Monday, April 28, 2014

Preparations…

I am still here, belum bersalin lagi.. hehe.. Kalau based on first pregnancy, at 37th weeks dah bersalin.. Ni dah 38 weeks+ belum ada tanda-tanda lagi.. Anyway, I just hope for smooth delivery.. Rasa cuak, takut semua ada lah.. Harap dapat lalui dengan cepat sekali.. hehe..

Baju-baju baby dah siap-siap cuci.. Yang Haikal punya lama-lama yang masih okay, boleh guna lagi pun dah siap basuh.. This time takde pergi ke Pureen sale or baby expo sebab tak tahan nak bersesak-sesak..

059

Baby cot Haikal yang lama, dah jual kat Mudah.. Sebab cot tu tak adjustable.. Macam-macam alasan bila nak membeli tu, kan? hehe.. Dengan harapan fully utilised baby cot baru nanti..

1711
Baby cot ni datang one set macam ni.. Ada free latex pillow and bolster sekali.. Kena pasang sendiri, tapi instruction tak jelas, stress husband masa tu..

Since baby belum keluar, bila dah siap-siap pasang, kitorang bagilah Haikal rasmikan dulu.. Sebab Haikal suka Disney Cars, aku pun belilah cadar Cars untuk dia.. Sikit-sikit cakap “Bestlah katil ni..” Smile with tongue out

248
Bilik kecik, nasib baik muat letak kat tepi katil..

009
Abang Haikal, sebelum tido..

I am looking forward to breastfeed my baby.. Tak sabar sebenarnya.. Harap dipermudahkan.. Memang akan ada macam-macam cabaran nnti, I will stay positive, InsyaAllah..

This time, aku tak berapa rajin nak handle storage bottle banyak-banyak.. Pakai apa yang ada, itu pun belum basuh lagi botol-botol lama.. And, aku akan guna plastic storage untuk simpan EBM nanti.. Beli from Lazada at cheaper price.. 

031

Doakan aku selamat melahirkan ye.. Amin Smile

Thursday, April 24, 2014

Accessories For Kitchen Cabinet…

Bahagian dapur adalah yang paling crucial, at least for me lah.. I want it to look good, sebab hari-hari nak spend masa kat situ, untuk memasak, mencuci pinggan mangkuk dan buat laundry juga.. Dan sebab itu jugaklah dapur mestilah praktikal.. Each parts of the cabinet ada fungsi dia..

Jujurnya, dengan cabinet dapur kat rumah sekarang, banyak aku dapati kekurangan.. Just ada drawer dan rak pinggan.. Memang just cukup-cukup aje untuk simpan periuk, kuali semua, tapi takde proper rack for it.. Letak je dalam cabinet.. Kalau salah susun, abis semua isi perut terburai.. hihi.. Masa tu tak tahu, asalkan ada kabinet, okay jelah.. Tempat letak sudu pun takde, aku letak dalam bekas Daiso aje.. hehe.. Now I’ve learnt my lesson Smile with tongue out

002
What I need for my kitchen.. Ni contoh-contoh gambar yang aku siap-siap print dan tampal dalam buku, nak tunjuk contractor.. Not necessarily the same, just nak bagitahu dia apa aku nak.. Karang cerita-cerita, dia tak faham.. Tunjuk gambar, baru jelas..

Ini gambar kitchen cabinet sekarang.. Nampak kan, kalau susun pinggan ikut suka hati, pemandangan sangat tak comel? haha..

016

Jadi, yang terbaiknya sorok rak pinggan dalam cabinet.. Sama ada macam ni..


Pintu cabinet boleh tutup untuk sorok pinggan-pinggan yang telah dibasuh..

Atau boleh jugak pilih drying rack yang jenis letak kat base unit kitchen cabinet (bahagian bawah).. Pinggan-pinggan still boleh susun berdiri macam biasa untuk dikeringkan..

108

103
Untuk periuk-periuk atau kuali, boleh pilih jenis yang begini..

This weekend nak jumpa contractor, berdebar-debar nak tahu estimate cost for kitchen cabinet.. huhu

Tuesday, April 22, 2014

Gymboree Batch 58..

3 Days Only - Styles Starting at $5

Konon nak stop dulu sampai bersalin.. Bila tengok iklan ni, terus terbeliak mata.. haha. Tapi aku bukak order sekejap aje.. Sampai esok pagi, 24th April 2014, 10am.. So kalau nak join, sila submit cepat ye list.. Aku maybe submit order awal, kot ada tanda nak bersalin.. hehe..

Boleh email list ke emelia_khamis(at)yahoo(dot)com..

FREE international shipping ke Malaysia ye.. Tak macam brand lain, u have to pay for the shipping cost..

Monday, April 21, 2014

Gymboree Kitty Jeans For Sale..

276

Gymboree Kitty Jeans Size 3T, Free Kitty Hair Clip (matching with the jeans)
Brand New with tag.

Selling at RM50 including poslaju

Kalau minat, boleh email ye emelia_khamis(at)yahoo(dot)com

Tuesday, April 15, 2014

Sos Sengkuang Calit…

Ada satu entry aku tanya fasal sos sengkuang, akhirnya berjumpa jugak dengan orang yang jual sos ni.. Happy giler! hehe.. Thanks kepada yang share link.. :)

063
Best sangat bila dapat buat sendiri kat rumah.. Memang makan sampai kenyanglah.. Sengkuang beli kat supermarket, simpan dalam peti ais.. Bila terasa nak makan, potong, letak sos dan tabur kacang.. Aku suka tabur gula sikit atas tu.. Masa kunyah bunyi krup-krap sebab gigit gula skali.. Ah, heaven.. haha.. Mengembalikan kenangan zaman kanak-kanak dulu.. Balik sekolah selalu beli..

To those yang berminat nak beli, boleh check kat Instagram akaun @sossengkuangdoludolu.. Ada banyak agent yang jual, so boleh checklah ikut tempat-tempat dia.. 

Selamat mencuba, bagi yang tak pernah rasa..

Pandora Charms..

Ni pun salah satu benda yang boleh buat addict.. Suka aje nak menambah charms.. Tapi takdelah selalu.. Bila ada duit terlebih atau hari-hari yang istimewa aje… Sebab harga dia sebiji-sebiji tu, kena fikir banyak kali jugaklah nak spend.. LOL. 

IMG_3859
Last 2 months, I bought a “bag” and a “bow” charms.. Sempena dapat duit Nuffnang & Churp-churp.. Nampaklah sikit duit tu pergi mana kehkeh..

059
This LOVE charm, given by my husband, balik dari Amsterdam hari tu.. muah muah.. Harap boleh dapat lagi hehe..

I love simple charms.. Tak suka banyak-banyak batu yang lip-lap sebab bila dah banyak sangat, nampak serabut (pada pandangan mata aku lah).. Ada duit lebih, boleh tambah lagi, okay!

Thursday, April 10, 2014

Menanti Hari…

253

Entering 36th weeks of pregnancy this week.. Tak sabar, berdebar, risau semua ada.. Doakan semuanya selamat ye.. Smile

Macam-manalah bila dah jadi mommy of two nnti? hehehe.. Can’t imagine.. Harap semuanya dipermudahkan.. Amin..

Wednesday, April 9, 2014

Comfy Crocs Wedges…

I’ve been eyeing for this wedges for a long time.. Konon nak tunggu birthday baru nak beli sebab masa birthday boleh dapat 30% off.. Bila sampai masa yang ditunggu, dah takde stock dah.. New arrival keluar warna lain.. Frust sungguh.. Merata-rata cari..

Sebab nak sangat sangat, try google di internet.. Found out ada jual kat amazon.com.. Phew, tak sia-sia gigih mencari.. Berita baiknya, this merchant boleh ship direct ke Malaysia.. Of course with shipping cost.. I’ve paid around $18 for shipping.. Bila kira-kira balik, still murah lagi harga kasut plus shipping bila compare dengan beli kat butik sini.. For your info, tak semua item dalam amazon tu dia ship worldwide.. Biasanya ke US sahaja..

013
Hari tu ada tanya, which one suits me better.. Semua cakap yang warna coklat tu..

So, this is how it looks on my feet.. weeee…

163
Selesa dipakai walaupun masa sarat mengandung.. Takdelah risau terpelecok ke apa.. hehe..

I am not taking any Crocs order.. Kalau nak, boleh beli direct from Amazon.com. Sebabnya kalau amik order ramai-ramai, memang boleh save on the shipping charge, tapi bila pembelian dah lebih RM500, kena tax kastam pulak.. Winking smile

Tuesday, April 8, 2014

Tupperware–Violetta Lunch Set..

2056

Violetta Lunch Set: comprises of:

1. Reheatable Divided Lunch Box (1) 1L
2. Cutlery Set
3. Violetta Lunch Pouch

Retail: RM72.30

Selling at RM50 including poslaju

I have 4 sets in stock

Please leave email in comment box if interested, or straight away email me at emelia_khamis(at)yahoo(dot)com

Monday, April 7, 2014

New Home.. Almost There…

Aku berdebar nak bersalin, husband pulak berdebar rumah nak dapat kunci, and at the same time maybe dia kena travel lagi nanti.. Dia dah pening-pening kepala mana satu nak buat dulu.. Siap fikir lagi, dalam pantang nanti macam mana aku nak jumpa contractor sekali untuk cerita fasal renovation dapur etc.. Aku pun risau, tapi kerisauan nak bersalin lagi melebihi segalanya.. hehe..

Last 2 weeks, aku ikut sekali pergi tengok rumah.. Dah siap 100% dah.. Overall puas hati dengan finishing rumah, belek-belek jugaklah kot ada defect lagi (sebelum ni ada perasan ada sikit-sikit defect), tapi dah dibetulkan dah.. Dinding-dinding yang dia plaster tak rata pun dah okay dah.. 

123

Rumah pun dah dibersihkan, air dah ada.. Masa hubby pergi tengok last week, bil elektrik pun dah keluar.. Means, memang tak lama lagi dah nak dapat kunci..

125

127
Master bedroom.. Tingkap bilik ni nak pecah, tukar jadikan sliding door/folding door… Ruang depan tu, nak buat balcony untuk bersantai-santai..

Timber flooring dah disediakan di keseluruhan tingkat atas.. Tak payah fikir lagi nak install..

130
Ini tangga yang aku tak berkenan tu.. haha.. Tengok bajet macam mana, nak tukar kepada glass..

132
Ruang dapur.. InsyaAllah akan extend lagi sampai ke pagar belakang.. Ada divider dinding antara dapur dan laundry area..

134
Pintu masuk..

135
Sliding door depan..

136

Kalau ikutkan, macam-macam nak buat.. Tapi tulah, kena fikir panjang tentang kos.. Biasa buat rumah ni, berapa banyak kite bajet pun, sure bajet akan burst jugak.. No limitation.. Semua benda nak beli, tukar.. huhu..

We have planned a year ahead, barang-barang rumah pun ada yang dah beli awal (supaya tak kalut nak cari semua at the same time and limit our spending masa masuk rumah nanti), harapnya semua akan berjalan lancar..

Seriously, I can’t wait.. Smile

Wednesday, April 2, 2014

Starbucks Green Tea Cream Addiction..

Selama minum Starbucks tak pernah langsung teringin nak minum green tea flavour.. Kaler hijau, aku rasa macam minum air sayur aje.. haha.. Imaginasi betul..

One day, tanya kat kawan-kawan di Twitter, apa yang best boleh aku try. Dah bosan asyik Java Chip and Chocolate Cream Chip… Ramai suggest Green Tea Cream ni..

1743
My first time..

Sejak dari saat itu, bermulalah “ketagihan”nya.. Parah-parah.. Maximum seminggu sampai 3 kali.. Dahlah hari-hari lalu Starbucks Solaris Serdang, tu yang payah nak resist.. Hubby pun rajin offer nak ke tak.. huhu.. Last 2 weeks, pergi checkup naik 2 kgs dalam masa 2 minggu..

Sekarang, kalau minum, aku suka tambah chocolate chip.. Lepas tu gigi pun hitam sebab coklat melekat-lekat haha..

2060
Time rajin, bawaklah tumbler sendiri.. Save RM2.. Smile

Kena minum puas-puas supaya tak teringat time berpantang nanti..

Tuesday, April 1, 2014

Short Getaway To Cameron Highlands…

Last few weeks, kitorang ke Cameron Highlands.. Takde plan sebenarnya, cuma aku ni suka nak berjalan.. Lagipun KL musim panas sekarang dan catuan air kat rumah, menguatkan alasan untuk ke tempat lain pada hari minggu.. Memandangkan dah lama tak ke Cameron Highlands, tu yang saja nak bawak Haikal, bagi dia experience petik strawberry.. haha.. Itu je motifnya sebab tempat lain takde strawberry.. ;p

1935
Sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Tapah..

1940
Sampai sana dah masuk waktu lunch..

1942

1943
Kitorang makan ni for lunch Tak tahu nak makan apa… Bila pergi berjalan, makan memang bukan fokus utama.. Makan jelah apa yang ada pada masa tu.. hehe..

1948

1958
Turun ke ladang teh…

2017

Seriously tak tahu, kalau datang time weekend, selalu sesak teruk kat Cameron ni.. Dari arah Simpang Pulai ke Brinchang sebab ada pasar malam.. Dari petang dah start jammed.. huhu.. Nasib baiklah hotel kat area Kea Farm, menghala ke atas.. So, sambil-sambil jalan nak ke hotel, kitorang perhatikan tempat-tempat yang boleh petik strawberry… Nak patah balik ke bawah, memang tak mungkin..

1989
Kitorang singgah di sini untuk petik strawberry.. Kecik je tempat dia, tapi okaylah..

001

1977

1971
Mula-mula Haikal tolong petik, tapi lepas tu tak mahu petik dah sebab dia terpicit kuat strawberry sampai terkeluar air dia.. Geli, katanya Smile with tongue out

1979

1983
Inilah hasil petikan… Rasanya RM25 kot satu bekas ni..

1986
Sesi menge’pau’..

Lepas tu terus checked-in di Copthorne Hotel.. Aku booked melalui Asia Rooms.. Booked for Superior Room with breakfast.. Masa checked-in dapat free upgrade ke Suite Room.. Rezeki baby Winking smile Haikal cakap nak duduk 5 hari.. kehkeh..

2031
In front of the hotel…

1991

 

2004

 

2003

2019
Happynya dia..

Lewat petang, kitorang keluar jalan kaki ke Kea Farm.. Keadaan masih sesak teruk dengan kereta-kereta, memang tak kuasalah nak keluar ke tempat lain naik kereta.. Kea Farm dengan hotel, tak jauh.. bersebelahan aje..

2012

2013
Banyak jual sayur,  buah-buahan kat sini.. Murah-murah dan segar sayurnya.. Buah-buah pulak, jangan tertipu, selain strawberry, yang lain tu datang dari tempat lain.. Import jugak, tak semua dari Cameron..

2018

Malam tu, kitorang tak keluar pun.. Dari bilik nampak traffic masih lagi panjang.. Dinner dalam bilik aje.. Rehat-rehat supaya esoknya boleh balik awal, sebab takut jem jugak..

Early in the morning, we had breakfast at the hotel.. Then, checked out.. Singgah ke Tea Plantation Sungai Palas.. Kalau datang Cameron Highlands, orang kata wajib datang ke sini.. Jadi, aku beria-ia lah.. Alang-alang dah sampai, mestilah kena singgah.. Next time nak datang lagi situ, macam tak aje.. hehe.. Jalan kecik dan mencabar.. Cuak husband drive kat jalan-jalan kecik tu..

2052

2049

2040
Ini tea yang dibeli dari Sungai Palas..

2034

Lepas tu, terus balik KL lalu exit Simpang Pulai..

Sebelum bersalin, berangan nak tido hotel sekali lagi sekitar KL.. Lagi afdal, sebelah KLCC.. LOL.. Haikal mesti happy.. Smile with tongue out