Tuesday, March 25, 2014

Umrah, January 2014…

Alhamdulillah diberi peluang menjejakkan kaki ke Madinah & Tanah Suci Makkah.. Kitorang sekeluarga pergi dengan mak mertua, ayah mertua dan mak aku.. Suatu pengalaman berharga dan bermakna…

Ni sedikit gambar kenangan kat sana..

TK02Jan_1026
Di hadapan Masjidil Haram..

TK02Jan_0999

TK02Jan_1127
Haikal di tempat Sai’e..

TK02Jan_1079
Jabal Rahmah..

TK02Jan_0951
Di hadapan Masjid Kuba..

Sebelum ke Madinah dan Makkah, kitorang ke Istanbul.. Kalau ada mood, baru aku tulis entry untuk Istanbul trip tu.. Smile

Semoga ada rezeki kami ke Tanah Suci lagi.. InsyaAllah..

Monday, March 10, 2014

Sengkuang Calit..

IMG_2072

Pernah makan tak sengkuang calit ni? Zaman kecik-kecik dulu, balik sekolah selalu beli.. Sekarang ni, payah nak jumpa.. Ni kebetulan bawak Haikal main kat taman Bandar Sri Permaisuri, situ ada orang jual.. Happy giler sebab dah lama tak makan.. Harga pun dah mahal RM1.00 satu.. Sedap, sedap, harap boleh pergi situ dan makan lagi.. hehe..

Kot kalau ada yg tahu kat mana jual sos dia tu, bolehlah bagitau.. Bestnya kalau dapat beli buat stock, buat sendiri kat rumah.. Smile

Thursday, March 6, 2014

Haikal’s 4th Birthday Celebration…

Dah 4 tahun dah Haikal.. He seems taller than his age.. Ramai yang cakap macam tu.. Tinggi tak apa, jangan obes, mama susah nanti hehe..

Kitorang celebrate bertiga di rumah sahaja.. 2 hari awal, iaitu hari Sabtu.. Sebabnya, nak bagi dia buka hadiah cepat.. So on the weekend, dia boleh main.. Bila dah sekolah, timing kena cun, tak boleh kacau time dia nak tido..

1832

1885
Happy Birthday, sayang mama…

1875

Seminggu sebelum tu, we went for present hunting kat The Curve dan Midvalley.. Sorok-sorok beli dan wrap hadiah.. Haikal tanya, siapa punya, dia jealous bila kitorang bagitau, hadiah tu kawan mama dan papa punya.. Dia dapat kereta Tomica kecik aje.. hehe.

1859
Hadiah untuk Haikal, setelah seminggu disorok..

1841
Happy boy.. Tapi, papa dia lagi excited kot.. haha.. Yang set belakang tu, last year beli masa birthday dia.. This set memang tahan lasak, Haikal pun pandai jaga, itu yang beli another sets, boleh extend jadi besar.. My hubbylah bercita-cita nak buat big city.. Engineer, kan.. LOL..

On the Monday, 24th February, Haikal celebrate dengan kawan-kawan kat sekolah..

1888
Cake dia..

1891
Tengok anak aku, malu-malu kucing.. Smile with tongue out

1889
Kira dah lepaslah hajat dia nak bawak kek pergi sekolah.. Sebelum tu, lorat aje, boleh kata setiap hari merengek.. Sabar jelah..

1847
Tengah syok bermain..

Monday, February 24, 2014

Cath Kidston Purchase…

Bermula pembelian kat Singapore last year, terus jatuh hati dengan Cath Kidston.. Now I know how to buy it cheaper, beli sales item, pool order dengan kawan-kawan dan order from www.cathkidston.com Smile.. Yang butik bukak kat Mid Valley tu, orang cakap mahal giler, aku pun belum sempat nak singgah lagi..

These are my recent purchase!

IMG_3730
Set-set untuk rumah baru, dengan harapan my baking room dapat direalisasikan hehe.... Dah simpan masuk kotak pun..

Dan, tak sahlah kalau tak beli handbag… hihi..

img60458598
(source from Google)
Boleh buat diaper bag jugak.. Tapi, aku dah rasmi siap-siap.. Smile with tongue out

IMG_3840
Haikal tanya “Bag baru ke? Berapa? Beli kat mana?” haha.. Tergelak aku, soalan macam papa selalu tanya!

More purchase to come.. Please bear with me.. hehe..

Monday, February 10, 2014

Second Pregnancy…..

Alhamdulillah, I am already in my 3rd trimester of pregnancy.. Kalau masa Haikal dulu, selalu update blog.. Tapi sekarang jarang-jarang sebab banyak update kat Instagram dan itu tak bermaksud perhatian kami berkurang.. It’s just zaman dah berubah, kite ikutlah peredaran zaman.. hehe.. Cumanya, nak tulis jugaklah something kat sini, untuk kenangan masa depan..

IMG_3866
Our baby at 26th weeks.. Haikal tanya, “sama macam Haikal tak?” Smile with tongue out

Semalam buat detail scan kat Klinik Maria Putrajaya, baby duduk terlampau dekat dengan uri, tak nampak jelas sangat keseluruhan muka.. Tangan pun tutup mulut.. hehe..

Pray for my smooth delivery ye.. Sangat nervous bila memikirkan nak masuk labour room nanti.. huhu.. InsyaAllah due awal May nanti..

Monday, December 30, 2013

Haikal Is Going To School Soon…

Next year, Haikal masuk 4 tahun.. Kitorang decide untuk hantar Haikal pergi sekolah, bolehlah dia biasakan diri dengan environment sekolah, ramai kawan-kawan, berdikari dan berdisiplin sikit.. hehe..

Selama dari baby, duduk rumah babysitter, takde belajar secara formal, jadi rasanya memang waktu yang sesuai untuk dia belajar secara proper kat sekolah.. Mama ajar, tak jalan sangat, sekejap2 dah distracted buat benda lain..

IMG_2700
Big boy…

Since we will be away for 2 weeks+, Haikal akan start sekolah pada 20th January 2014.. Berdebar-debar jugak ni.. Masa amik baju sekolah hari tu, dia masuk tengok sekolah dia, suka betul.. Nampak dia excited.. Keadaan sekolah pun okay, sebab baru je bukak, so everything is new..

Masa mula-mula ronda cari sekolah dulu, pernah jugak bawak dia survey sekolah kat area rumah kitorang.. Bila tanya, “Haikal nak sekolah sini tak?”.. Dia jawab “Tak nak. Sini ada ulat”.. huhu.. Budak ni dah pandai memilih.. Tengok kotor-kotor sikit, dia tak mahu..

Harapnya okaylah Haikal nak pergi sekolah hari-hari, senang bangun pagi.. Hubby will send him in the morning and time balik, aku amik kat sekolah.. Sebabnya pagi-pagi, aku pergi awal sikit, too early for him, sekolah pun tak bukak lagi..

IMG_2692

Full day Haikal kat sana, 7am hingga 7pm.. Buat masa ni, itulah planning-nya.. Kalau dah pindah nanti, maybe fikir lain pulak, sama ada pindah sekolah atau stay, itu later baru decide..

Thursday, December 19, 2013

House Progress..

Rumah! Tahun 2014, will be exciting new year for us… Pening-pening jugaklah macam-macam nak fikir.. Redah sajalah hehe..

Based on housing loan yang dah release, progress rumah dah 80% dah.. Tengok luaran memang macam dah siap.. Tinggal sikit lagi je, final touch-up dalam rumah dan bahagian belakang rumah..

Every week, hubby pergi tengok.. Aku malas sikit, especially time petang yang panas hehe..

IMG_2203
Masa ni, aku outstaion, hubby whatsapp gambar..

Baru ni, aku pergi ikut sekali tengok rumah.. Rumah dah ada nombor! Suka, nombor cantik.. hehe

IMG_2470
Ikut plan yang asal, nilah dia layout rumah.. Rumah kitorang menghadap jalan besar, row bawah.. Itu part of consideration masa pilih rumah dulu.. Tak berapa suka menghadap rumah orang.. Sebabnya, bila family datang, banyak kereta nak park depan rumah, tak ganggu jiran-jiran.. Hari biasa, kite malas parking masuk rumah, park jelah kat depan tu.. hehe… Faktor matahari naik mana pun, salah satunya yang kitorang consider.. Takut rumah panas time waktu tengahari/petang.. Tapi sekarang ni, tak kisah sangatlah, rumah sentiasa bertutup, anak pulak suka pasang aircond.. hehe.

IMG_2476
Jalan depan rumah pun dah bertar cantik.. Lampu jalan pun dah ada..

IMG_2461
Haikal lawat kawasan..

IMG_2465
Pandangan dari dalam bilik.. Concrete slab ni, plannya nak buat balcony untuk bersantai-santai.. So tingkap bilik akan pecah, tukar jadi pintu, pasang tile dekat atas slab tu dan pagarkan guna glass and railing..

IMG_2464
Tanah belum rata lagi kat yard belakang ni.. Our plan nak extend dapur sampai hujung.. Tapi bagaimana design dalam tu, tak fikir lagilah.. Takde idea.. Kena bincang dengan contractor, dia biasa buat rumah, dia tahulah mana yang okay, mana tak okay.. Nak kena alih bilik air ke tak..

Oh my, banyaknya nak fikir.. huhu.. Target kitorang dapat kunci dalam bulan Mac or April yang paling cepatlah.. Then, baru boleh start renovation and all.. Tunggu siap semua, baru berpindah.. Lambat sikit pun tak apa.. InsyaAllah.. Harap takde apa problem..

Tuesday, December 17, 2013

CIMB Fiesta Reward Redemptions 2013..

Salah satu kebaikan guna credit card ialah boleh redeem barang-barang bila tiba masanya.. Tentulah, yg penting sekali, kena kumpul points dulu.. Actually, points boleh jugak redeem masa beli groceries kat hypermarket, makan KFC etc.. Tapi aku tak suka guna macam tu, sebab tak nampak apa yang aku beli.. hehe.

This year, I’ve redeemed SmartTAG device through online.. SmartTAG aku dah rosak lama dah.. Nak beli guna duit sendiri, rasa sayanglah pulak nak bayar RM120 kan.. Jadinya, redeem guna CIMB Points.. Within 1 week+, item dah sampai kat rumah..

IMG_1565

Masa CIMB Fiesta Rewards berlangsung kat MidValley, aku redeem 2 items.. Yang pertama, cerek elektrik.. Cerek kat rumah dah rosak masa tu, so that was the right time to get a new one..

IMG_1561
Ye, just bayar guna points macam yang dia tulis tu.. 15,800 points..

And item yang kedua ialah Philips Air Fryer ini.. Excited.. hehe.. Tapi yang ini, kena bayar guna cash sikit sebab points tak cukup..

IMG_1686

IMG_2052
Test pakai sekali je, lepas tu bungkus balik masuk kotak.. Hubby cakap pakai untuk rumah baru nanti.. Baiklah.. hehe..

Now, mari kumpul lagi points supaya next year boleh redeem barang-barang rumah lagi.. Tapi jangan lupa, kena guna secara berhemah.. hehe.. Guna tapi tak bayar dengan consistent, tu nanti akan susahkan diri sendiri.. huhu..

Thursday, December 12, 2013

Nasi Kukus Sedap Di Kota Bharu…

Baru start nak cerita, aku dah terliur.. hehe..

“Warisan Nasi Kukus”.. Not sure sama ada glamour tak gerai ni, tapi petang-petang ramailah yang datang beli nasi kukus kat sini.. One of kedai nasi kukus yang orang cerita kat aku ialah Nasi Kukus Abang Mie.. Aku try tapi tak kena selera sebab kari dia tu macam manis sikit..

To compare, Warisan Nasi Kukus ni lagi sedap berbanding Nasi Kukus Abang Mie tu.. Sesiapa yang pergi Kota Bharu, jangan lupa ye try!

IMG_2167

IMG_2161

Masa outstation ke sana last month, asyiklah ulang-ulang makan nasi kukus.. Tapau, bawak balik hotel.. Aku try lauk udang besar, sotong besar, kepak ayam.. Pergh.. Harga untuk lauk udang dan sotong ikut saizlah.. Dalam RM12 ke atas sekali dengan nasi.. Lauk ayam, murah je..

IMG_2160

Lokasi gerai Warisan Nasi Kukus ni ialah depan Public Bank, area Crown Garden Hotel..

Sesiapa naik flight, nak pesan bawakkan balik KL, boleh? hehehe..

Oh ya, lagi satu nak share.. Kalau ke Kelantan, nak bawak balik ole-ole keropok yang dah siap goreng, beli yang ini.. Nipis-nipis keropok dia, tak sama macam yang selalu beli kat kedai tu.. Makan sorang-sorang tak sedar dah abis satu pack.. Haikal pun sama.. Smile with tongue out

IMG_2404
Yang penting “Dijamin Tidak Gatal” LOL..

Saturday, November 23, 2013

Studio Photoshoot With Family..

Bersempena adik aku convo hari tu, dia berniat nak amik gambar sekeluarga.. Dah ramai-ramai, memang jarang dapat berkumpul semua sekali.. Kena buat temujanji dulu.. hehe..

Here are the photos.. Paling kecoh, budak-budak kecik yang ada tu, especially Haikal hehe..

IMG_1842
Family Photo..

IMG_1849
All of us..

IMG_1847

IMG_1819
Cik Liana dengan anak buah semua..

IMG_1856
Family..

IMG_1860
Compare with the above photo.. It was taken about 9-10 years ago.. hehe..

IMG_1833
Our little family.. Will grow soon..

I am the eldest.. hehe.. Macam tak percaya..

IMG_1851
Keluarga Epit.. Adik aku, kedua..

IMG_1853
Keluarga Tasha.. Adik Ketiga..

Yang lain belum kahwin lagi.. Smile