Monday, July 28, 2008

Kota Kinabalu.. Here I come again..


Day 1 (19th July 2008): Saturday

Awal2 pagi, aku dah bangun.. Nida call kejutkan pukul 4.00am. Bersiap2 pagi tu dan aku tunggu nida dtg amik kat rumah.. adik dia dan mak dia tolong hantar kitorang ke LCCT.. Kali ni naik Air Asia je, sebab bajet ciput.. hehe.. Our flight is at 6.50am, itu pasal la sebelum subuh dah keluar rumah.. Sebelum ni, aku beli tiket flight sejam lambat dari nida, kak izan and dyan.. but, 1 week sebelum kitorang pegi, aku dpt SMS from Air Asia bgtau yang flight re-schedule kul 12.50pm.. mak ai, tengahari bebenor.. kul berapa den nak sampai KK kalau macam tu? So, balik KL, aku gi kaunter AirAsia kat KL Sentral and dapat la tukar tiket utk waktu yang sama dgn diorang suma.. ingatkan amik flight pagi2 buta ni, dia on-time le.. tapi, kena tunggu pulak sampai kul 7.30am baru boleh naik flight.. naik kebas kaki berdiri tunggu nak naik flight tu..Kitorang takde X-press Boarding Pass, so, kena la beratur depan2 kalau nak naik flight awal and dpt tempat duduk best.. yang senang nak keluar nnti.. Dengar announcement suruh duduk pun, kitorang buat dek je.. Alang2 dah berdiri, kitorang akan terus berdiri sampai dpt naik.. haha.. Bila dah boleh naik, suma orang jalan laju2 nak sampai cepat ke plane.. Aku rasa Air Asia dah boleh tukar dia punya tagline la.. instead of "Now everyone can fly", boleh tukar ke "Now everyone can walk fast".. haha.. sebabnya, makcik2 pun jalan laju gile..
Posing2 sambil beratur..

Sampai KK lebih kurang 10am lebih.. Dari Terminal 2 Airport, naik teksi ke tempat penginapan kitorang.. Namanya Travellers' Light Backpackers Lodge, located in KK Town.. memang plan nak stay in town je.. senang nak pegi mana2 jalan kaki...

Inilah tempat kitorang stay..
Ada gaya backpackers tak? hehe..
Check-in
On the way masa teksi tu nak hantar kitorang tu, kitorang ada discuss dgn taxi driver nak mintak service dia utk bwk gi jalan2 on the 3rd day.. dah siap2 deal harga, amik contact number and janji kul berapa nak amik kitorang nanti.. So, dah kire confirmed la tu... Sampai kat resthouse, tak boleh check-in lagi, belum pukul 12 pun..Jadi, kitorang tinggalkan beg2 kat receptionist counter and orang teksi tolong hantar kitorang gi makan.. We had our lunch kat Restoran Sempelang.. Kitorang semua makan nasi campur..

Jemput makan..
After makan, jalan kaki kat area2 situ and lalu sebelah Warisan Square.. Masuk situ kejap sebab nak sejukkan badan.. cuaca panas kat luar, bertambah panas sbb KK ni tepi laut.. Lepas tu, kitorang terus jalan ke Philipino Market.. Lama betul kat dalam tu.. dok pilih2 dari satu kedai ke kedai lain.. rambang mata dibuatnya.. jumpa je yang berkenan, aku terus beli.. tapi, semua yang aku beli tu, semuanya utk orang lain.. untuk mak, Sofia and adik ipar aku..
Jalan2 cuci mata ;)
Philipino Market.. Tak tau nak pilih mana satu!

Membeli-beli sampai tak sedar hari mula hujan.. dah hujan, nak bergerak ke mana2 pun, susah.. kitorang singgah kejap beli ikan masin and udang kering, sambil tu fikir nak pegi mana pulak after that.. plan nak gi One Borneo, tapi, takkan la nak bawak ikan masin bagai.. bising2 kitorang kat kedai tu.. suruh orang tu balut tebal2 supaya bau ikan tak keluar.. :P
Dengan ikan masin, pun jadik!
Ingatkan nak pegi One Borneo naik bas je.. jimat sikit, RM1 sorang.. tapi, dah hujan time tu, kitorang naik jelah teksi setelah tawar-menawar dgn pakcik teksi tu.. kalo dia xboleh kurang, mmg kitorang menapak jugak la cari bas.. nak jimat punya pasal.. haha.. Sampai kat One Borneo, aku jalan2 je.. takde beli apa pun..
One Borneo
Ada paparazi kat belakang.. haha
Penat berjalan, kitorang singgah makan lagi.. But this time, aku beli Big Apple Donuts.. Terkejut aku harga dia mahal kat KK.. Kat KL, aku rasa harga dah naik jugalah.. tapi, takde la semahal kat sana.. Tapi okaylah, puas hati sebab sedap..


Lepas makan, kat luar pun tak hujan.. we decided naik bas ke KK town semula.. punyalah kuat bas tu pasang radio.. macam dalam kelab dangdut pun ada.. haha.. then, sampai kat KK Town, kitorang terus turun bile ada orang turun dari bas... teragak2 sebenarnya nak turun kat mana.. jadi, kena jalan sikit utk balik ke resthouse tu..
Dyan and boifren baru.. Love at first sight.. hahaha



Gaya Street


Model Traffic Light.. :)
Kitorang berempat duduk dlm satu bilik.. tak la besar mana, tapi selesa.. macam kat hostel dulu2.. ada 2 katil single and 1 double-decker... Lepak2 kejap dalam bilik sampai la after maghrib. Pastu, siap2 nak kuar makan pulak kat gerai2 makan di Sebelah Philipino Market.. On the way, singgah jap beli ikan kering and udang kering lagi.. ada saja yang nak dibelinya.. :P
Time makan, kitorang order makan sotong bakar and ikan bakar.. plus chicken wing.. sedap2.. sehingga menjilat jari.. lepas makan, jalan2 kat pasar malam pulak.. bertambah2 barang yang aku beli.. i can't help it.. too much choices.. ;) dah puas jalan, kitorang berjalan balik ke resthouse. Confuse jugaklah nak cari mana satu jalan yang betul time malam2 mcm ni.. but, at last, sampai jugak..

Bersama kanak2 Sabahan.. Gaya tak hengat.. haha
Pilih, pilih, jangan tak pilih.. Kusyuk dyan tu.. :P

Day 2 (20th July 2008): Sunday


Aktiviti kitorang utk hari kedua ialah melawat Gaya Street Market.. memang market ni ada pada hari Ahad pagi je.. So, pagi2, kitorang dah bangun dan berjalan ke situ.. sambil jalan, aku beli kuih dan makan.. lapar pulak, jalan banyak sgt.. tapi, takde pulak rasa penat ye.. hehe.. kat situ, tak beli apa pun kecuali beli makanan utk sarapan pagi dan aku beli bekalan utk ke pulau..
Kitorang pegi islands hopping lepas tu..
Gaya Street Market..

Jalan kaki jugak dari Gaya Market tu ke Jesselton Point, tempat orang naik bot utk ke pulau2.. kitorang pilih untuk pegi 4 pulau.. Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sulung and Pulau Sapi.. Pulau pertama ialah Pulau Mamutik..

Sampai pulau, aku and Dyan tak sabar2 nak mandi.. Nak snorkeling, tapi takut pulak pegi sendiri.. Then, abang bot bawak kitorang snorkeling kat tengah2 sikit.. Nida dapat bodyguard baru.. hehe.. Dia ikut abang tu sebab ni first time dia snorkeling.. Aku and Dyan ikutje dari belakang.. Macam bot tunda.. haha.

Kat Pulau Sulung Abang bot nak ajar berenang. Bersemangat betul kitorang nak belajar.. Kak Izan daripada tak nak mandi, dah basah bile dia turun dari bot.. last2, dia pun berenang sama.. haha.. Dah belajar skill2 terapungkan badan, abang tu ajak pegi tengah sikit.. tanpa life jacket, dia suruh kitorang berenang ke tengah sikit... aku rasa ok je mulanya, tapi, dah sampai tengah tu, tiba2 pulak kaki rasa crammed.. terus aku cuak sebab tak boleh nak kayuh kaki.. bile aku dah camtu, abang tu cepat2 tarik2 aku.. dia tolak2 ke atas supaya aku tak tenggelam.. dalam terminum2 air laut, aku cakap kat abang tu suruh bawak aku ke tepi..rehatlah aku sekejap kat tepi pantai sambil urut2 kaki sendiri.. Dah ok sket, aku sambung lagi mandi..tapi, pakai life jacket pulak kali ni.. serik aku.. hehe..

Kat Manukan Island, tak best sgt, air dia keruh.. Rasa cam Port Dickson pun ada.. tapi, aku and Dyan tetap bermandi-manda tak ingat dunia.. Naik hitam kulit den.. hehe.. Nak snorkeling tak nampak apa.. plastic maggi ada la.. haha..
Manukan Island
Kat Pulau Sapi, baru best utk snorkeling.. Lagi cantik dari pulau2 yang sebelumnya.. Since Nida and Kak Izan dah surrender, aku and Dyan, request kat abang bot tu mintak bawak kitorang pegi snorkeling kat tempat yang cantik2 batu karangnya.. So, abang tu drop Kak Izan and Nida kat jeti Pulau Sapi and bawak aku and Dyan kat kawasan orang slalu dive.. time tu hujan, rasa sejuk kat atas bot, tapi, bile dah lompat masuk air, best betul.. air tak sejuk and best betul snorkeling time tu.. kitorang bertiga je kat situ.. dia bawak tengok ikan apa entah, tapak sulaiman.. siap dia bawak naik tapak sulaiman suruh kitorang pegang.. takut and geli jugak nak pegang.. coral kat situ pun cantik2. ha, macam ni, barulah kitorang puas hati snorkeling.. jauh tu, sampai ke sabah kitorang datang, semata2 nak snorkeling.. unluckily, this time, xde underwater camera.. jadi, tak ada gambar.. sampai tak larat kitorang berenang.. after that, terus siap2 utk balik..
BFF.. hehe
Sapi Island
Nak balik dah..
Malamnya, kitorang kuar lagi utk dinner.. Kat sebelah Philipino Market jugak. But, this time kat different warung.. Sebab lapar sgt, aku and Dyan kitorang order nasi goreng.. Bengang betul nasi goreng tak sedap.. dah tu, bile time suruh kira, orang tu buat donno je.. apa lagi naik tinggi la suara aku.. tak sabar punya pasal.. haha.. Lagi bengang bile kira harga makanan suma, tokei warung tu kire entah guna rumus apa entah.. suma makanan dah kena markup harga dia.. aku tanya kenapa? alasannya upah hantar sebab order dari kedai lain.. macam itu pun, ada ka? mmg kurang ajar.. memang aku xkan datang lagi la kedai ko! (sebabnya, entah bile aku nak gi KK lagi.. hehe).. After makan, Kak Izan and Nida, terus balik bilik.. aku and Dyan sambung jalan2.. kitorang pegi Warisan Square.. aku rasa nak makan lagi, makan something yang sedap.. So, kitorang beli Big Apple Donut sorang satu and makan ice-cream.. sejuk sikit hati aku.. :P

Masa balik baru jumpa bas One Borneo ni.. Ceh!

Day 3 (21st July 2008): Monday

Hari ni bangun punyalah awal.. kitorang gi Breakfast kat kedai kat Gaya Street.. Lepas makan kitorang tunggu pak supir datang, nak bwk kitorang gi jalan hari ni.. Actually, kitorang deal dgn abg bot semalam tu.. sbb yang ni, dapat murah sket... janji kul 7.00am.. hampeh, kul 8.00am baru dia sampai.. Hari dah siang dah pun...

Plan kitorang nak pegi awal2 pagi ke Kundasang and Poring Hot Spring tu.. So that, bile sampai sana, cuaca masih cerah and elok.. boleh la tgk South Peak dari bawah.. Sebelum ke Kundasang, kitorang singgah Nabalu Market.. Beli barang2 sket.. Kat situ, souvenir a lot cheaper from KK Town..

Kat Kundasang, oleh sebab lambat , masa kitorang sampai situ langit dah berkabus.. langsung tak nampak apa.. so, xdapat la bergambar berlatar belakangkan Mount Kinabalu..bengang jugak la... Dyan beli manggis, bapak mahal RM8.00 sekilo..
Kesejukan, konon... Hehe.. Kat belakang tak nampak puncak gunung pun :(
Sepatutnya, akan nampak puncak camni dari pasar Kundasang ni.. South Peak ialah puncak berbucu senget tu.. entah, tak reti aku nak describe.. Ni gambar2 masa aku pegi Kinabalu last year..
South Peak

Oleh sebab tak nampak apa kat Kundasang tu, kitorang terus ke Poring Hot Spring.. Sepanjang perjalanan, aku tido je.. Gara2 penangan 2 bungkus nasi lemak sarapan pagi tu.. haha.. Kat Poring Hot Spring, tak mandi pun dlm kolam air panas.. just celup2 tangan je.. suma mat saleh je yang berendam.. tak kuasa la mandi air panas tengahari buta camtu..

Yang best kat situ ialah aktiviti berjalan atas Canopy Walkway.. Tapi, nak naik dia punyalah seksa.. teringat macam aku panjat Mount Kinabalu dulu.. but that one much-much worst.. :( kesian betul Dyan, berpeluh2... hehe.. Gayat jugak jalan atas jambatan gantung ni.. sebab dia goyang2..

Kepenatan.. :(
Then, we headed to Kinabalu Park.. Hujan renyai2, so, kabus sgt tebal.. rasa cam kat oversea pulak.. hehe.. kat situ, just gambar2 je...
Cantik, kan? I mean, the flowers.. hehe..

Finally, it was time to go back. On the way, kitorang singgah One Borneo utk makan.. Pastu, terus pegi airport utk terbang balik KL malam tu.. Sampai Senawang kul 12.45am.. aah, very tiring..

Bye bye, KK.. tengoklah mukaku berkilat.. haha..

Date
: 19th July - 21st July 2008

No comments: