Sunday, February 13, 2011

5 Kenduri…

Semalam hectic giler.. Kitorang berjaya pergi 5 kenduri dalam satu hari.. Memang banyak orang buat kenduri semalam.. Tak terfikir pulak sebab tarikh cantik.. Ramai yang nikah 11.02.2011.. Cuba tengok balik tarikh tu.. Rupa-rupanya, 1102 tu reflection kepada 2011.. Try pergi letak kat cermin, tengok… hehe..

Bila dah banyak kenduri kahwin, kenalah sedia hadiah.. Kadang2 tu, tak sempat beli, hulur duit ajelah.. So, tengah2 malam, bila Haikal dah tidur, aku pun buat operasi balut hadiah.. This is what happened to all presents.. haha.. Semua sama kaler, malas dah nak pilih2 corak lain2.. hehe.. If you noticed, this is also wrapping paper yang aku guna untuk invitation card majlis Haikal nanti.. hehehe..

IMG_0785 Lepas balut, terus tulis atas pembalut.. senang, tak payah card2 bagai..

Oh ya, last majlis yang kitorang attend semalam ialah pukul 5.30pm.. haha.. Of course dewan, meja semua dah kemas.. My hubby just jumpa aje kawan dia and bagi hadiah.. Nak makan pun dah tak larat dah, penuh perut dengan nasi beriani… :)

Saturday, February 12, 2011

Handmade Invitation Card..

IMG_0804 Siap invitation card, macam anak nak kahwin pulak.. Padahal baru setahun jagung.. hehe.. Actually, ini hobby aku.. Dulu, masa tunang pun, aku buat card jugak..:) Cuma sekarang ni, when Haikal is around, susah sikitlah nak buat fancy-fancy.. Aku buat simple aje, yang penting ada alamat, tarikh dan peta.. Nak bagi kat kawan2 mak, saudara mara, pakcik makcik yang takde email.. Kawan-kawan sendiri tak dapat ye, aku invite via FB aje.. hehe.. Tak kuasalah nak post2, setem mahal.. haha

Note: Nak blogging pun susah, anak asyik mengacau.. Dia tengah tarik baju aku nak naik atas sofa ni.. haha.. So, entry ini pendek aje.. Smile with tongue out

Thursday, February 10, 2011

Lampu Di Porch..

Takde idea nak tulis pasal apa sebab busy.. So, tanpa fikir susah payah, kite letak gambar lampu kat depan rumahlah.. hehe..

Susah jugak ye nak pilih lampu depan ni? Dua kali keluar masuk kedai nak pilih lampu.. Konon nak cari yang lain daripada yang lain dan tak nak sama dengan orang.. haha.. Lalu terpandangkan lampu ni di V-world Lighting yang kitorang selalu pergi tu, terus jadi beli… Setakat ni, round2 kat area taman takde lagi sama dengan rumah orang.. hehe..

IMG_9995 Tak taulah stainless steel ke tak.. But it looks like stainless steel..

IMG_9997

Lampu ni bila pasang takdelah terang benderang seluruh porch.. Bolehlah setakat nak cari-cari selipar waktu malam tu.. hehe.. Yang bagusnya, jiran kitorang pasang lampu kalimantang.. So, dapatlah tempias terangnya lampu dia.. Maka, kita off lah lampu bila jiran dah pasang lampu.. Nampak tak, penjimatan di situ? haha.. :P

Tuesday, February 8, 2011

Just Around The Corner…

IMG_0721  Gambar tiada berkenaan dengan tajuk entry.. hehe.. Haikal menangis tak dapat bukak cabinet rumah atuk Smile with tongue out

Haikal will reach 1 year very very soon! And, kitorang akan buat kenduri akikah, his first birthday and housewarming sekali.. Kira 3 in 1 event lah ni.. Senang, sekali harung.. hehe.. The date will be announced later, InsyaAllah next weekend, so it will be birthday in advanced.. Ala, takde beza pun sebab Haikal was born on Feb 24..  Beza 4, 5 hari aje awal… Because end of February nanti, dah busy nak buat persiapan ke Padang pulak… Nanti aku jemput dalam FB especially our close friends, colleagues and family members..

Kawan2, nanti datang ye! Bawak anak2 sekali.. Tak sabar nak tengok Haikal tiup lilin atas kek.. hehe…

Note: Haikal still malas nak berjalan.. Setakat berdiri aje, pastu duduk balik.. huhu.. Maybe nak jalan masa setahun kot.. :)

Monday, February 7, 2011

My Best Friend's Wedding…

Congratulations to Ely and his husband.. Semoga happy selalu dan bahagia ke akhir hayat.. Amin…

Last Saturday, kitorang ke Merlimau menghadiri kenduri kahwin Ely.. Bila time kenduri, dapatlah jumpa balik kawan-kawan lama.. Itu pun tak dapat borak lama2 sebab dah ada baby yg mintak perhatian.. hehe.. Takpelah, next time boleh jumpa lagi.. Ada lagi kawan2 yang bakal menamatkan zaman bujang tak lama lagi..  :)

IMG_0726  On the way pergi kenduri.. Kereta banyak, Haikal tak reti duduk diam dalam kereta..

IMG_0727 Bila tangkap gambar dia, dah tahu nak tarik camera untuk tengok gambar kat screen.. Tapi, lepas tu abis ditekan2 macam hak dia.. huhu..

Sampai2 aje rumah pengantin, Haikal tidur.. Terus bawak masuk rumah, cari bantal kecik pastu tidurkan kat ruang tamu.. Dapatlah mama makan tanpa tangan yang mencapai2.. hehe.. Masa tengah makan tu, mak aku tunggu tengokkan Haikal tengah tidur..

IMG_0728   Dengan Mia.. Anak Epit yang kedua.. Bila Haikal bangun, asyik2 nak sayang Mia ni.. Naik lemas dibuatnya Smile with tongue out

IMG_0735

Ni antara photos sekitar majlis kahwin Ely.. Tak dapat snap banyak sebab bateri dah kong..

IMG_0729

IMG_0730

IMG_0731With my best friends as well.. Haikal blur baru bangun tidur…

IMG_0733My hubby with our Chinese friend…

IMG_0734

IMG_0736  Sempat lagi bergambar anak-beranak.. haha..

IMG_0738 Dengan pengantin…

IMG_0740  Haikal yang happy ditiup angin dari kipas besar…

Ketemu lagi dengan Ely di Bukittinggi.. Dia akan melangsungkan perkahwinan di kampung halaman pulak, bulan depan.. Tak sabar!

Sunday, February 6, 2011

Magic Mop….

Pernah dengar fasal Magic Mop tak? Actually, aku tau masa pergi Houz Depot tak lama dulu.. Masa sibuk2 cari barang rumah.. Dari situ, my hubby dah terpikat dengan kelebihan mop ni.. Apa yang magic sangat? hehe.. Magic, sebab boleh perah dia punya bulu tu tak payah guna tangan :P Bagi orang yang penggeli macam aku, memang sesuailah guna product ni.. haha..

Tapi, kat Houz Depot tu harganya RM99, kitorang tak beli pun.. Just tengok aje promoter buat demonstration.. Last 2 weeks, masa jalan2 beli groceries kat Carrefour, Midvalley, ternampak kat Cosway promoter pegang mop ni.. Kat Cosway, tak panggil Magic Mop.. Namaa dia Spin Dry Mop.. Tanya harga RM69.90 camtu.. Ingat nak beli, tapi tak ingat pulak nombor ID kakak ipar.. hehe.. So, KIV dulu next time baru beli..

Last week, my hubby sudah tak tahan lagi nak beli mop baru.. Sebab mop kat rumah tak best nak mop lantai.. hehe.. So, pergi Cosway di Seri Kembangan beli mop ni.. Balik rumah, terus try mop baru.. :P

IMG_0686 Papa yang beli mop, Haikal yang ter”over” happy! hehe..

IMG_0690  Papa suruh Haikal main jauh2, jangan kacau orang nak baca manual.. huhu

IMG_0691  Being a curious baby, dia tak peduli, dia redah jugak.. “I want to know what is inside it”.. Smile

IMG_0692  “Haikal nak masuk dalam ni, boleh tak, papa?”..

Apa yang bagus tentang mop ni berbanding mop-mop lain? Dia ada kemudahan untuk memerah bulu mop tu tanpa kena pegang.. Lagi, bila perah dengan 360 darjah gini, senang nak toss air dari mop dan boleh sambung mop dengan cepat.. Kalau guna tangan, jenuh jugaklah nak perah, kan?

IMG_0693 Tengoklah betapa bersemangatnya! Dah siap schedule dah nak mop berapa kali seminggu.. hehe..

Maybe dengan adanya mop ni, aku pun akan rajin mop jugak.. especially when my hubby kerja outstation.. Aku bukan tak pernah mop langsung, tapi jarang-jarang.. haha.. Sebab geli tak suka pegang bulu mop untuk perah sampai kering… huhu..

Saturday, February 5, 2011

Baking Mood…

Yeah, my baking mood sudah datang.. hehe.. Start dari buat chocolate cupcake hari tu, then buat lagi next batch pulak.. Tahu ajelah, bila datang mood, semerta datang angin nak beli macam-macam barang untuk baking.. Nak buat cake lah, cheese cake lah, macam-macam.. huhu.. Kat KL ni, cakap aje nak beli apa, semua ada.. Tapi tulah, sediakan aje duitnya.. Kalau boleh petik kat pokok cam daun, kan bagus? haha... Kalau nak beli barang2 buat kuih yang murah, terbayang terus kedai jual barang bakery, Bagus.. Aku kerja kat area Keramat, dekatlah nak ke kedai Bagus di Melawati..

Rambang mata dibuatnya bila masuk kedai.. Macam2 loyang ada.. Fokus, fokus.. hehe.. Aku amik yang mana berkaitan aje… Firstly, cup untuk cupcakes..

IMG_0701Macam-macam loyang.. Aku prefer loyang non-stick.. Sebab loyang biasa dah ada dah.. Guna untuk masak bubur Haikal.. hehe..

IMG_0702

IMG_0700  Alas kek.. murah aje.. Harga dari 30sen ke RM1.00++.. Aku amik satu, konon untuk buat kek nanti.. :)

IMG_0703 Bahan2 untuk kek.. Kalau rasa nak buat cake resipi orang puteh, yang barang2 dia susah nak jumpa, try cari kat sini, mungkin ada… Cheese untuk buat pizza pun ada…

IMG_0704

IMG_0705  Inilah hasil pembelian impulse aku.. huhu..

IMG_0709  Haikal menyelongkar di rumah.. Barang lain aku beli ialah loyang untuk cupcake dan spring form tray.. Spring form tray ni murah jugak RM28 aje untuk 3 buah.. Senanglah kalau nak buat cake, tak melekat dan tak payah susah2 nak keluarkan dari loyang…

Happy Baking!

Wednesday, February 2, 2011

Alamak…

IMG_0685 Ewah-ewah, terangkat kaki masa makan ye…

Bila sebut “Alamak”, Haikal angkat tangan dan letak atas kepala.. hehe.. Pandai pulak beza dengan “Hello” sebab kalau hello, tangan diletakkan kat telinga.. Smile

Monday, January 31, 2011

Bagaimana Atasi Bayi Menggigit Semasa Menyusu?

Breastfeeding ni memang mencabar.. Dari baby kecik sampailah umur nak dekat setahun ni, macam-macam peringkat ada.. Masa baru lahir dulu, mulut macam mulut burung, asyik nak menyusu aje.. hehe.. Bila dah besar sikit, umur 4 – 5 bulan, Haikal minum banyak sampaikan aku jadi risau stock susu tak cukup.. Masa dia 7 bulan, cabaran lain pulak, aku kena pergi OBM dan sungguh2 aku kumpul stock untuk baby minum selama 7 hari 7 malam.. Ni dah nak dekat setahun, cabaran lain pulak datang.. Paling mencabarlah dalam perjalanan breastfeeding aku ni.. Iaitu, Haikal suka gigit bila dia nak lepaskan nipple after dia menyusu.. huhu.. Tau ajelah, gigi dia dah 4 batang.. Gigi yang atas tu jarang sikit.. Bila dia gigit dan tarik, mak ai ngilu dan sakit giler..

Time menyusu sekarang ni aku rasa macam pergi perang.. Kecoh giler dengan adengan mama menjerit, lepas tu diikuti Haikal melalak.. Mana tak stress dibuatnya? Selalunya aku time susukan dia bolehlah baring2 sikit, kadang2 tertidur.. Sedap2 aje nak lena, dia pulak gigit.. Terus datang hangin satu badan.. huhu.. Kesian jugak baby kena babap dan kena marah, tapi memang sometimes tak boleh kawal.. Tapi takdelah babap betul2 pun, just acah2 dia supaya dia tak buat lagi.. Aku marah-marah selalu pun, baby bukan paham.. Bila dah asyik gigit ni, aku jadi takut pulak bila tiba time menyusu.. hehe.. So, panaskanlah susu dalam botol, dan bagi Haikal minum sebelum dia nak tidur.. Tapi, ini budak memang bijak.. Nenen yang fresh jugak yang dia nak.. Kalau tak bagi, sambung melalak2 lagi dia.. haish…

Jadi, macam mana ye nak atasi baby menggigit time menyusu ni? Ada tak alat yang boleh protect nipple kita? huhu.. Pernah sekali I came across this one product, Medela nipple shield , iaitu sejenis puting yang boleh letak kat nipple khas untuk ibu-ibu yang susah nak susukan baby sebab flat nipple. So, I guess, in my case bolehlah letak puting kat nipple untuk protect time menyusu.. Let say Haikal gigit, gigitlah getah puting tu.. hehe.. Tapi, risau beli mahal2, Haikal tak nak menyusu pulak.. Ada cara lain? Please give me some ideas! But, please don’t ask to stop breastfeeding.. I love to breastfeed my baby, except the “menggigit” part tu lah..Smile with tongue out

Hari tu dah geram sangat asyik gigit aje, aku bagi puting kat Haikal… Tersengih2 gigit puting.. Haish, anak mama ni..

IMG_0679

IMG_0680

IMG_0676

IMG_0677

Lengang & Petrol Naik Harga Lagi!

Seronok giler pagi ni, bawak kereta berdesup ke ofis.. Keluar lewat sikit, tapi cepat sampai.. Kalau macam ni hari-hari kan bagus? hehe.. Memang tak dapatlah.. Next week, keadaan kembali seperti biasa.. Well well, nak duduk dan kerja kat KL, tentulah kena tahan menghadap keadaan sesak2 camni selalu.. Kalau tak sanggup, dah, pergi duduk Sarawak sana! hehe..

On the way, dengar berita kat radio! Damn, petrol RON97 naik harga lagi jadi RM2.50 seliter.. Walaupun Myvi aku guna RON95 yang tak terlibat dengan kenaikan harga, aku tetap bengang.. Sebab bila petrol naik, nanti barang2 lain semua naik harga especially makanan.. So, who to be blamed? Apakejadahnya semua ini? haha.. Sakit hati weh!