Wednesday, September 16, 2009

3 Ramadhan Buffets In A Row...

Monday:

Berbuka puasa berempat, dengan kawan2 lama masa UM dulu, Dyan, Ernie and Ija.. Dah lama tak jumpa diorang.. Kitorang berbuka kat Seoul Garden, Plaza Pantai.. ini first time aku try makanan kat sini.. Tempatnya biasa saja, tak exclusive seperti yang bermain di fikiran aku.. hihi.. Tapi, rate RM38.90++ itu berpatutan lah dengan makanan yang kitorang makan termasuk yang tak abis makan, kitorang sorok dalam periuk kecik tu.. :P

Menu utama ialah steambot dan makanan bakar ala2 orang Korea la kot.. aku pun tak tau diorang makan camana.. ada daging, ikan, sotong, etc.. tapi, self service.. nak makan, bakarlah sendiri.. Steambot not bad, tapi, aku lebih suka Johny's Steambot.. Rasa sos dia lagi umph.. Makanan lain, nasi goreng, seafoods, kuih-muih, pudding, aiskrim..









Tuesday:


Aku ikut husband aku berbuka puasa dengan kawan2 sekerja.. tempatnya ialah Renaissance Hotel KL.. Rate ialah RM75++.. Kat sini, macam2 ada.. sate, nasi and bermacam2 lauk, meehoon goreng, bubur lambuk, laksa johor, rojak buah, cakes, ice-cream, lai chee kang, ABC etc... but, being me, I'm looking for something else instead of nasi.. nasi, kat rumah pun ada.. hehe.. lately, aku tak rasa nak makan nasi sangat la.. maybe sebab pregnant kot..



Cheesecake yang akan aku amik dulu kalau pegi mana2 buffet.. sebab, kalau habis sometimes diorang tak replenish balik... nnti kempunan i.. :P








chocolate fondue pun ada.. aku tak try pun.. just makan prune and peach aje, tapi tak celup2 coklat tu.. kenyang dah..

Wednesday:

Actually, letih jugaklah rush balik hari2, nak kejar KTM pukul 5.50pm.. pastu naik LRT to my husband's office.. tak daya lah aku nak drive ke KL, silap2 aku berbuka dalam kereta.. the traffic is so bad..

Hari ni, berbuka di Royale Chulan Hotel.. Tempatnya cantik, berhampiran Pavillion sana tu.. Menu memang banyak.. I was expecting something western.. tinggi tu expectation.. hihi.. yang ada, segala macam nasi, nasi ayam, nasi ulam, nasi lemak, ada meehoon goreng, sup gearbox, sushi, kebab, cakes, kuih2 melayu, roti jala.. kalau nak sebut, mmg panjang list..


sementara menunggu kedatangan yang lain..




cheesecakes, wajib ada! :)



Semua aku try, kuew teow goreng, meehoon goreng, nasi ayam and nasi ulam.. but, none of these memenuhi selera aku.. maybe, sebab dah banyak sangat diorang masak, macam tak sepenuh hati je.. Rasa tak berbaloi aje bayar RM99nett sorang.. Nasib bukan bayar sendiri.. hihi.. sate pun tak sesedap kat Renaissance.. nasi impit keras sikit.. Apapun, aku bersyukur sebab dapat makan kenyang2 and tak payah masak :P


ABC pun tawar hebe.. huhu..

Balik rumah, aku flat gile.. sehingga ketiduran di Sofa.. terlepas tengok Legasi 43 karat sampai habis...

Thursday:

Hari ni, jangan nak mengada makan luar lagi! Kena masak! hehee.. pening jugak ye fikirkan menu apa nak masak hari2.. especially bulan puasa ni lah.. asyik tanya orang je, pastu tercari2 resipi kat internet.. aku suka jugak cuba resipi2 baru.. tapi, masalahnya nanti, bila tak kena selera aku, my hubby sorang jelah yang makan... hehe..

2 comments:

aien5283 said...

Kenape la ko letak gamba mknn.. tempting gile hokay. Dh la aku x dpt berbuka kt luar sgt this year, sbb dh ade ensem boy kn. Buka kt umah pon kdg2 cam koboi, hihik. Jeles tgk desert2 tuh.. aku x dpt pong :-(

Nway, cokelat chip ko menarik. Mau rase bolehkah? hihi..

This is .... said...

ala, takpe.. nanti baby ko dah besar, boleh la bawak skali dia pegi makan gitu.. after raya pun, ada lunch or dinner buffet, pegi la kalau ada free time.. boleh try macam2..

meh la dtg beraya ke rumah.. boleh rasa kuihku.. :)