Wednesday, March 31, 2010

Haikal Turns 1 Month…

On the 24th March, my little boy berumur sebulan… Cepat betul masa berlalu.. Cepat jugak la nanti mama kena masuk ofis balik.. wawawa..

IMG_5671 “Tolong! Lepaskan tangan saya.. Saya serabut..”

Here are the updates about Haikal at his 1 month:

  • Berat badan dah naik ke 4.6kg during his first checkup at An-Nur.. Initial weight when he was born is 3.15kg.. Pipi pun dah labuh.. :P Memang terasa lenguh bila pegang Haikal lama2.. Rasa macam Haikal dah besar 2 bulan pun ada..
  • He love mama’s milk so much.. Haikal kuat menyusu.. Mulut asyik ternganga-nganga macam mulut burung bile ada jari, kain atau apa aje lalu dekat mulut dia.. Haikal ingat mama nak bagi susu la tu.. hehe..
  • Haikal suka mengeliat dan meneran sejak lahir.. Orang tua cakap, itu tanda nak membesar.. tapi, nearly one month, bile mengeliat suara pun keluar sekali.. so, malam2, memanglah bising nak tido.. kena check betul2, tu mengeliat ke atau Haikal dah bangun sebab nak susu atau berak..
  • Bila mengeliat2, Haikal boleh mengiring badan dia sendiri.. Tido pun dah tetap position.. bila bangun tengok dah senget dah..
  • Sudah mula susah nak tidokan Haikal.. Dah pandai meragam sikit.. Bagi susu pun bising, letak dalam rocker pun tak kena.. Kadang2, mama yang tertido dulu.. hehe..
  • Kalau nak tengok Haikal senyum, kena tunggu Haikal tido.. Mungkin tengah mimpi indah la tu.. :)
  • Haikal kuat melonjak atau menendang2 kaki dia.. so, bile time mandi dalam besen mandi tu, kena pegang elok2 takut terlepas..
  • Bila berjaga, tak suka baring dan main sorang2 atas tilam.. Haikal nak orang angkat.. Kalau ditimang2, muka bahagia betul..
  • Sejak lahir, baru 3 kali Haikal keluar.. Itu pun utk pergi klinik.. And mama tengok Haikal tido aje dalam kereta dan bila terjaga, Haikal senyap aje, tak merengek pun.. Emm, rasa2nya Haikal pun suka jalan jugak ni.. :P
  • Selalu bersin dan diakhiri dengan suara yang comel.. Yes, this one, macam mama dia.. hehe..

Tuesday, March 30, 2010

Car Accident.. Again..

IMG_5628

Ini kali ke-3 keretaku accident.. Siapa yang bawa? Hebat, kalau aku yang bawak time berpantang ni.. hehe.. My hubby yang bawak, sebenarnya.. Kereta berlanggar dengan forklift lori yang tengah parking kat tepi jalan.. Alhamdulillah, tak cedera ke apa..

Memang nampak tak teruk.. Dalam tak teruk pun, dua-dua pintu depan belakang kena tukar sebab pintu dah koyak, nampak besi dalam.. Side mirror pun jahanam.. masuk ni, second time tukar side mirror yang belah kiri tu.. kali pertama dulu, aku yang langgar pagar kat ofis.. hihi..

Sekarang, kereta dah siap repair.. Bila polish, dah macam kereta baru dah.. tak payah ngada2 berangan nak tukar kete baru.. :P Ongkos repair claim dari insurans lori tu… Syukur2, kalau tak, zero balik NCD aku next year.. hehe..

Saturday, March 27, 2010

My Delivery Experience…

I decided not to write very detail about my delivery experience.. (Malas sebenarnya.. hehe).. Apapun, ia memang pengalaman berharga bagi aku.. Dan aku rasa semua ibu pun merasai yang sama.. Without any pain killer, epidural or induce, aku rasa melahirkan baby memang teramat menyakitkan, especially setiap kali contraction datang.. Sakit sampai air mata pun tak boleh nak keluar.. Hanya selawat dan doa yang jadi penawar.. Sesekali terlintas macam2 di fikiran “kenapa aku perlu lalui semua ini?”, “boleh tak aku nak tido aje, then bile bangun baby dah keluar?”.. huhu.. Bila dah sakit sangat, sambil usap2 perut aku cakap “baby, cepat la keluar”.. kesian kat husband sebab dia pun sampai dah tak tahu nak buat apa bile aku kesakitan..

Aku start masuk labour room pukul 8.30am, masa tu bukaan dah around 4cm.. Tunggu punya tunggu dalam kesakitan, terasa masa bergerak lambat benar.. Tenaga pun makin berkurang dan aku risau kalau2 aku tak kuat nak push baby bila bukaan dah 10cm nanti.. Bila tiba masanya, nurse ajar cara nak push (tak sempat nak pegi antenal class, baby dah keluar dulu :P ) dan sedikit sebanyak bagi semangat kat aku… And, Alhamdulillah, my baby boy keluar pukul 4.50pm, 24th February 2010 tepat seminggu selepas balik dari Bandung (Nasib tak terbersalin di sana.. huhu).. Lega dan hilang rasa semua sakit bile tengok baby depan mata.. Lepas tu, aku dah tak sedar, tahu2 dah siap semuanya..

IMG_5443 Wargh.. I Love You, Baby.. Finally, I meet face-to-face the little person that was wriggling around in my belly all this time..

IMG_5460 Saya dah siap nak pergi sekolah.. :) Nama saya Ahmad Haikal Zikry!

So, I am a mama now.. Thanks to my hubby for this wonderful gift.. Baby yang comel macam mama dia.. hehe..

Sunday, March 21, 2010

Silence..

Long time no update.. Sunyi sepi blog ni.. Sekali, bile nak update, tak tau nak start dari mana.. :P Ingat nak cerita fasal experience bersalin hari tu.. tapi, tak sempat nak mengarang.. Dah nak dekat sebulan dah pun.. hehe.. tengoklah nanti bile ada masa dan mood.. Yes, banyak juga nak share gambar dan cerita.. ada cerita tentang baby, cerita keretaku accident di kala aku sedang berpantang dan macam-macam lagi la..

Tuesday, March 2, 2010

Our Bundle Of Joy...

Alhamdulillah.. I have safely delivered 3.15kg baby boy on 24th February 2010, 4.50pm..
And, now I'm undergo confinement at my parent's house in Wangsa Maju.. That's explained why I didn't update my blog for quite some times.. I'll update my delivery experience later.. :)

Note: aiya, banyak susah update blog guna Blackberry.. Huhu..