Pagi tadi, sahur tak makan nasi pun.. aku x masak nasi.. Kesian nasi, asyik kena buang je.. hehe.. Jadi, makan tart gulung dengan fresh milk aje.. sikit lagi habis la tart aku ni.. Tart ni, aku beli semalam.. Gemuk2 tart dia.. Tinggalkan kat rumah sikit utk adik2 aku and the rest, aku punya.. Yang hari tu beli, tak sampai 2 hari, dah selesai..
Sekejap je dah 15 hari dah berpuasa.. Lagi 15 hari, dah raya... Apa persiapan aku? Baju2 belum beli apa pun selain tempah baju kebaya sehelai. Itu pun pemberian orang
Tak tau bile nak belinya.. Lepas raya kot..
Kalau adik2 aku, tentu resah je kalau takde baju raya lagi.. hehe.. So far, suma dah ada baju raya.. Jadi, takde la yang merengek nak beli baju.. Hari tu, aku belikan Sofia bolero (ala-ala cardigan tu, tapi pendek sikit dan hanya menutup bahagian tertentu sahaja.. haha).. ada hood skali utk tutup kepala.. Masa test kat Jusco hari tu, dia menari shuffle depan cermin.. Haha, tergelak aku tgk.. ni mesti belajar dari Fariz and Nizam.. macam2 lah budak2 skarang.. Balik rumah, Sofia test baju and menari pulak depan mak ayah aku.. hehe.. Ayah aku panggil baju tu, baju tak cukup sifat..
Aku belikan sebab aku dah janji lama dah.. ni dah jumpa yang cantik, aku belikan la.. pastu dalam tu, Sofia cakap boleh pakai baju seksi2... hehe..
About kuih raya, this weekend, mak aku suruh balik buat cookies coklat.. Barang2 dia dah beli. Jadi, tinggal aku balik and buat je.. Iwan akan jadi assistant tolong bakar cookies.. Aku tak larat nak tunggu lama2.. Tukang godak bahan2 tu, ok lagi. Nak tunggu 2-3 jam nak bakar semua, aku tak sabar..
Pagi tadi, on the way pegi keje, first time aku dengar lagu raya kat radio.. Lagu M.Nasir, Satu Hari Di Hari Raya.. Syahdu pulak tiba-tiba.. Mesti lepas ni lagi banyak dengar lagu raya... Kalau duduk sampai ke Kelantan sana, macam zaman old skool dulu, tentulah rasa tak sabar2 nak balik beraya.. Sekarang ni, semua dekat je, takde rasa macam tu sangat..
p/s: Takde gambar2 dah nak letak.. Sebab Dopod
838Pro kaput aku, dah mintak tolong Epit hantarkan kat kawan dia.. Tiba2 aku tukar fikiran, rasa nak repair pulak.. Aku suruh betulkan kalau kos dia within my bajet.. Kalau tak, aku simpan dulu la.. buat koleksi.. hehe..