolah kat sekolah yang sama, dia takde problem nak pergi sekolah.. Persekitaran sekolah pun dia dah familiar.. Takde la nangis2 nak balik..







Aku jumpa cikgu nak bayar duit fail utk kad pergigian dan kad kesihatan, pastu cikgu tu cakap "Akak bawak anak akak pegi beratur masuk kelas.. bla bla bla.." Gitu la lebih kurang.. Aku pun iye kan ajelah.. Terasa tua pulak tiba2.. hehe.. Bila aku jalan berdua dgn Sofia, selalu jugak orang tanya "Anak akak ke?".. Sabar jelah.. Do I look that old? hehe..

Sekarang ni, dalam cost-saving mode, kadang2 je aku bawak Sofia.. Sebabnya, demand dia tinggi.. Kalau aku beli 3 barang, utk dia pun nak 3 barang jugak.. Kalau dia dapat lebih, dia tak complain pulak.. Kalau nak ikut aku, kena siap2 berjanji "Jangan Mintak Apa2".. hehe..

Ingat lagi aku pernah cakap kat dia..

Aku: Kalau adik nak shopping selalu, nanti dah besar kena kahwin dengan Datuk..
Sofia: Adik tak nak kahwin dengan Datuk.
Adik nak anak Datuk..
Aku: Haha..

Bukan main materialistik adik aku ni.. hehe..

Dah 2 minggu sekolah ni, belum start belajar lagi.. Ada aktiviti kat dalam kelas dan dewan.. Dia bagitau aku, "adik mengantuk dengar cikgu cakap"... Nak je aku cakap kat dia, suruh tido aje.. Apa taknya, aku dulu kat sekolah time form 4 -5 adalah pentidur yang tegar.. . Anytime, anywhere.. haha.. Dalam kelas, dalam library.. even dalam makmal Fizik.. Aku salahkan nasi kawah 100%.. haha.. Tapi, bila fikir2 balik, x elok la aku ajar adik aku habit camtu kan... Tahan jelah mata tu, dik oi..

Sunday, January 11, 2009

The Hantaran..

Ini adalah gambar-gambar hantaran pertunanganku dan Encik Ahmad hari tu...

Hantaran from me..


Tema hantaran, warna pink.. Tapi, bunga kaler maroon yang banyak.. Kira campur-campur la.. hehe..


Sirih junjung.. Credit to Kak Alia from Ampang.. Aku suka.. very sweeet.. :)


Baju Melayu..


Songket...


Songkok dan Sejadah..


Perfume..


Chocolate.. harta karun version.. idea from Pirates of The Carribean.. haha..


Potpouri dalam beca...


Lovely fondant cake.. Credit to Kak Fazlina. Dia bagi nama ENDLESS LOVE, gitu :).. Aku suka design cake yang dia buat ni, sangat menepati citarasaku.. Sweet and lovely..


Buah-buahan tempatan..

Selain sirih junjung dan kek, hantaran aku, Epit yang buat.. Leh katakan 80% la from his touch.. Aku tukang beri kritikan membina je.. Kritik teruk2 kang, pak andam lari, susah aku woo.. haha.. So, sapa nak buat tempahan, boleh la.. Dia boleh jadi Pak Abu the second.. haha...

Sekarang, tengah fikir nak buat hantaran kahwin warna apa ye.. Tengah cari2 design yang menarik.. Takpe kan, kalau hantaran warna lain dari kaler tema? Any idea??


Hantaran from him:

Tema hantaran ialah biru/turquoise..


Sirih junjung..


Bekas cincin... Cincinnya dah ada kat tangan saya.. hihihi..


Baju nikah..


Perfume..


Chocolate.. Sedap2.. sekejap je dah abis.. hehe.


Towel..

Gambar cupcake, tak sempat nak snap.. Dah abis dah kena ngap.. hehe... Cupcake tu diletak dalam bekas sama cam bekas baju tu..


That's all...