Friday, July 12, 2013

Chilled Marble Cheesecake Recipe..

Sorrylah bulan puasa menayangkan gambar-gambar sebegini.. hehe..

Memandangkan cream cheese, whipping cream kat rumah tak abis lagi, asyik buat cheesecake lah aku... Kali ni jenis non-bake cheesecake.. Saja nak try..

IMG_1161“Chocolate bar tu tak terlibat dalam resipi ni.. Abaikan okay..

Ni nak share resipi:

Cake Base:

8 keping (atau lebih) McVities Digestive Biscuits
3 tbsp Unsalted Butter, keep in room temperature

Gaulkan, dan isi dalam spring-form (loyang) yang telah disalut dengan aluminum foil.. Macam mana nak balut aluminium foil? Boleh check this video..

Springform tu aku guna saiz 8 inci or boleh guna yg 7 inci, so cake jadi lebih tebal..

Bila dah padatkan dalam springform, masukkan dalam peti sejuk 30 minit – 1 jam.. Tapi, aku bakar dalam oven 180 degree, dalam 10 minit and let it cool in the fridge for a while..

Cake Filling:

250g Philadelphia Cream Cheese (1 ketul) – in room temperature
3/4 cup Plain Yogurt
1 cup Whipping Cream
1/4 cup Gula Kasar
2 tbsp Powder Gelatin – dilarutkan dalam 1/4 cup air panas.. Gelatin Halal ada dijual di bakery shop.
Blueberry Filling (Beli dah siap kat bakery shop) – ikut berapa banyak nak..

1. Mix cream cheese and sugar together until pluffy.
2. Masukkan whipping cream and plain yogurt , pukul sehingga sebati.
3. Masukkan gelatin. Pukul lagi.
4. Last sekali, masukkan blueberry filling ke dalam mix tadi.. Kacau guna spatula, tak perlu sebati sebab nak bagi texture marble tu..

Berapa banyak filling yang nak dimasukkan, terpulang cita rasa masing-masing.. Aku tak suka manis sangat,  so bila aku letak-letak dalam tu, aku rasa dulu sampai rasa ikut tekak aku.. Sebab blueberry filling tu manis, sekali dgn jem dia..
5. Tuang dalam springform.
6. Simpan dalam peti sejuk.. Biarkan semalaman.. 2-3 jam pun boleh asalkan adunan tadi firm..

Topping:

2-3 tbsp Blueberry Filling
Air suam

1. Bancuh bluberry filling dengan air suam… Agak-agak aje..
2. Tuang atas cake yang telah firm..

Inilah hasil dia..

IMG_1184
My first ever Chilled Marble Blueberry Cheesecake..

photo

Selamat mencuba.. :)

4 comments:

Cik Juju said...

bestnya cheesecake ni tgk :)

nuyu_ai said...

Salam..tumpang tanya..kalau tak letak gelatin tu takpe ke?

sayahappyslalu said...

Rasanya tak boleh. Gelatin buat cake tu firm (keras)

Nurul Afifah said...

Kalo x letak plain y0gurt xpe ker kak emy?