Wednesday, October 10, 2012

KFC Zinger Double Down…

Tatkala terpandangkan iklan KFC Zinger Double Down ni, aku dah tak sabar nak try.. Aku peminat Zinger Burger sejak zaman sekolah asrama lagi.. Yelah, time tuh KFC je pun yang ada.. Itu pun jauh kat Kota Bharu.. Sanggup pesan kat kawan masa diorang pergi outing.. Takpe, makan burger sejuk pun okay time tu.. hehe.. What a memory..

01-colonel-latest-dzinger-260912

Semalam, aku cubalah.. Tak ada teman, so makan sorang-sorang masa lunch.. Aku amik Combo set, siap ada drink dan wedges..

026
Mula-mula tengok “Alahai, keciknya”.. Tapi bila makan, memang kenyang sebab ayam dia double.. Aku suka this burger..

025
Cili sos banyak.. Sedap! Alamak, telan air liur time puasa ni.. hihi..

I bet I will make another trip to KFC dalam waktu terdekat ni.. hehe.. 

Oh, in the other hand, aku nak share fasal NuffnangX apps yang korang boleh download untuk baca blog-blog yang disukai.. Apps ni boleh guna kat Apple or Android device.. Jom cuba..

Tuesday, October 9, 2012

Haikal & Masak Lemak Cili Padi..

Setiap kali masak lauk yang berkuah contohnya tomyam, masak lemak tak kira cilik merah atau cili padi, Haikal mesti mintak aku cedokkan kuah masuk dalam pinggan dia.. Paling obvious, dia suka kuah masak lemak warna kuning tu.. Bertambah-tambah makan.. Bila mintak aku isikan kuah, dia cakap “kau”.. iaitu kuah.. Sebab masih pelat tak reti sebut.. hehe..



Ni video dia makan nasi dengan kuah lemak cili padi.. Satu suap makan, satu sudu kuah dicedoknya.. Layan.. Mulut merah-merah makan pedas.. huhu.. Dia marah papa nak cedokkan nasi masuk pinggan.. *___*

Note: try Zinger baru dari KFC.. Sedap!

Monday, October 8, 2012

Adam & Hawa Fever….

Adakah anda merasainya? haha..

041

Ada seorang peminat setia di dalam rumahku.. Encik Ahmad orangnya.. kehkeh.. Aku pun tengok jugak.. Tapi, in between tu, bila anak mintak susu, nak itu, nak ini, pergilah layankan.. But my hubby will stay in front of the TV without a move.. haha.. So, setiap malam aku akan dengar dia komen, lepas ni jadi apa, pastu scene kat mana, sebab dia dah baca habis novel ni.. Aku sendiri pun tak start baca lagi.. Dulu time universiti dah baca, tapi lupa jalan cerita.. hehe..

Now, setiap Isnin – Khamis, memang melekat depan TV, tunggu cerita ni.. :)  Aku rasa sebab Aaron Aziz, cerita jadi best.. Cuba letak Jehan Miskin, awal-awal aku tak tengok dah HAHAHA..

Solusi Kepada Kebocoran Waktu Malam…

Ingat tak entry aku cite fasal kebocoran Haikal waktu malam?

Situasi macam tu, masih dialami sehingga sekarang.. Cuma tak kerap macam dulu.. Bila ramai yang suggest pakai MamyPoko, kitorang pun belilah MamyPoko.. Tapi pelik sangat kenapa bocor jugak? Rupa-rupanya salah beli, beli yang pack warna kuning.. Itu tak tahan untuk malam. menurut para ibu di Twitter.. hehe... Manalah aku tahu, tak biasa beli MamyPoko kekeke.. Dah guna berpack-pack, baru tahu aku salah beli.. 

097

Ada jugak yang suggest BabyLove Night Tape.. So, beli the first pack.. Sebab ada promosi, yang semestinya.. Haha.. Sekarang Haikal tengah pakai diaper nilah.. Ada sometimes bocor, tapi better lagi dari MamyPoko (yang salah beli tu).. Aku tak salahkan diaper jugak kalau bocor, sebab Haikal memang jenis minum banyak.. Malam tadi, in the middle of night, kul 4.00am+, aku tukarkan diaper dia lagi sebab dah kembung.. Mana taknya, masa tido je sampai ke pagi, 4 kali minum susu.. huhu.. Boleh bayang tak, diaper berat macam mana? hihi..

Last week, nampak promo MamyPoko biru ada offer.. Belilah 1 pack, 50+10pcs for RM44.90.. Nanti dah abis BabyLove tu, boleh try MamyPoko biru ni pulak.. And kite tengok macam mana..

037

Beginilah dilema ibu-ibu.. hehe.. Kalau baby girl kurang sikit kot kebocorannya..

Sunday, October 7, 2012

Cycling In Putrajaya..

Petang semalam kitorang ke Putrajaya.. Asalnya sebab hubby nak jumpa kawan.. Janji jumpa kat Presint 8.. So aku fikir ada baiknya bawak basikal Haikal, bolehlah dia mengayuh basikal kat sana.. Dah lama basikal tersimpan tak pakai.. huhu..

Sementara menunggu kawan tu, kitorang pun duduk makan-makan kat gerai-gerai sebelah JPM..

110
Air Bandung Special.. Slurpp.. Panas-panas memang nikmat..

111
Rojak buah dan tauhu bakar..

112

And now, tibalah his cycling time..

114
Happy bukan main.. Suka sangat kayuh jauh-jauh dan buat kite kejar dia.. huhu.. So, mama pun exercise sama..

115

119
Dah besar dah budak ni! Tapi kayuh basikal masih separuh-separuh lagi.. hehe..

126
Kagum dengan fountain kat situ.. Sibuk ajak aku pergi tengok.. :P

It was a good activity, actually.. Mulai sekarang, kena buat aktiviti yang tak guna banyak duit.. haha.. Ada plan besar menanti.. This week, we are planning for swimming activity pulak.. InsyaAllah..

Note: Click here to donate for breast cancer charities..

Thursday, October 4, 2012

New Gymboree Sandals..

Soalan pertama yang keluar dari mulut Papa Haikal “Berapa banyak kasut ni?”.. huhu.. Okay-okay, cukuplah dengan yang satu ni.. Tapi tak boleh janji tak membeli lagi.. Disappointed smile

226
Gymboree Fisherman Sandals..

Nasib baik Haikal suka dan saiz pun elok je untuk dia.. Kalau tak, dah fikir nak let go aje.. hehe..

235
Suka sandals ni.. Selesa sebab tapak dia lembut..

By the way, aku dah post semua item Batch 15.. Hopefully, semua dah dapat parcel masing-masing..

Batch 16 akan sampai Isnin depan.. I will post it as soon as possible..

Note: Peminat jenama GUESS, this is for you..

Tuesday, October 2, 2012

A Doctor In The House…

Ini bukan tajuk buku Tun Mahathir tu tau! Smile with tongue out Haha..

255

Finally, setelah sekian lama mencari doctor’s outfit ni, baru ni jumpa.. Jauh cari sampai ke UK.. Sanggup! hehe.. Cari kat Toy’R’rus, Mothercare, Parkson semua takde baju doktor ni.. So, last-last jumpa kat Adams website.. The best thing of all, FREE worldwide shipping.. Jimat di situ :)

260
Satu set siap Stateskop, jubah doktor ni dengan face mask.. 12 pound.. Tapi sebab first purchase, dapat 15% off.. Okay, kan?

photo(1)
I’ve bought this book too for Haikal.. To add to his “That’s Not My....” Collections..

239

245
Doctor tengah check patient haha..

246
Sweetlah doctor ni..

250

253

257
Ne No Ne No.. Berkejar ada orang sakit.. LOL..

Sesiapa yang minat nak beli from this website, register dulu kat SINI.. Tapi, unfortunately baju doctor ni out of stock at the moment.. Firefighter and police outfit masih ada..

Sunday, September 30, 2012

Air-Conditioning Problem.. There Goes My RM2020..

Selama seminggu, aku tahan basah ketiak duduk dalam kereta.. Masa tu, janganlah buat hati aku panas, memang cepat je nak naik darah.. huhu..

Oleh kerana tidak dapat lagi bertahan dengan keadaan kereta yang panas, dan hubby pun tak offer bawak kereta dia (yang ini memang tak akan! Aku tahu.. haha), so adalah baiknya bawak aje kereta ke bengkel.. Biar yang pakar tengok apa masalah dia..

On the Saturday, husband yang bawak kereta ke workshop di area rumah.. Aku tunggu kat rumah je, sebab husband tunggu dari awal sampai siap, sebab nak make sure diorang guna barang-barang yang baru.. 

Mula-mula total cost dalam RM1.5k.. Then, husband call lagi, kena tukar benda ni pulak.. Lepas tu, tukar yang lain pulak.. Last-last, the whole system tukar baru.. RM2020 total harganya..

Ni gambar-gambar yg husband aku amik masa kat bengkel.. Siap kereta aku nak dekat 7.00pm..

photo 2
New Denso compressor for my car!..

photo 3
Gambar time buat kerja..

photo 4

photo 5

photo 1

Lepas Maghrib, pergi amik kereta.. Redha kena bayar sebanyak tu in one shot.. Serius sedih :( Aku terbayang, boleh shopping banyak dengan duit tu.. Tak pun beli gelang 916.. huhu.. Takpelah, nak buat macam mana..

2k
Bye bye RM…

Ko buat hal lagi kereta, memang aku TUKAR yang baru.. huhu..

Kena kumpul duit balik kalau nak beli gelang.. :P

Thursday, September 27, 2012

Gymboree Batch 15 Has Been Shipped & Gymboree Batch 16 Is Open For Order..

Gymboree Batch 15 aku submit malam tadi, today dia shipped dan akan sampai KL on this Monday! Yes, sangat cepat sebab aku amik Express Shipping amik masa 3-5 working days sampai sini..

So, now I am taking another batch of order.. Sila submit list to my email kalau berminat.. Cara kira semua, boleh rujuk entry sebelum ni..

Please be fast, sebab saiz-saiz cepat je habis.. That is why bila order penuh je, aku terus submit :)

Happy shopping!

Wednesday, September 26, 2012

Robot..

Janganlah start bukakkan movie robot, be it Transformers, Real Steel or other movies.. Nanti Haikal asyik suruh bukak cite yang sama je, ulang-ulang.. Hari-hari.. Sekarang ni, hari-hari tengok Cars 2, tapi kat tangan ada iPad.. Kat TV pasang Disney Jr jugak.. This little guy memang “tamak” hahaha..

008

Bila baru tengok movie ada robot-robot ni, mulalah imaginasi dia datang.. Susun-susun kereta tinggi-tinggi.. Pastu lori biru tu, dia cakap “Robot” sebab tengok dalam Transformer, lori bertukar jadi robot.. :P

109
Ni contoh “Robot” pada imaginasi Haikal..

128
Ni lagi satu.. Lori terbalik *___*

Both gambar pun, dia yang request mintak aku snap photos.. hihi..

Note: Gymboree order masih dibuka, please email me your list as soon as possible.. Esok nak submit order sebelum saiz habis..