Last few weeks, kitorang ke Cameron Highlands.. Takde plan sebenarnya, cuma aku ni suka nak berjalan.. Lagipun KL musim panas sekarang dan catuan air kat rumah, menguatkan alasan untuk ke tempat lain pada hari minggu.. Memandangkan dah lama tak ke Cameron Highlands, tu yang saja nak bawak Haikal, bagi dia experience petik strawberry.. haha.. Itu je motifnya sebab tempat lain takde strawberry.. ;p
Sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan ke Tapah..
Sampai sana dah masuk waktu lunch..
Kitorang makan ni for lunch Tak tahu nak makan apa… Bila pergi berjalan, makan memang bukan fokus utama.. Makan jelah apa yang ada pada masa tu.. hehe..
Seriously tak tahu, kalau datang time weekend, selalu sesak teruk kat Cameron ni.. Dari arah Simpang Pulai ke Brinchang sebab ada pasar malam.. Dari petang dah start jammed.. huhu.. Nasib baiklah hotel kat area Kea Farm, menghala ke atas.. So, sambil-sambil jalan nak ke hotel, kitorang perhatikan tempat-tempat yang boleh petik strawberry… Nak patah balik ke bawah, memang tak mungkin..
Kitorang singgah di sini untuk petik strawberry.. Kecik je tempat dia, tapi okaylah..
Mula-mula Haikal tolong petik, tapi lepas tu tak mahu petik dah sebab dia terpicit kuat strawberry sampai terkeluar air dia.. Geli, katanya
Inilah hasil petikan… Rasanya RM25 kot satu bekas ni..
Lepas tu terus checked-in di Copthorne Hotel.. Aku booked melalui Asia Rooms.. Booked for Superior Room with breakfast.. Masa checked-in dapat free upgrade ke Suite Room.. Rezeki baby Haikal cakap nak duduk 5 hari.. kehkeh..
Happynya dia..
Lewat petang, kitorang keluar jalan kaki ke Kea Farm.. Keadaan masih sesak teruk dengan kereta-kereta, memang tak kuasalah nak keluar ke tempat lain naik kereta.. Kea Farm dengan hotel, tak jauh.. bersebelahan aje..
Banyak jual sayur, buah-buahan kat sini.. Murah-murah dan segar sayurnya.. Buah-buah pulak, jangan tertipu, selain strawberry, yang lain tu datang dari tempat lain.. Import jugak, tak semua dari Cameron..
Malam tu, kitorang tak keluar pun.. Dari bilik nampak traffic masih lagi panjang.. Dinner dalam bilik aje.. Rehat-rehat supaya esoknya boleh balik awal, sebab takut jem jugak..
Early in the morning, we had breakfast at the hotel.. Then, checked out.. Singgah ke Tea Plantation Sungai Palas.. Kalau datang Cameron Highlands, orang kata wajib datang ke sini.. Jadi, aku beria-ia lah.. Alang-alang dah sampai, mestilah kena singgah.. Next time nak datang lagi situ, macam tak aje.. hehe.. Jalan kecik dan mencabar.. Cuak husband drive kat jalan-jalan kecik tu..
Ini tea yang dibeli dari Sungai Palas..
Lepas tu, terus balik KL lalu exit Simpang Pulai..
Sebelum bersalin, berangan nak tido hotel sekali lagi sekitar KL.. Lagi afdal, sebelah KLCC.. LOL.. Haikal mesti happy..
No comments:
Post a Comment