Friday, June 10, 2011

Xiri Kiddy House, Kuala Terengganu.. Where I Found My New Medela PersonalFit..

Ini kali kedua softfit breastshield aku terkoyak.. huhu.. Kali pertama dulu, bila dah agak2 nak terkoyak, aku dah beli siap2 from eBay.. Tapi, kali ni tak sangka pulak nak terkoyak kat bahagian joint dia tu, so, aku tak bawak spare dari KL.. Makanya, terpaksa cari solution kat Kuala Terengganu ni..

Puas browse and googling here and there, terjumpalah alamat dan nombor telefon kedai Xiri Kiddy House ni.. Terus call tanya ada ke tak barang yang aku cari.. Orang tu cakap, softfit takde, tapi personalfit ada.. Aku tak pernah guna personalfit sebelum ni.. Oleh sebab dah tak ada yang lain, beli jelah, kan? Takkan nak pump dengan semput2 pam nak sedut? haha.. Serius stress, tak jadi kerja dibuatnya nanti..

Malam tu, keluar pergi beli.. Best kedai ni, banyak barang… Cuma sekarang ni, takde sales, jadi no diskaun.. Tau jelah, spare parts Medela ni harga mahal.. Sebab takde choice, terpaksa beli.. huhu.. Satu personalfit connector harga RM62.00.. That’s why aku suka beli kat eBay, boleh dapat murah.. Tapi, dah keadaan memaksa, takdelah eBay, kena beli direct kat kedai.. Lagi satu, beli stokin Haikal..

IMG_2409

IMG_2410 Dah pandai nak jalan sendiri.. Taknak pegang tangan orang!

IMG_2408 Haikal pun sibuk godek2 barang2 yang dia berkenan…

IMG_2411

IMG_2412 Time beli barang, sekarang ni Haikal sibuk nak tolong bayar.. Dia akan pegang duit dan bagi kat cashier.. Clever boy!

IMG_2407

Inilah dia rupa personalfit ni.. Berbanding dengan softfit, yang ni breast shield dia plastic.. So, tak flexible macam softfit.. Aku suka yang ni lagi kot.. Sebab dia firm dan takde chance nak terkoyak2.. Kebetulan aku pun cari connector baru, so beli yang ni siap connector skali.. Teruslah tukar dan pakai.. Harap bertahan lama sampai Haikal stop breastfeed.. hehe

personalfit_shield_connecto

Next one, nak beli pump baru.. hehe.. Papa Haikal, get ready $$$ sahaja.. kehkehkeh.. Eyeing for Ardo Calypso.. Smile with tongue out

Wednesday, June 8, 2011

Main Layang-Layang Di Pantai Balok..

Ini gambar2 last 2 weeks.. Masa mula2 datang tu, papa Haikal drove us here.. Hari Ahad, singgah tidur Kuantan dulu, the next day baru bertolak ke Kuala Terengganu..

Kat Kuantan, sempat singgah ke Pantai Balok.. Pergi makan kat sana.. Lepas tu, Danish, anak abang ipar aku nak main layang-layang.. So, kitorang pun jalan-jalan tepi pantai… Angin kuat, best sangat.. Kalau dapat tidur, memang best! hehe..

IMG_2308 Tengok layang-layang kat atas.. Tapi, muka geli sebab kaki kena pijak pasir.. Smile with tongue out

IMG_2309

IMG_2300 Sampai terdongak-dongak Haikal tengok layang-layang..

IMG_2301 Budak botak yang bulat! :)

IMG_2304

IMG_2305 Baby dah tertidur dah.. sedap sangat, angin kuat.

IMG_2306 Nampak sangat muka geli dia.. hehe..

IMG_2307

Dah alang-alang sampai pantai, rugilah kalau tak merasa jejak air laut.. Saja je bagi Haikal try rasa jejak kaki main ombak.. First time dulu, time pergi Port Dickson, Haikal tak suka.. And, he still tak suka.. huhu.. Geli kot dengan pasir2 pantai yang halus tu..

IMG_2312 Papa Haikal bawak dia main tepi pantai..

IMG_2313 Takut..

IMG_2315 Muka takut dan geli.. Lepas pakaikan sandal, tak nak pijak pasir lagi.. Nampak benar, budak bandar anak aku ni.. hehe..

My First Voucher Purchase With Milkadeal..

shezny No no, I did not miss it… I’ve managed to grab the voucher!

Ini first time beli voucher dari Milkadeal ni.. Asyik tengok aje promotion dalam tu, banyak sangat yang tempting.. Tapi baru ni tergerak hati nak beli.. Konon hari tu, mula2 adalah mintak my hubby belanja body massage package, tapi macam tak sempatlah sekarang ni.. Takde masa nak pergi..

Baru-baru ni, nampak this promotion RM25 for these delicious brownies and cupcake, terus rasa nak beli.. Beli voucher dulu, nanti balik KL, bolehlah delivery ke office as the delivery in KL is free! Tak sabar nak rasa.. hehe.. Ada macam2 pilihan dalam list tu, aku pilih chocolate brownies.. Dari gambar dia tu, nampak menyelerakan.. hehe.. Hopefully, it tastes good tooooo….

By the way, kalau korang nak juga tau tentang promotion2 menarik yang sedang berjalan, boleh register di sini.. Banyak sangat yang murah2 tau!

Monday, June 6, 2011

Tupperware 4th Anniversary Special 6 June–12 June 2011..

Cepat-cepat sebelum kehabisan stock.. Seminggu sahaja promotion ni..

Ann4 1

Ann4 3

Ann4 4

Ann4 2

Inv Card

Aku suka bekas besar Prosperity Saver with Carolier.. Selalu buat cupcake aku letak dalam tu, boleh muat semua.. Then, I’m ready to go.. Nak bawak picnic boleh, nak bawak ke rumah mak pun boleh :)

Saturday, June 4, 2011

My Paypal Account – Hasil Dari Jawab Survey..

Ini adalah benar belaka, takde tipu punya Smile with tongue out

Paypalll

Above is my Paypal balance hasil dari jawab survey iPanelonline.. Survey2 yang sebelum ni, aku dah cash out dan transfer ke account terus.. Jadi, yang ni totally from iPanelonline..

Memang syok tengok duit masuk dalam account.. hehe.. Boleh buat belanja shopping kat eBay. :) Bukan susah pun, jawab survey je.. Klik, klik dan klik.. Kalau dapat teruskan sampai akhir, dapatlah mata penuh.. Kalau separuh jalan pun still dapat mata sikit..

Jadi, bagi yang minat nak join tu, bolehlah register di sini.. It is so easy to earn money online as long as you want it!

Tudung Haikal…

Kehkeh, takde kerja, saja pakaikan Haikal tudung Syria adik aku.. hehe.. Senyap pulak dia, maybe baru bangun tidur.. Kalau tak, memang tak mahunyer… hihi..

IMG_2151 Muka innocent dan suci murni.. Smile with tongue out

IMG_2149

IMG_2150

Have a nice weekend, everyone!

Thursday, June 2, 2011

Formula Milk with IMMUNOFORTIS..

Still remember my post regarding wean off and finding suitable formula milk for my Haikal? I thought it was easy to find formula milk for baby.. But, it wasn’t… Serius tak tipu, pening betul.. I was standing at the supermarket alley with my hubby thinking which formula milk suitable to give to Haikal.. Sangat lama okay, sampaikan we both can’t decide.. huhu.. Apa yang kitorang buat, amik satu-satu kotak susu formula yang ada di rak dan baca isi kandungan dalam susu.. Habis satu-satu kitorang check.. hehe.. One word that attracted me the most is IMMUNOFORTIS.. Mana taknya, selalu sangat tengok iklan 3 Little Houses dalam TV, sampaikan teringat-ingat.. :)

IMG_2287

IMG_2290 Trying to help mama to choose his milk..

IMG_2291 It was so confusing when you see all the brands on the racks! Huhu..

IMG_2289Mamil Gold with IMMUNOFORTIS..

Okaylah, ni nak share sikit.. Good information is meant to be shared, right? :) I’ve browsed about some related information regarding the “ingredients” in formula milk. One of it is IMMUNOFORTIS. IMMUNOFORTIS ialah kombinasi unik oligosaccharide (prebiotic) yang terbukti dan diperakui oleh doctor dan saintis di 33 negara di seluruh dunia.. Kombinasi ni berfungsi untuk memberi pertahanan daya tahan tubuh anak2 atau lebih dikenali sebagai immune system.. For more detail, this flow chart might help our understanding..I found this information in Wanita magazine recently…

Wanite-May Click on the photo for larger view ya!

Selain menguatkan immune system, IMMUNOFORTIS jugak membuatkan kurangnya risiko anak-anak terkena jangkitan penyakit dan diarrhea. And, one thing yang aku baru tahu ialah Mamil Gold jugak mengandungi prebiotic boleh melancarkan sistem pencernaan anak-anak.. Yelah, bila baby start membesar, macam-macam makan, kebarangkalian untuk susah buang air besar tu ada.. So, this prebiotic will help to prevent such problem.. I always believed in the quote “prevention is better than cure”.. So, as a mama, tentulah tak mahu tengok anak kita jatuh sakit, kan? Jadi pemilihan susu yang bagus tu amat penting.. Siapa tak sayang anak, kan?.. hehe..

Oh ya, bercakap tentang prebiotic, aku selalu confused whether it is the same as probiotic.. Actually, prebiotic and probiotic are different. Probiotic ialah bakteria baik, manakala prebiotic ialah makanan fibre dalam diet yang menjadi makan kepada bakteria baik tadi.. Jadi sebagai sumber makanan, prebiotic memberi probiotic peluang untuk memusnahkan bakteria jahat yang terdapat dalam sistem penghadaman.. Nama pun bacteria baik, kan? :) Tentulah mempunyai macam-macam kebaikan terhadap kesihatan termasuk dapat elakkan constipation dan meninggkatkan sistem immunity dalam badan terutamanya anak-anak yang baru nak membesar ni.. So, in this case, diet yang seimbang yang mengandungi prebiotic dan probiotic sangatlah penting untuk membentuk semula bakteria baik ni..

Prebiotic, as I mentioned before come from carbohydrate fibers known as oligosaccharides.. Kandungan fibre dalam sistem penghadaman tidak dicernakan and ia berfungsi untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam tubuh kita.. Sumber oligosaccharides termasuklah buah-buahan, bijirin dan susu formula seperti Mamil Gold.. Bagaimanapun, sumber utama prebiotics dalam makanan boleh didapati dalam pisang, barli, dairy products, bawang putih, bawang merah, madu, berries, oatmeal and etc.. Panjang lebar penerangan aku ni, hope it will give you mommies some ideas and awareness about how important of the IMMUNOFORTIS in your baby milk intake..

Since I just started to introduce Haikal formula milk, I was thinking to get a sample from Dumex.. But, I was lucky that day because my friend gave me the samples for Haikal to try it out.. So, in case you also want to request for Mamil Gold sample, do it so now by calling Dumex Careline at 1800 38 1038.. Kalau ada apa-apa nak tanya related baby’s formula milk pun boleh, because as a child nutrition expert company, they know what is best for your child.. Always remember to give your child a solid foundation at their start of life!

Wednesday, June 1, 2011

We Are In Terengganu Now!

Me and my baby are in Terengganu.. Berdua sahaja! Of course sangat mencabar, tapi tak apa only for these few days.. This weekend, my hubby will come here.. Lepas tu, my mom and sisters datang pulak tolong jaga Haikal..

For the time being, hantar Haikal kat rumah babysitter kawan di Kuala Terengganu ni.. Alhamdulillah, Haikal tak nangis pun.. Senang anak aku ni sebab dia friendly macam mama dia, semua orang dia boleh “masuk”.. haha.. Every morning, aku bangun pagi, mandi cepat2 make sure Haikal tak terjaga lagi, pastu siap2 solat dan kemas barang.. Yang tak tahan, angkat barang2 ke kereta.. Dengan beg aku yang berat 10kg pastu cooler bag, beg Haikal, then dukung Haikal sebelah tangan lagi, separuh tenaga dah hilang kat situ.. hehe.. *Itu macam bagi hint kena beli beg baru yang ringan sikit.. haha*

Hantar baby dalam 12km from Hotel, so terpaksa drive him to babysitter awal, before 6.30am dah bertolak.. Nak mintak tumpang kawan hantarkan time kitorang pergi ofis tu susah sebab lalu jalan lain.. Haikal bising time nak letak dalam carseat je.. Melalak beria.. Once dah duduk diam2 dalam tu dan kereta bergerak, dia senyap.. Time kereta berhenti kat traffic light, merengek balik.. Kenalah comfort him.. Kalau nasib baik, dia tertidur balik kat carseat..

Makanya, pagi ni hari terakhirlah bersusah sikit hantar baby pagi2 pergi babysitter.. Sebab mulai next week, mak dan adik aku yang jaga Haikal kat hotel.. So, takdelah aku nak rushing lagi ulang alik hantar Haikal nanti..

First time experience kerja yang banyak travel ni.. Seriously, aku kena cari babysitter setiap negeri.. Kalau ada sedara ke, kawan2 ke, boleh jugak contact2 tanya fasal ni.. Kalau kena masuk ceruk hutan, siapa yang aku nak contact.. Adakah kena hire maid pulak ikut aku time aku travel aje? Haish, risau anak aku dengan orang asing.. huhu.. Harap2 semua okay belaka lah.. Aku malas nak fikir susah-susah, buat pening kepala aje.. :P

Note: Oh ya, Haikal dah start on formula milk once he reached 15 months.. Tapi, aku tak pernah tengok dia minum lagi sebab dia minum ada skali tu masa aku pergi Perak dan sekarang, masa kat rumah babysitter kat sini aje.. But still aku supply susu badan lagi, cuma tak banyak stock, so kena top up dengan formula milk jugak.. 

Wednesday, May 25, 2011

Wallcoverings.. Living Hall & Bedrooms…

Yes, our home has new look! :) Buat wallcoverings di living hall, master bedroom and Haikal’s room.. Plan nak pasang wallpaper ni dah lama, tapi tak sempat nak pergi showroom pilih wallpaper.. Last month baru pergi ke Wallpaper Carpet Distributor di Brickfields untuk tengok samples.. Serious pening, tak tahu nak pilih yang mana.. Banyak sangat choices.. Memandangkan adik aku, Tasha memang bisnes wallcoverings ni, aku banyak tanya dia tentang paper mana yang cantik dan sesuai untuk rumah aku.. Yelah, wallpaper ni ada banyak jenis.. Ada yang bila pasang, nampak join kat dinding, ada yang banyak bubble, macam-macamlah.. So, kita rujuk pada yang pakar.. hehe..

Dah siap pilih2 wallpaper, adik aku datang rumah untuk confirmkan ukuran dinding dan kira berapa rolls wallpaper guna.. Lepas tu, next weeknya dia datang balik untuk pasang.. Time lain tak free, dia datang rumah Jumaat malam last two weeks kalau tak silap aku.. Pasang sekejap, pastu berhenti tengok Maharaja Lawak.. hehe.. Then sambung balik sampai pukul 2.00am lebih baru siap kot.. Aku pun dah mamai-mamai time tu..

Ini gambar2 semasa proses pemasangan wallpaper tu.. Haikal pun sibuk mengacau time diorang pasang wallpaper..

IMG_2119 Sapu gam pada paper…

IMG_2123 Buat kat master bedroom dulu.. Pilih design yang light colour sebab bilik aku wardrobe kaler hitam.. Kalau feature wall gelap, alamat bertambah gelaplah dalam bilik.. Oh ya, sorang lagi yang tolong tu adik aku jugak..

Lepas siap master bedroom, buat kat bilik Haikal pulak.. Untuk bilik Haikal, pilih warna yang colourful sikit, bagi nampak ceria sesuai untuk budak2.. Feature wall bilik ni gabungan 2 design, iaitu stripe dan yang bercorak.. Pilih colour yang sesuai untuk boy mahupun girl..

IMG_2132

IMG_2133

And, lastly buat kat living hall.. Time ni aku dah tak larat nak tunggu, tertidur terus.. hehe..

IMG_2141

Inilah hasilnya…. Aku tak ingat semua nama catalog untuk design wallpaper ni.. Hari tu pun, main tunjuk2 gambar je kat Tasha nak design yang mana satu...

Master bedroom..

IMG_2126

IMG_2162

IMG_2163

Haikal’s Room…

IMG_2136

IMG_2134

IMG_2135

Living Hall…

IMG_2139

IMG_2140

Gambar tak dapat nak tangkap keseluruhan, sebab aku takde DSLR yang wide lense tu.. hehe.. Untuk ruang tamu, wallpaper ni kitorang pilih gelap sikit.. So that, contra dengan dinding lain.. Cuma bila match dengan langsir, macam sama-sama gelap.. Maybe kena tukar langsir baru kot tahun ni, amik colour yang light sikit.. hehe.. Tengoklah macam mana nanti.. :)

Perasan tak sekarang ni dah jadi trend kan pasang wallpaper, especially feature wall.. Berbanding cat dengan colour yang contra, wallpaper yang bercorak2 lagi menarik, kot.. Kalau rasa at one point tu dah bosan dengan design tu, boleh tukar design lain pulak nanti.. Aku ingat, dalam 2 tahun tu tukar, kira okaylah.. Tapi bergantung budget jugak.. hehe.. Cuma, bila ada anak kecik ni, memang diorang akan tertarik nak pergi ke dinding yang pasang wallpaper ni.. Kenalah jeling2 dia buat apa kat situ.. Jangan diguris2 dengan mainan dan koyakkan, sudah.. Memang geram, huhu.. Haikal bila main, suka acah2 kita pergi ke wallpaper, pastu bila kita datang nak dapatkan dia, dia larikan diri.. Haiyo, pandai bergurau betul..