Thursday, July 31, 2008

Karnival Prasekolah..

Karnival ni utk suma murid2 prasekolah Zon Keramat.. so, sekolah Sofia pun involve skali.. Sabtu pagi hari tu, aku aku hantar Sofia ke sekolah dia.. tapi, karnival buat kat Sekolah Setapak Indah..

Dah bersiap nak pegi skolah.. Pakai lipstick, you!

Sofia ajak aku pegi sebab parents aku xdpt pegi.. diorang ke klinik for medical checkup pagi tu.. So, aku pun teman Sofia ke sekolah and antar sampai kat kelas, sebab dia akan pegi karnival dgn cikgu, naik bas.. Oleh sebab aku pun tak tau sekolah yang dia nak pegi tu kat mana, aku tunggu sampai diorang naik bas.. and aku drive ikut belakang bas.. Macam2 pertandingan ada; tarian rampai, bercerita dlm BM and BI, bersajak, mewarna.. Adik aku ni masuk pertandingan hafazan.. macam tak percaya je.. hehe.. Tapi, takde lah surah2 yang susah2.. Surah Al-Fatihah, An-Nas, Al-Ikhlas and surah2 pendek lain..

Masa beratur kat skolah.. tgk tu, tak reti diam..

Pertandingan hafazan ni, buat kat surau sekolah.. mulanya aku segan jugaklah nak masuk surau tu dgn pakai jeans je.. tapi, lama2, makin depan aku duduk..hehe..aku nak tangkap gambor adik aku tu.. :) nasib baik le aku tak pakai short sleeve... malu je kat ustaz2.. dah la muda2.. haha..
Alamak, gambar sofia masa hafazan tu, tak perasan pulak yang aku tak transfer.. kamera ada kat Tasha skarang.. Ini jelah gambar2 yang ada..
Berdebar menanti giliran..

Aku balik awal, jadi tak tengok penyampaian hadiah.. adik aku tak menang pun.. Takpelah, at least, she has tried.. Tengahari tu, aku tunggu Sofia kat sekolah dia.. dia balik dgn cikgu2 dia.. Cikgu cakap dia menangis sbb aku balik awal tinggalkan dia.. lor.. :P

Surat Utk Cikguku:

Masa nak pegi skolah, mak aku cakap adik aku ni ada buat surat utk cikgu dia.. Cikgu Su.. aku nak tgk surat tu, tapi dia tak bagi.. aku tanya la kenapa nak bagi surat? dia cakap Cikgu Su marah dia.. hehe.. mmg poyo la adik aku ni.. Kat dalam kete, aku curi2 tgk apa yang dia tulis utk cikgu dia.. kalau baca camtu je, tentu blur.. Tak tahu utk siapa sebenarnya.. haha.. "kepada" and "daripada" pun tak dapat beza lagi.. :P

Ini la suratnya..





Updates:

Rupa2nya ada lah gambar sofia masa dia hafazan tu.. aku tak perasan sbb letak dlm folder mana entah. :P




Masa buat cabutan utk baca surah yang mana..


Serius je muka.. cuak la tu, kot..

2 comments:

ErnIe said...

terror adik ko.. wat surat tuk cikgu dia..

dia kena pukul ke ngan cikgu dia tu??

This is .... said...

kena pukul la kot, xdengar cakap.. hehe...