Sunday, September 26, 2010

Peristiwa Di Pagi Raya…

Ini bukan kisah sedih yang biasanya berlaku di pagi hari raya. Tapi, lebih kepada kelakar or I would say unsangkarable.. hehe.. It was about my little boy, actually..

Seperti biasa, lepas semua balik dari solat Aidilfitri, ada sesi makan-makan.. Haikal, aku dah suap makan sebelum kitorang makan.. So, masa kitorang makan, aku letak dia kat Bumbo Seat dan duduk sebelah aku.. Being a good boy, dia duduk diam aje tengok kitorang makan, sambil berbaju melayu lengkap.. Yelah dah kenyang, kan.. Tapi, dalam diam-diam tu, dia buat ‘projek’ pulak..

Kes poo-poo bila duduk kat Bumbo Seat, biasa dah.. Memang dia selalu membuang bila duduk kat seat tu.. Tapi, yang unexpected ialah dia poo-poo dengan meriahnya sampai terkena kat seluar baju Melayu dia.. Bukan sikit, tapi almost separuh dah kena poo-poo dia sehingga seluar biru dah jadi kaler hijau.. huhu.. Pagi raya pulak tu, pergi jalan raya pun belum… Spoil betul tapi nak buat camne kan, baby bukan pandai cakap.. hehe..

So, you know what happened after that? Seluar baju Melayu, dah ganti dengan seluar tidur.. haha.. Aku cari yang colour biru yang lebih kurang warnanya.. There you go, this is how my boy dressed up on pagi raya..

IMG_8212Seluar tidur pun seluar tidur lah, janji raya.. haha..

IMG_8211 How cool is my boy! Muka selamba, tak bersalah…

On the other hand, Papa Haikal sebagai penyelamat, berusaha sedaya upaya selamatkan keadaan.. Lepas basuh poo-poo Haikal, dia basuh seluar baju Melayu tu jugak.. Aku dah macam surrender lah, tak apalah beraya dengan seluar tidur pun, janji biru.. hihi.. Papa Haikal basuh, lepas tu iron seluar tu sampai kering! Nasib kain jenis licin, senang kering.. Iron dan iron, lama-lama seluar kering, then terus anginkan bawah kipas.. Phew, nasib baik, kalau tak memang sempoi lah, beraya dengan seluar tidur.. hehe!

Moral of the story, jangan pakaikan baju lawa awal2.. :P

Saturday, September 25, 2010

Random Raya Photos…

Still hari raya lagi kan, maka belum terlambat nak letak gambar2 raya kat sini.. Betul tak? :)

Raya pertama:

IMG_8192 Pagi raya.. Haikal kena kejut bangun awal.. Baik betul, sikit pun tak merengek, melalak sebab terpaksa bangun dan mandi pagi-pagi.. Tau nak dapat duit raya, kot.. hehe…

IMG_8196 Teka berapa kali seluar tu kena lipat? haha..

IMG_8203 Papa dan Anak Papa…

IMG_8207 Mama dan Anak Mama…

IMG_8215 Berjalan raya.. Senget-senget songkok Haikal..

IMG_8219 “Mama ni tak abis-abis amik gambar..” said Haikal…

Raya Kedua:

Bila dah baby ni, seronok pulak pergi beraya.. Sebabnya, dapat collect duit raya.. hihi.. Before this, bagi kat anak orang, anak buah, sekarang kutip untuk anak sendiri pulak.. :) Habis raya kite bukak akaun Amanah Saham.. haha..

IMG_8229 Dah ready… Tunggu mama bersiap..

IMG_8235 Like father like son.. “Belang-belang seperti kuda belang” theme.. hehe..

IMG_8252 With Mama, kat rumah sedara..

Raya Ketiga:

Beraya di Johor, kampung ayah dan mak aku.. Kat sana pun ramai pakcik makcik dan sepupu-sepupu, so, time collect duit raya lagi.. hihi.. Adik aku, Sofia jealous sebab duit raya Haikal lagi banyak dari dia.. :P

IMG_8262

IMG_8275 Dengan Pakcik Nizam.. Adik-adik aku ni suka sangat bergambar2, posing syok sendiri.. Lepas tu, gambar masuk Facebook…

IMG_8279 Sebelum balik dari kampung…

Raya Keempat:

IMG_8282 Posing sebelum keluar beraya lagi..

IMG_8283 Happy mode.. Haikal dah mula tahu, kalau aku pakai tudung tu, maknanya nak keluar berjalan.. Cepat2 dia suruh aku angkat dia.. haish, bijak betul..

Ada banyak lagi gambar, kite letak2 satu2 lah ye..

Friday, September 24, 2010

Haikal 7th Months Milestones…

IMG_8480 “Umur saya 7 bulan hari ni..” :)

My baby, Haikal genap 7 bulan pada 24th September, which is yesterday.. Tak sempat nak scribble all his milestones on the same day in this blog.. But, anyway, better late than never.. haha.. Alasan..

Sekejap aje dah 7 bulan dah anak aku ni.. Aku selalu compare Haikal yang sekarang ni dengan masa dia baru 3 bulan, 4 bulan.. Tentulah jauhlah bezanya, kan? Lagi satu, bila tengok apa dia buat dan nak buat, memang tak padan kecik.. hehe.. Let see what are his milestones at his 7 months ni..

  • Alhamdulillah, Haikal masih fully breastfeed sehingga sekarang.. Milestones ke? Kira milestones for me la kot.. hehe.. Harap dapat teruskan menyusu baby selagi boleh, InsyaAllah..
  • On previous checkup, berat ialah 7.9kg.. Sekarang, dah 8.5kg.. Alhamdulillah, his body weight is progressing well..
  • Masa umur 6 bulan setengah, dah start merangkak dan duduk.. Tapi, tak berapa stabil at that time.. Sekarang ni, kira dah expert la.. Merangkak pun dah laju, duduk dah tegap.. Kalau senget nak terjatuh pun, dia dah pandai adjust so that tak jatuh terlentang.. Tapi, kitorang perhatikan, tak biarkan dia main sorang-sorang.. Karang bertelur dahi, hilang kehenseman.. hihi..
  • His new vocabulary is “Abuah, Abuah” instead of “Abu” Macam mintak buah aje… :P
  • Sudah cam orang start 6 bulan.. Sekarang ni, kalau sesiapa nak amik/dukung dia, mesti tengok dulu siapa orang tu.. Kalau yang jarang jumpa, mula-mula okay, lama-lama dia cemik..
  • Mula “gedik”.. haha.. Sebab apa? Sebab pantang nampak aku.. Kalau tengah main atau papa dukung, skali tengok kelibat aku nak gi dapur, toilet, time2 tu melalak mintak aku angkat.. Bila aku dukung dia, boleh pulak ketawa2.. Happylah konon..
  • Start nak berpaut kat kerusi, rocker, sofa macam nak bangun.. Bila aku hulur tangan pun sama, he will hold my hand and try to lift himself up dalam keadaan melutut..
  • Pandai betul imitate perbuatan orang especially his papa.. My hubby selalu petik jari kat depan dia.. So, dapatlah tengok jari dia pun macam nak buat jugak.. This week, dia ikut papa dia buat mulut ternganga2.. Later I will share the video.. :)
  • Before this, I kept complaining tentang habit hisap jari tu.. Tapi, sejak kebelakangan ni, dah tak nampak Haikal hisap jari waktu dia tidur.. Waktu2 lain pun dah kurang..

Itu ajelah kot, ni pun curi2 masa, terbangun dari tidur kul 1.30am.. Type cepat-cepat sebelum baby terbangun untuk cari susu.. hehe..

Tuesday, September 21, 2010

Busy…

Nak cakap busy, takdelah busy sangat.. Tak sempat update blog, due takde laptop sendiri.. Laptop dah pulang kat company bila berhenti hari tu... hehe.. Setakat ni, menumpang kasih kat laptop hubby sajalah dulu.. Tambah lagi, baru berhenti kerja, pastu dah mula tempat baru, so macam kelam-kabut sikit.. Nanti2 aku share cerita, tapi, mostly about my baby milestones la.. Haikal dah ligat, nak berkepit aje kat ketiak aku.. Aku masuk toilet pun dia melalak.. huhu..

Thursday, September 16, 2010

Last Day…

I’m working today.. Not good because raya mood is still there..

But, the good thing is, today is my last day working in where I’m working now.. Macam terseksa aje keje sini.. haha.. Aku tau keputusan agak drastic, I gave short notice resignation to my company, tapi, tak apalah, mungkin ada rezeki lebih baik nanti.. Wishing myself the best for my career, my family and for the future…

Note: Teringat balik “sepanduk” yang kawan aku buat dulu, sebelum berhenti keje sini.. haha..

Monday, September 13, 2010

Family Foto Di 1 Syawal…

Jika tahun lepas, bergambar berdua sahaja.. Tahun ni, dah bertiga pulak.. :) This is the photo that I like the most, gambar 3 of us on 1 Syawal.. Gambar-gambar lain, nanti dululah..

IMG_8224Selamat Hari Raya!

Gambar diambil selepas balik beraya dari rumah sedara, masa ni dah petang.. Walaupun penat, masih boleh tersenyum simpul especially my little baby boy tu.. Nampak macam fresh di waktu pagi, kan? :)

Tema tahun ni colour biru.. Tau bile kitorang beli? Satu hari sebelum puasa.. hehe.. Mula-mula beli baju hubby and baby.. Sama kaler, sama kain.. Lepas tu, baru cari baju aku.. Rupa-rupanya susah nak matchkan baju orang perempuan ni dengan colour baju melayu.. Lesson learnt.. Next time, cari baju aku dulu, pastu baru beli baju Melayu.. Yelah, first time, manalah tau.. Tahun lepas pakai baju kahwin aje.. hehe..

Note: Ada satu cerita masa pagi raya tu.. Later, aku share apa kejadian yang tak diingini yang berlaku pada pagi tu..

Saturday, September 11, 2010

Sosilawati Mati Dibunuh?

Dalam Akhbar Kosmo Online, dah keluar kenyataan bahawa dipercayai Datuk Sosilawati telah meninggal dunia akibat dibunuh dan mayatnya dibakar.. MasyaAllah, dahsyat sungguh sekarang ni.. Nyawa bagai tiada harga, sesuka hati aje nak bunuh2 orang ni.. Lagi2 hari raya ni, sangat menyedihkan..

Jika benar dari ujian DNA yang  mayat tu mayat Datuk Sosilawati, diharapkan ahli keluarganya terutama anak-anak tabah hadapi pemergiannya.. Al-Fatihah…

Thursday, September 9, 2010

Salam Aidilfitri Buat Semua…

Di kesempatan ini, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri dan Maaf Zahir Batin.. Semoga Ramadhan memberi keberkatan kepada kite semua dan Syawal yang bakal menjelma disambut dengan meriah di samping orang-orang yang kita sayangi… InsyaAllah.

Dengan ini, disajikan gambar lemang in the making.. hehe.. Nak tau rasanya, kena tunggu waktu berbuka malam nanti.. :P

IMG_8179 My hubby dan abang-abang ipar beria bakar lemang tahun ni… Kali ni, giliran beraya di Klebang Melaka..

Tak lengkap raya tanpa ketupat, rendang, lemang, lontong, kan? Tak sabar nak makan semua banyak banyak banyak.. hihi.. Nafsu!

Till then, selamat hari raya and happy holiday to everyone…

Wednesday, September 8, 2010

Baby Walker cum Rocker…

Semua dah mood raya ke? Walaupun mood raya, aku nak cerita pasal Haikal akhirnya dah dapat walker setelah sekian lama menanti.. Padahal, aku yang tak sabar2 nak tengok anak aku duduk dalam walker.. hihi..

Last Saturday, bawak Haikal untuk injection masa 6 bulan.. Tapi, sebab suhu badan still panas, tak dapat inject pun.. Kena postpone to some other time.. Dari Klinik An-Nur, kitorang ke Manjaku Bangi nak beli walker! Manjaku is having sale now, jadi memang baguslah timing.. Cuma Haikal demam, kesian dia..

IMG_8115 Papa Haikal minat sangat dengan Mamalove Baby Walker ni.. Tapi, bagi aku, quite mahal RM259.. Tak berbaloi kalau pakai sekejap aje dan macam susah nak lipat..

Pilih punya pilih, beli Sweet Cherry Walker cum Rocker.. Ada Winnie The Pooh kat steering atas tu.. Haikal suka aje tekan-tekan button, so, I think this is a good choice for my little baby.. Dapat 20% diskaun..

IMG_8116 Dengan stroller baru.. Demam-demam pun masih bersemangat nak main..

IMG_8117 Melopong mulut tengah main dalam walker..

IMG_8121

Oh ya, tengok harga Huggies diapers kat Manjaku.. Murahlah RM29.90 untuk pek besar 80pcs tu.. Beli 2 pek hari tu… Biasalah, kalau lalu kat bahagian Pampers, mesti tengok harga dan compare dengan tempat lain.. Bila dapat murah, baru beli.. huhu.. Cost saving!

Tuesday, September 7, 2010

Check Saman Trafik Online…

Menjelang hari raya ni, macam-macam operasi ada, Ops Sikap la, Ops Balik Kampung la, tapi, paling banyak berkenaan kesalahan traffic la, kan.. Time orang berlumba-lumba balik kampunglah, time tu encik polisi nak buat speed trap.. Bagilah chance nak sempat sampai kampung sebelum waktu berbuka.. hehehe..

Walaupun aku belum balik kampung, aku tidak terkecuali dari melalui kawasan-kawasan speed trap ni sebab hari-hari aku lalu PLUS highway dari Balakong ke Senawang.. Start minggu ni dah nampak pondok2 polis tepi jalan kat highway.. Kalau biasa, aku pecut paling laju lebih 120km/jam, sekarang ni asyik dok jaga brek aje jangan bagi over limit.. Aku risau kena saman.. Baru-baru ni aku baru tahu aku kena saman.. Selama ni, aku bawak setiap pagi dan petang tak kena pulak.. Tapi, ada satu hari tu, aku datang kerja tengahari, time tu pulak bad luck.. huhu.. Sakit hati pulak sebab sekarang ni takde diskaun dah nak bayar saman.. Terpaksalah bayar buta-buta RM300.. huhu..

Oh, berbalik ke tajuk asal macam mana nak check saman traffic online.. Senang aje, boleh check di laman web ini..

saman2

saman

Sebelum balik raya, check saman dulu okay.. Rasa-rasa takde banyak saman, nak speed banyak mana pun ikut sukalah.. haha.. Janji selamat sampai kampung, okay! :)

Selamat Balik Kampung!