Pls visit www.crazy8.com to browse the selections..
Boleh emailkan kepada emelia_khamis(at)yahoo(dot)com

Anything nak tanya fasal shipping etc boleh email ye..
- Posted using BlogPress from my iPhone
everyone has stories to tell.. so do I..
Sejak buat aiskrim kali pertama hari tu, dah syok pulak nak buat lagi.. Tapi, bila kite buat sendiri tanpa ice cream maker, leceh sikitlah.. Kena rajin kacau bancuhan ice cream tu bila dalam proses nak bekukan dia..
Nak tunggu beli KitchenAid Ice Cream attachment tu, macam lambat lagi.. So, I decided to buy this first.. Kenwood Ice Cream maker IM280.. Aku beli online dari eShop Bagus, harga RM199.. Kat Lazada.com.my murah sikit, RM179 tapi masa tu abis stock pulak..
Ala terkecik pulak video ni.. Bancuhan aiskrim (yang disejukkan) dimasukkan dalam ice cream maker ni..Putar sampai likat…
Aku putar sampai jadi macam ni.. Then, masukkan dalam freezer untuk bagi dia lebih keras.. Bila dia keras, kite scoop dia, jadilah tekstur aiskrim sebenar..
Lepas ni, nak belajar buat aiskrim lain pulak.. Baru berbaloi dan balik modal bak kata my hubby.. hehe..
Haikal sekarang dah 3 tahun 6 bulan.. Dan dia masih ber”diaper” hehe.. Salahkan kitorang, lambat start! kehkeh..
Actually our first trial dalam beberapa bulan lepas, for 3-4 hours.. Okay lah, setiap setengah jam bawak pergi toilet dan buang air kecil.. Lepas tu, tak teruskan, maybe aku terlupa haha..
So, bulan puasa lepas, try lagi untuk 2 hari.. Hari pertama, try dari pagi sampai pukul 4.00pm+, “accident” 1 kali.. Hari kedua, “accident” 2 kali.. Haikal sendiri yang surrender, dia mintak pakai pampers sampailah ke hari ni.. LOL.. Dia fed up kot sebab asyik kena bukak seluar dan masuk bilik air.. Kacaulah aktiviti dia tengok youtube kat PC.. huhu..
Takpelah, tunggu dia ready, baru start balik.. Sekarang, bila nak pakaikan dia seluar, aku tanya “tak payah pakai pampers ye?”.. He insists to wear it.. Tak naklah paksa-paksa.. Nanti dia buat2 terkencing merata, lagilah stress, kan? Just go with the flow..
Kalau ada tips nak ajar anak toilet training, share ye.. :)
Tak perlukan mixer pun.. Just blend je semua.. Pastikan bukan blender cili yang digunakan.. Abis pedas nanti aiskrim tu.. haha..
Very easy peasy.. Got it from Twitter friend..
Bahan-bahan:
2/3 cup full cream milk
1/3 cup whipping cream
1/3 cup Nutella
Blend all together until smooth.. Done..
Lepas tu, masukkan dalam plastic aiskrim.. Aku guna popsicle mold, bila dah keras, susah sikit nak keluarkan.. Sebab campuran ni lembut sikit sebab ada whipping cream..
Without whipping cream, boleh guna sukatan ni:
1 cup milk
1/3 cup Nutella..
Bolehlah cuba, senang sangat..
Sudah nak masuk 3 tahun setengah Haikal ni.. The most favourite question yg aku selalu dapat “Bila Haikal nak ada adik?”.. But, the answer is not in my hand.. Kalau boleh, esok jugak nak ada baby baru.. hehe..
Lama tak cerita fasal anak bujangku :)
Tunjuk gigi yang malas gosok.. Dia cakap, nanti muntah.. Banyak betul alasan sekarang ni.. hehe
At Petronas Solaris Serdang.. Tak sabar nak tunggu aku amik duit di ATM, dia nak pergi bayar sendiri.. Orang kat kaunter dah tersenyum-senyum sambil cari mana mak budak ni.. :P
Percakapan - At this age, Haikal still lagi pelat sikit-sikit.. Tapi bila dia cakap tu, dia cakap penuh 1 ayat, tapi masih pelat here and there.. Paham-paham sendiri. Kalau tak faham, aku cakap “okay.. okay.. iye” padahal tak faham apa dia cakap.. haha.. Kalau cakap tak faham nanti, dia marah.. Dan dia masih panggil kitorang “Amma, Appa”.. haha apa-apa jelah, janji maksud sampai…
Potty Train – baru mula 2 kali.. haha.. Bila teringat dan rajin nak layan, baru buat.. Dua-dua pun dalam 2 jam aje.. He was doing good.. Asyik-asyik aku tanya, “Haikal nak kencing tak?”.. Selang 30 minit, tanya lagi dan suruh pergi buang air kat bilik air.. Buang air besar je tak pernah lagi.. I am a little bit nervous.. haha.. Takpe nnti kite belajar lagi..
Loves – to watch Youtube.. Hari-hari nak tengok “Eggs Car”.. You try to search Eggs Car kat Youtube seach bar tu, tengok apa yang keluar.. Benda tulah yang dia tengok hari-hari tanpa rasa jemu.. Kadang-kadang, aku tipu.. Disable internet, pastu try search tak dapat.. So aku cakaplah, komputer rosak.. huhu.. Then dia nak tengok kat handphone pulak.. *____* anak-anak zaman sekarang, memang pandai fikir jalan penyelesaian…
iPad – iPad aku dah macam tak wujud dah.. bayar bill internet buta-buta je, tapi iPad dah kena sorok.. Sebabnya bila main iPad, dia lagi banyak melalak dari duduk senyap-senyap.. huhu.. Nak tidur pun payah.. Nak main iPad je.. Kesudahannya, baguslah disorok..
Belajar – Selalu mengelat.. Belajar sikit je “MA.. MI.. MU” lepas tu terus tak nak.. Colouring dia suka, tapi lepas tu, aku pulak kena colour.. By 4 years, I think sudah tiba masa untuk hantar dia ke sekolah/playschool.. Maybe boleh belajar lagi banyak kat sana termasuk belajar mengaji..
Al-Fatihah – Dah pandai dah ikut kite baca.. Pelat, sudah semestinya.. hehe.. Setiap kali lepas solat, dia suka duduk atas riba, tadah tangan dan baca al-Fatihah.. Abis baca Amin tu, terus bangun, sambung main..
Itu je dulu. Dah 4.30pm, nak balik dah.. hehe.
Sempena nak raya ni, Tupperware keluarkan flyer terbaru.. Have a look.. Yang mana berkenan, please email me for special price.. :)
My email is emelia_khamis(at)yahoo(dot)com..
Bekerja di luar waktu bulan puasa memang tak cool.. Dah namanya kerja, terpaksalah pergi.. Kalau company sendiri, ikut suka aku pun takpe.. hehe.
So I stay in Impiana Resort Cherating.. Tak jauh dari Kemaman.. Sebab kat Kemaman takde hotel best.. :P Aku tak bawak kereta, malas drive.. Menumpang kawan jelah, setiap pagi dan petang dia amik dan hantarkan..
My room for 3 nights.. Kelihatan tua lah bilik dia.. Hotel lama kan..
Kalau bukan bulan puasa, syok dah ni, boleh mandi-mandi pool, jalan-jalan tepi laut..
Balcony menghadap laut.. Sangat mendamaikan.. Angin sepoi-sepoi.. Ececeh..
Juadah berbuka semalam.. Ni yang paling sedap di samping daging panggang dan ayam panggang..
Itu saja nak report.
Memandangkan parcel Batch 41 delay sikit kat kastam, aku tak dapat nak post pada hari Rabu or Khamis.. Minta maaf banyak-banyak..
InsyaAllah pengeposan sekali harung dengan Batch 42 (kalaulah dia sampai on time, esok) pada hari Jumaat ni ye kepada yang telah buat full payment.
Please be informed.. :)
Sangat bosan dan mengantuk hari ni.. huhu.. Nak tulis blog pun rasa takde mood.. Please help!
Just sharing few photos yang aku jumpa dari hasil browsing, googling.. And I love to search in Pinterest too.. Ada banyak benda menarik kat sana.. Nak pin-pin sendiri, tak reti pulak.. kehkeh..
How do you guys store your kitchenware, spices, utensil, bakeware etc? These below photos are just some ideas.. Ada yang aku suka! Lets go one by one..
Spice Containers:
Jar bentuk bulat macam ni makan banyak space.. Kena buat custom hole pulak nak letak dia.. Macam leceh sikit, kan?
Yang biasa kita jumpa orang susun macam ni.. Botol dia kecik-kecik ajelah, kalau tak, tak comel nak baringkan macam tu..
I love this one the most! Tapi tak tahulah bekas apa dia guna ni.. Ada idea tak where I can get these? Google-google pun tak jumpa exactly like this..
Bila keluar jalan-jalan, aku survey-survey containers yang available kat market.. Yang bawah ni, jumpa kat Aino Liwing.. Cun tu cun lah, cumanya agak bulky nak letak dalam drawer..
Macam ni rupa dia bila aku susun dalam drawer showroom tu.. Gigih, kan? hihi..
4 biji aje boleh letak in one row..
Takpe kite teruskan survey lagi.. Semoga berjumpa yang aku berkenan tu..
Plate Holder/Organizer:
Kalau kat dapur ada banyak sangat ruang kosong, you can consider doing this in one of the drawers.. I quite like it.. Cumanya kalau contoh nak letak pinggan Corelle kan, kenalah ada 20 ke, 30 biji, baru cun nak letak sederet macam ni.. Bagi seragam.. Kena beli lagi Corelle tu nampaknya haha..
Yang ini praktikal sikit.. Just buat partition ikut saiz pinggan-pinggan kite tu.. Pinggan yang kita simpan ni, pinggan yang kita jarang pakai.. Yang hari-hari pakai, letak kat dishrack aje..
Plate holder.. Tapi macam ni, aku rasa kegunaan dia takdelah maximum sangat, setakat nak letakkan pinggan-pinggan in place aje.. Dan, macam tak comel aje.. hehe.
The one that I am eyeing now is this.. Blum Orgaline Plate Holder.. Suitable for plates and bowls.. Dia adjustable.. Quite expensive harganya.. Kawan survey di Singapore around SGD145 for 2 pieces.. Okay, KIV dulu.. Dapat 2 dulu pun okay, bukannya pinggan ada banyak sangat pun..
It is movable.. Orang datang rumah, nak jamu makan, bawak sekali semua pinggan guna plate holder ni.. Very practical..
How to store cookware:
Tak pernah pun terfikir nak buat drawer yang “nipis” macam ni untuk simpan frying pans aje.. Bagus jugak.. Kalau tengok cara simpan pan sekarang, boleh pengsan.. Semua sumbat dan stack.. Bila bukak pintu cabinet, semua jatuh.. haha..
Boleh kot letak bawah tempat plate holder tu.. Kejap, nak imagine..
Yang ni simpan periuk.. Baguslah kalau dapat simpan satu-satu macam ni, tak perlu bertindan-tindan.. Nak amik pun senang.. Tutup periuk pulak disandarkan kat dinding drawer..
Sekian sahaja, idea dan keinginan aku..