Sunday, August 16, 2015
Rindu Blog Sendiri..
Kadang dalam instagram tu banyak je nak cerita, but I kept reminding myself, ini bukan blog.. LOL
Nak delete blog, rasa sayang.. Nak terus menulis, rasa malas.. Macam mana tu?
Kesian Hariz, takde cerita fasal dia.. Semoga mama rajin menulis balik ye..
XOXO..
Tuesday, April 21, 2015
Laundry Area…
Kawan-kawan makin rajin menulis.. Marilah kita menulis sikit.. haha..
Nak cerita fasal laundry area.. This is part of our house extension.. 8 kaki panjang area ni, kira sampai hujung.. Urusan kain baju cuci, keringkan (kalau hari hujan), lipat dan iron semua kat sini.. Tapi aku selalu mengelat, tak larat nak berdiri sambil lipat, aku bawak naik atas lipat.. :P Aku lebih suka melipat baju dengan tenang, tanpa anak bergayut-gayut kat kaki.. haha..
3D drawing of the laundry area..
Ni rupa dah siap.. Cabinet dapur warna putih, so kat sini pun kami pilih warna putih juga.. nampak fresh and clean.. Material ialah acrylic with combination of solid surface top..
Thinking to put sliding door untuk pisahkan dengan kitchen, tapi macam rasa lapang je kalau takde pintu.. So, kekal with this look dululah..
Cabinet bahagian bawah, simpan bahan pencuci untuk kegunaan harian.. Yang bahagian atas simpan toiletries..
Ni contoh.. Stock pencuci, sabun, towels, shower gels, berus gigi, kitchen towels disimpan dalam cabinet di laundry area ni..
Extra sink here.. Bagus, memudahkan kerja juga.. Baju-baju kotor terkena poopoo hariz ke, muntah ke, cuci-cuci dulu kat sini sebelum masukkan dalam mesin basuh.. Aku pun senang cebok Hariz kat sini.. haha..
10kg washer.. Yang sebelah tu, dryer 6kg..
Beberapa bulan dah pindah, keadaannya begini.. Tepi tu aku letak drying racks untuk toskan pinggan mangkuk, cawan segala.. Bila dah kering, aku simpan dalam drawer.. Rasa-rasa semak bila orang datang, tutup saja blinds dapur tu.. hehe.. So kat bahagian kitchen, takdelah barang sepah-sepah atas table top selain pencuci pinggan mangkuk dan periuk nasi, cerek, bekas air at the other side.. Aku tak suka banyak barang atas table top.. Yang lain semua simpan dalam cabinet, bekas garam etc.. Nanti in next post share fasal kitchen storage pulak.. Tunggu naa…
White bins tu untuk separate baju kecik dan baju besar.. Sila dapatkan di Ikea.. haha.
Oh, by the way, baju yang dah dibasuh, aku jemur kat luar rumah.. Dah try jemur kat dalam ni, rasa tak puas.. Bau tak berapa best..
Sekian sahaja kisah laundry area..
Friday, January 16, 2015
First Day Of School In 2015…
Tahun ni, enrol Haikal at different school.. Very near to our house now.. Fikir senang nak amik hantar, dekat dengan taska Hariz.. And we want him to learn something new (new environment, new syllabus, new friends of course!).. So hari tu start sekolah 6 January, papa dia yang hantar..
With his school uniform.. Bertambah semangat bila bawak bag Transformers, iye tak? hihi..
Gambar-gambar masa hari pertama sekolah.. Lucky dah pernah sekolah sebelum ni, takde masalahlah tak boleh tinggal ke apa..
Semoga Haikal happy di sekolah baru, rajin belajar dan solat.. Jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat, okay! Muah..
Kitchen Cabinet By Sliderdrobe…
From our experience (dan seorang kawanku – yang kenal melalui kitorang), we strongly DO NOT recommend this company - Sliderdrobe! huhu.. Sorry.. Malas cerita the problem, nak cite fasal kitchen aje.. hehe
Design and arrangement of the appliances memang dah plan awal-awal.. More than a year ahead! Cakaplah semangat ke apa, dah kami memang macam tu.. hihi.. We want it to be perfect (at least to our eyes lah).. Ada masa juga untuk save $$$$..
Banyaklah aku browse gambar-gambar kitchen.. Especially in Pinterest, Houzz and sometimes beli magazine.. Ini salah satu contohnya.. I’m so in love with the marble top.. Terus simpan niat I want! I want! haha..
Ni contoh gambar 3D dapur:
Straight line design.. Simple sebab aku teringin sangat nak ada island kat dapur.. So, tak perlu cabinet fancy-fancy keliling dapur..
With an island, my kitchen will look like this..
Cabinet installation sepatutnya amik masa dalam 2 weeks plus, tapi sudah drag sampai sebulan lebih.. Gasaklah, benda dah lepas cabinet pun dah siap.. So, sekali lagi, not recommended… LOL..
We chose Blum mechanism for whole kitchen, except for baking area (save budget)..
Base for the island.. Saiz island 10 kaki x 4 kaki… Kalau letak bar stools, boleh muat 4 buah kerusi.. Mula-mula plan dulu, saiz dalam 6 kaki x 3 kaki macam tu.. Lepas pecah bilik, tengok boleh pergi up to 10 feet, designer pun suggest biar besar, maximise the space baru cantik.. Kalau kecik je tengah-tengah dapur asal ada, tak meet the purpose of having an island, baik letak meja makan je situ.. So, lepas consider laluan untuk lalu semua, memang ngamlah saiz tu.. Takde isu berlanggar punggung LOL…
Volakas Marble top ni beli dari supplier tiles.. Super love with this! Memang the “highlight” of my kitchen hehe.. Supplier tiles ni memang very nice person.. She helped a lot, design and all.. Dialah yang pilihkan this marble slab for us..
Appliances sudah siap dipasang..
Desicion buat tingkap kat situ is a good desicion ever! haha.. Tak suka tengok table top semak penuh pinggan mangkuk lepas cuci, so melalui tingkap tu, pass ke laundry area.. Drying rack letak kat situ.. Lepas tu, tutup tingkap dengan blinds.. hehe..
Reginox Jumbo sink & Grohe Minta mixer tap..
Untuk kitchen hob, kali ni aku nak try pakai jenis stainless steel pulak.. Before this dah try glass.. After 2 months of using, aku suka.. Senang bersihkan lepas masak ;)
This is how my kitchen looks like..
Spoon Bar Stools beli from moredesign.asia.. Combination black and white..
Yang ini pulak 3D design for my baking area.. Panggil baking area sebab tempat aku simpan barang-barang baking aku..
For this cabinet, guna acrylic material, cheaper option.. Pintu kat glass display tu saja guna spray paint..
Kecik je table top situ, with display cabinet just for the purpose nak design lain sikit.. Kalau aku buat full cabinet semua, macam too common and lama2 jadi bosan.. Kalau nak guna mixer ke apa, I still prefer buat kerja kat island..
Later cerita area lain pulak okay :P
Sunday, December 21, 2014
Istanbul Trip, January 2014.. (Delayed Entry)
Haha.. Lama gile. tapi aku taknak update panjang pun. Sebab dah lupa detail LOL. Anak dalam perut pun dah keluar, dah bam-bam pun.. Haha..
Just for kenangan aje.. We’ve been in Turkey. I want to go there again. Interesting places, beautiful country. Tengok trailer movie Fazura, terasa nak pergi Cappadocia pulak :P
Naik Turkish Airlines.. Haikal was so happy.. Sampai sekarang dia ingat lagi naik aeroplane, naik boat etc.. When is next trip? Sepatutnya dah plan dah untuk 2015 ni.. Tapi sebab busy fasal rumah, kena tangguh banyak hal..
Long flight, Haikal tak banyak ragam..
Meatball.. sedap.. Tapi 4 hari makan benda sama, memang nak terkeluar balik haha.. Sambal ikan bilis jugak yang sedap..
Inside one of the mosques we visited.. Banyak sangat masjid kat sini..
In front of Grand Bazaar.. Ni tempat shopping jugak.. Tapi barang-barang kat sini mahal berkali ganda.. Tour guide ada bawak kitorang ke Spice Market.. Situ murah, souvenirs semua murah.. Beli turkish delights, rempah BBQ, baju-baju semua kat sana aje..
In Turkish Airlines heading to Jeddah..
That’s all.. Semoga 2015 semakin murah rezeki.. Boleh bawa anak-anak berjalan tengok negara orang lain.. InsyaAllah..