Seminggu tak update, rasa tak lengkap hidup… hehe..
Yelah, hari2 biasanya ada entry, tapi ni lama dah takde..
Boring bila bukak blog sendiri takde new update..
InsyaAllah, will update very soon..
everyone has stories to tell.. so do I..
Seminggu tak update, rasa tak lengkap hidup… hehe..
Yelah, hari2 biasanya ada entry, tapi ni lama dah takde..
Boring bila bukak blog sendiri takde new update..
InsyaAllah, will update very soon..
Tak habis lagi cerita pergi Terengganu hari tu.. hehe.. On the 2nd week, mak dan adik2 aku datang untuk tolong jaga Haikal.. Sekali dengan bercuti sekali lah, kebetulan time tu cuti sekolah…
Kitorang sempat jalan2 ke Masjid Kristal dan Pasar Payang.. Kalau sampai ke Kuala Terengganu, bawak mak, tentulah ke Pasar Payang tempat yang nak dituju.. Ke mana lagi, kan?? Aku aje yang tak kisah sangat.. hehe.. My husband lagilah tak kisah nak pergi situ.. Takut kena pau lah tu.. hihi.. Yelah, sutera kat situ semua mahal2.. Lucky I’m not the type yang pakai baju kurung dan suka membeli kain2 ni.. Kalau raya, beli dah siap aje.. Sonang cerita..
Okay, inilah dia Masjid Kristal yang disebut2 orang tu.. Baru pertama kali aku jejakkan kaki ke sini..
Posing-posing sekitar Masjid Kristal..
Haikal sibuk nak jalan sendiri..
Lepas Masjid Kristal, singgah makan di Pantai Batu Buruk.. Makan cucuk-cucuk kat tepi pantai.. Sambil makan, sambil kejar Haikal.. huhu.. Very tiring.. Tapi, bila bawak tepi pantai, taknak pulak dia jalan.. Sebab gelikan pasir pantai.. Jadi, berdukung ajelah jawabnya..
Muka geli tak nak pijak pasir pantai.. Kesian time ni, muka banyak kena gigit nyamuk.. Berbintat-bintat..
Hari dah petang, tengok jam, sempat lagi ke Pasar Payang.. Pasar Payang tutup pukul 6.00pm.. So, dapatlah singgah kejap jalan2 tengok apa yang patut.. Aku beli keropok je.. Mak akulah yang shopping.. Hambik ko, sekali dua biji toto Narita mak aku beli.. Memang tak muat kereta nak bawak balik.. Masa balik, adik2 aku naik bas, so angkut toto tu naik bas skali.. Kalau tak, memang boot kereta tak boleh tutup, kot.. hehe..
Banyak sutera2 yang cantik.. Tapi, sangat mahal.. Kalau tak over RM200, tak sah!
The next day, tengahari kitorang keluar lagi.. Pergi makan kat Giant and then singgah Pesta Buku Kuala Terengganu.. Dapatlah mak aku beli novel.. Duduk hotel lama2, takde buat apa2, novellah pengisi masa lapang..
Lepas tu, pergi Pasar Payang lagi.. This time kira last shopping lah, sebab hari lain aku dah kerja.. Tak sempat dah nak bawak.. Pergi Pasar Payang ni, kerja aku mengejar Haikal je.. huhu.. Nasib baik adik2 aku ada.. Bila aku beli barang tu, dioranglah tengokkan.. Kalau tak, memang tak terkejar.. Haikal asyik nak keluar dari kedai dan berjalan menuju tangga.. Apa entah yang dia cari? huhu..
Tolong duduk diam2 ye.. huhu.. Tak sampai seminit pun dia duduk, dah berjalan2 balik..
Balik tu semua orang flat.. Penat.. And Haikal pun tidur lama.. Tengoklah tu, tidur dengan jam tangan aku kat siku.. haha.. Sebelum tidur main jam aku, mintak pakaikan kat tangan dia.. Sekali sampai tidur pun pakai jam tu.. hehe..
Alhamdulillah, starting this Wednesday aku akan outstation 2 minggu kat Melaka.. Syukur sangat, kalau tak, kena pergi Kelantan.. huhu.. Kalau boleh tak naklah gi jauh2 sangat, sebab dah experience pergi Terengganu hari tu.. Kesian Haikal lah, jauh kena ikut mama travel.. Kat Melaka nanti, mak mertua akan jaga Haikal.. Takdelah aku nak sibuk2 pening kepala cari babysitter..
Harap kerja berjalan lancar.. Dan aku boleh balik on-time.. hehe..
Note: Harap Haikal pun baik2 aje.. Janganlah meragam time nak tidur.. Kalau hari kerja, memang boleh hilang sabar dibuatnya.. Kite nak tidur, dia melalak2 tak tau nak apa.. Memang kesian kita marah dia, tapi, kadang2 tak boleh tahan.. huhu..
Today, 24th June, Haikal turns 16 months!
A little bit late of update.. But, it doesn’t mean that I forget.. It’s just, I don’t have ample time to write about this..
Waving his hand, saying goodbye to mama.. :P Suka jalan2 main depan rumah.. That’s is why aku tak letak kereta dalam pagar rumah.. Biar lapang2 bagi anak main..
Let’s see Haikal progress as for now…
Okaylah, setakat ni dulu.. Nak packing barang, nak balik kampung.. hehe..
Remember my previous post that I bought online voucher with Milkadeal? Last week, I redeemed the voucher and get them delivered it to my office.. I thought I can wait to have a bite at home, but I can’t.. hehe..
These are the brownies that I ordered!
There are 16 pieces of it.. Very big portion and crunchy.. Hard to finish a single piece in one shot.. Anyway, memang sedap, not too sweet and suit my taste bud ;)
Yum yum… 16 pieces is too much for me and my little family.. So, I gave it to my family in Wangsa Maju and my family in law, instead.. hehe..
My boy, Haikal dah start showing his tantrum lah, I think.. These few days, dia mula buat perangai.. At first main elok-elok.. Pastu datang kat aku tunjuk nak apa-apa entah, pastu mulalah merengek dan melalak tak tentu fasal.. Kalau kena gaya, dia diamlah.. Kalau tak, terus melalak lagi sampailah kitorang try macam-macam nak tenangkan dia.. Lagi penat, dia nak dengan aku je.. Anak mamalah katakan.. huhu..
Malam semalam, bawak dia masuk tidur kat bilik, tak tahu apa tak kena, sejam lebih melalak.. Melalak bukan yang sopan-sopan, abis jiran-jiran dengar kot.. huhu.. Aku dukung-dukung, henjut-henjutkan, semua tak mahu.. Tidurkan kat dada pun, melalak juga.. Lama-lama aku yang tak tahan, jadi tension dan menjerit marah.. Mama dah tukar jadi raksasa gogon.. haha.. Lepas tu pujuk balik.. Siap panggil nenek dengan atuk dia datang (diorang duduk rumah abang ipar, selang 3 buah rumah dari rumah aku) sebab dah tak tahu nak buat apa.. Bila nenek dengan atuk ada, boleh pulak dia main2 dengan kunci dan Lion dia.. Elok je, siap senyum-senyum.. Kitorang assume dia tak nak tidurlah kot, tu yang segar je bila kat ruang tamu.. Bentang comforter kat luar, ajak tidur kat situ.. Elok je lepas atuk dan nenek balik dia tidur atas riba aku.. Alahai anak omak… Bikin kecoh je.. End up, aku tak dapat tidur semalam.. Tidur dalam kul 3 pagi kot, siap main game skali.. hehe..
Hari ni Haikal melalak jugak.. Tapi, Alhamdulillah, sekejap je.. Bagi susu formula dia tak mahu.. Nak “nyek” jugak.. Lepas tu terus tertidur.. Aku tidurkan dia kat ruang tamu jugak.. Dia nampak happy bila aku bentang comforter depan TV.. Nak tidur lapang-lapang kot.. Kalau tak, tidur bertiga sekali, habis dia kung fu muka papa dia.. huhu..
Inilah budak bertuah tu.. hehe.. He loves Vitagen! Siapa budak-budak yang tak suka, kan?
Aku percaya ni adalah phase yang anak-anak kite lalui.. Perangai budak-budak ni berubah-ubah dari masa ke semasa.. Aku harap makin lama makin okay, InsyaAllah..
Sayang anak mama…
Sungguh tak puas hati bila tak tengok sendiri baju2 yang on sales kat butik tu.. huhu.. So, on Tuesday, time lunch aku jalanlah sorang2 masuk kedai tengok2 apa yang menarik sambil snap2 gambar.. Tapi dalam hati, aku tahan diri supaya tak membeli.. huhu..
Actually, papa Haikal dah beli dah baju Haikal, masa kitorang still kat Kuala Terengganu hari tu.. Dia bosan sorang-sorang takde buat apa, pergilah situ cari baju Haikal… Masa tu baru start sales, banyak lagi yang saiz2 untuk Haikal.. Kira stock raya lah ni… Raya pun dah tak berapa lama lagi..
Sabar jelah aku tengok baju2 comel ni.. Kalau aku nak beli, kena beli banyak, baru dapat significant diskaun.. One piece less 30%, kalau beli more than 5, extra 20% diskaun lagi.. Jadi fikir2 balik, cukuplah apa yang my hubby beli.. hehe..
On that day yang my hubby beli baju tu, balik rumah dia terus Skype, tunjuk baju baru Haikal.. Itu yang geram je tengok tu.. Tak sabar nak balik nak round sendiri Baby Gap boutique.. huhu..
Then, malam kitorang sampai KL tu, papa dia tak sabar2 nak acukan baju.. Dengan badan tengah belengas dan muka comot tengah2 malam tu, layankan ajelah.. Haikal pun okay, suka je pakai baju baru.. Bila cakap “Cantik.. Cantik”, mulalah muka dia sengih2 kena puji.. hehe..
Agak besar sikit, tapi takpe, boleh pakai lama.. hehe.. Seriously, baju yang Haikal ada pun memang tahan sampai sekarang.. That’s is why aku suka Baby Gap ni..
His first khaki long pant.. Baju macam papa punya baju, tapi different colour..
Tengoklah nanti, kalau tiba-tiba nak beli lagi, mungkin akan ku jejakkan kaki ke kedai tu balik.. huhu.. Inilah mak-mak, rasa tak cukup aje.. Ala, bukan untuk orang lain, untuk anak sendiri jugak.. hehe..
Lepas check out dari Ri-Yaz, kitorang berpindah ke Grand Continental di Kuala Terengganu.. Lucky my hubby was there masa pindah-randah ni.. Kalau tak, pening aku nak angkut barang-barang.. Dengan Haikal lagi..
Time ni, cuti sekolah.. Hotel semua kebanyakannya penuh.. Nasib baiklah ada bilik kosong lagi time booking.. Actually, I prefer this hotel more than Ri-Yaz tu.. Hotel ni dekat dengan bandar.. Nak makan pun banyak kedai-kedai kat kawasan sekitar hotel.. So, jalan kaki pun boleh.. Lagipun, mak dan adik2 aku pun nak datang kan, senanglah diorang nak pergi beli makanan untuk lunch..
Seperti biasa, aktiviti kat hotel ialah mandi swimming pool.. Tapi, sepanjang aku duduk situ, Haikal mandi swimming pool sekali je, dengan papa dia.. Aku tak bawak pun.. Risau anak aku selsema.. Ni pun dah selsema, sampai sekarang tak baik lagi..
Macam-macam gaya anak aku ni.. hehe..
Ada satu malam tu, kitorang keluar gi makan dengan kawan my husband kat kedai air buah gelas besar.. Entah, aku tak tau kenapa ramai sangat orang.. Siap datang berbas-bas.. Air buah dia special kot.. Makanan dia biasa-biasa aje.. Sebab tak puas makan kat situ, kitorang jalan lagi dan cari sotong goreng tepung pulak.. Sedap-sedap.. hehe..
Tengoklah, Haikal memang tak duduk diam kalau keluar makan.. Sometimes buat aku tak sanggup! huhu..
Ni pulak main nyorok2 dalam almari.. hehe..
Hari Ahad pagi, mak dan adik-adik aku sampai.. Jadi, dioranglah yang jaga Haikal sepanjang aku bekerja.. Alhamdulillah, ada yang tolong, lega sikit aku.. Kalau tak, memang hari-hari aku kerisauan nak ambil baby kat babysitter sebab aku balik lewat..
Finally, dapat jugak reach RM100 and cash out the money.. :)
I purposely wait until end of month to cash out.. Tunggu-tunggu sampai akhir bulan, bertambahlah sikit2 duit dalam tu.. And, the final amount ialah RM117.67.. Weehoo! Lama jugak nak kumpul duit ni.. Tapi, sabar jelah.. Aku suka sangat kalau dapat scheduled tweets from the advertisers, jadi bila tweets kite dipublish kat twitter, confirm dapat duit.. Kalau kite share2 iklan, once in a while aje ada orang click, kan? So, tak dapat banyak sangat.. Apapun, kalau usaha, tentu dapat jugak.. Sama ada nak atau tak nak aje..
Okay, jika minat nak join Churp2 for your side income, boleh register di sini!
Lepas ni, kembali merangkak2 semula kumpul sampai cecah RM100.. hehehe..
Baru nak recap cerita-cerita kat Terengganu.. Masa kat sana, takde mood nak cerita sangat sebab kepala asyik fikir tak sabar nak abis kerja dan balik KL.. huhu…
Arriving at Ri-Yaz.. Upon check-in..
On the first week, aku duduk di Ri-Yaz Heritage di Pulau Duyong.. At first, aku ingat bilik dia dalam bangunan hotel, tapi bila sampai baru tahu dia konsep chalet.. Alang-alang dah book, duduk jelah situ.. Actually, aku prefer bilik2 hotel macam biasa tu sebab duduk berdua dengan Haikal, aku takutlah sebab jauh dari orang lain.. huhu.. Lagi-lagi dia dikelilingi pokok-pokok.. Banyak nyamuk, aku rasa!
Chalet dia beginilah.. 4 rooms in one building..
Our room.. Tak banyak gambar, bukan pergi bercuti pong! huhu..
My little engineer main plug.. Ayo, ada je yang dia buat..
Masa datang tu, my hubby ada skali.. Lepas check-in, relax2 sekejap, pergi makan, petang tu turun swimming pool.. Haikal of course sangat excited.. Dia suka mandi kolam je.. Mandi laut, tak suka..
Malam tu, my hubby balik KL.. So, kitorang hantar kat airport and then aku berdua dengan Haikal balik ke hotel.. Mula-mula tu memang nervous sangat because I did not know what will happen on the next day.. Aku kena hantar Haikal ke rumah babysitter kawan aku kat Gong Badak sebab nak kerja... Risau sangat sampai tidur pun tak lena.. huhu..
Masih tak mengantuk.. Dah tertidur masa hantar papa kat airport, balik bilik, segar-bugar..
Alhamdulillah, selama 3 hari hantar Haikal ke babysitter and everything went well despite having problem bila berdua aje keluar makan dengan Haikal.. Dia akan melalak bila duduk dalam carseat.. Stress sikit time memandu, tapi memang aku tak pergi jauh-jauhlah.. Just keluar makan dekat2 je dengan hotel.. Malas nak amik risiko.. hehe..
On the weekend, my hubby datang semula.. Checked out Ri-Yaz then check-in hotel lain kat Kuala Terengganu..
Naik buggy nak pergi breakfast..