Saturday, August 20, 2011

Sunday Teaser…

IMG_2919

:)

Thursday, August 18, 2011

Changing Hari Raya Notes…

Have you change your duit raya? Yes, I did it yesterday.. Selagi tak settle, selagi tu terfikir2.. hehe..

Nasib baik turun awal sikit.. Itu pun sudah ada 15 orang beratur depan aku.. Tunggu punya tunggu, lebih kurang 10.30am baru dapat tukar duit..

IMG_2887

IMG_2886

IMG_2888 Panjang betul beratur sampai nak dekat pintu masuk..

This year bajet sama je macam tahun lepas.. Tapi, aku tukar lebih sikit sebab takut tak cukup, nanti malas nak tukar2 lagi.. Meh, siapa nak duit raya, datang rumah ye! :)

Cuma yang tak best, tukar banyak2 (untuk husband skali), dapatnya 1 pack aje sampul raya.. Kedekut! huhu.. Next week, nak try pergi CIMB pulak mintak sampul raya lagi..

His First Art Work…

Last night, masa nak solat, Haikal kacau2.. So, suddenly, aku teringat tentang chalk mat yang aku menang Giveaway dulu…Maybe dia boleh leka main benda tu.. Aku pun letak Haikal kat katil dan bagi dia chalk mat tu untuk tulis2 atas tu.. Alhamdulillah, memang dia ralit menconteng.. Memang berbakat anak aku ni.. hehe..

IMG_2867 Seperti biasa, suka buat muka lawak sampai tak tahan nak gelak.. hehe..

IMG_2869 “Look at my art masterpiece, cantik kan?” Smile with tongue out

IMG_2871 Excited..

Bila agak2 dia dah boring, mula menconteng kat tempat lain, aku terus amiklah.. Mana boleh! Nanti abis diconteng satu rumah.. huhu..

Wednesday, August 17, 2011

Dilema Wanita: Should Or Should Not?

Dari hari tu, asyik terfikir-fikir fasal sandal yang aku nampak kat Isetan.. hihi.. Orang perempuan, biasalah.. Bila tanya my hubby okay ke tak, dia cakap “Bukan hari tu dah beli kasut ke?”.. huhu.. Itu kasut, ini sandal.. Lain, kan? hehe.. 

IMG_2828 Comel tak yang putih tu? Jenama apa entah.. Konon nak match dengan handbag baru aku.. hihi..

Tapi takpe, this weekend kalau keluar mana-mana, survey dulu kot ada lagi yang cantik2.. Kalau tak, kite sambar aje yang ini.. :) Tapi itu pun tak confirm amik lagi, sebab tak try betul2 dengan saiz aku.. If not comfortable, tak dapeklah jawabnya.. huhu..

Note: Beside cerita sandals ni, if you are thinking to get internet for your mobile phone or tablet, this is the cheapest in town so far!

Tuesday, August 16, 2011

Bila Bosan, Mari Kita Hias Rumah…

It’s actually a virtual home, not a real home.. Hias rumah sesuka hati sampai hati jadi happy.. haha..

Maybank is organizing online game contest, diberi nama MyRaya with Maybank, di samping tu boleh donate to charity jugak..

Jika nak join, boleh click on the below photo.. It is interesting and exciting.. Boleh invite kawan-kawan jadi neighbour, ala2 main Farmville dalam Facebook tu lah..

fanpage_afterlike6

Aku yang tak suka main game online pun jadi ralit hias rumah.. Tak cukup duit nak tambah perabut.. hihi..

Hope you enjoy it too..

Bad Traffic In KL..

How do you guys cope with it? Hari-hari menghadap traffic jam, semak jugak kepala otak, kan? Aku yang baru-baru kerja KL ni pun dah tak berapa nak tahan, inikan pulak nak kerja bertahun-tahun sampai pencen.. huhu.. Nasib baik ofis tak masuk sampai area Kerinchi, Bangsar etc.. Federal Highway tu kalau tak jem, memang ajaibla, I tell you..

Masa kerja Senawang dulu, tak jem pun.. Adalah sesekali jem sebab accident.. Aku make sure 7.20am dah berada kat simpang depan rumah, then aku akan sampai at the office’s gate at 8.00am.. Kat KL ni tak boleh begitu.. Even keluar awal pun, kadang-kadang tak tentu.. The traffic is so “unsangkarable” and unpredictable.. Waktu hujan, it will take you longer than usual.. Tapi, biasanya, aku akan keluar rumah dalam 7.00am++.. Target aku, sampai kat Tol Besraya dalam pukul 7.20am.. Then, mesti lepas dari area Taman Desa (berdekatan Desa Waterpark) pukul 7.35am.. Kalau lewat dari masa ni, for sure aku akan lambat pada hari tu.. huhu..

Kalau jam sepanjang jalan, what will you do? Bagi aku, cara nak cepat ialah mencilok dan potong lane.. haha.. Kadang-kadang orang potong lane, aku tak rasa nak marah sangat, sebab aku pun buat benda yang sama.. hihi.. Kat KL ni, kena beranikan dirilah cilok-mencilok.. Kalau ikut aje lane, dari 40 minit, mahu jadi sejam lebih duduk atas jalan tu.. huhu.. Pernah jugak aku lalu emergency lane.. For the first time lalu, terus kena tahan polis.. huhu.. Nasib terlepas tanpa kena saman.. Bapak polisi tu tengok muka aku innocent kot.. haha.. Sekarang ni dah takde lalu emergency lane dah.. Aku dah tahu kat mana biasa polis terpacak setiap pagi.. Tapi tulah, potong lane memang tak boleh elak especially bila time U-turn.. :P

Tapi apapun, walau sesak macam mana pun, nak cepat sekalipun, keselamatan perlu diutamakan.. Drive safely!

Note: Hari ni Selangor cuti.. No traffic jam this morning.. I’m happy!

Snow Almond…

This one of my favourite kuih raya jugak!

Tengok dekat Cold Storage, jual RM29.90 sekotak kecik, tak jadi beli.. Kat Carrefour jual RM15, terus ambil satu bekas… Aku beli jelah biskut ni sebab malas nak buat.. Kena guna acuan, uli-uli bagai, tidaklah aku rajin sangat.. Sure Haikal sibuk kacau-kacau nanti..

IMG_2841  Walaupun harga agak murah, rasa dia okay jugak.. Tapi, kite sendiri boleh bezalah dari rasa coklat dia.. Kalau mahal, tentulah coklat dia mahal dan lebih sedap, kan? Smile with tongue out

IMG_2842  Sekarang ni dah tak pandang dah Almond London.. Aku lagi suka yang ini..

Dah suku bekas dah aku makan, memang confirm tak sampai raya! hehe..

Monday, August 15, 2011

Tupperware Can Opener…

Since Campaign bulan April lagi aku dah order Can Opener ni, tapi takde stock kat outlet.. Tunggu punya tunggu, last month baru dapat beli..

Harga selepas diskaun ialah RM50++.. Sometimes, I might be out of my mind, kan? Beli pembuka tin sampai RM50, macam takde benda lain nak dibeli.. haha.. Satu, aku suka Tupperware brands.. Kedua, I think it for long term usage.. Harap dengan penjagaan baik, boleh pakai sampai 10 tahun.. Manalah tahu, kan?.. Kalau bahagi setiap tahun, baru RM5 setahun.. :)

Lagipun, I love kitchen untensil.. So, this one is another one of my collection jugaklah.. Tetiba dreaming nak beli new mixer set.. Yang macam Chef Wan pakai tu.. haha.. Sudahlah, berangan aje.. Smile with tongue out

IMG_2862 My new can opener..

The good thing I found out about this can opener is, bila bukak tin tu, terbuka cantik je dia punya tutup.. Takde sharp edges seperti guna ordinary can opener.. So, I have no regret at all.. :)

IMG_2864 Rasmikan kali pertama dengan bukak tin F&N susu pekat manis ni.. My hubby kagum sebab tin terbuka cantik.. hehe.. Penutup tu pun boleh pakai balik untuk tutup tin, kalau nak..

Note: Ikea ada jugak jual can opener, tapi aku tengok sama aje macam yang jual di luar.. Nampak tak tahan lama..

Sweet Tooth…

Bulan puasa ni, tak cerita fasal makanan tak sah.. Tapi memang pun, masuk blog-blog orang lain pun, banyak tunjuk gambar makanan.. Ada yang buat terliur sampai rasa terus nak pergi beli.. hihi..

Sekarang ni aku rasa nak makan yang manis-manis aje.. Setiap malam kalau dapat chocolate cake ke, alangkah nikmatnya.. huhu.. Please put aside the calorie thingy.. :P Kalau fikir-fikir sangat, apa pun tak boleh, takut gemuk.. hehe..

On last Thursday, I bought Moist Chocolate Cake from Alexis.. Agaknya orang situ dah kenal muka aku yang sokmo masuk situ time lunch bulan puasa ni.. hihi.. Saja je nak try their chocolate cake pulak..

IMG_2829 Moist Chocolate Cake.. Balik, panaskan dalam microwave for a while, then ngap..

IMG_2832 Chocolate Bittersweet kat tengah tu nampak very tempting.. Tapi apakan daya, kalau bawak balik confirm cair di tengah jalan.. huhu..

Dah beli cake, jalan-jalan lagi.. Sementara tunggu kawan pergi Guardian, aku ke Krispy Kreme.. Tak pernah try lagi doughnut kat situ.. Macam-macam jenis ada, tapi aku beli 2 ketul je.. Kalau banyak-banyak, confirm tak habis.. Dua-dua ketul tu, of course, chocolate base.. Tengok tu, dah ada cake, beli doughnut lagi.. hehe.. Nafsu bulan puasa :P

IMG_2833

IMG_2834 Rambang mata.. Semua nampak sedap..

IMG_2835 My friend pun terpengaruh beli 2 ketul doughnut jugak..

IMG_2837 Masa nak bayar baru nampak ni.. So, next time, kalau nak dapat free 2 doughnut, kena turun kul 4.30pm.. hehe..

Malam tu, masing-masing perut penuh makan macam-macam.. Oh ya, Moist Chocolate Cake tu tak boleh beat Classic Chocolate Cake from Delicious.. Rasa dia lagi rich with chocolate, makan sampai boleh teringat beberapa hari.. hihi..

Korang, kalau ada lagi cake yang super sedap yang aku boleh dapatkan kat Midvalley ni, bagitaulah ye.. I want to try and witness it myself.. :) Bulan puasa ni memang banyak kitorang makan cake.. My hubby dah pesan beli cake untuk esok.. Tapi, kek lapis yang aku order tu, sampai esok jugak.. Mana satulah nak makan ni? huhu..

Note: Tiba-tiba takut nak timbang berat badan.. Smile with tongue out

Sunday, August 14, 2011

Night Bazaar – The Mines Downtown…

Apa pendapat korang tentang bazaar macam ni? Uptown, downtown, macam-macamlah.. Jangan “downturn” sudah.. hehe..

I’m not a big fan of these.. Sesekali nak jalan tu okaylah.. Maksud aku, sekali setahun.. haha.. Lagipun, bila Haikal ada ni, aku agak tak selesa pergi tempat ramai-ramai macam ni.. Haikal tak suka berdukung.. Lepas tu suka lari jauh dari aku.. huhu..

IMG_2675

Sebelum puasa hari tu, my hubby ajak pergi cari jam loceng untuk bangun sahur.. Mula-mula aku tak nak.. Carrefour pun ada jual jam loceng.. Macam-macam alasan, bunyi tak kuatlah, tak banyak pilihanlah.. Aku pun ikut sajalah.. Smile with tongue out

Sampai sana, mak ai, parking penuh… Kitorang pun terpaksa buat double parking.. Ronda-ronda tengok biasa aje.. Sama macam Cheras Downtown jugak.. Cuma barang maybe dah tukar kepada trend semasa.. Tengok sandals untuk Haikal, tanya RM15 tak boleh tawar langsung.. So, tak beli pun.. Beli jenama Bubblegums lagi dapat yang comfy..

IMG_2676 Tengok binatang..

IMG_2677 At this time, dah sleepy.. Yelah, dah dekat pukul 12.00am dah..

Di akhir pencarian, bertemu jugak jam loceng.. Lambang Manchester United.. Hentamlah labu.. hihi.. Itu yang sampai sekarang ni bangun sahur setakat ni belum pernah miss.. Bunyi KRINGGGGGGGG jam tu aje boleh membuatkan aku bangun terkejut dan terus tak mengantuk.. haha..

Tak lupa jugak untuk anak bujang kesayangan, belikan Haikal spek mata hitam untuk bergaya dan jugak jam digital Ben 10. Masing-masing berharga RM5 setiap satu :) He loves his watch so much.. Sampaikan waktu tidur pun tak bukak.. hehe

IMG_2683 “Jam Ben 10 saya..” Cepat 2 jam dari waktu Malaysia.. haha..

Sekian..