Wednesday, October 22, 2008

How fast do you type?

48 words

Kalau ada masa, cuba lah.. Tak ambil masa yang lama.. Cuma 1 minit je.. Aku dapat type 48 words within 1 minit.. Aku tak tau la dikira laju ke tak.. Tapi, typing speed aku improve la sikit bile aku belajar guna CD typing tutorial yang dipinjam dari kawan, masa zaman universiti dulu.. Kalau tak, tercari2 juga huruf2 kat keyboard ni.. :)

Thursday, October 16, 2008

I'm so screwed up!

Pagi tadi, aku baru tersedar kereta aku ada kesan kena langgar.. masa balik dari ofis semalam, tak sedar sebab hujan.. rush aje masuk kereta.. sampai rumah pun dah gelap, cepat2 masuk rumah sebab nak berbuka puasa.. Petang ni, aku tengok dah ada karat sikit kat bahagian yang kemek tu... I know, I have to fix it early, nnti dah karat banyak, lagi susah.. Better save than sorry.. InsyaAllah, esoklah pegi hantar workshop.. Rancangan balik KL, tetap jadi, tapi, naik public transport yang ada.. like in the good old days..

Kecewa betul..

Friday, October 10, 2008

Random Rambling..

Erm, mood raya macam dah takde.. I would say macam dah tak raya pun.. Kalau kat KL tu, ada la jugak budak2 datang rumah nak beraya.. Bekas kuih2 pun sentiasa terhidang kat atas meja.. Takde sesiapa ke nak jemput aku datang open house? hehe.. At least ada jugak rasa suasana raya.. Tapi, make sure ada satay, baru aku excited nak pegi.. haha.. Banyak cekadak pulak tu, orang jemput pun, dah cukup baik....

Lepas cuti hari tu, rasa berat sangat nak start keje balik.. Tapi, aku layan kan ajelah.. Kalau ada cuti banyak, mmg akulah orang pertama apply cuti.. hehe. Ni, asyik2 zero balance and worst come to worst, negative .. Tu yang buat donno je.. Takde rasa nak apply extra leave.. Kalau company tak shutdown hari tu, memang aku keje lagi hari Selasa and start balik keje on the Friday.. :(

Yey, today is already Friday.. Hopefully, next week will be better. Semangat2! Hari Rabu hari tu, Heong bawak aku pergi Seremban, semata2 nak tunjukkan kedai2 jual electronics component.. Sebab nak bawak aku ke Seremban, dia tak bawak Wolkswagen dia.. He afraid I will melt in his car.. sebab kereta dia takde air-cond.. hehe.. It's really nice of him, kan? susah2 aje.. Kat Seremban, he showed me a few shops.. And we stopped by at 2 shops to look for some components.. Aku pernah jugak cari2 manalah kedai yang slalu dia cakap, tapi, tak jumpa.. At last, dia yang bawak aku pergi sana.. So, next time if we need any components especially for urgent repair, maybe aku pulak yang kena pegi beli..

On our way back, his wife, Lesley called.. From his conversation, aku tahu Lesley tanya sama ada dia nak singgah rumah and have a cup of tea there.. Heong asked me and I answered "OK, no problem".. Rasa macam pergi singgah beraya la pulak.. hehe.. Cantik rumah dia, kawasan pun sgt tenang.. Aku suka sgt bahagian dapurnya.. English concept kitchen.. She served Sabah tea for us.. Ever since, aku bagi Sabah tea kat Lesley hari tu, dia suka sgt.. Hari2 minum Sabah tea.. The only difference, tak payah susah2 pegi Sabah macam aku, kat Giant pun ada jual.. haha..

After habis minum and borak2, we made our move.. kena balik ofis sambung keje, masa tu baru pukul 12.00pm. Dalam kereta, Heong cakap, hanya beberapa orang collegues/friends yang pernah datang rumah dia. Sebab Lesley is very concern tentang siapa yang dia jemput datang ke rumah.. So, kira aku ni, bertuahlah kan? hehe.. perasan..

Apart from that, tadi, baru balik Giant.. Singgah beli barang sikit sebab orang nak datang rumah esok.. Rumah aku, apa pun takde.. Nak bancuh air pun, Kopi takde, jus takde.. Teh cap masjid yang tak berapa sedap tu, ada la.. Entah dah dekat setahun kot teh tu.. haha.. Tahun lepas, time puasa aku beli, kalau tak silaplah.. Aku tak minum sgt air manis kat umah, kecuali masa berbuka puasa atau time rasa nak minum je baru beli jus/yogurt drink.kat rumah ni kalau gula sekilo, boleh guna utk setengah tahun kot.. jimat2.. hehe..

Eh, kat mana tadi? Mood raya kan? Entah ke mana2 dah aku cerita.. hehe.. Sesuai with the title, random from my mind..

Happy Weekend! Happy Me!

Tuesday, October 7, 2008

Raya..

Takde apa nak cite tentang raya.. Cuma ada sikit foto yang sempat di snap.. Gambar aku takde sebab takde siapa offer nak tolong ambilkan gambar.. hahaha.. So, ni gambar2 adik2 aku saja yang ada.. Macam2 ragam.. Tgk jelah, ek.. :)


Tak mau!!


Muncung, x tahan.. hehe.


Cik Sofia.. Tak sampai 1/2 jam naik kete, dah lelap..


Geram!


Harrasment! Haha.. Sofia cukup marah kalau Tasha nak cium dia... Dia slalu cakap kat Tasha, "Kau ingat aku suka kau, ke?" :P (Abaikan kaki and boxer seksi tu.. hehe)


Aksi poyo depan umah atuk..


Adik2ku yang "semangat".. huhu..


Entah apa mimpi, tahun ni sibuk nak pakai tudung..


Semua tido.. On the way balik KL..

Thursday, September 25, 2008

Salam Lebaran...

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua.. Especially semua kawan2ku; Ely, Dyan, Ernie, Nida dan ramai lagi.. (Nama2 yang aku mention ialah orang yang baca blog ni).. Yang tak baca tu, aku bisik kat telinga diorang jelah.. hehe.

Aku jugak memohon maaf di atas segala kesilapan yang aku sengajakan atau pun yang tidak disengajakan.. Yang sengaja tu, adalah kot sebab2 kenapa aku bertindak begitu.. :P Things happen for reason, right?... Apapun, maafkan aku, ye..

This year, aku hanya tulis and hantar 1 keping kad raya aje.. Tau kot utk siapa.. :) Ada lagi kad raya lebih.. Memandangkan takde orang request nak kad raya tahun ni, so, aku forward kad2 tu utk tahun depan la.. hehehe..

Kepada yang drive utk pulang ke kampung, drive safely...

Bye..

Wednesday, September 24, 2008

Raya mood..

Raya dah nak dekat.. less than 1 week.. Cepatnya masa berlalu.. What is my preparation? Mental je yang prepare agaknya.. sebab fikiran dah merewang dok fikir nak cuti.. hehe.. yang lain, erm, biasa2 aje.. Takde la beria2 sangat.. Setakat ada baju kurung pakai pagi raya tu, dah kira ok la, bagi aku.. Dari hari raya ke-2 hingga ke hari yang ke-30, ulang je pakai baju apa yang ada.. baju raya tahun lepas ke.. takde siapa yang perasan, sebab pegi beraya ke rumah orang yang lain2, kan? hehe.. Untuk budak2 kecik, macam adik2 aku, tentulah raya tu penting sgt bagi diorang.. Kalau boleh, semuanya nak yang baru.. yelah, dah sebulan berpuasa sampai lembik2 , tentulah nak sesuatu sebagai ganjaran.. dari baju, seluar, tali pinggang sampailah ke sampin semua serba baru.. Sampaikan, "seluar kecik" pun nak beli baru.. Ni Sofia la, cakap kat aku nak beli yang baru sebab mak suruh beli.. haha.. Bawak gi cari baju hari tu, sampai lupa pulak aku nak belikan.. Lain kalilah, adik oooi..

Lagi apa ye preparation? Chocolate Cookies, aku dah siap buat hari tu.. Aku tukang kacau je.. Mak aku yang tunggu bakar sampai habis.. Mak aku cakap, masa Liana buat tahun lepas, cookies dia tak rangup.. So, tahun ni, aku yang kena buat.. Kenapa x rangup? Aku pun tak tau.. Aku rasa sama aje.. sebab guna resipi yang sama jugak.. Entahla..

Itu aje kot ttg persediaan raya.. Harap semuanya OK.. Aku dah terbayang2 nak makan ketupat.. hehe..

Ni tentang petang tadi.. Aku keluar lagi dengan Recks.. Amboi, dah ada geng, makin ligat.. haha.. Kitorang berbuka puasa kat Terminal One.. Recks pun nak beli baju kurung ready-made.. Masa sampai tu, masuk dlm satu kedai and jumpa sandal/flat shoes yang aku rasa suka.. Testing2 dulu.. Harga pun boleh tahan.. Then, survey2 tgk kat semua kedai yang kitorang lalu, tapi, x ada satu pun yang berkenan.. Last2, pegi balik kat kedai tu, and cuba lagi pakai sandal tu.. Macam ketat sikit.. Saiz besar, longgar pulak.. macam kasut pinjam.. Last2, aku decide beli je lah.. Hopefully, after pakai a few times, dia akan longgar sikit.. Aku memang nak pakai selalu.. utk pegi keje ke.. Takpelah, seperti kata Dyan, beauty is pain.. Jadi, apalah salahnya sakit sikit kalau nak pakai kasut lawa2.. hahaha.. apa punya pepatah la..

Itu ajelah tentang sandal baruku yang dah berapa purnama bulan baru nak ganti... Lepas ni, fokus utama ialah nak cuci sandal pink aku yang dah tak berapa pink tu.. Kotor bangat.. Nanti dah bersih, tak la malu sgt nak pakai lagi.. haha..

Monday, September 22, 2008

Apam...

Kononnya Sabtu nak buat kuih apam... Tapi, x sempat.. So, aku try buat Ahad tu... Before that, terpaksa meredah hujan lebat pegi ke Giant dgn Hanim, semata2 nak cari bekas utk sukatan dalam ounce.. Skali, aku terjumpa cup2 plastik utk agar-agar, terus aku beli 2 set.. dapat 20 biji.. tamak tu.. hehe.. Boleh buat apam guna bekas tu..

Resipi apam ni, aku dpt from the net.. tapi, dia tak guna tepung beras macam apam kuih melayu tu.. oleh sebab resipi dia mudah, aku pun rasa nak cuba lah buat.. nak tau apa lah rasa dia bile dah siap... satu adunan yang aku kacau, dapat 8 biji comel2 macam gambar kat bawah ni.. Kat atas apam tu, aku tabur je dgn pewarna.. berterabur kaler dia, takde seni langsung! Haha... Erm, bercerita tentang hasilnya, taklah begitu memberangsangkan.. sebabnya, apam aku tak gebu, tapi tepu dgn air.. hehe.. aku tak tutup loyang guna towel or aluminium foil.. Jadi air banyak masuk dlm apam tu.. Rasanya kire ok la, macam rasa muffin je.. Next time la cuba buat apam guna original recipe dgn tepung beras.. Kalau rajin, aku google la resipi tu nnti..




Apam simple..

Tak cukup dgn apam, aku teringin bangat nak makan sagu.. sagu makan dgn gula melaka dan susu cair.. lepas tu, letak ais dalam dia.. yum2, sampai skrang aku teringat lagi ni.. Balik KL, aku nak buat lagi la.. Ada lagi sagu lebih hari tu...




Sagu...

Wednesday, September 17, 2008

I have more friends here..

Aku training kat Royal Adelphi hari ni.. Bulan puasa macam ni, tau2 je lah, mata memang mengantuk tak ingat.. Sesekali aku berdiri sebab mengantuk sangat.. Kawan2 aku pun pelik.. aku cakap aku mengantuk.. Bile dah ok, aku duduk balik.. Tapi, tak lama lepas tu mengantuk balik.. aku try tahan, tapi, ada jugaklah terlelap sekejap masa orang tu tengah buat presentation.. hehe.. Kalau zaman skolah dulu, mmg aku tak peduli.. Tido je kat mana aku nak tido.. Sekarang tak boleh la.. Segan.. hehe..

After lunch, mata aku dah segar dah.. sebab dah tido kat surau.. and lagi satu, dah nak balik kan, tentu la excited sikit.. hehe.. but, lebih excited sebab nak jumpa Recks @ Kapten Dr. Hamidah.. Dia kawan aku masa sekolah kat SMSPP dulu, skrg dah jadi doktor, keje kat Kem Askar, Seremban.. Bertambah geng aku kat sini.. Syok tu, jumpa balik kawan lama.. Kawan ber"huha" masa skolah.. Kitorang jahat nakal dulu.. Lain kalilah cite ttg ni.. sbb panjang list kenangan aku dgn kwn2 aku ni :) .. Dia belanja aku berbuka puasa di Kenny Rogers tadi.. Tak cukup jalan di Jusco, after berbuka, kitorang tolong tutup kedai kat Terminal One pulak.. haha.. After that, aku hantar dia balik kem.. InsyaAllah jumpa lagi this Friday.. Aku ajak dia naik kete aku balik KL.. Dyan pun tumpang skali.. The more the merrier..

Sunday, September 14, 2008

15 Ramadhan = Sahur Tart Raya...

Pagi tadi, sahur tak makan nasi pun.. aku x masak nasi.. Kesian nasi, asyik kena buang je.. hehe.. Jadi, makan tart gulung dengan fresh milk aje.. sikit lagi habis la tart aku ni.. Tart ni, aku beli semalam.. Gemuk2 tart dia.. Tinggalkan kat rumah sikit utk adik2 aku and the rest, aku punya.. Yang hari tu beli, tak sampai 2 hari, dah selesai..

Sekejap je dah 15 hari dah berpuasa.. Lagi 15 hari, dah raya... Apa persiapan aku? Baju2 belum beli apa pun selain tempah baju kebaya sehelai. Itu pun pemberian orang Tak tau bile nak belinya.. Lepas raya kot.. Kalau adik2 aku, tentu resah je kalau takde baju raya lagi.. hehe.. So far, suma dah ada baju raya.. Jadi, takde la yang merengek nak beli baju.. Hari tu, aku belikan Sofia bolero (ala-ala cardigan tu, tapi pendek sikit dan hanya menutup bahagian tertentu sahaja.. haha).. ada hood skali utk tutup kepala.. Masa test kat Jusco hari tu, dia menari shuffle depan cermin.. Haha, tergelak aku tgk.. ni mesti belajar dari Fariz and Nizam.. macam2 lah budak2 skarang.. Balik rumah, Sofia test baju and menari pulak depan mak ayah aku.. hehe.. Ayah aku panggil baju tu, baju tak cukup sifat.. Aku belikan sebab aku dah janji lama dah.. ni dah jumpa yang cantik, aku belikan la.. pastu dalam tu, Sofia cakap boleh pakai baju seksi2... hehe..

About kuih raya, this weekend, mak aku suruh balik buat cookies coklat.. Barang2 dia dah beli. Jadi, tinggal aku balik and buat je.. Iwan akan jadi assistant tolong bakar cookies.. Aku tak larat nak tunggu lama2.. Tukang godak bahan2 tu, ok lagi. Nak tunggu 2-3 jam nak bakar semua, aku tak sabar..

Pagi tadi, on the way pegi keje, first time aku dengar lagu raya kat radio.. Lagu M.Nasir, Satu Hari Di Hari Raya.. Syahdu pulak tiba-tiba.. Mesti lepas ni lagi banyak dengar lagu raya... Kalau duduk sampai ke Kelantan sana, macam zaman old skool dulu, tentulah rasa tak sabar2 nak balik beraya.. Sekarang ni, semua dekat je, takde rasa macam tu sangat..


p/s: Takde gambar2 dah nak letak.. Sebab Dopod 838Pro kaput aku, dah mintak tolong Epit hantarkan kat kawan dia.. Tiba2 aku tukar fikiran, rasa nak repair pulak.. Aku suruh betulkan kalau kos dia within my bajet.. Kalau tak, aku simpan dulu la.. buat koleksi.. hehe..

Saturday, September 13, 2008

What a BORING weekend!

Seharian asyik klik-klik mouse sambil duduk depan tv.. sampai naik bosan aku dibuatnya.. semuanya serba tak kena.. nak buat benda lain, aku takde mood.. petang tadi sempat update journal tentang keje sikit.. pastu, dah boring, aku sambung game susun guli.. smlm, aku susun guli (sambil tunggu orang) sampai kul 3 pagi.. bile battery laptop dah nyala bagi warning low battery, aku pun tido.. terlajak tak sahur pagi tadi.. takpe lah, tak rasa ralat pun.. sebab lauk yang aku beli smlm kat pasar ramadhan, x sedap! dahlah mahal benor.. sambal sotong RM2, aku dapat 4 ketul sotong je.. kalau rasa sedap, aku tak lah rasa nak complain sangat. ceh! Hari ni, aku masak sendiri, baru puas hati.. makan sampai 2 kali tambah.. hehe..

Betapa boringnya hari ni, nak YM, takde sapa nak layan aku chit-chat.. Boring punya fasal, aku tepon Dyan, borak2.. Pastu, tepon Ely pulak.. Aku tau dia gi jalan2 ngan Ernie kat Penang.. Jelesnya, nak ikut jugak..

Ni, aku baru call mak aku.. aku tanya dia masak apa esok... and, aku cakap aku nak balik rumah, nak makan kat rumah esok.. mak aku tanya, aku x puasa ke.. Puasalah.. nak balik berbuka kat rumah.. Tak tahan nak buat apa lagi kat sini.. lebih2, aku tido sepanjang hari sampai pening kepala jadinya.. haha.. Ok, now, I have decided nak balik KL esok.. naik bas aje.. Barulah mencabar sikit weekend aku.. hehe.. and, bolehlah tengok baju raya Sofia yang mak aku belikan kat Sogo petang tadi.. After berbuka esok, aku rush la balik sini balik.. harap2, tak terlambat la nak kejar bas balik..