Monday, August 6, 2012

Pink Tupperware Modular Mates..

562792_10150859218657395_1677606961_n
Sangat comel, semua kaler pink.. Jarang keluar kaler yummy macam ni.. Tiba-tiba nak dekat raya ni keluar pulak..

Sesiapa yang interested, the whole set (seperti gambar) di atas harga ialah RM186 termasuk postage..

Cepat-cepat bagitau, kalau nak pakai masa raya untuk simpan kuih-muih.. Takut kalau post minggu depan, nanti posmen cuti, lepas raya baru sampai.. hehe..

Anything, can email me at emelia_khamis(at)yahoo(dot)com. Thanks :)

Malware Attack..

Malam semalam my hubby bukak my blog (silent reader tu LOL), sekali tu tengok keluar screen “Malware”.. Cuak aku, terus godek-godek blog.. Dalam fikiran, abislah blog aku, nanti kena delete.. kehkeh..

Rupanya, ada satu link yang aku letak kat blog aku jadi penyebab Malware tu.. Aku remove satu-satu link yang aku letak kat html widget.. And, finally blog aku jadi seperti biasa.. Pfft.. Lega..

Serious aku cuak semalam, kalau tak settle, mesti stress. hehe.. I love my blog Smile with tongue out

*Entry bosan hari ni.. Tapi aku tak bosan sbb ada byk aktiviti – shopping.. keke..*

Friday, August 3, 2012

Pelat…

IMG_1991
Budak pelat.. Sebut perkataan hujung-hujung je… Smile with tongue out

Both my hubby and me, mengalami kesukaran memahami apa yang Haikal cakap.. huhu.. Tapi, sedaya upaya aku teka-teka jugak.. Kadang-kadang betul, kadang-kadang tak betul langsung.. Papa dia pulak selalu tanya “dia nak apa ni? dia nak apa ni?” huhu..

Anak aku ni pulak, kalau nak benda, nak segera aje.. Bila dia sebut, time tu nak aku sediakan depan mata.. Dengan tak faham apa dia nak, aku tunjuklah, “nak ini? nak ini?” kalau bukan, dia geleng dan cakap “kan”.. Bila lama sikit, mulalah melalak dan menjerit sekuat hati.. Haish, geram betul..

Tapi, sometimes ada yang kelakar.. Satu hari tu, dia cakap kat aku.. Nak “a-ye”.. then dia senyap je.. Long pause, tiba-tiba cakap “cang”.. Aku pun fikir-fikir, apa “cang” tu? Puas fikir, rupa-rupanya “a-ye cang” tu ialah colour panjang!! haha..

Bilalah boleh sebut betul-betul ni? hihi.. Sabarlah menanti, nanti lagi kecoh dia bercakap agaknya.. :P Haikal baru 2 tahun 5 bulan, harap by the time 3 years old dah boleh cakap full sentences.. Aku kat rumah pun cakap macam biasa dengan dia, tak pernah “baby talk” cakap pelat2.. He can catch what we were saying, cuma bila tanya, dia sebut balik perkataan last kitorang cakap? contoh, “Haikal sayang mama banyak ke sikit?” dia jawab “kit”.. Tapi bila twist tanya “Haikal sayang mama sikit ke banyak?” terus dia jawab “anyak” hehe.. Apa-apalah anak, janji bahagia.. :)

Note: Berminat nak buat spring cleaning with Lisa Surihani? Let’s check here..

Wednesday, August 1, 2012

Hot Selling: Tupperware Counterparts..

I have few sets left.. Most of the outlets sudah kehabisan stock.. Siapa cepat dia dapat.. hehe..

IMG_2007
Yang gambar ni, 2 set.. Satu set ada 3 bekas aje..

Harga satu set ialah RM87 including postage.. Harga 2 sets RM170 including postage.. Cepat-cepat sebelum kehabisan stock terus.. Entah bila akan keluar lagi bekas kuih raya ni.. hehe..

Lagi satu, mulai 6th August 2012, ada flyer terbaru.. Dan set Modular Mates ni ada promotion..

AzQfiIsCYAAZDA3.jpg large
Click for larger view..

So, sesiapa minat, bagitahu ye.. My email is emelia_khamis(at)yahoo(dot)com..

Comel pulak raya-raya ni, semua kaler pink.. Smile

Chuggington Die-Cast Wilson Carry Case…

Kalau dulu, macam nilah keadaannya atas sofa.. Setiap hari, setiap saat.. Tak boleh letak semua kereta-kereta dia kat tempat lain.. Only on sofa, no other places.. Sampaikan segan, orang datang kena duduk bawah.. huhuhu.. It is HAIKAL'S RULE.. *__* Pening memikirkan..

IMG_1516 
Bila mood baik, Haikal susun-susun cars dia.. Kalau tak, memang terabur je atas sofa.. Yang terselit-selit celah sofa, tak kira lagia..

Memandangkan sudah tidak tahan situasi begini, aku memikirkan sesuatu.. Hope this will work!

IMG_2391
I bought this, Chuggington Die-Cast Wilson Carry Case for him.. Bought in Robinsons.. Pertama kali tengok aku dah suka.. Sebab bentuk train, dia ada roda so boleh jadi toys jugak..

IMG_2389
Side view.. Actually die-cast storage ni untuk simpan semua die-cast Chuggington.. Tapi sebab slot-slot tu kecik je, boleh muat semua hot wheels Haikal..

IMG_2393
Ada 17 slots semuanya.. So, he keeps all his small cars inside..

IMG_2396

IMG_2398
Masa baru dapat.. Seronok bukan main.. :)

IMG_2400

IMG_2404
Layan main kat dapur..

Sehingga ke hari ni, Haikal tak sepah-sepah lagi kereta dia.. Dah lepas main, biasanya dia biar jugak kat bilik, kat lantai.. So, bila suruh simpan, dia simpan balik dalam storage case tu.. Haraplah dia pandai sayang toys dan simpan elok-elok..

Tuesday, July 31, 2012

Shopping From The US..

Diam tak diam, bulan July saja 4 batches of Gymboree order aku dah submit.. I believe, semua pun shopping untuk raya yang akan menjelma.. hehe. So, cukuplah dulu buat masa ni.. Kepada sesiapa yang tak sempat tu, sorry ye.. Aku tak tunggu, sebab bila order dah penuh, aku terus submit..

Okay, enough about that.. Baru-baru ni, kawan aku Qistin went to US for business trip.. Awal-awal dia dah tanya aku, nak pesan apa-apa tak? Kalau ikutkan hati, segala benda nak pesan, tapi apakan daya, budget was the main concern.. huhu.. Pening jugak nak list barang yang aku nak.. Dalam list siap bagi option, kalau takde barang A, aku nak barang B.. Yelah, kot kalau tak jumpa barang aku nak, takkanlah dia balik tangan kosong, ngangalah aku.. haha..

After puas fikir-fikir, inilah dia barang-barangnya.. I am a happy camper! hehe..

IMG_2327
Coach Tote and Fossil Drawstring handbag.. 

IMG_2358
Jam and perfume raya.. Ngam ngam je perfume aku nak abis, so mintak Kid belikan, Burberry Brit Sheer.. Love the scent.. :)

Kenapa jam sampai 2? hihi.. Tamak! Dalam list, aku bagi 2 option jam.. Kawan aku cakap, jam yang kiri tu elegant.. And aku suka jam yang kanan.. So, aku cakap kat dia, kalau jam kiri below $100, amik dua-dua.. kehkehkeh.. Ada 2 jam lah aku, boleh pakai dua-dua tangan.. LOL..

Tak lupa, order Corelle juga…

IMG_2330
Corelle are super cheap in US.. Bought 2 sets untuk kegunaan seharian.. My hubby menyesal tak beli banyak lagi.. hehe.. Takpelah, lain kali pulak..

IMG_2331
Corelle Classic CafĂ© – Red.. Yang Simple Line design, my hubby sayang nak guna.. hihi.. Okaylah, janji dia yang bayar, I have no problem.. hehe..

Sangat excited tengok barang-barang lain Kid tunjuk yang dia beli.. I can’t imagine myself kalau dapat ke US.. hihi.. My company, bila nak hantar saya pergi kerja kat US? Haha.. Dalam mimpi, Ulu Selangor bolehlah.. Smile with tongue out

Monday, July 30, 2012

Anyone Interested To Order Gymboree?

*Order masih dibuka.. Aku dah submit batch 11, tapi ada lagi list yang terlebih2.. So, I will submit another order.. Bolehlah bagi list secepat mungkin.. InsyaAllah akan place order hari ni*

Gymboree items Batch 9 dah selamat aku post semalam.. Dah dapat parcel nanti, let me know ye.. Ada jugak yang tak balas email aku tentang payment.. Kalau sampai minggu depan tak ada, I will let go your item..

IMG_2432
Rushing to pack all these within 1 hour, tapi tak sempat.. Lepas berbuka, sambung bungkus..

IMG_2406

Untuk Batch 10, the items are on the way.. Dah lepas kat kastam dah.. Esok akan sampai kat rumah mak aku.. I think, I should change my address to office address lepas ni.. Sebab nak amik barang kat rumah mak, dah makan 1 hari.. hehe..

IMG_2457
More plaid cap.. Sukalah topi ni.. Haikal pun jenis suka bergaya.. Itu yang suka belikan untuk dia.. hehe..

baju
Since belum ada baby girl, sebab geramkan sangat baju2 for girls, aku belikan untuk anak buah.. Comel dan menggeramkan.. hehe..

Hari tu, ada yang tak sempat submit order sebab terlambat, tak tahu etc.. So, I am opening a new order.. Please-please submit your list by Monday, okay! Ada masa lagi ni nak browse the website.. The website is www.gymboree.com.. My email is emelia_khamis(at)yahoo(dot)com.. Please list the items, item code and size.. Letak sekali nombor telefon tau.. Kot ada barang habis saiz, out of stock, I will inform so that you can replace with other item..

FREE SHIPPING from the US kalau reach certain amount of purchase.. Ini aku akan advise later.. Biasanya dapat free shipping..

Anything, just email me, okay :) Happy shopping.. Jangan risau, sempat sampai before raya.. Just submit your list cepat, aku tak tunggu bila nak submit nanti.. Thank you..

Sunday, July 29, 2012

Macam-Macam Ragam..

IMG_2459
Ni dia “peace” cara Haikal Smile with tongue out

IMG_2452
Dah siap-siap testing baju raya, dia beria nak keluar.. huhu..

gigi
Gigi hitam makan oreo.. Dia sibuklah nak tengok gambar gigi dia tu.. hehe..

IMG_2455
Bergayut dengan nenek.. Nenek tanya “tengah buat apa?”.. Haikal jawab tengok TV, sambil tunjuk ke arah TV..

IMG_2466
Pak Arab..

IMG_2472
Minum susu with style – Terkangkang.. haha.

IMG_2480
Junior Pomen..

IMG_2486
Pukul 5.30am, dah bangun.. Nak baca buku, tapi masih mengantuk.. Study ke, dik? kehkeh..

IMG_2529
Trying to scare mama.. Hantu, katanya.. haha..

IMG_2530
Buat-buat comel.. Red heart

Tudung Bawal Murah..

Kat mana korang boleh dapat tudung bawal harga RM5? Tell me, please tell me.. Of course bukan dekat online shop.. hehe..

Aku adalah pengguna tudung bawal yang setia.. Keluarlah macam-macam shawl, pashmina, tapi tudung bawal jugak yang jadi pilihan.. Bukannya aku tak pernah beli, tapi bila aku try macam tak kena dengan muka aku.. hehe..

Berbalik dengan tudung bawal murah ni, I just wanted to share kat mana korang boleh beli sendiri.. Kedainya kat City One Plaza sebelah Semua House di Jalan Masjid India.. Kalau tak silap, nama kedai tu, Kedai Riben kot.. Tudung-tudung ni dia letak kat luar kedai aje.. So, senanglah nak jumpa.. 

IMG_2425
Lepas beli baju kurung raya, aku ke sini cari tudung yang matching.. Sangat senang, sebab semua colour ada.. Harga RM5 satu, takkanlah beli satu je kan? hihi.. Semua tudung saiz bidang 45..

IMG_2424
Ada jenis yang RM6.00 sehelai.. Tapi orang kedai tu cakap, yang RM5.00 lagi senang nak bentuk.. Tudung bawal 2 tone pun ada.. RM15.00 sehelai.. Aku tak beli sebab beli kat Kelantan hari tu lagi murah, RM8.00 aje..

Dah lama dah kedai ni jual tudung bawal.. Aku pernah beli tudung untuk pengapit aku masa nak kahwin dulu.. So, sudah more than 3 years dah kedai ni jual tudung bawal.. So, today I reveal mana korang boleh beli tudung bawal dengan harga sangat murah.. hehe..

Tuesday, July 24, 2012

Data Plan Upgraded To 3GB…

Sejak rajin ber”Instagram”, data jalan laju je macam air.. kehkeh.. Sometimes, I even limit myself, nak scroll Instagram sekali or dua kali sehari.. Tapi, bila dah selalu post gambar, berkali-kalilah aku scroll gambar lain.. hihi.. These 3 apps yang aku selalu guna, Instagram, FB and Twitter.. And, Instagram is the culprit buat data cepat habis..weeee..

Sebab tertekan internet adalah super slow bila data dah exceed (walaupun service provider cakap it is unlimited.. Itu tipu belaka), maka aku subscribe for 3GB data.. Mari ber”Instagram” sampai lebam.. hahaha..

ab8rwh

Mengikut dari SMS yang aku dapat, data 3GB harga RM68 per month.. And I am currently paying RM68 for 1GB per month.. So, kira untunglah, kan? Takpe-takpe, tak mahu excited awal-awal, nanti dah tengok bill baru kite excited.. hehe

Update: opps, baru tadi check bill, sekarang bayar RM48 for 1GB.. Hehe, bill pun jarang tengok.. So, additional 2GB tu bayar extra RM20, berbaloilah.. :)