Monday, December 30, 2013

Haikal Is Going To School Soon…

Next year, Haikal masuk 4 tahun.. Kitorang decide untuk hantar Haikal pergi sekolah, bolehlah dia biasakan diri dengan environment sekolah, ramai kawan-kawan, berdikari dan berdisiplin sikit.. hehe..

Selama dari baby, duduk rumah babysitter, takde belajar secara formal, jadi rasanya memang waktu yang sesuai untuk dia belajar secara proper kat sekolah.. Mama ajar, tak jalan sangat, sekejap2 dah distracted buat benda lain..

IMG_2700
Big boy…

Since we will be away for 2 weeks+, Haikal akan start sekolah pada 20th January 2014.. Berdebar-debar jugak ni.. Masa amik baju sekolah hari tu, dia masuk tengok sekolah dia, suka betul.. Nampak dia excited.. Keadaan sekolah pun okay, sebab baru je bukak, so everything is new..

Masa mula-mula ronda cari sekolah dulu, pernah jugak bawak dia survey sekolah kat area rumah kitorang.. Bila tanya, “Haikal nak sekolah sini tak?”.. Dia jawab “Tak nak. Sini ada ulat”.. huhu.. Budak ni dah pandai memilih.. Tengok kotor-kotor sikit, dia tak mahu..

Harapnya okaylah Haikal nak pergi sekolah hari-hari, senang bangun pagi.. Hubby will send him in the morning and time balik, aku amik kat sekolah.. Sebabnya pagi-pagi, aku pergi awal sikit, too early for him, sekolah pun tak bukak lagi..

IMG_2692

Full day Haikal kat sana, 7am hingga 7pm.. Buat masa ni, itulah planning-nya.. Kalau dah pindah nanti, maybe fikir lain pulak, sama ada pindah sekolah atau stay, itu later baru decide..

4 comments:

Siti Asiah said...

haikal dh skolah yea tahun depan...arap cepatla dapat suaikan diri yea...;)

Elyn Sani said...

Selamat bersekolah haikal!!

Fatimah said...

Sekolah kat mana haikal?

sayahappyslalu said...

Fatimah,
kat area UPM..