Saturday, June 16, 2012

Haikal Meets Humaira’…

Last Saturday, aku ada aktiviti lawan dart kat Petaling Jaya.. So, aku bawak Haikal sekali.. Bukan reti main pun, saja je join sebab admin dah letak nama aku.. Kalau asyik cakap tak boleh aje, nampak sangat anti-sosial aku ni.. haha..

IMG_1473
Budak yang terpaksa bangun awal pagi.. hehe..

IMG_1475

Sebab asyik kalah, main pun sekejap aje.. And, bila belek-belek Twitter, I just got to know, kawan aku, Reck nak pergi Midvalley tengahari tu.. Dah lama tak jumpa dia, so, balik dari Petaling Jaya terus ke Midvalley..

Bila Haikal jumpa Humaira’, dia bukan main nak sayang-sayang pulak.. hihi..

IMG_1477
Susah nak amik gambar Haikal duduk diam-diam.. Humaira’ tengok aje, apalah abang ni buat..

IMG_1492
Alamak! So sweet.. Red heart

Ni first time Haikal jumpa Humaira’.. Yelah, duduk Sabah, mana nak jumpa selalu, kan? Susah sebenarnya bila bawak budak-budak kecik ni jalan sama-sama.. Haikal sibuk tolak stroller Humaira’..

IMG_1482

IMG_1505
Humaira’ pulak asyik kejar Haikal yang tolak stroller dia.. Bila tak dapat, menangislah makwe tu.. Smile with tongue out Adohai, Haikal memanglah tak mahu beralah.. huhu..

Oh, ada Mickey Mouse Exhibition masa tu.. Haikal memang suka sangat.. Penat nak kejar dia lari-lari keliling Mickey Mouse besar tu..

IMG_1507
Curios..

IMG_1506

Tak larat nak jalan-jalan lagi.. Kitorang pergi makan dan lepak lama kat Delicious..

IMG_1494
Sedapnya batuk-batuk minum smoothies..

IMG_1508
Comot, first time makan chocolate.. Nampak Haikal makan coklat, Humaira’ pun nak jugak… 

IMG_1497
Our desserts.. Classic Chocolate Cake & Red Velvet.. Tak sedap red velvet tu sebab dia letak topping caramel.. Too sweet..

IMG_1495
Spaghetti for me.. Ada pulak tangan kecik nak enterframe hehe..

IMG_1498
Dr. Reck tengah busy layan twitter.. haha..

Till we meet again, ya! :)

Wednesday, June 13, 2012

The GAP Sale Is Back...

Ini antara sales yang ditunggu-tunggu.. Bila sales macam ni, tak beli dari overseas pun takpe, kat sini boleh dapat murah jugak, providing beli barang more than 5 items.. Hehe.. Nak dekat raya ni, bolehlah start shopping untuk raya.. :) Yang berminat, better pergi awal.. Bila dah hujung-hujung, saiz dah tak banyak lagi..




Esok nak pergi tengoklah apa yang best.. Tengok aje, duitnya tak ada.. LOL!

- Posted using BlogPress from my iPad

Monday, June 11, 2012

Gymboree 7th & 8th Batch Have Been Safely Delivered…

Hopefully by now, semua items telah selamat sampai ke tangan tuannya…

Recently, I opened order for Gymboree.. Ingatkan satu batch aje... Sekali tu, terlebih-lebih listnya sampai kena bukak order lagi satu batch.. Inilah dia barang-barang yang sampai ke tangan aku.. Satu kotak tu lunyai, nasib baik takde baju yang terjatuh.. huhu.. Bila dah sampai dua-dua kotak, baru aku packing dan terus hantar guna Poslaju..

IMG_1391

Setiap kali bukak kotak, Haikal lah yang paling tak sabar sekali nak tengok apa barang untuk dia.. hihi..

IMG_1394
His new Shark Hat..

IMG_1408
Ewah, kalau bab bergaya, berikan kat dia.. :P

IMG_1399
Guess how much all these? It worth around RM4.4k including tax.. Serius risau selagi tak sampai kat tangan orang yg beli.. huhu..

IMG_1405

IMG_1397
Banyak sangat, berpinar-pinar sort barang.. Ada yang sama jenis, saiz lain.. So, sorting out semua and pack memang amik masa sikit.. But lucky, aku dah siap-siap tulis alamat atas Poslaju slip sebelum barang-barang ni semua sampai.. Kalau tak, lagi lamalah duduk mengadap.. Ini pun, pukul 1.30am baru siap.. Bertemankan anak terunaku.. hehe..

IMG_1406
Isn’t these cute? Comel sangat! Geram aku..

IMG_1407
Sandals.. 

Inilah dia longgokan parcel yang aku bungkus malam tu.. Siap ada yang tak muat masuk satu bag.. Kenalah aku separate jadi 2 bags..

IMG_1419

IMG_1430
Kat pejabat post.. Orang yang menunggu selepas aku, confirm bengang tunggu turn lama giler.. haha.. Staff Pos Malaysia pun dah tak nampak ditutup dek parcels aku ni :P

IMG_1431 Trying his new Shortall.. Saiz 3T, agak besar sikit, boleh pakai lama..

IMG_1423
Yang ini semua Haikal punya.. hihi.. I can’t resist of buying few items (few lah sangat! haha), walaupun pada mulanya amik order sebab nak belikan untuk kawan-kawan aje.. hehe..

Baru kejap tadi my Twitter friend tweet gambar anak dia (2 years plus) pakai sandal baru.. Kawan ni, duduk di Japan.. She ordered and requested to send her parcel to Japan..

sandal
Awww, so cute.. Sangat sesuai untuk raya nanti.. hehe..

Bagi siapa-siapa yang berminat nak order dari Gymboree ni, next order aku amik bulan depanlah ye.. Dalam middle of July macam tu.. So, sempatlah sampai dalam bulan puasa and before Raya Aidilfitri nanti.. Just kena alertlah aku akan bgtau kat blog, twitter and Facebook.. First order first served.. Once order reaches its quota, aku terus submit.. Sebab tunggu punya tunggu nanti, ada barang orang lain habis saiz, warna tak ada.. Leceh sikit nanti.. huhu..

Sunday, June 10, 2012

Tupperware Flyer: Let’s Jazz Up.. 11th–30th June 2012…

Ini flyer yang terbaru.. Hot items kali ini ialah Polka Dot One Touch dan Outdoor Cooler.. Sempena nak menyambut bulan puasa dan seterusnya Hari Raya, both items memanglah sangat berguna.. Polka Dot One Touch untuk hidang kuih raya dan bekas air tu bolehlah bancuh air banyak-banyak untuk menyambut kehadiran tetamu.. :) *Skema rasanya ayat aku ni.. *

Anyway, berminat nak beli, dapatkan secepat mungkin sebelum kehabisan stock.. Seperti biasa, boleh email aku di emelia_khamis(at)yahoo(dot)com..

Front Page

Page 1

Page 2

Page 3

Friday, June 8, 2012

CIMB Instant Transfer…

Tahukah anda yang anda boleh transfer duit dari CIMB ke Bank lain secara cepat atau on-the-spot?

Bagi yang tak tahu, ini saya nak beritahu.. Yes, you can do it! Ingat, dari CIMB ke bank lain ye.. Yang aku tahu, dari Maybank, memang tak ada instant2 ni.. Bank lain, tak sure sebab aku tak ada akaun bank lain.. hehe..

Caranya mudah sahaja.. Dalam CIMBclicks website tu, setelah login, please select Transfer Funds..

Then, select Instant Transfer to Other Banks.. Pilih akaun bank yang berkenaan, dan isikan nombor akaunnya… Yang lainnya, process seperti biasa, request TAC dan sebagainya, and lastly Submit.. Senang, kan? Tara, check duit, dah masuk kat akaun.. Tak payah tunggu next day or 2-3 working days nak tunggu duit masuk ke akaun yang satu lagi tu..

IMG_1370

Disebabkan perkhidmatan yang memudahkan begini, anda akan dicaj RM2 per transaction.. Okaylah kan? Mana ada benda free dalam dunia.. heheh.. Lagi-lagi, tak payah susah2 jalan jauh pergi bank-in duit.. Smile with tongue out

Wednesday, June 6, 2012

New Shoes From Ralph Lauren…

Dah lama mengidam nak beli kasut Ralph Lauren untuk Haikal.. Tapi, harga kat KL ni, amatlah mahal.. Fikir dua, tiga kali tapi tak beli-beli.. Sepatutnya beli aje, dah beli baru fikir.. hehe..

Last month Ralph Lauren US website ada sales.. Actually, selalu je sales website2 macam ni.. Cuma, masa tu sales dia best sikit.. Barang yang ada sales pun ada discount lagi.. Itu yang aku rasa geram aje tak boleh tahan.. :P At first, aku tak tahu yang Ralph Lauren tak accept credit card Malaysia ni.. Ada few countries aje yang dia accept.. So, my order has been cancelled.. Kecewa sungguh, tapi cepat-cepat otak fikir, who can help? Masa dah suntuk, kalau tak, tak dapat extra discount tu.. So, I chose HopShopGo (HSG) to help me to buy my items.. Nantilah, lain entry aku cerita fasal HSG service ni..

Setelah sekian lama menanti, tibalah jua barang-barang aku ni.. 3 items kesemuanya; Sepasang kasut Haikal, sepasang sandal Haikal dan selipar jepun untuk aku..

IMG_1204
Selalu barang aku beli post kat rumah mak.. Dah macam hub penerimaan parcel dah.. hehe.. Aku serious malas nak pergi collect kat post office.. huhu..

IMG_1190
Sukalah tu, dapat kasut baru.. Montauk Sneaker.. Sangat baloi USD26.77.. Kat sini, aku rasa dalam RM219 di Pavilion, takde diskaun..

IMG_1236
Our shoes.. Mama dapat selipar aje, sebab itu aje yang paling murah.. hihi.. Saja je tambah barang, baru berbaloi sikit shipping cost ke Malaysia ni.. Ralph Lauren pun takde ship direct ke Malaysia.. Aku guna HSG jugak untuk hantarkan ke alamat aku di sini..

IMG_1235
Kasut ni, aku beli size 10 sebab tak tahu RL ni macam mana saiz dia.. So, agak-agak je ikut size chart.. Sekali tu, terbesar sikit.. Adoilah, ingat nak pakai untuk raya.. Nampaknya raya Haji baru dapat pakai kot.. hihi.. Itu memberi alasan untuk beli kasut baru lagi.. hihi.. One of my friends cakap, “asyik beli kasut Haikal aje.. Kaki Haikal ada 2 je, mama” kehkeh.. That’s why sometimes I wish I have few children.. Smile with tongue out

IMG_1205 Sandal ni saiz 9.. Kalau beli saiz 9 macam sandal ni, muat2 jelah Haikal pakai.. Tak boleh pakai lama sangat, kan? So, I think I have made the correct decision on the shoe size.. Ingat nak pakaikan Haikal terus sandal ni, tapi papa Haikal cakap pakai untuk raya.. Okay, boss.. :)

Short Trip To Alor Star With My Little Boy For My Best Friend’s Wedding…

Panjang tajuk kali ni.. hehe..

Yes, I was travelling alone with my little hero, Haikal :) At first, rasa cuak jugak, sebab masa pergi kitorang naik bas.. Long journey in the bus, sangatlah berdebar-debar adakah semuanya akan okay.. Haikal behave ke tak? Macam mana kalau aku nak pergi toilet nanti? Macam-macam persoalan.. huhu.. Kenapa naik bas? Sebabnya, aku dah terlupa nak beli ticket flight awal2.. huhu.. Tapi, sebab terlupa ni, Haikal dapat ikut aku.. Plan asalnya, aku nak pergi sorang aje.. Bertolak dari Putrajaya Sentral pada Jumaat malam..

IMG_1283
Dalam bas.. For the first time in his life.. Muka kaget.. hehe..

 

IMG_1287
Curious sangat.. Nak tengok steering besar kat depan.. We were seated right at the back of driver seat..

Dalam bas, Haikal elok aje.. Tak menangis or merengek.. Aku rasa sebab dia excited first time naik bas.. Sometimes dia berdiri menoleh ke belakang tengok orang belakang buat apa.. hehe..

IMG_1290
Thank you to the technology.. Anakku tak bosan.. Smile with tongue out

Kitorang sampai kat Alor Star pukul 5.30am.. Kat sana, kawanku, Dyan dan adik pengantin datang amik kat bas stesen..

Haikal kat mana-mana pun dia okay.. Semua orang dia kawan.. hehe.. Sangat senang.. Aku biar je dia main kat bawah, aku duduk lepak-lepak kat bilik pengantin sambil borak2.. Terasa macam anak dara pulak.. kehkeh..

IMG_1296

IMG_1300 Ernie and Me..

IMG_1304
Haikal suka kawan dengan Kak Emira, anak buah Ernie..

IMG_1302
Haikal and mama..

IMG_1308
Hantaran..

IMG_1314
Tengoklah tu.. Happy sangat main tabur bunga rampai kat diri sendiri.. hehe..

IMG_1307
Tahniah Ernie dan suami.. I am happy for both of you.. Jom kita carikan Dyan calon.. hehe..

IMG_1432

IMG_1321
Susun coklat yang berbentuk kereta.. Haikal makan tak berhenti sampai habis coklat dalam balang.. Sampai satu tahap, dah tak boleh tahan, apalagi, muntahlah anak aku ni.. huhu.. Abis seluar baju semua..

IMG_1324
Sedap.. Jarang dapat makan laksa masa kenduri kahwin.. Time nilah, baru satu suap makan laksa, Haikal dah muntah.. Terbantut selera.. haha.. Nasib baiklah muntah kat luar rumah, kalau tak, naya aku kena bersihkan rumah pengantin.. hihi..

IMG_1327 
Sudah tukar costume..

Petang tu, kitorang keluar pergi Pekan Rabu sekejap.. Saja je jalan-jalan, Dyan nak beli ikan pekasam.. Aku beli asam-asam aje..

IMG_1336
Inilah dia yang di”pau” oleh Haikal.. Turutkan saja.. Janji nak jalan.. Sebelum tu, dia tidur.. Tapi aku umpan dia suruh bangun dan nak beli mainan.. kekeke.. Tak larat nak dukung..

Malam kitorang balik ke KL.. Ni kali ke-2 Haikal naik flight.. Memang tak diam mulut dia asyik sebut “plane, plane”.. Dulu first time, masa pergi Bukittinggi, Haikal kecik lagi..

IMG_1344
Anak manja mama..

IMG_1341

IMG_1357
The first passenger..

IMG_1358
Menjenguk apa tu?

IMG_1366
Dalam flight, lepas je flight berlepas, Haikal dah ketiduran sepanjang perjalanan..

IMG_1369
Tunggu Papa jemput kat KLIA..

Disebabkan Haikal sangat behave, next time boleh ikut mama pergi jalan-jalan lagi.. :)