Baru start nak cerita, aku dah terliur.. hehe..
“Warisan Nasi Kukus”.. Not sure sama ada glamour tak gerai ni, tapi petang-petang ramailah yang datang beli nasi kukus kat sini.. One of kedai nasi kukus yang orang cerita kat aku ialah Nasi Kukus Abang Mie.. Aku try tapi tak kena selera sebab kari dia tu macam manis sikit..
To compare, Warisan Nasi Kukus ni lagi sedap berbanding Nasi Kukus Abang Mie tu.. Sesiapa yang pergi Kota Bharu, jangan lupa ye try!
Masa outstation ke sana last month, asyiklah ulang-ulang makan nasi kukus.. Tapau, bawak balik hotel.. Aku try lauk udang besar, sotong besar, kepak ayam.. Pergh.. Harga untuk lauk udang dan sotong ikut saizlah.. Dalam RM12 ke atas sekali dengan nasi.. Lauk ayam, murah je..
Lokasi gerai Warisan Nasi Kukus ni ialah depan Public Bank, area Crown Garden Hotel..
Sesiapa naik flight, nak pesan bawakkan balik KL, boleh? hehehe..
Oh ya, lagi satu nak share.. Kalau ke Kelantan, nak bawak balik ole-ole keropok yang dah siap goreng, beli yang ini.. Nipis-nipis keropok dia, tak sama macam yang selalu beli kat kedai tu.. Makan sorang-sorang tak sedar dah abis satu pack.. Haikal pun sama..
3 comments:
kak...ada sale tupperware lg x?..hehe
bila la agaknya nak sampai KB lg
Post a Comment